Monday, April 21, 2014

Pandan Chiffon


Nampak gayanya demam chiffon masih belum reda. Kan dah ckp chiffon ni memang berhantu..bila dah buat sekali, mesti ketagih nak buat lg. Kali ni sy buat chiffon pandan, biasa sgt kan. Sebenarnya ada org hoder chiffon pandan ni, jd sebelum jual kena la kita test dulu yg mana resipi terbaik utk digunakan ye dak?? Tp tuan nya pun memang teringin nak rasa yg sebenarnya..pandai bg alasan kan..hahaha

Chiffon pandan ni akan lebih sedap kalau kita gunakan daun pandan original & juga santan. Santan yg digunakan jangan terlalu pekat, sedang2 saja. Walaupun menggunakan daun pandan, tp sy masih menambah beberapa titik pewarna hijau..sebab daun pandan tersebut hanya utk memberikan aroma. Kalau tak ada daun pandan, boleh juga digantikan dgn paste or esen pandan.

Kat umah ni kalau buat kek chiffon, tak sampai 1 hari boleh habis..paberet enche somi ni. Kalau kek lain sampai kena bagi pd jiran2. Jd, bertambah seronok la sy utk mencuba pelbagai resipi chiffon lg. Yg best nya kek ni tersangat lembut, gebu, lemak2 dgn harum daun pandan & yg paling penting ia tak muak..makan separuh biji pun boleh. Haaa, mcm mana?? Ada rasa teringin nak mkn tak??


Chiffon Pandan
Oleh: LemakManis

Bahan-bahannya:

Bahan A(di ayak 3 kali)
150 gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70 gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil
115ml jus pandan

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-caranya:

1.Bland 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak(jika guna daun pandan la)
2. Dapatkan 115ml jus pandan.(Iza guna pandan paste 1 sudu teh +air masak jadikan 115ml Jus pandan)
3. Gunakan hand mixer utk memukul bahan B
4. Masukkan corn oil dan teruskan memukul.
5. Putar hingga kembang.
6. Masukkan jus pandan.Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambah sedikit pewarna hijau,jika suka
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung.Dengan menggunakan sepatula kacau setakat tepung hilang dari    pandangan.Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi,putar putih telur hingga kembang.Masukkan cream of tartar dan terus memutar.Masukkan gula castor  dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar.Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi kedalam bancuhan kuning telur yg dah jadi hijau tadi...
12. Kaupbalikkan hingga rata.Jangan di putar.Jangan risau kalau adunan kelihatan berketul-ketul kerana memang itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yg gebu dan berongga.
13. Tuang bancuhan di atas,dalam mangkuk yg berisi separuh lagi,putih telur yg telah di pukul kental tadi.
14. Kaupbalikan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuang kedalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dulu 175 darjah cel.Lebih kurang 20 minit awal.Bakar selama 40 minit-45 minit.Atau hingga masak


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template