Showing posts with label menu mudah dan sedap. Show all posts
Showing posts with label menu mudah dan sedap. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

Spaghetti Buttermilk

0 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apabila setiap hari mkn nasi je, bosan juga kan..sesekali nak juga berubah selera. Jd harini kita try resipi spaghetti ye. Kashfe pun suka mkn spaghetti ni..nak masak nya pun tersangat la mudah. Jom kita buat resipi ciptaan sy yg sangat la mudah lg sedapppp..tak pecaya???cuba dulu. Cuma, rasanya tak seswai utk org yg sedang berdiet (sy terkecuali ye)..hikhik

Sebenarnya resipi ni terwujud hasil dr apa yg ada dlm fridge. Selongkar punya selongkar, jumpa la bahan2 utk buat sos buttermilk. Lebih kurang mcm buat ayam buttermilk yg sy pernah post sebelum ni. Cuma kali ni lebihkan sedikit kuahnya & tambah la apa2 sayur yg korang suka. Kalau nak pedas, lebihkan cili padi potong. Tedapppp sangat. Resipi wajib try ni. Jom kita tengok resipi nya kat bawah.

Spaghetti Buttermilk
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
3 sb butter - untuk menumis
1/2 tin susu cair
2 sb susu pekat
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2-3 batang daun kari
5-7 biji cili padi - dipotong 
2-3 batang sosej - dipotong
2-3 batang crabstik
3-4 biji cendawan butang dalam tin - dipotong
1/2 cawan isi ayam - digoreng @ direbus & potong dadu
1/2 cawan batang celery - dipotong nipis
1 biji tomato - dipotong
4-5 cili kering - dipotong & digoreng sebentar (sy tambah utk pedas)
Sedikit kiub ayam
Sedikit lada hitam 
Garam & gula secukup rasa
1 cekak spaghetti
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  
Cara-caranya 
1) Rebus air dengan sesudu minyak masak. Bila mengelegak rebus spaghetti hingga masak.
2) Panaskan butter & tumis bawang putih, daun kari & cili padi hingga garing.
3) Masukkan sosej, crabstik & ayam. Kacau dan masukkan cendawan serta celery.
4) Bila agak masak masukkan susu cair, susu pekat & tomato. Bila mengelegak masukkan kiub ayam, sedikit lada hitam, garam gula secukup rasa.
5) Kacau hingga menggelegak masukkan air tepung jagung utk memekatkan kuah. 
6) Akhir sekali masukkan cili kering & gaul rata. Bila mengelegak tutup api  dan sedia dihidangkan.


Roti Canai & Sambal Sardin

1 comments
Fuuhhhh, tengok tajuk pun dah meleleh ayaq lioq. Breakfast simple bila enche somi tiada di rumah. Lgpun mlm td pukul 2am baru tido, menyiapkan order customer..sangat penat. So, kita masak yg simple je la..paling bagus boleh dirangkumkan skali dgn lunch..ohhh my, 'rajen' nya sy..hahaha. Tp, roti canai tu bukan sy buat sendri ye..sy teringin gak nak blaja buat roti canai, tp belum sampai seru lg nak buat.

Roti canai tu sy bawa dr kampung halaman terchenta..melampau kan roti canai pun nak hangkut bwk dtg cni. Kat cni memang ada roti canai, tp even kat kedai mamak punya roti canai pun keras yg amat..mcm rasa mkn kulit kayu je. Ciann kat org cni. In Sya Allah nanti sy akan jual roti canai frozen ni kat cni. Supaya diorg dpt rasa roti canai yg sebenar.

Roti canai frozen ni, mcik tua yg buat..lembut & berlapis-lapis dlm nya. Sedapppp sgt..cuma bentuk dia la agak pelik, dia buat bentuk empat segi & bukan bulat. Selalunya sy mkn roti canai ni dgn susu pekat..sedappp. Kuah dal pun ok, tp kari xpayah bg pun xpe..hehehe. Meh tgk resepi sambal sardin sy. Cara masak roti canai frozen rasanya semua org tahu kan??hehehe



Sambal Sardin
by: Anim Ismail

Bahan-bahannya
1 tin sardin ~ brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam & gula
minyak utk menumis



Cara-caranya
1. Panaskan minyak & goreng ikan sardin hingga sedikit garing. (lebih selamat jika kuali ditutup sebab ikan akan meletup-letup).
2. Angkat ikan. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan pula sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air, garam & gula. Masak lagi hingga mendidih.
4. Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
5. Masukkan hirisan bawang besar & perahan limau kasturi, kacau seketika dan padamkan api. Angkat dan hidangkan bersama roti canai. 




Saturday, September 21, 2013

Egg Benedict

0 comments
Assalamualaikum..


Sebenarnya ini menu minggu lepas. Resipi ni tersangatla mudah nya..tp yg penting ianya lazattt. Menu ni utk sy & Kashfe je..enche somi pegi keje. Lgpun dia masih dlm pantang..hehehe. Sy & Kashfe pun pantang juga..pantang nampak, semua nak ngappp. Breakfast ni nampak mcm hebat je, tp yg sebenarnya punya la senang nak buat. Tak sampai 5minit dah siap prepare, cuma nak masak nya ambil masa sedikit.

Rupanya juga sangat menarik, bukan saja budak2 tergoda, mak budak pun join sama..haha. Jd skarang, kalau ada balanced roti xda la membazir dah. Breakfast ni agak sihat sbb kita hanya menggunakan butter yg sedikit..sesuai utk org yg nk kuruih mcm sy (nk kuruih, tp mkn x hengat donia). Owh yg, lupa plak, resepi sy buat sy tambah cheddar cheese kat atasnya (haippp, jgn kata apa2) hahaha. 

K lah, jom kita tgk cara nak membuatnya pula.. Breakfast yg mudah & sedappp.


Egg Benedict
by: Azlita MasamManis

Hidangan untuk 2 orang

2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano 

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. 
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
Taburkan sedikit oregano
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di nikmati





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template