Tuesday, September 10, 2013

Roti Coklat Berkismis

0 comments
Hai semua..

Roti ni enche somi yg request, kata nya teringin nk mkn roti coklat..hai la somi, dlm pantang ni mcm2 yg awk mengidam ye. Tp ok gak, bleh share dgn Kashfe..abah & anak sama2 paberet mkn roti. Mak plak tukang buat roti, elok sgt la tu..tp yg pelik nya, abah & anak menten slim..mak nya yg bertambah gebuss, tensen tul..huhhh

Roti ni rasanya lebih kurang mcm roti Sweetie yg kat Malaya tu, cuma dlm nya xda filling coklat. Tp sy gantikan kismis dgn coklat cip, sbb kismis xda stock kat umah..bertambah2 la rasa coklat nya. Sy jumpa resepi ni kat rumah Cik Hana..menarik sungguh rupanya, terus teruja nk try. Korang tgk resepi kat bawah ni ye..si tecik yg menjerit nk shushu tu. Daaaa


Roti Coklat Berkismis
sumber: mamafami@blogspot.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Basic Dough
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit
Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
  • setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang
  • 1sb serbuk koko
  • 1/2sk coklat emulco - optional

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.


Monday, September 9, 2013

Shepherd Pie

0 comments
Assalamualaikun pembaca & pencari resipi sekalian..


Setelah agak lama bercuti, akhirnya baru ada masa nk menulis kembali..maklum la, sibuk jd misiku anim ni. Alhamdulillah enche asben dah semakin sihat..esok dah bleh bekerja dgn jayanya..huhuhu. Sy pula akan setia bersama little K yg makin hari makin mengganas. Sekarang dah tak boleh nak tinggal sendirian lg, ada je benda bahaya yg dia nak buat, copot jantung dibuatnya..hahaha

Sebenarnya menu ni sy buat masa hari anniversary haritu..huhhhh, lama giler..dah basi pun. misiku anim kan sibuk, penat i dah cite panjang lebar kat atas tu..hehee. Mula2 plan nya nk buat kek n pie ni, utk kami mkn ber-3..tp oleh sebab enche asben masih dlm pantang n xbleh mkn telur, maka kek nya di postponed dulu n hanya pie ni yg jd pd hari tu. 

Pie ni sangat tedappp, enche asben yg agak cerewet pun sangat suka..tp Kashfe hanya mkn kentang lenyek nya saja. Dia susah betul nak mkn benda yg pejal, tp kalau bg nasi, mee hoon or roti ok je dia mkn..kalau ada ayam or telur dlm benda2 tu, terus dia luah blk..adoiii Kashfe, fenin mak mcm ni. Nasib la dah prepared roti bunga utk dia. Resepi di sy amik dr dapur Che Mat, meh sy share kat cni..


Shepherd Pie
by: CMG

BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil - sy ganti dgn batang celery
1/2 batang lobak merah, didadu kecil - x letak jugak
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf - sy letak mixed herbs
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
  2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
  3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....

Saturday, September 7, 2013

Cream Cheese Bread

1 comments
Halluuuu.. Semoga anda semua sihat & berbahagia hendaknya.

Agak lama juga x meroti ni..last skali masa sebelum raya dulu rasanya. Bai elektronik tu pun dah bersawang lama x berkhidmat..hahaha. Bila dah fenin pale pikir mamam Kashfe, baru la terpikir nk meroti. Yg sebenarnya xtau nak buat roti apa utk Kashfe, kadang2 buat dia mkn mcm x cukup, kadang2 dia main campak2 je..hai la anakk..

Oleh sebab dah lama sgt x buat roti, Kashfe mkn dgn sangat berselera skali..xtau la samada roti ni memang sedap @ pun sbb dia suka dgn bentuknya. 1st time guna mould ni, dah lama beli tp xsampai seru utk digunakan..huhuu. Memang dah lama sgt cari resepi utk mould ni, sbb xtau sukatan nya bape. Akhirnya terjumpa Kak Noorsha buat roti guna mould ni..alangkah girang nya rasa hati, sebab mould ku akan pecah dara x lama lg..hahaha 

Bila 1st time buat, mula la jd benda yg x di ingini..abis melimpah ruah isi perutnya sbb terlebih isi..hahaha. Tak kisah la rupa parasnya kan, janji rasanya menusuk kelebu..hehehe. Roti ni sedap & lembut sgt, nk potong pun sampai cedera bentuknya sbb terkuat tekan. Kalau korang xda mould ni bleh je letak dlm pan biasa tu..nk letak filling pun boleh. Kita yg buat dia kan..k, jom tgk resepi nya pula..


Cream Cheese Bread
by: Noorsha 1001 Rasa

Bahan2
250 gm all purpose flour (sy guna bread flour)
70 gm cream cheese
1/2 biji telur
20 gm butter
1 sb susu tepung
1 1/2 sk yis
20 gm gula halus
1/2 sk garam
100 ml air suam

Cara2
1. satukan semua adunan dalam breadmaker. tekan setting untuk dough, biarkan BM beroperasi macam biasa.
2. Untuk Uli Tangan : satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali air. Ratakan adunan agar mesra, masukkan air dan uli hingga lembut serta x lekat ditangan.
3. TIPS DARI ROS (JM) <-- TQ Kak Ros: setelah menguli lebih kurang 15 minit, masukkan dough ke dalam plastik bersih... teruskan menguli dari luar plastik lebih kurang 10 - 15 minit. anda akan dapat dough yg elastik.
4. bulat2kan dan biar dough naik 2 kali ganda.
5.setelah dough naik 2 kali ganda, uli sekali lagi, bentukkan ikut kesukaan atau leh masukkan dalam loaf pan @ mould camni...
6. biarkan dough naik sekali lagi dalam 20 - 30 minit, bakar dalam oven pada suhu 150 C, selama 45 minit (bergantung pada jenis oven).
4. sedap di makan begitu saje @ dengan jem kesukaan..:)
selamat mencuba!!


Tuesday, September 3, 2013

1 September 2013 ~ Our 2nd Anniversary™

0 comments
Assalamualaikum semua..

Dalam 2,3 hari ni macam2 yg terjadi. Terlalu banyak yg dtg dlm 1 masa. Owh ya, enche asben dah selamat dgn minor operation nya..skang sedang berehat-rehat di rumah menghabiskan cuti yg doc bg. Jadi nya, ulang tahun kali ni, tiada celebration ya.

Bukan saja tiada celebration, malah makan pun kena catu..maklum la, masih dlm pantang. So, anniversary cake nya akan dibuat selepas enche asben habis pantang ya. Hadiah nya pun terpaksa di postponed sbb org dlm pantang xbleh kuar umah, jd xdpt la nk pegi beli adiah. 

Tak tahu nak mengomel apa lg, jiwa agak kacau & bergelora skang ni.. Apa2 pun doakan agar kami bahagia hingga ke jannah, di kurniakan tubuh badan yg sihat & sentiasa dekat pd Allah.. Aameenn

Tuesday, August 27, 2013

Harini & Semalam

0 comments
Huhhh.. hari yg agak sibuk bg semlm & harini. Semalam sibuk mengemas barang2 lama. Mana tak, tiap kali blk kampung semua benda pun nk angkut..sampai umah pun dah jd mcm tongkang pecah.

Masa mengemas semalam terjumpa macam2 barang yg masih menarik tp x dpt nak digunakan dah.. kenapa x dpt digunakan??? ehem ehem..ia adalah samada tuan punya sudah membesar, atau pun barang tersebut sudah mengecut..huhuhu. So, drpd membazir lebih baik kita jual je kan.

Paling banyak semestinya barang2 Kashfe.. antaranya botol susu yg dia x suka, baju2 yg dah x muat or yg dah terlebih beli, kasut, topi, bib n mcm2 lg la. Barang mak Kashfe yg dpt di kesan buat masa ni hanya sepasang kasut yg sangat disayangi, tp nk simpan pun wat pe..bukan nya Kashfe bleh pakai..hahaha

In Sya Allah, nanti sy update pasal barang preloved ni ye..tp iklan nya dah masuk kat Mudah.my. maybe next update kalau ada masa lapang. Harini plak enche asben admitted sbb esok ada operation..lps ni jd Misiku Anim la plak nampak gayanya..hahahah. Apapun doakan yg terbaik utk abah Kashfe ye..semoga semua nya selamat & berjalan lancar..Aminnn 

Sunday, August 25, 2013

Kuih Cara Manis

0 comments

Harini adalah hari bersejarah, kenapa hari bersejarah?? Sebab harini nk memecahkan dara acuan kuih cara..hahaha. Agak horror bunyinya kan. 1st time nk rasmikan kira pecah dara la tu. Acuan, please be nice to me ya..

Acuan ni beli kat kampung masa blk raya haritu. Kat cni mcm xpenah jumpa org jual..so lps raya aritu ajak mak pegi Kuala Kangsar..sy nk cari acuan cara manis & cara berlauk, enche asben plak nak cari pembuka kelapa. Bayangkan nak bawa pembuka kelapa yg mcm gunting besar tu naik flight..adoiii la, belum duk obersi lg.

Resepi ni sy amik dr buku resepi mak..kira resepi turun-temurun la. Tp mak dah lama x buat, sampai acuan pun dah hilang ntah ke mana. Bila mkn kuih ni teringat zaman kecik2 dulu (mcm citer ratatouille plak). Kuih ni sangat lembut & gebu..kemanisan nya pula, bergantung pd citarasa masing2 ye. Mohhh la kite tgk resepinye pula..


Kuih Cara Manis
by: Mak Anim

Bahan-bahannya

1 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil minyak jagung
1 biji telur
1 cawan air pandan
1 1/4 cawan santan
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula utk diletakkan dalam kuih
Sedikit minyak utk disapu pd acuan 

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna & gula. Kemudian tapiskan adunan.

2. Panaskan acuan dan sapu dengan minyak menggunakan daun pandan yg dilipat & diracik hujungnya.

3. Masukkan adunan ke dalam setiap lubang acuan. Biar seketika hingga lapisan tepi masak sedikit baru dimasukkan gula.

4. Tutup acuan dan biarkan selama 2-3 minit atau hingga masak. Angkat dan ulangi proses membakar hingga adunan habis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template