Showing posts with label resipi daging. Show all posts
Showing posts with label resipi daging. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Ayam Daun Selasih Masak Hijau

0 comments
Assalamualaikum sahabat2 ku..


Harini sy masak ayam bersama daun selasih. Sejak masak singgang letak daun selasih aritu, asik teringat-ingat je rasa daun ni. Sangat sedap bila dicampur ke dlm masakan (pd citarasa sy la)..ada juga yg kurang suka dgn daun selasih ni disebabkan baunya yg agak kuat. So, ikut suka hati masing2, kalau tak suka tak payah letak..tiada paksaan dlm memasak, kita yg buat dia..hehehe

Bersungguh sy cari resipi lauk pauk yg menggunakan daun selasih ni. Akhirnya hati tertarik utk mencuba ayam daun selasih masak hijau ni. Tp hasil yg sy buat tak brapa nak hijau, jd kaler gelap plak..tak kisah lah kalernya, asalkan rasanya sedap. Nak membuatnya juga cukup mudah, main campak2 je..then, siappp. Kalau mkn dgn nasi panas, mau tambah 2,3 pinggan ni.

Utk memasaknya, sy ikut cara Kak Nor..ayam tersebut sy goreng dulu separuh masak. Owh lupa nak bgtau, resipi ni kita boleh gunakan utk ayam or daging ye..ada yg kata ayam lg sedap, ada gak yg kata daging lg sedap. Oleh sebab dah keliru, sy campur masak sekali ayam & daging..hahaha. Sekali masak dpt rasa 2 sekaligus..rajen kan?? Korang jgn ikut cara 'org rajen' ni ye.. Ikut resipi sebenar di bawah ni. Selamat mencuba.


Ayam Daun Selasih Masak Hijau
Oleh: Kak Nor SecubitGaram

BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong2
6-8 biji Cili Hijau*
6 biji Cili Padi Hijau*
6 ulas Bwg Putih* (* tumbuk kasar) 
1 btg Serai - ketuk
1" Halia - di hiris
1 bj Bwg Besar - di hiris
1 sb Sos Ikan
2 sb Sos Tiram
1 bj Tomato - di potong
Daun Selasih - seberapa byk yg suka 
Garam

CARA2:
Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bahan tumbuk* sehingga wangi.
Masukkan serai, halia, bwg besar & kacau sebentar.
Masukkan ayam, sos ikan, sos tiram & kacau sebati.
Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk.
Tutup sehingga ayam betul2 masak.
Tambahkan garam jika tidak cukup masin.
Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit.
Hidangkan dgn nasi putih.

* k.nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng 1/2 masak)


Tuesday, October 8, 2013

Daging Dendeng

0 comments
Assalamualaikum..

Bersua kita di hari yg ceria meria ini..ceria kah hari anda?hehehe. Sebenarnya mlm td sy mimpi sedang menikmati daging dendeng Aunty Ana. Aunty Ana ni maid kakak sy dr Indonesia. Kalau dah dr Indonesia tu, konpem2 la masakan daging dendeng nya original kan. Daging dendeng yg dia masak memang sedapppp bangetttt. Rasa sekali mesti tak boleh lupa..dulu masa duk serumah xnak suruh masak, skang dah duk jauh baru teringin.

Apa boleh buat, bila dah jauh mcm ni terpaksa la berdikari buat sendiri..harap2nya jadi la dgn sedap nya..hahaha. Pencarian resipi pun bermula..nak tanya kat tuan punya resipi, dia tgh bercoti plak..so cari kat encik gugel je la. Cari punya cari, jumpa la 1 resipi ni yg agak sama cara buatnya, iaitu kat blog Cik Mat Gebu. Cara buatnya agak remeh la jugak, kena rebus la dulu, lps tu goreng, tumbuk..aihhh, memang mencabor nak buatnya. Tp sbb teringin punya pasal, ku gagahkan jua..huhuu

Setelah berhempas pulas di dapur, akhirnya siap la daging dendeng ku. Tp kenapa x sama dgn Aunty Ana punya? Aunty ana punya kaler hitam berkilat, menarik sgt. Yg sy buat ni kaler nya agak cerah. Rasanya pun lain sikit, tp ok la..sedap jugak. Mungkin sy memang xda bakat masak masakan Indonesia kot..hahaha. Takpe, blk Malaya nnt nak minta resipi dr Aunty Ana sendiri. Nanti sy share resipi yg kebabommm tu ye. Skang korang try dulu resipi ni.


Daging Dendeng
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA 

  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template