Thursday, March 6, 2014

Swiss Roll Para Para Sakura


Mahap la ye sebab sy baru nak update resipi2 yg telah di cuba sebelum ini. drpd blog bersawang, bagus juga la di update kan. Kek ni sebenarnya sy buat sbb enche somi teringin..dia mmg suka akan swiss roll. Setelah sekan lama tidak membuat swiss roll, inilah masanya utk sy membuat eksperimen & mencungkil bakat yg semenangnya tiada..hahahašŸ˜©

Yg sebenarnya sy tidak pernah menggulung swiss roll..tugas menggulung dibuat oleh enche somi. Sbb sebelum ni telah 2ketul swiss roll yg berderai apabila sy gulung. Jd tugas sy membuat & melukis saja..gulung swiss roll pun tak pass, apa la nak jd..huhuhu. Resipi yg selalu sy gunakan adalah resipi swiss roll zebra oleh Kak Azlita. Cuma corak lukisan je yg sy ubah sesuka hati.

Utk kali ni sy nk try corak bunga sakura yg menjalar. Ada nampak mcm bunga sakura tak? maybe ni rupanya bunga sakura yg dah termutasi..hahaha. Filling utk swiss roll sakura ni pula sy menggunakan fruit cocktail bersama fresh cream. 1st time sy cuba & ianya sgt sedap. Kalau ada yg tak suka fruit cocktail tu, boleh juga hantikan dgn blueberry filling atau nutella, atau apa2 filling kegemaran anda. 


Swiss Roll Bercorak 


Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Satukan gula dan telur
Pukul sehingga adunan berkrim
Tambahkan esen vanilla
Air dan 
Minyak
Pukul adunan hingga sebati
Tambahkan tepung
Kaup balik adunan hingga rata
Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Pukul putih telur hingga berbuih
Kemudian tambahkan cream of tartar dan
Gula kaster
Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
Tambahkan juga coklat emulco
Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi 

Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C

Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
* Sy guna fruit cocktail & whipping cream

Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template