Showing posts with label bread. Show all posts
Showing posts with label bread. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Honeycomb Bread @ Roti Sarang Lebah

0 comments

Inilah dia roti yg sangat fofular di ketika ini. Sebenarnya, sy buat ni sebab ada kwn yg request suruh buat. Bila tgk rupanya yg menggoda tu, terus eksaited nak cuba. Sy suka sebab bentuknya yg comel mcm sarang lebah & juga sebab ada sos butterscotch di atasnya. Seksi sungguh la roti ni. Resipi roti ni sungguh mudah, cuma bahan tambahan yg jarang digunakan ialah yogurt. Tiada bahan kimia & selamat dimakan. 



Roti sarang lebah ni sebenarnya mmg terkenal di kalangan org Arab. Tp version diorg diletakkan cream cheese filling & di atasnya dituang madu menggantikan butterscotch. Roti yg sy buat ini adalah hasil ciptaan sis Lydia..tiada filling diletakkan kerana saiznya yg sungguh comel. Walaupun tanpa filling, rasanya tetap sedap. Sesiapa yg rasa pasti akan tergoda. Lebih enak bila dimkn semasa baru dimasak. Dlm sekejapan boleh habis sedulang. Cuba skali, pasti nak lg.

* sos butterscotch tu kalau tuang terlebih pun takpa. Pasti tak cukup juga akhirnya..sebab ramai yg akan cicah mencicah nnt. 

Roti Sarang Lebah
Oleh: Lydia Honey

Bahan-bahannya:
DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara-caranya:
1. Larutkan yis + gula + air suam sampai berbuih.
2. Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum + baking powder + garam & gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis yg dah berbuih & yogurt ke dalam mangkuk adunan tadi.
4. Uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit. Uli sehingga elastik..lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu.
5. Kemudian biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal.
6. Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar.
7. Sapu minyak di tangan, ambik doh & buat doh tu jadi sebesar buah langsat. Susun dalam loyang rapat2 doh tadi.
8. Biarkan doh tadi naik sekali ganda lg. Lps tu taburkan dgn almond flakes, pumpkin seeds & bijan hitam.
9. Bila dah naik 2 kali ganda, bolehla di bakar. Siap dibakar, curahkan butterscotch sauce ke atas roti tersebut. Siap & sedia utk dibelasah.


BUTTERSCOTH SAUCE
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream (guna susu cair pun boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
25g butter

Cara-caranya: 
1.Cairkan butter & masukkan brown sugar. Kacau hingga gulanya cair & berbuih.
2. Tuangkan whipping cream secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau. 
3. Masukkan vanilla, kacau sebati & sejukkan.

PERINGATAN
  • Pastikan oven betoi2 panas baru masukkan doh roti tadi yer. Guna suhu lebih kurang 180 - 200C api atas bawah lebih kurang 10 15 minit.
  • Doh memang lembik, jangan tambah tepung, hanya sapu minyak pd tangan masa bentukkan doh.
  • Jangan bakar lama sangat, nanti keras.


Thursday, May 15, 2014

Bun Manis Lembut Gebu

0 comments

Bun manis ni sebenarnya resipi yg dah terlalu lama di peram. Sejak ketiadaan breadmaker lg. Sehingga la minggu lepas, baru sy teringin nak mencuba resipi ni. Mmg tak sangka resipi yg simple ni akan menghasilkan roti yg sgt lembut, gebu & sedap..menyesal sebab terlambat cuba resipi ni. Bila dah masuk dlm bm baru terpikir nak buat roti apa.

Pikir punya pikir, akhirnya terjadilah roti ini..bun manis yg plain. Seswai utk di cicah bersama minuman kegemaran anda ataupun di mkn bersama kuah kari atau sardin. Di sebabkan kerajinan yg terlebih, maka sy pun buat la bentuk2 bear ini. Ada yg sedey, ada yg gumbira..hahaha. Cute sgt, rasa syg plak nak makan. 

Utk buat bentuk bear tu senang je. Mula2 ambil doh sebesar bola pingpong, lps tu buat 2biji doh yg kecik utk dijadikan telinga. Lekatkan telinga td dgn doh utama menggunakan sedikit air. Kemudian boleh la di bakar. Selepas dibakar barulah kita lukiskan muka bear tersebut..sy menggunakan chocolate emulco utk mencorakkan muka bear itu.


Bun Manis Lembut Gebu

Bahan-bahannya:
1 biji telur * 
2 sb susu tepung * 
300ml air sejuk* (telur+ susu tpg +air sejuk= 300ml) 
50g gula 
1 1/2 sk garam
300g tepung roti
200g tpg gandum
2sk yis @ 6g
2sb marjerin@butter

Cara-caranya: (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 11/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50g setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.


Wednesday, April 23, 2014

Garlic Chives & Cheese Bread

0 comments
Assalamualaikum semua..

Yg sebenarnya tangan sy gatal nak meroti..tp xtau nk buat roti apa. Nak buat roti manis, mcm kurang berkenan buat masa ni..niat di hati nak buat savoury bread. Cari punya cari terjumpa roti yg menggoda kat ig kak ZarinBahrin. Rupanya roti ni berasal dr ig kak Mynn..hahaha. Bersangkut paut. Bila di godek2 rupanya kat bwh pic tu kakzarin ada bgtau mcm mana nk buat. Wahhh.sy suka sy suka..hehee

Roti ni menggunakan doh roti manis biasa..sukahati korang nk guna resipi yg mana. Sy guna resipi roti manis yg biasa sy gunakan kalau nak buat apa2 jenis bun. Biarkan bm menguli hingga selesai lps tu barulah kita boleh kerjakan dia..hahaha. Roti berlayer2, sy hanya buat 2 layer je (org rajin mmg begini) huhuhu. Combination antara kucai & garlic sgt ossem rupanya, sama mcm tuna & leek..kira pasangan serasi la ni.hahaha

Bila roti ni dlm oven lg, baunya dah semerbak seluruh rumah..wangi dr garlic, chives & cheese tersangat lah menggoda. Sy suka mkn masa dia masih panas2, sebab time tu cheese dia masih cair n meleleh2 lg. Tak payah nak potong2 dah, main cubit2 je. Dia ni lebih kurang jugak mcm cinnamon pull apart bread..nak mkn main tarik2, tp yg ni version savoury. Wajib cuba ni, sebab bila buat skali mesti akan jd berkali2..hehehe


Sweet Dough Bread

Bahan-bahan:

375 g tepung roti
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih) 
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker. Pilih setting untuk "Dough" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
3. Potong doh kepada saiz yg kecil & susun 1 lapisan dlm bread pan. Kemudian letakkan melted butter, bawang putih cincang, kucai, sosej & juga cheese. Susun doh yg telah dipotong td, ulangi proses di atas & di akhiri dgn cheese pd bahagian atas. 
4. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. 




Wednesday, March 26, 2014

Sandwich Loaf

0 comments
Bila lama dah tak meroti mula la rindu dgn bau roti yg baru masak. Yg paling best dpt mkn roti panas2..sangat la nikmat nya. Yg ni bkn Hokkaido bread ya..rupa mungkin sama, tp rasanya lain. Resipi ni sy ambil dr buku Magic Bread, Alex Goh. Semua roti dlm buku ni menggunakan 'gelatinized dough'. Dlm kepala sy ni kalau ada perkataan gelatin tu mesti la lembut2 kenyal kan. 

Cuma kaedah ini makan masa yg agak lama nak dibuat, sebabnya 'gelatinized dough' tu perlu disimpan dulu paling kurang 12jam. Lps tu barulah boleh digunakan..pd pendapat sy, dough tersebut la yg membuatkan roti tersebut lebih kenyal & lembut, tp tak tahu la samada berul ke tidak teori sy ni..huhuhu. Sy sengaja buat roti ni dlm pullman tin supaya bentuknya jd segiempat sama. Kalau nk buat dlm loaf pan biasa pun boleh juga.

Yg paling sy suka, roti ni kekal lembut walaupun telah masuk hari kedua. Pd hari ketiga dah tak berapa nak lembut kecuali kalau di kukus. Sy suka kukus roti yg sudah agak keras sebab nanti dia akan jd sama seperti baru di masak. Rasa dia pula, 95% hampir sama dgn roti gardenia. Haaa, menarik kan..lps ni tak perlu la beli roti lg. Roti ini juga sihat kerana tidak mengandungi bahan kimia..makanlah tanpa rasa risau ye..hehee


Sandwich Bread
By: Alex Goh

Ingredients:
(A)
150g bread flour
105g boiling water

(B)
450g bread flour
20g milk powder
45g sugar
10g salt
9g instant yeast

(C)
285g cold water
120g overnight sponge dough (refer below)

(D)
60g butter

Overnight Sponge Dough
100g bread flour
60g water (room temperature)
1/4 tsp instant yeast

*mix water and yeast untill well-blanded. Add in flour and mix to form dough. Let it proof for 30minutes. Wrap it up and refrigerate for overnight,

Method:

1. Add the boiling water from A into flour, mix until well-blended to form dough. Cover & set aside to cool. Keep it into refrigerator for at least 12 hours. 

2. Mix B until well-blended. Add in C and knead to form rough dough. Add in A & knead until well-blended.

3. Add in D & knead to form elastic dough. Let it proof for 60 minutes.

4. Divide the dough into 6 equal pieces & mould it round. Let it rest for 10 minutes.

5. Flatten the dough & roll it up like swiss roll. Let rest for 10 minutes. Repeat this process 1 more time & place 3 pieces of dough into a greased sandwich loaf tin (size: 20 x 11 x 11 cm).

6. Let it proof for 50-60 minutes or until 80% full. Cover with lid. 

7. Bake at 220'C for 35 minutes. Remove from tin immediately when it is baked. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template