Saturday, September 14, 2013

Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken

Assalamualaikum semua..

Sy kembali dgn resipi dr dapur anim..wahhh, sejak bila la plak wujudnya kan..hehehe. Maklumla ekaited nk share resipi sendiri..sebelum ni asyik refer resipi org lain je. Nampak sgt la xtau memasaknya..malusss i tau (plural lg, nk tunjuk betapa malunya).hahaha. Seperti biasa la kan, kalau dah namanya resepi dr dapur anim, semestinya resepi tu mudah dah sedap..org 'rajen' memang begitu..kuikuikui

Sebenarnya, resipi ni wujud sebab teringin nk mkn ketam buttermilk kat Anjung Ketam (tempat mkn seafood paling femea kat labuan), tp xdpt la nk mkn lg sbb ada org dlm pantang. So, kita tukar la menunya jd ayam buttermilk plak. Mula2 enche somi dengar dia kata pelik, tp bila dah masak dia jugak la yg mkn paling banyak..hurmmm, cakap x serupa bikin..hahaha

Bila korang dah buat kuah dia tu, bleh juga kalau nak tukar kepada haiwan lain, seperti udang or ketam..paling best sy pernah try, letak udang then gaul dgn spaghetti. Trus jd spaghetti buttermilk..yummy yummyyy sangat. Kalau suka pedas, boleh la lebihkan cili padi nya. Nk kuah banjir lebihkan susu cair, tp lps tu seimbangkan rasa garam gula ya. Resipi nya sy bg kat bwh ni..cekidauttt


Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken
oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
Bahan perapan
250g ayam (potong kecil2) 
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil gula 
1 sudu kecil serbuk kari ayam 
1 sudu besar tepung jagung 
1 biji telur 

Bahan menumis 
2 sudu besar mentega 
2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan 
1-2 tangkai daun kari segar 
1/2 cawan susu cair 
1 sudu besar gula (nak letak pati ayam pun boleh) 
secubit garam & lada sulah secukup rasa 

Cara-caranya 
1. Perap ayam minima 1 jam. Kemudian goreng ayam hingga masak & ketepikan. 
2. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau.
3. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain.Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
4. Masukkan ayam & gaul hingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah di atas ayam. Dah siap..


4 comments:

  1. sedap sedap nak cuba ini - anony 3-

    ReplyDelete
  2. Nak buat utk buka puasa ni anim..

    ReplyDelete
  3. yang bahan perap tu, telur tu macam mana nk buat? pecahkan aje ke?

    ReplyDelete
  4. iya, telur tu pecahkan & campur dgn bahan perapan yg lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template