Assalamualaikum semua..
Yg sebenarnya tangan sy gatal nak meroti..tp xtau nk buat roti apa. Nak buat roti manis, mcm kurang berkenan buat masa ni..niat di hati nak buat savoury bread. Cari punya cari terjumpa roti yg menggoda kat ig kak ZarinBahrin. Rupanya roti ni berasal dr ig kak Mynn..hahaha. Bersangkut paut. Bila di godek2 rupanya kat bwh pic tu kakzarin ada bgtau mcm mana nk buat. Wahhh.sy suka sy suka..hehee
Roti ni menggunakan doh roti manis biasa..sukahati korang nk guna resipi yg mana. Sy guna resipi roti manis yg biasa sy gunakan kalau nak buat apa2 jenis bun. Biarkan bm menguli hingga selesai lps tu barulah kita boleh kerjakan dia..hahaha. Roti berlayer2, sy hanya buat 2 layer je (org rajin mmg begini) huhuhu. Combination antara kucai & garlic sgt ossem rupanya, sama mcm tuna & leek..kira pasangan serasi la ni.hahaha
Bila roti ni dlm oven lg, baunya dah semerbak seluruh rumah..wangi dr garlic, chives & cheese tersangat lah menggoda. Sy suka mkn masa dia masih panas2, sebab time tu cheese dia masih cair n meleleh2 lg. Tak payah nak potong2 dah, main cubit2 je. Dia ni lebih kurang jugak mcm cinnamon pull apart bread..nak mkn main tarik2, tp yg ni version savoury. Wajib cuba ni, sebab bila buat skali mesti akan jd berkali2..hehehe
Sweet Dough Bread
Bahan-bahan:
375 g tepung roti
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50
g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat,
sejukkan sebelum diguna)
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker. Pilih
setting untuk "Dough" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
3. Potong doh kepada
saiz yg kecil & susun 1 lapisan dlm bread pan. Kemudian letakkan melted
butter, bawang putih cincang, kucai, sosej & juga cheese. Susun doh yg
telah dipotong td, ulangi proses di atas & di akhiri dgn cheese pd bahagian
atas.
4. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama
20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan.
0 comments:
Post a Comment