Showing posts with label chiffon. Show all posts
Showing posts with label chiffon. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Blueberry Chiffon

0 comments

Chiffon lagi..mesti korang dah bosan kan..tak ada resipi lain ke, asik2 chiffon..kan kan?? Hahaha. Nak buat mcm mana.. Blueberry chiffon ni enche somi yg request. Sy pun ok je, sonok ni nak try flavor baru..tambah2 plak kaler purple kan. Lg la sy suka, kaler paberet tu. kat resipi tu tulis guna loyang 22cm, malangnya sy hanya ada loyang 20cm je..hantam sajalah labu..

Utk chiffon ni sy gunakan bluberry filling & juga blueberry paste..ingat nak letak fresh blueberry gak, tp tak ditemui..huhuhu. Sy terjumpa resipi ni kat dapur Che Mat, rupanya tersangat la menarik..paham2 la kalau Che Mat punya resipi kan, tengok gambar pun dah teruja..hahaha. Bg sy, chiffon ni agak moist n tak kering macam chiffon2 lain yg sy penah buat. Paling best bila tergigit serpihan-serpihan blueberry kat dlm tu..nyamannn. Ada yg dah telan air liur tak??hehehe. Resipi nya sy sertakan di bawah..selamat mencuba ;)



Blueberry Chiffon
Oleh: CMG

Bahan A:
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

Bahan B:
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar


Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
  3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
  4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan.

Friday, November 8, 2013

Milktea Chiffon Cake

0 comments
Assalamualaikum semua..


Yg sebenarnya kek ni dah lama sgt sy teringin nk buat, tp loyang chiffon nya tak ada. Bila dpt je loyang chiffon, terus sy cuba resipi ni, pemecah dara loyang chiffon sy..hehehe. Sy terlalu suka minum ice milktea, jd pasti kek milktea ini juga berjaya menggoda peminat tegar milktea mcm sy. Tambah pula ianya kek chiffon, yg terkenal dgn kegebuan & kelembutan nya. Sungguh tak sabar rasanya.

Tak banyak sangat resipi milktea chiffon yg dijumpai..tp sy berminat utk cuba resipi dr Smallsmallbaker. Beliau adalah pembuat chiffon yg tegar..pelbagai jenis chiffon dah dicubanya. & utk pengetahuan korang, pd malam itu sy telah membuat 3 bijik chiffon oleh kerana terlalu eksaited (eksaited ke jakun tau la) hahaha. Memang betul la ramai yg kata chiffon ni berhantu..kalau dah buat skali, mmg asik nak buat je. Rasa mcm nak try semua flavour yg ada. 

Akhirnya, setelah tggu dia sejuk hampir 2jam, dpt la sy merasa chiffon yg telah lama menjadi idaman kelebu ni. Pada sy rasa milktea nya agak mild, maybe next time patut lebihkan lg milk tea tu. Tp yg best nya, bila kita geget n kunyah chiffon tu, akan ada rasa2 milktea..tu yg buat tak boleh berhenti nak kunyah tu. Tak tahu nak cerita mcm mana, tp kalau korang peminat tegar milktea, memang patut try chiffon ni. Rasa milktea yg boleh di kunyah2..best sgt.


Milktea Chiffon Cake
By: SmallSmallBaker

17cm chiffon tin:

1 tbsp tea leaves (I use 2 sachets 2g lipton tea)
30ml water
90ml milk

Heat up water till boiling, add in the tea leaves. Off the heat, cover and steep the tea for 3 minutes. 
Add in milk, bring the mixture to a boil again, cook for 2-3 minutes.
Filter the mixture and measure to get 60ml* of milktea. Set aside to cool.
* If more than 60ml, can boil again to reduce to liquid, if less than 60ml, add more milk to get 60ml

3 egg yolks
20g sugar
40ml vegetable oil
80g cake flour
1 tbsp tea leaves, chopped finely (I use 2 sachets 2g lipton tea) - sy tak letak

Whisk egg yolks and sugar till sugar dissolves. Add in vegetable oil, followed by 60ml milktea (from step above). Add tea leaves and then sifted flour.

4 egg whites
50 sugar

Beat egg whites till foamy, add in sugar gradually and whisk until stiff peak. Add egg white into the egg yolk batter in 3 additions. Pour into the cake tin. Knock the pan a few times to get rid of air bubbles.
Bake 170 deg C, 35 minutes


* soo sorry sebab terus copy n paste je. Agak kemalasan nak translate..huhuu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template