Showing posts with label resipi nasi. Show all posts
Showing posts with label resipi nasi. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Nasi Ayam Cendawan Claypot

2 comments
Assalamualaikum semua..


Tadi sy try masak nasi dlm claypot, sebab ramai yg kata nasi dlm claypot ni sedap. So, teringin jugak nak mencubanya. Kebetulan pula sy baru je membeli sebijik claypot yg sangat comel. Sesuai utk mkn seorang, tp payah nak share2..hahaha (gelak jahat). Tp sebenarnya sy buat ni utk Kashfe, tak tahu nak bg dia mkn apa lg. Nak masaknya pun senang, sekali masak je nasi & lauk..tak payah susah2 nk pikir.

Jenuh jugak mencari resipi utk nasi claypot ni..tak tahu mana yg sesuai dgn citarasa. Akhirnya sy tertarik utk menggunakan resipi dr dapur Cheq Sue. Nampak sangat menyelerakan. Cara nak prepare pun sangat mudah. Tak sabar sungguh nak rasa nasi claypot ni. Dulu kalau pegi food court Sogo, mmg ramai sgt yg mkn nasi ni..tp time tu tak terbuka pula hati utk mencubanya. Skang baru la teringin..huhuhu

Sy olah sedikit caranya mengikut cara sy. Ayam & cendawan tersebut sy perap semalam supaya rasanya mesra & masuk ke dlm. Sy tak letak minyak bijan ye, sebab sy memang tak berapa suka bau nya. Bila dah hampir masak tu, baunya tersangat la harum semerbak. Tutup je api, lps posing sikit2 trus sy ngappp..sebab nasi ni sedap bila kita mkn semasa masih panas. Memang sgt sedap..nasi tu jd sangat berperisa serta ayam & cendawan nya juga telah menyerap bahan perapan. Kalau makan nasi sahaja pun sudah enak. Sila lah cuba masakan yg simple ni ya..


NASI AYAM CENDAWAN  CLAYPOT
Resepi : Chequ Sue

Bahan-bahannya:
1 cawan beras
1 1/2 air rebusan ayam (cheq sue ganti dengan 1/4 kiub ayam)
500gm ayam (potong kecik jer) 
1 sudu besar lada hitam (tumbuk) 
1 sudu besar kicap pekat 
5 atau lebih kuntum cendawan hitam (rendam hingga kembang dgn air panas) 
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap pekat manis 
Minyak untuk menumis 
2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk) 
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan. 
2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung. 
3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan. (Cheq sue tumis dalam claypot dan ketepikan.)
4. Panaskan claypot, masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan semua daun (xde daun, malas nak keluar ambil) , bawang goreng dan percikkan minyak bijan.





Friday, November 22, 2013

Nasi Goreng Kerabu

0 comments

Sebenarnya menu ni sy buat sebab ada yg request, kwn masa study dulu.. Dia kata asik dessert & lauk pauk je, buat la menu breakfast pula.. Ok id, dis is for u.. Nasi goreng kerabu wif sunny side up egg. Sy memang sgt suka dgn nasi goreng, tak kisah la nasi goreng apa pun..semua sy suka. Dah la sedap, lengkap & juga mudah utk disediakan..suka suka suka..hehehe

Sy buat nasi goreng kerabu ni sebab nak menghabiskan stok sayur yg bertimbun dlm fridge..takut rosak nanti, syg je. Lgpun, sy sgt suka nasi goreng yg banyak sayur ni..kalau tak ada haiwan2 pun takpa, janji ada banyak sayur. Nasi goreng ni tak boleh la nak buat pedas, sbb nak kena share dgn Kashfe..huhuu. Tp Kashfe mkn 2,3 suap je, mak Kashfe yg mkn bersuap2..hahahha. Kalau teringin, jemput la membuatnya ye..nak jemput mkn, sy punya dah licin..hehee


Nasi Goreng Kerabu
Oleh: UmmiZaihadi

Bahan A:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 100 gm udang
  • 100 gm sotong - sy tak letak
  • 3 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
Bahan B (Ulam-Ulaman) Dihiris:
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang kelisa (kacang botol)
  • 3 batang kacang panjang - sy tak letak
  • 2 batang celery dihiris - sy tambah
Bahan C (ditumbuk):
  • 12 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering (rendam sebentar)
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong dan nasi. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.
  4. Kacau rata dan hidangkan bersama timun dan keropok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template