Saturday, May 24, 2014

Creampuff Coklat

0 comments
Di hari yg membosankan, maka terjadilah resipi2 yg agak pelik tp benar..hehee. Selalu buat creampuff pun masih lg nak bermain dgn creampuff. Tp kali ni nak try creampuff coklat pula..mcm menarik kan? Dah biasa kaler kuning, tetiba tgk kaler gelap kat blog Rahel sungguh menawan plak. Srbab utamanya teringin nak rasa & juga suka tgk rupanya..huhuhu

Kuar je dr oven trus sy terkam nak rasa akan creampuff coklat itu. Owhhh, sungguh tetejut bila kali pertama merasanya..tetejut nape kan, mesti ramai nak tahu. Sebenarnya creampuff ni agak pahit..tak tahu lah samada sy salah guna serbuk koko atau sebab lain. Tp sukatannya semua sy ikut sejibik sejibun. Rasanya creampuff ni hanya utk peminat tegar coklat, yg suka rasa2 pahit tu.

Bila di makan bersama cream custard, masih ada sedikit2 lg rasa pahit nya. Tp lebih baik dr di mkn saja la. Lps tu sy teringat plak nak mkn bersama aiskrim oreo..mcm menarik kan? Dan hasilnya, sgt memuaskan. Rasa pahit tu hilang, diganti bersama sejuk aiskrim & oreo bites di dlm creampuff itu. Bila dah mkn dgn aiskrim, berebut2 la pulak..td masa tak berfilling sape pun tak pandang..hehehe


Creampuff Coklat

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sb gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji telur (i guna 4 biji telur M/208g)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan air, gula, mentega sehingga cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
3. Paipkan atau sudukan ke atas dulang pembakar yang diminyakkan. Bakar 25 minit suhu 210'C. Sejukkan.
4. Untuk membuat kastad coklat, letakkan 4 biji telur kuning, 100g gula, 60g tepung, 600ml susu & 80-100g coklat ke dalam periuk & kacau sehingga pekat & menggelegak.
5. Kalau rajin,boleh buat topping coklat cair atau pun guna coklat fondue.


Friday, May 23, 2014

Lopat Gobu @ Apam Pisang

1 comments

Lg resipi dr kak Noorsaffone..semua resipinya menarik. Cuma rajin ke tidak je nak membuatnya. Dah lama sy mencari resipi lopat gobu ni. Dan selama lebih 20tahun juga sy dah tak rasa kuih ni. Dulu bila pergi umah makcik di Gopeng, pasti dia akan belikan kuih ni..sebab sy adik beradik memang suka kuih ni. Tekstur nya yg sangat gebu & bau nya yg wangi sebab dibungkus dgn daun pisang membuatkan sesiapa pun menyukainya. Tp selepas org yg membuat tu meninggal dunia, sy dah tak dapat mkn lg kuih ni. Tiada siapa yg tahu resipi nya. Sungguh syg sekali..huhuu

Masa sy menggodek2 ig kak Norsaffone, tetiba nampak kuih ni..dia bg nama apam pisang. Tak kira lah apa namanya, tp rupamu tetap menjadi pojaan hatiku. Dgn tak malunya, terus sy mintak resipi pd kak Nor..hahaha. Resipinya membuatnya sgt mudah, tak perlu diperap pun..cuma agak remeh sbb kena bungkus dgn daun pisang. Tp boleh juga di letak dlm loyang @ acuan kuih lompang. Jom kita tengok resipinya di bawah ni. Terima kasih kak Noorsaffone. Nanti nak mintak resipi lg..hehee


Lopat Gobu @ Apam Pisang
Oleh: Kak Norsaffone

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan pisang - lenyek
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak sayur/masak
1 sk baking powder
1 sk baking soda

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan hingga sebati.
2. Bungkus dgn daun pisang seperti nasi lemak.
3. Kukus selama 10-15minit.


Thursday, May 22, 2014

Tauhu Telur

0 comments
Assalamualaikum..

Ini adalah utk breakfast pagi..boleh juga dibuat utk kudapan minum ptg. Nak membuatnya sangat mudah & rasanya juga sgt sedap. Terima kasih pd kak Noorsaffone atas resipi yg sgt menarik ini. Pelbagai lg resipi yg menarik kak Noorsaffone berkongsi di instagram nya. Nanti kita cuba resipi yg lain pula ya. Bila sy post je pasal tauhu telur ni, ramai yg bertanya akan resipinya. Tauhu telur ini sgt seswai utk anak2..lengkap dgn sumber protein & sayur. 

Bahan utama nya ialah tauhu & isi ayam. Utk sayur nya kita boleh letak sayur apa yg kita suka. Sy letak carrot & daun sup..utk sedikit rasa pedas sy letak cili merah dicincang. Semuanya perlu dikukus & selepas itu baru dipotong cantik2. Kemudian celupkan dgn telur dan goreng. Boleh juga jika disalut dgn breadcrumb. Gorengnya tak perlu lama, hanya itk menggaringkan bahagian luarnya. Sedap di makan semasa panas2 bersama sos cili & mayonnaise.


Tauhu Telur
Oleh: Kak Noorsaffone

Bahan-bahannya:
Bahan A
4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu telur
Isi ayam/udang (ikut suka)
2 biji telur

Bahan B
Carrot - dihiris
Cili merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Lada hitam 
Kiub ayam - sy tambah
Garam 
2 biji telur - utk dicelup masa hendak goreng

Cara-caranya:
1. Blend bahan A. 
2. Campurkan bersama bahan B hingga sebati.
3. Masuk dlm bekas plastik supaya tidak melekat selepas di kukus.
4. Kukus selama 20-30minit.
5. Sejukkan & potong.
6. Celup di dlm telur & goreng hingga kekuningan.
7. Sedia dinikmati bersama mayonis & sos kegemaran anda.
* boleh juga disalut dgn breadcrumb & goreng hingga kekuningan.



Tuesday, May 20, 2014

Honeycomb Bread @ Roti Sarang Lebah

0 comments

Inilah dia roti yg sangat fofular di ketika ini. Sebenarnya, sy buat ni sebab ada kwn yg request suruh buat. Bila tgk rupanya yg menggoda tu, terus eksaited nak cuba. Sy suka sebab bentuknya yg comel mcm sarang lebah & juga sebab ada sos butterscotch di atasnya. Seksi sungguh la roti ni. Resipi roti ni sungguh mudah, cuma bahan tambahan yg jarang digunakan ialah yogurt. Tiada bahan kimia & selamat dimakan. 



Roti sarang lebah ni sebenarnya mmg terkenal di kalangan org Arab. Tp version diorg diletakkan cream cheese filling & di atasnya dituang madu menggantikan butterscotch. Roti yg sy buat ini adalah hasil ciptaan sis Lydia..tiada filling diletakkan kerana saiznya yg sungguh comel. Walaupun tanpa filling, rasanya tetap sedap. Sesiapa yg rasa pasti akan tergoda. Lebih enak bila dimkn semasa baru dimasak. Dlm sekejapan boleh habis sedulang. Cuba skali, pasti nak lg.

* sos butterscotch tu kalau tuang terlebih pun takpa. Pasti tak cukup juga akhirnya..sebab ramai yg akan cicah mencicah nnt. 

Roti Sarang Lebah
Oleh: Lydia Honey

Bahan-bahannya:
DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara-caranya:
1. Larutkan yis + gula + air suam sampai berbuih.
2. Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum + baking powder + garam & gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis yg dah berbuih & yogurt ke dalam mangkuk adunan tadi.
4. Uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit. Uli sehingga elastik..lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu.
5. Kemudian biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal.
6. Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar.
7. Sapu minyak di tangan, ambik doh & buat doh tu jadi sebesar buah langsat. Susun dalam loyang rapat2 doh tadi.
8. Biarkan doh tadi naik sekali ganda lg. Lps tu taburkan dgn almond flakes, pumpkin seeds & bijan hitam.
9. Bila dah naik 2 kali ganda, bolehla di bakar. Siap dibakar, curahkan butterscotch sauce ke atas roti tersebut. Siap & sedia utk dibelasah.


BUTTERSCOTH SAUCE
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream (guna susu cair pun boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
25g butter

Cara-caranya: 
1.Cairkan butter & masukkan brown sugar. Kacau hingga gulanya cair & berbuih.
2. Tuangkan whipping cream secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau. 
3. Masukkan vanilla, kacau sebati & sejukkan.

PERINGATAN
  • Pastikan oven betoi2 panas baru masukkan doh roti tadi yer. Guna suhu lebih kurang 180 - 200C api atas bawah lebih kurang 10 15 minit.
  • Doh memang lembik, jangan tambah tepung, hanya sapu minyak pd tangan masa bentukkan doh.
  • Jangan bakar lama sangat, nanti keras.


Monday, May 19, 2014

Kurma Ayam

0 comments

Ini adalah lauk kegemaran Kashfe. Dr dia kecil memang dia suka sgt makan nasi dgn lauk kurma. Mcm org tua sungguh Kashfe ni. Kalau buat lauk ni tak payah nak paksa dia makan, memang dgn rela hati dia nganga mulut..hehee. Sebenarnya sy pun suka gak lauk ni. Sedap bila di mkn bersama sambal belacan. Inilah lauk sy time kat matrik dulu. 

Kurma version sy telah ditambah dgn sedikit kerisik..sy sendri tak tahu apa fungsi kerisik tu, tp rasanya sgt sedap. Lebih pekat & lemak berkrim. Kalau ikut sy yg terlebih 'rajen' ni, semua sayur pun sy nak letak sbb malas nak masak sayur. Jd sy akan tambahkan kentang, tomato, cili merah atau hijau & bawang potong baji. Tp kalau korang taknak letak pun takpe..terpulang pd citarasa kita.



Kurma Ayam
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dipotong
4 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
1 inci halis, dihiris*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
3 camca besar penuh rempah kurma ADABI - dibancuh dgn sedikit air 
1 liter santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah
2 biji kentang - dipotong baji
1 biji bawang besar - potong baji
2 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bahan-bahan yg bertanda (*) sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan serbuk kurma ayam adabi dan kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam, air secukupnya untuk empukkan ayam & kentang. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
5. Kemudian masukkan santan garam dan serbuk perasa.
6. Tambah air sedikit lagi kalau nak berkuah yang banyak.
7. Masukkan bawang potong & juga tomato. Biar seketika.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan.



Friday, May 16, 2014

Chocolate Chip Cookies

2 comments
A

Pertama kali dlm sejarah, inilah dia...sekut cip coklat. Tetiba pulak teringin nak buat biskut. Sy memang tak berminat nak buat biskut sebab pd sy ia agak remeh.. Nak kena keluar masuk oven lg, dah la oven kecik. Tp dah teringin punya pasal, sy buat la separuh adunan..utk kashfe nye kudap-kudapan. Tp mak kashfe pun tumpang gak sekeping dua..hehee.

Korang tgk la rupa bentuk biskut ni..sepatutnya saiz dia comel2 je, ntah nape sy buat jd sebesar tapak tangan..tak comel langsung. Makan sebijik terus kenyang..hahaha. Sebenarnya sekali sekali mkn sekut ni sedap jugak. Utk sekut ni kalau kita masak 10-15min dia akan menjadi chewy gitu..mmg sedap. & kalau nak garing & rangup boleh lebihkan sedikit masa pembakaran. Menarik kan?? Apa lg, sila la cuba ya.


Chocolate Chip Cookies
By: Taste.com

Ingredients:
185g butter, softened
1 cup (200g) brown sugar
1/2 cup (100g) caster sugar
1 egg
1 egg yolk
2 cups (300g) plain flour
1/2 teaspoon baking powder
200g dark chocolate, coarsely chopped

Method:
1. Preheat oven to 180C. Line 2 oven trays with baking paper.

2. Use an electric mixer to beat the butter and combined sugars in a medium bowl until pale and creamy. Add the egg and egg yolk and beat until well combined. Add the flour and baking powder and stir with a wooden spoon until combined. Add the chocolate and stir to combine.


3. Roll 2 tablespoonsful of mixture into a ball. Place on the lined tray and gently flatten. Repeat with remaining dough. Bake in preheated oven for 12 minutes (or a further 5 minutes for a crisper biscuit). Remove from oven and set aside on the tray to cool completely.


Thursday, May 15, 2014

Bun Manis Lembut Gebu

0 comments

Bun manis ni sebenarnya resipi yg dah terlalu lama di peram. Sejak ketiadaan breadmaker lg. Sehingga la minggu lepas, baru sy teringin nak mencuba resipi ni. Mmg tak sangka resipi yg simple ni akan menghasilkan roti yg sgt lembut, gebu & sedap..menyesal sebab terlambat cuba resipi ni. Bila dah masuk dlm bm baru terpikir nak buat roti apa.

Pikir punya pikir, akhirnya terjadilah roti ini..bun manis yg plain. Seswai utk di cicah bersama minuman kegemaran anda ataupun di mkn bersama kuah kari atau sardin. Di sebabkan kerajinan yg terlebih, maka sy pun buat la bentuk2 bear ini. Ada yg sedey, ada yg gumbira..hahaha. Cute sgt, rasa syg plak nak makan. 

Utk buat bentuk bear tu senang je. Mula2 ambil doh sebesar bola pingpong, lps tu buat 2biji doh yg kecik utk dijadikan telinga. Lekatkan telinga td dgn doh utama menggunakan sedikit air. Kemudian boleh la di bakar. Selepas dibakar barulah kita lukiskan muka bear tersebut..sy menggunakan chocolate emulco utk mencorakkan muka bear itu.


Bun Manis Lembut Gebu

Bahan-bahannya:
1 biji telur * 
2 sb susu tepung * 
300ml air sejuk* (telur+ susu tpg +air sejuk= 300ml) 
50g gula 
1 1/2 sk garam
300g tepung roti
200g tpg gandum
2sk yis @ 6g
2sb marjerin@butter

Cara-caranya: (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 11/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50g setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.


Wednesday, May 14, 2014

Nasi Ayam Sukahati

0 comments

Harini teringin nak makan nasi ayam, tp internet plak mcm siput sedut..nak buka gugel pun sempat sy siap masak dulu..hahaha. So, bila itu yg terjadi, kita hantam sendri la nasi ayam itu ya. Asalkan ada nasi n ayam, jd lah nasi ayam kan..hihii. Sy tak kisah nasi ayam tu kaler kuning ke coklat ke asalkan dia sedap (padahal nak cover sebab nasi ayam kali ni kaler coklat..huhuhu).

Kenapa nasi tu kaler coklat?? Sebabnya sy dah terlebih garingkan bahan tumis itu..nasib tak hangus je, kalau tak hitam la nasi ayam kali ni..hahaha. Ayam tu pulak sy dah perap semalaman, lps tu sy masak dlm grill pan. Sy suka masak ayam dlm tu sebab isi ayam nya takkan kering..lgpun dia cepat masak & hasilnya pun menarik. 


Nasi Ayam & Ayam Bakar
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
500g beras
600ml air
3biji bawang kecil*
2ulas bawang putih*
1batang serai - diketuk
1" halia*
1sudu besar stok ayam Maggi*
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Daun pandan - disimpul

Cara-caranya:
1. Kisar bahan yg bertanda sehingga halus.
2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi. Masukkan serai yg telah diketuk.
3. Masukkan beras, gaul sebati. Masukkan air & daun pandan.
4. Perasakan dgn garam & tutup periuk. Apabila separuh masak, gaul nasi & biarkan hingga masak.


Ayam Bakar
Oleh: FarahJasni

Bahan-bahannya:
3 keping ayam whole leg
4 inci halia muda
6 ulas bawang putih 
6 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam biji - dikisar @ tumbuk (klu taknak pedas boleh kurangkn)
3 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos wochister, tak letak pun tak apa
5 biji cili kering, gunting
1/3 cwn kicap manis kipas udang
1 keping  gula melaka, hiris nipis (kurangkn klu tak suka manis)
1 sudu besar rempah kurma Baba's
 Sedikit marjerin
 Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Ayam dicuci bersih. Lap keringkan. Kemudian cucuk2 ayam. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam. Kisar semua bahan kecuali majerin dan garam. Kacau hingga sebati. Rasa campuran perapan jika perlu tambah garam. Ambil perapan dan gaul rata atas ayam dan masukkan perapan dibahagian antara kulit dan isi ayam. 
3. Ayam diperap sekurang2nya 2 jam. Atau sebaik2nya semalaman dlm peti sejuk.
 4. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/dulang dengan sedikit marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat. Ini digunakn menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan. - sy bakar dlm magic pan


Kuah cili

Bahan-bahannya:
4biji cili merah
2ulas bawang putih
1biji jus limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

Cara-caranya:
Kisar semua bahan di atas & perasakan dgn garam & gula.


Kuah kicap

Ambil lebihan sos perapan, campurkan dgn sedikit sos tiram & kicap pekat.  Masak sekejap di atas api. 

Tuesday, May 13, 2014

Waffle Gebu & Lembut

0 comments
Assalamualaikum semua. 

Apabila dah ketandusan idea, baru lah teringat akan waffle maker yg di beli tahun lepas. Sejak dibeli baru sekali je digunakan. Masa nak beli aritu tergedik2 sangat..bila dah ada, takda plak nak guna.huhuhu. Sy lupa sy ambil resipi tu dr mana..tp apa yg sy suka dgn resipi ni ialah bila dah sejuk pun waffle ni masih lembut. Ada sesetengah waffle bila dah sejuk akan jd liat, tp yg ni tidak. 

Masa di kampung dulu sy mkn waffle ni bersama kuah durian..fuhhhh, gabungan yg sempurna. Atok kashfe kat perak pun suka sgt. Tp kali ni sy mkn bersama nutella & aiskrim..enche somi pula mkn bersama jem & butter. Next time teringin pula nak buat waffle savoury. Maybe kita boleh buat filling egg mayo ataupun tuna mayo..nyum nyumm. Tak sabar nak cuba.


Waffle Lembut & Gebu

Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
2 sb gula
1 sb baking powder
1/4 sk garam
2 biji telur
1 3/4 cawan susu
1/2 cawan minyak - sy guna minyak masak
1 1/2 sk esen vanilla

Cara-caranya:
1. Panaskan waffle maker.
2. Campurkan sebati semua bahan dengan menggunakan whisk.
3. Tapiskan adunan tadi.
4. Tuangkan ke dalam waffle maker yg telah panas. Biarkan dlm 5min.
5. Angkat & sedia utk dihidangkan. 



Monday, May 12, 2014

Takoyaki

1 comments

Siapa suka takoyaki angkat tangan!! Hehehe. Mesti ramai yg suka dgn takoyaki ni kan. Biasanya dia dijual di Jusco Aeon. Tp semakin lama harganya juga semakin mahal. Di awal kemunculan nya, 1set RM3.90 kot kalau tak salah..tp harga sekarang dah RM5.20 utk 1set. Dah la 1set tu 3 ketul je..haihhhh, mmg tak puas betul mkn 3 ketul tu (buat taik gigi je). Tp kalau beli mesti sy eksaited nak tengok diorg buat takoyaki tu..nampak mcm best sgt.

Kat cni memang tak wujud takoyaki ni. Bila dah teringin terpaksa la post premix dr malaya, tak kan plak nak post takoyaki yg dah siap tu kan. Kali ni sy buat takoyaki chicken loaf & cheese. Tp bentuknya kurang menarik sebab sy buat dlm acuan kuih cara..agak seksa gak nak buat dlm acuan kuih cara tu. bila tgh buat tu, trus teringin nk beli takoyaki pan..huhuu

Rasa takoyaki ni sama sebijik dgn yg beli kat jusco tu. Nikmat sungguh di mkn ketika panas..dgn bonito flakes yg bergerak2 kat atas tu, ditambah dgn mayonis kewpie & sos okonomiyaki. Siap ngelat lg letak bonito flakes tu banyak2..hehee. Lps ni mmg tak beli dah la takoyaki, baik buat sendri..lg puas mkn. Boleh letak banyak2 plak tu. Bubye takoyaki jusco..hehee



Takoyaki

Bahan-bayannya:
250g Takoyaki premix
625ml air
50g telur

Bahan lain:
Chicken loaf
Cheese - sy guna cheddar
Kobis - dicincang
Mayonis kewpie
Bonito flakes
Daun bawang - dihiris
Sos okonomiyaki (resipi di bawah)

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan utk membuat adunan takoyaki.
2. Tapiskan supaya tidak berketul.
3. Panaskan acuan & tuangkan adunan tepung tadi. Biar dlm 1-2minit. 
4. Masukkan chicken loaf & cheese. Kemudian tabur kobis cincang, tuangkan lg sedikit adunan tepung.
5. Sekarang bolehla digolekkan supaya menjadi bulat takoyaki tersebut. Biarkan sehingga sedikit garing & boleh di angkat.
6. Letakkan di dlm pinggan, tuang sos, mayonis, tabur dgn bonito flakes & daun bawang.
7. Sedia utk dinikmati..nyum nyum.

Sos okonomiyaki

Sos worcestershire
Sos tomato
Bwg putih - diketuk
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung dibancuh dgn air

Cara-caranya:
Masak sos worcestershire, sos tomato & bawang putih di atas api perlahan. Apabila telah mendidih, masukkn tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga agak pekat. Perasakan dgn gula & garam. Siappp


Friday, May 9, 2014

Bun Wholemeal

0 comments

Dlm banyak2 jenis roti, sy paling suka roti wholemeal..tak tahu la kenapa. Maybe sebab bila mkn tu tak rasa terlalu plain. Ramai juga yg kata roti wholemeal ni agak susah nak jadi selembut & segebu roti putih biasa. Tp tak salah kita mencuba kan. Konon nak bg lebih lembut lg, sy pun menggunakan kaedah yg menggunakan tangzhou, atau nama lain nya water roux. Jgn pandang remeh pd water roux ini, ia boleh memberikan impak yg besar pd roti anda.

Resipi yg menggunakan water roux ini mungkin agak cerewet, tp bila lihat hasil roti yg mengagumkan itu pasti semua kepenatan pun hilang..hehee. Bun ni boleh juga diletakkan filling, atau di buat sausage roll. Sy sengaja buat plain bun utk di cicah bersama susu & utk kudapan Kashfe. Owh ya, kalau taknak guna water roux boleh juga digantikan dgn 1tsp bread improver atau bread softener. Selamat mencuba ya ;)



Mini Wholemeal Sausage Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya:
330gram tepung roti (tepung high protein)
120gram tepung wholemeal
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

* untuk gliss dan topping*
- sedikit bijan dan ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya:

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan gentelkan memanjang, lilitkan pada sosej dan susun di dalam di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak atau dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, taburkan dengan sedikit bijan, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




Tuesday, May 6, 2014

Vanilla Cupcakes

0 comments
Assalamualaikum semua..


Bangun pagi ni tiba2 macam ada terbau vanilla yg sangat sedap..ntah dr mana dtg nya bau yg jahat itu. Lps tu, dlm kepala dgn pantasnya menganalisis bau tersebut..owhhh, mcm bau cupcakes..nyum nyummm. Teringin la plak nk mkn cupcake vanilla yg plain tanpa cream..mcm yg jual kat uncle roti dulu2 tu (tak tau la tempat korang ada ke tidak, i kan duk di kempong) hehehe.

Letsss huntinggg..misi mencari resipi cupcake la. Owhhh, 1 lg benda yg susah..iaitu memilih resipi yg berkenan di hati. Susahnya lebih kurang mcm nak pilih menantu pulok (aikk, Kashfe baru setaun jagung, mak dah sibuk pilih menantu) hahahha..takde lah. Setelah mencari, sy terbekenan dgn resipi dr kak Azie. Cupcake dia nampak sgt cantik & gebu. Bahan2nya pun simple. 

Sy buat separuh adunan je, tp dpt banyak juga. Separuh nya sy paipkan blueberry filling di dlm & juga di atas. Bila tgh masak tu mmg seluruh umah la bau vanilla kan, nasib tak sampai seluruh kampung..hihihi. Cupcake ni sedap sesangat..lembut, gebu & sangat moist. Lebih sedap bila tergigit blueberry filling tu. Kashfe pun boleh habis sebijik, sambil mencium2 cupcake tu..hehee. Terima kasih kak Azie, atas resipi nya ;)


Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template