Showing posts with label menu sarapan. Show all posts
Showing posts with label menu sarapan. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Donut Lembut Gebu

0 comments
Assalamualaikum semua..


Dlm 2,3 arini ramai sgt yg mintak resipi donut..so bekfas kita mestilah donutttt. Sebelum nk bg resipi kat org, kena la kita pastikan dulu resipi tu jd ke tidak. Alhamdulillah, resipi donut ni menjadi. Nak membuatnya mudah, dan hasilnya juga sangat menarik. Sy ambil resipi ni dr blog Izah. Cuma sy tak salut donut sy dgn coklat, sebab enche somi tak suka yg over manis ni.

Oleh sebab bancuhan ni dapat agak banyak, jd separuh daripanya sy buat pau sambal. Alang2 sambal udang petai semalam ada lebih, nak buat sambal ikan bilis kurang kerajinan la pulak..huhuhu. Sambal udang pun boleh la..sedap juga. Hingga menjilat jari lg. Yg best nya donut ni, lembut nya sampai ke ptg..magik kan. Dah lama cari resipi donut yg mcm ni. Akhirnya jumpa pun, terima kasih tuan punya resipi. Sy share kat cni pula ye..


Donut Lembut Gebu
Oleh: Izah MuffinLover

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

Bahan B
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-caranya:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
2. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
3. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
4. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
5. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Nasi Goreng Kerabu

0 comments

Sebenarnya menu ni sy buat sebab ada yg request, kwn masa study dulu.. Dia kata asik dessert & lauk pauk je, buat la menu breakfast pula.. Ok id, dis is for u.. Nasi goreng kerabu wif sunny side up egg. Sy memang sgt suka dgn nasi goreng, tak kisah la nasi goreng apa pun..semua sy suka. Dah la sedap, lengkap & juga mudah utk disediakan..suka suka suka..hehehe

Sy buat nasi goreng kerabu ni sebab nak menghabiskan stok sayur yg bertimbun dlm fridge..takut rosak nanti, syg je. Lgpun, sy sgt suka nasi goreng yg banyak sayur ni..kalau tak ada haiwan2 pun takpa, janji ada banyak sayur. Nasi goreng ni tak boleh la nak buat pedas, sbb nak kena share dgn Kashfe..huhuu. Tp Kashfe mkn 2,3 suap je, mak Kashfe yg mkn bersuap2..hahahha. Kalau teringin, jemput la membuatnya ye..nak jemput mkn, sy punya dah licin..hehee


Nasi Goreng Kerabu
Oleh: UmmiZaihadi

Bahan A:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 100 gm udang
  • 100 gm sotong - sy tak letak
  • 3 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
Bahan B (Ulam-Ulaman) Dihiris:
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang kelisa (kacang botol)
  • 3 batang kacang panjang - sy tak letak
  • 2 batang celery dihiris - sy tambah
Bahan C (ditumbuk):
  • 12 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering (rendam sebentar)
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong dan nasi. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.
  4. Kacau rata dan hidangkan bersama timun dan keropok.


Friday, November 8, 2013

Roti Jala

0 comments
Selamat hari minggu semua..

Bila hari cuti, time ni la nk buat bekfes yg best2 sket..sebab arini enche somi ada kat umah. Kalau ari biasa bekfes berdua dgn Kashfe je. So arini sy buat roti jala utk dimakan dgn kari daging lebih kenduri semalam. Kashfe makan sambil tabur satu rumah..haiii la anakkk, asalkn awk mkn takpe la..jgn awk tabur dlm almari baju sudah..hahaha. Bila dah pandai nak mkn sendiri ni, tiap kali masa mkn, mesti berterabur..sabo je laaa.

Kalau kat cni, roti jalanya dia siap bungkus dgn inti kari ayam atau daging..kira inti tu agak pekat la, supaya tak mengalir bila dibungkus. Tp sy buat yg biasa je, takut terburai kalau bungkus intinya sekali nnt..org amatur belum habis menuntut ilmu..hehehe. Bahan2 utk buat roti jala ni sgt mudah didapati di dapur rumah anda. Cuma nak menjalanya agak remeh sikit. 

Sy menggunakan botol muncung 3 utk membuat roti jala ni. Boleh juga gunakan acuan roti jala yg biasa tu..tp sy tak berapa suka sebab selalu tersumbat, tak tahu la apa masalahnya. Acuan tu memang tak serasi dgn sy (poyo sungguh ayatnya) hahaha. Jika teringin nk cuba, boleh la salin resipi di bawah ni. Selamat menjala sy ucupkan..hehehe


Roti Jala
Oleh: iResepi
Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur.
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 sudu mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya:
1.    Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
2.    Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
3.    Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar





Tuesday, October 8, 2013

Popiah Ayam

0 comments
Assalamualaikum..

Malam tadi Kashfe tido awal..jd inilah masanya utk mengemas & buat apa2 yg patut. Dah lama teringin nk buat popiah ni, last skali sy buat tahun lepas rasanya. Masa nak puasa haritu kawan somi ada bg homemade popiah..sangat sedap sampai teringat2 (dah mcm kena mandrem plak). Dgn tak malunya, sy pun tanya resipi kat dia. Alhamdulillah, dia bg resipi tu.

Jd boleh la kita memopiah kan diri..hahaha. Kalau dah alang2 buat, baik terus buat sekali banyak. Boleh frozenkan..nanti bila teringin or xda idea nk mkn apa bleh terus goreng je. Popiah ni memang sesuai utk kanak2 sebab x pedas pun. Utk kita2 ni, boleh la dimakan bersama sos atau pencicah buatan sendiri. Sy tak sempat nak buat pencicah nya sebab penyakit 'm' dtg tetiba..hehehe

Kat sini sy guna kulit popiah segera..belum sampai seru lg utk buat kulit popiah sendri..huhuhu. Kulit readymade ni pun ok, bila di goreng jd sangat garing & rangup. Ada bunyi krupp kruppp lg bila di gigit. Tp kalau dah sejuk tu, xda la rapuh sangat dah. Itu maknanya, kita kena mkn masa popiah ni panas2. Tedap tedapp tedappp. Mari kita tengok resipinya pula..


Popiah Ayam
Oleh: Ummie Salha
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 keping isi ayam bahagian dada - potong dadu kecik-kecil
3 ulas bawang putih - sy tumbuk halus
1 labu bawang besar
2 cawan mix vege (carrot, peas, jagung)
1 cawan kobis potong halus - sy tambah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam - sy tambah
Sedikit kiub ayam - sy tambah
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar & isi ayam.
2. Bila isi ayam dah separuh masak, masukkan mix vege & kobis..gaul hingga rata.
3. Letakkan perasa, lada sulah, lada hitam, kiub ayam & garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan seketika hingga inti tadi agak kering. Tp jgn terlalu lama sebab kalau terlalu layu juga kurang enak.
5. Kemudian angkat @ sejukkan. Apabila telah sejuk bolehlah di bungkus dalam kulit popiah kita. Gamkan bahagian hujungnya dgn campuran tepung & sedikit air.
6. Setelah siap, boleh terus di goreng & disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam freezer. Bila hendak digunakan, keluarkan 10min sebelum menggoreng.
7. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng. Goreng sgn api sederhana & alih-alihkan utk mendapat warna yg sekata. 
8. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran anda. Selamat menjamu selera.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template