Showing posts with label resipi ayam. Show all posts
Showing posts with label resipi ayam. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Kurma Ayam

0 comments

Ini adalah lauk kegemaran Kashfe. Dr dia kecil memang dia suka sgt makan nasi dgn lauk kurma. Mcm org tua sungguh Kashfe ni. Kalau buat lauk ni tak payah nak paksa dia makan, memang dgn rela hati dia nganga mulut..hehee. Sebenarnya sy pun suka gak lauk ni. Sedap bila di mkn bersama sambal belacan. Inilah lauk sy time kat matrik dulu. 

Kurma version sy telah ditambah dgn sedikit kerisik..sy sendri tak tahu apa fungsi kerisik tu, tp rasanya sgt sedap. Lebih pekat & lemak berkrim. Kalau ikut sy yg terlebih 'rajen' ni, semua sayur pun sy nak letak sbb malas nak masak sayur. Jd sy akan tambahkan kentang, tomato, cili merah atau hijau & bawang potong baji. Tp kalau korang taknak letak pun takpe..terpulang pd citarasa kita.



Kurma Ayam
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dipotong
4 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
1 inci halis, dihiris*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
3 camca besar penuh rempah kurma ADABI - dibancuh dgn sedikit air 
1 liter santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah
2 biji kentang - dipotong baji
1 biji bawang besar - potong baji
2 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bahan-bahan yg bertanda (*) sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan serbuk kurma ayam adabi dan kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam, air secukupnya untuk empukkan ayam & kentang. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
5. Kemudian masukkan santan garam dan serbuk perasa.
6. Tambah air sedikit lagi kalau nak berkuah yang banyak.
7. Masukkan bawang potong & juga tomato. Biar seketika.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan.



Friday, March 28, 2014

Ayam Pongteh

0 comments
Ayam Pongteh..resipi lebih kurang cinta pandang pertama la.huhuu. Sebenarnya sy teringin nak cuba buat ayam pongteh ni bila ternampak chef wan buat dlm afc. Dr segi rupa nya tersangat la menarik & menggoda (bkn chef wan tau, tp menu itu). Lgpun dah bosan dgn ayam masak yg sama je..sesekali nak jugak cuba resipi baru kan. Yg lg best nya, lauk ni skali dgn sayur..itu maknanya sy dah tak perlu masak sayur..yeayyy

Resipi dia sy copy sebijik yg chef wan buat. Nampak resipi nya mcm panjang n susah kan..tp sebenarnya senang je. Semua main campak2. Sayur tu plak sukati la nak letak sayur apa pun, jgn letak petai sudah..hahaha. Sy tambah carrot utk bg kaler sket pd lauk ni.Rasa dia plak lebih kurang mcm ayam masak kicap, tp dia lain sikit..ada rasa sedikit lemak2 maybe dr taucu kot. Enche somi pun suka lauk ni..lebih menarik bila mkn bersama nasi panas. Korang patut cuba..

* Sori sebab malas nak translate.. huhuu



Ayam Pongteh
By: Chef Wan

Ingredients: 

1 kg / 2 pounds / 3 oz Chicken, cleaned and cut into pieces 
¾ cup / 6 fl oz Vegetable Oil 
30 Shallots (Red Onion), well pounded 
15 Garlic cloves, peeled and well pounded 
¼ cup / 1 oz fermented Soy Bean Paste (Taucu or Tao-cheo), pounded 
2 Tbsp / 1 fl oz Light Soy Sauce(Salty Soy Sauce, Kicap Cair) 
2 tsp Dark Soy Sauce (Kicap Pekat) 
2 cm / 1 inch Ginger, sliced 
4 Cloves 
2 Star Anise 
10 dried Black ShitakeMushrooms, soaked in hot water until soft 
3 Potatoes, peeled and quartered 
3 cups / 24 fl oz water 
2 Red Chilies sliced 
2 Green Chilies sliced 
2 Tbsp / 1 fl oz sugar 
1 tsp grounded Pepper 
Coriander (Cilantro, Chinese Parsley or Ketumbar) for garnish


Method:

Heat oil in casserole dish, sauté the Shallots, Garlic till fragrant. 

Add in Star Anise, Cloves and Ginger, and mix them well.

Add in Chicken and mix them well. 

Add in Dark Soy Sauce, Light Soy Sauce, and fermented Soy Bean Paste (Taucu or Tao-cheo). Add in water, Mushrooms, Potatoes and Coriander Leaves; add sugar and pepper to taste. Mix well and stew chicken for half an hour. 

Add in Red and Green Chilies, sugar and pepper and once again bring to boil. Lower the heat and simmer for a further 20-25 minutes or till Chicken is tender and gravy is thick.

Garnish with Coriander Leaves and serve. 





Thursday, February 27, 2014

Nasi Ayam Mudah & Sedap

0 comments
Selamat sejahtera semua..



Terasa bosan pula bila setiap hari mkn sy sama kan..nasi putih, lauk & sayur. Jd apa salah nya sekali sekala kita nasi berperisa seperti nasi ayam ni. Nak menyediakan juga agak mudah..paling menarik tak perlu fikir nak masak lauk n sayur apa. Semua nya lengkap dlm set nasi ayam. Dan ianya juga sgt lazat..Kashfe memang suka nasi berperisa ni. Kalau nasi putih jgn harap la dia nak pandang, mkn sesuap je lps tu tak hingin dah..haihhhh la anak..

Mungkin ada yg fikir membuat nasi ayam ni agak sukar & remeh, tp sebenarnya ia terlalu mudah. Semudah masak nasi, goreng ayam & buat sup..simple kan. Rasa pun sedap. Sy suka resipi nasi ni sebab ia menggunakan kiub ayam & boleh dikatakan nasi yg agak sihat kerana is tidak terlalu berminyak. Ayam nya pula sy perap semalaman, supaya rasa perapan masuk ke dlm isi..kemudian goreng sekejap dlm minyak yg banyak utk mencantikkan kulit nya. Sungguh mudah..resipinya sy lampirkan di bawah ini. Selamat mencuba ;)



Nasi Ayam Mudah & Sedap

Bahan untuk Nasi 
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
Serbuk perasa (saya guna kiub ayam)
Air paras sukatan beras
Minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos 
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Air untuk rebus secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Nota: Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos 
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Saya guna 2 plastik minyak masak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. 

Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut di dalam dan mendapat kulit yang garing.

SUP (untuk Nasi Ayam)
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


Sos Kicap

Masakkan sos yang diguna untuk memerap ayam sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. 



Friday, November 8, 2013

Ayam Percik Mudah & Sedap

0 comments
Assalammualaikum & camat pg semua..


Pabila penyakit M menyerang...paham2 je la kan. Sekali sekala pasti angin M bertiup. Sebenarnya, tersangat la malas nak memasak..ditambah plak tak ada idea nak masak apa. Owhh, sgt susah ok..jwb exam lg senang sbb jawapan ada dlm buku (hahhh, dah mula la mengarut tu). Okok, kembali ke pangkal jln.. Akhirnya, sy masak ayam percik yg tersangat mudah & simple.

Resipi ni adalah resipi my sis, BV4050.. Memang senang sesangat, dah la senang, sedap plak tu. Korang memang patut cuba. Mula2 dulu sy ingat nk masak ayam percik ni punya la susah & remeh, tp ternyata sangkaan ku meleset. Lps tau resipi ni, memang bila taktau nak masak apa, resipi ni la yg sy buat. Sebab enche somi pun suka benda percik2 ni. 

Sy masukkan ayam tu dlm kuali pemanggang ajaib, sekejap je garing & masak dgn sempurna. Kalau nak masukkn dlm oven pun boleh juga. Boleh pilih mana yg korang suka. Sy selalu buat kuahnya agak lebih, kira ayam percik banjir la..hahaha. Ayam percik ni sy mon dgn ulam jantung pisang rebus & sambal belacan...urghhhh, lazat tak terkata.. Jika berminat nk cuba, resipi nya sy sertakan di bawah ni ya.

Ayam Percik Mudah & Sedap 
Oleh: Norlida Ismail

Bahan-bahannya
2 bahagian paha ayam - dibersihkan
2 biji bawang besar*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai - diketuk
2 cm halia*
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
2 sb cili kisar - boleh tambah mengikut citarasa
1 cawan santan pekat - agak2 sehingga ayam terendam (sy guna santan kotak)
Sekeping asam keping
Sedikit kerisik
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk halus @ blender bahan2 yg bertanda (*).
2. Masukkan ayam, bahan yg ditumbuk, serai, cili kisar & santan. Dan buka api sederhana.
3. Kalau supaya ayam tersebut sebati bersama bahan2 lain.masak hingga ayam separuh masak.
4. Kemudian masukkan asam keping, kerisik, garam & gula secukup rasa. (Kalau takut terlebih masam, masukkan asam keping sebentar sahaja)
5. Masak hingga kuah menjadi agak pekat & matikan api.
6. Letakkan ayam di atas loyang pembakar & sapukan sedikit kuah percik kepada ayam tersebut.
7. Bakar ayam di dalam oven selama 30min @ hingga garing dgn suhu 190'C.
8. Setelah siap boleh dihidangkan bersama baki kuah percik tadi. 


Sambal Belacan
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
5 biji cili merah
7 biji cili padi - jika suka pedas boleh tambah
1 inci belacan - dibakar sedikit
4-5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk cili merah, cili padi & belacan yg telah dibakar sehingga lumat.
2. Perahkan limau kasturi & perasakan dgn garam & gula


Saturday, November 2, 2013

Ayam Daun Selasih Masak Hijau

0 comments
Assalamualaikum sahabat2 ku..


Harini sy masak ayam bersama daun selasih. Sejak masak singgang letak daun selasih aritu, asik teringat-ingat je rasa daun ni. Sangat sedap bila dicampur ke dlm masakan (pd citarasa sy la)..ada juga yg kurang suka dgn daun selasih ni disebabkan baunya yg agak kuat. So, ikut suka hati masing2, kalau tak suka tak payah letak..tiada paksaan dlm memasak, kita yg buat dia..hehehe

Bersungguh sy cari resipi lauk pauk yg menggunakan daun selasih ni. Akhirnya hati tertarik utk mencuba ayam daun selasih masak hijau ni. Tp hasil yg sy buat tak brapa nak hijau, jd kaler gelap plak..tak kisah lah kalernya, asalkan rasanya sedap. Nak membuatnya juga cukup mudah, main campak2 je..then, siappp. Kalau mkn dgn nasi panas, mau tambah 2,3 pinggan ni.

Utk memasaknya, sy ikut cara Kak Nor..ayam tersebut sy goreng dulu separuh masak. Owh lupa nak bgtau, resipi ni kita boleh gunakan utk ayam or daging ye..ada yg kata ayam lg sedap, ada gak yg kata daging lg sedap. Oleh sebab dah keliru, sy campur masak sekali ayam & daging..hahaha. Sekali masak dpt rasa 2 sekaligus..rajen kan?? Korang jgn ikut cara 'org rajen' ni ye.. Ikut resipi sebenar di bawah ni. Selamat mencuba.


Ayam Daun Selasih Masak Hijau
Oleh: Kak Nor SecubitGaram

BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong2
6-8 biji Cili Hijau*
6 biji Cili Padi Hijau*
6 ulas Bwg Putih* (* tumbuk kasar) 
1 btg Serai - ketuk
1" Halia - di hiris
1 bj Bwg Besar - di hiris
1 sb Sos Ikan
2 sb Sos Tiram
1 bj Tomato - di potong
Daun Selasih - seberapa byk yg suka 
Garam

CARA2:
Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bahan tumbuk* sehingga wangi.
Masukkan serai, halia, bwg besar & kacau sebentar.
Masukkan ayam, sos ikan, sos tiram & kacau sebati.
Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk.
Tutup sehingga ayam betul2 masak.
Tambahkan garam jika tidak cukup masin.
Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit.
Hidangkan dgn nasi putih.

* k.nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng 1/2 masak)


Tuesday, September 24, 2013

Ayam Goreng Berempah

1 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hati tiba2 teringin pula nak mkn ayam goreng berempah mcm kat kedai nasi lemak kukus tu. terbayangkan serbuk2 bumbu dia tu..aishhh, meleleh ayaq lioq..huhuhu. Tp apa resepi nya?? Xkan plak nk pegi mintak kat mcik yg berniaga tu..agak2 la kan. Jd, di zaman yg serba canggih ni kita mintak tlg enche gugel la. 

Penat menggugel akhirnya jumpa la resipi dr kak Madihaa. Apa yg menariknya ialah ayam goreng berempah dia ada byk serbuk bumbu tu..memang itulah yg di idam2kan. Bila tgk bahan2 nya plak, senua pun ada..so kita proceed je la. Cite banyak pun tarak guna. Lg cepat siap, lg cepat dpt ngappp..hehehe. 

Upsss, Kashfe x cukup umur lg nk mkn ayam goreng berempah ni..awk mkn sup sayur je la ye..hehehe. Kashfe susah betul nk mkn skang ni, kalau kita mkn, baru lah dia nk mkn..kalau nak suap dia je mkn, dpt la sesuap 2 je. Hai la anak..umur 14bulan, tp berat 8.3kg je. Tp mak x kisah semua tu, asalkan awk membesar dgn sihat sudah. Eh, mcm mana plak bleh terpesong karangan ni?? Dah dah..jom salin resepi ni cpt..hehehe


Ayam Goreng Berempah
oleh: Madihaa

Bahan-bahannya
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit) 
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.  
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.
2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering.  Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat.  
3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. 
5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak.
6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template