Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Japanese Cotton Cheesecake

0 comments
Assalamualaikum & selamat bersua kembali.

Agak lama sy bercuti kali ni..memang rindu pd blog ni, tp hanya mampu teringat je la..huhuu. Baru je nak update blog, dtg la si tecik tu nak tgk 'lululu' (pd zaman dahulu), 'pinpin' (upin ipin)..haihhh
Berlambak resipi tgh q nak di share. Tp nk menulis n upload gambar tu yg wat semua tergendala. Nanti2 nak try buat silent post la plak..mcm best je.huhuu

So arini ramai plak yg berminat dgn resipi Japanese Cotton Cheesecake..tergoda dgn gambar kat ig la tu.hehee. Sebenarnya dulu sy pernah buat skali n jadi, tp bila sy buat baru2 ni dia x jd plak. Masa dlm oven ok, tp bila kuar je jd padat aka bantat..tensen sungguh la. Mula2 sy guna slice cheese, lps tu tukar saiz loyang, lps tu tukar masa bakar n last nya harini baru la terjadi dgn sempurna. 

Resipi nya sama je, cuma lps masak tu biarkan dia bersemadi dlm oven dgn pintu terbuka. Biar dlm 15minit baru la di keluarkan..kek ni akan turun sedikit ya. Tekstur nya sgt gebu & lembut, dgn rasa lemak cheese yg sedang elok je. Boleh mkn tanpa rasa risau & bersalah (ye ke??)huhuu. Tak sabar nak buat?? Meh sila salin resipi kat bwh ni..hehee


Japanese Cotton Cheesecake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahannya:
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon (sy letak esen vanilla)
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon (sy letak 1tsp cream of tartar)

Cara-caranya:
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. 
2. Campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. 
5. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
6. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).



Tuesday, May 6, 2014

Vanilla Cupcakes

0 comments
Assalamualaikum semua..


Bangun pagi ni tiba2 macam ada terbau vanilla yg sangat sedap..ntah dr mana dtg nya bau yg jahat itu. Lps tu, dlm kepala dgn pantasnya menganalisis bau tersebut..owhhh, mcm bau cupcakes..nyum nyummm. Teringin la plak nk mkn cupcake vanilla yg plain tanpa cream..mcm yg jual kat uncle roti dulu2 tu (tak tau la tempat korang ada ke tidak, i kan duk di kempong) hehehe.

Letsss huntinggg..misi mencari resipi cupcake la. Owhhh, 1 lg benda yg susah..iaitu memilih resipi yg berkenan di hati. Susahnya lebih kurang mcm nak pilih menantu pulok (aikk, Kashfe baru setaun jagung, mak dah sibuk pilih menantu) hahahha..takde lah. Setelah mencari, sy terbekenan dgn resipi dr kak Azie. Cupcake dia nampak sgt cantik & gebu. Bahan2nya pun simple. 

Sy buat separuh adunan je, tp dpt banyak juga. Separuh nya sy paipkan blueberry filling di dlm & juga di atas. Bila tgh masak tu mmg seluruh umah la bau vanilla kan, nasib tak sampai seluruh kampung..hihihi. Cupcake ni sedap sesangat..lembut, gebu & sangat moist. Lebih sedap bila tergigit blueberry filling tu. Kashfe pun boleh habis sebijik, sambil mencium2 cupcake tu..hehee. Terima kasih kak Azie, atas resipi nya ;)


Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.


Monday, April 28, 2014

Cream Cheese Bars

0 comments
Resipi kali ni masih menggunakan puff pastry..hahaha. Yg ni plak sebab eksited jumpa puff pastry yg saiz besar, selalunya yg kecik2 je. Bila dah beli, tak tahu plak nak buat apa..bising plak enche somi kalau beli buat pekasam je. Kalau nak buat savoury guna puff pastry ni mcm baru je lg..so teringin nk mkn yg manis pulak. Biasa la tekak ni, mengada2..kejap nak savoury, kejap nak manis. Nasib buat sendri, kalau cerewet pun xpe..huhuu

Ni adalah antara dessert yg paling mudah utk disediakan & sedap juga. Cuma tidak seswai utk org yg sedang berdiet..sy pun dgn rasa bersalah mkn benda ni. Tp bars ni sgt sedappp..sgt sukar utk menolak godaan nya. Pastry yg rangup ditambah dgn creamcheese yg lemak2 manis tu..sedapppp nya. Makin tebal la lemak2 tepu kat badan ni *haihhh*. Tp kan, kalau ada tetamu tetiba nak dtg boleh la buat ni, sbb sangat mudah & cepat utk membuatnya. 


Cream Cheese Bars

Ingredients:
2 sheets (8") instant puff pastry  
2 (8 ounce) packages cream cheese  
1 cup white sugar  
1 teaspoon vanilla extract  
1/2 cup margarine, melted  
1/4 cup white sugar  
1 teaspoon ground cinnamon 

Step:
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease pan.
2. Press one sheet of the puff pastry into the bottom of the prepared pan. 
3. In a medium bowl, mix together the cream cheese, sugar, and vanilla until smooth and creamy. 
4. Spread over the puff pastry.Place the second sheet of puff pastry and lay them on top of the cream cheese layer. Do not press down. 
5. Pour the melted margarine over the entire pan. 
6. Combine the remaining 1/4 cup of sugar and cinnamon; sprinkle over the top.
7. Bake for 25 to 30 minutes in the preheated oven, or until the top is crisp and golden.




Thursday, April 24, 2014

Kek Karamel

0 comments

Resipi kek karamel ni dah 2 taun terperap dlm simpanan. Dr start takde anak, sampai anak dah berjalan..melampau sungguh la kan, hahaha. Dulu mmg teringin nk buat tp sebab pernah pukul putih telur utk buat meringue tak jadi, terus rasa takut nak buat apa yg menggunakan meringue. So skang ni bila dah terer sket, baru la berani nak cuba buat kek karamel ni.

Dengar kata kek ni banyak pantang larangnya. Memang betul la kot..cuba korang tgk kek sy yg ramping berpinggang tu. mesti ada something wrong somewhere. Dgn belang yg agak caca-marba. Rupanya nak belangkan tu ada cara..lepas study barulah sy berjaya menghasilkan belang yg menarik (pd sy la) huhuu. Tp kek ni mmg sangat sedap bila dimkn semasa sejuk..dgn lembut gebu nya, lemak2 manis ditambah dgn karamel di atasnya.. Taktau nak describe camne sedapnya lg. Teringin?? sila la mencuba, kalau kurang kerajinan nak buat boleh hoder je dr sy..hikhik


Kek Karamel
Oleh: Kak Nor SecubitGaram

(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard 
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.

sedikit tip tambahan :
1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) 





Thursday, April 17, 2014

Oreo Lasagna

0 comments
Berbagai nama yg diberi pd resipi ni..ada yg panggil oreo lasagna, chocolate lasagna la. Tak kisah la apa pun namanya, yg penting sy dah dpt rasa. Sebelum ni memang teringat sgt..tp org yg jualnya di Kedah. Nasib la kwn sy kat cni bg resipi ni n dia teringin nak mkn. Nak buat sendri, mixer plak tak ada..maklumla org bujang. Jd, inilah peluang nya..sama dpt keuntungan.hebehe

Resipi ni sebenarnya telah terperam selama hampir sebulan. Mana taknya, jenuh pusing seluruh pulau utk cari dadih coklat & oreo crushed. Bila dah jumpa dadih coklat, oreo crushed plak takda..malas dah nak tunggu, sy blend kering je oreo biasa tu..hahaha. Sama je rasanya. Nak membuat nya sgt mudah..korang yg tak suka baking memang seswai buat resepi ni. 

Part yg 'paling susah' dlm proses ni hanyalah masak dadih..hahaha. Mencabar x? Walaupun nk membuat nya simple, tp rasanya.. Auummmm..sedap ya ampun. Lemak calori sumer tak perlu disebut la kan..kita buat2 lupa skejap. Apa yg sedapnya ialah, dlm 1 suapan akan ada pelbagai teksture..rasa cream yg halus gebu, lps tu rasa puding yg sedikit kenyal & yg plg best ialah crushed oreo yg meletup2 dlm mulut.. Dappp erghhh. Ada yg dah telan ayaq lioq?? Jom try buat ;)


Oreo Lasagna
Oleh: Moonirah

Bahan2:
1 pek Crushed Oreo (leh jumpa kat kedai jual bahan-bahan baking)
6 sudu besar butter, dicairkan
1 pek cream cheese (500gm)
250 ml air
850 ml susu + 4 sudu besar susu segar
3 1/4 cawan whipping cream
1 pek dadih perisa coklat
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
Serbuk koko/ cip coklat untuk hiasan

Cara2:
1. Dalam mangkuk, gaulkan oreo bersama butter yang dah dicairkan. Sebatikan dengan menggunakan garfu. Ratakan lapisan pertama dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese sampai kembang. Tambah 4 sudu besar susu dan gula, pukul rata. Masukkan whipping cream.
3. Dalam periuk,didihkan air dan 850ml susu segar. Kemudian masukkan serbuk dadih dan tepung jagung. Kacau rata sehingga larut dan sedikit likat.
4. Tuang larutan dadih atas lapisan oreo, bagi sejuk seketika supaya lapisan dadih kental. Kemudian ratakan lapisan cream cheese. Ulang dengan lapisan oreo, dadih coklat dan akhir sekali dengan cream cheese. (in case dadih dah pejal, leh heat balik bagi dia cair).
5. Tabur serbuk koko atau cip coklat atas lapisan cheese. Sejukkan dalam fridge semalaman sebelum dihidang.



Wednesday, April 16, 2014

Black & White Mousse Cake

0 comments
Jeng jeng jeng.. Kek ke pudding ni kan. Sebebarnya ini ialah kek yg dilapisi dgn mousse. Sy memang kurang suka mkn kek, tp dah enche somi request..sy buatkan la. Lgpun sy teringin gak nak try resipi baru dr buku Baking Code ni. Kalau boleh semua resipi kek dlm tu sy try, tp masalahnya siapa nk mkn n habiskan??huhuu. So, bila enche somi request tu, sy jd tersangat la eksaitednya.

Nampak kek ni mcm susah nak disediakan kan? Sebenarnya mudah saja..tp sy yg menggedik nak buat saiz mini (nak try pan baru lorrr, huhuu). Remeh la sket bila dibuat saiz mini ni..nk kena potong dulu kek tu kecik2. Nak melapis 1-1 lg..hadoiii, sakit pinggang. Sy suka resipi mousse ni sebab senang nak sediakan, berbanding resipi mousse utk chocolate indulgence dulu. 

Seperti biasa kek yg ada mousse ni ambil masa sedikit, sebab kita perlu biar mousse nya set dulu. Utk resipi kek sponge tu plak, boleh dibuat sesuka hati samada vanilla, coklat @ apa2 saja yg korang suka. Kek ni rasanya lebih kpd aiskrim..tidak muak kalau mkn byk pun. Tp hanya utk yg berani je la..hehehe



Black & White Chocolate Mousse Cake
By: Alex Goh

Ingredients:
For sponge cake

A
4 egg yolk
16g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B
4 egg white
100g sugar

C
84g plain flour
16g cocoa powder

D
50g corn oil

Step:
1. Whip ingredients A until light & fluffy.
2. Whip ingredients B until soft peak.
3. Mix the egg white mixture with ingredient A until well-blended.
4. Fold in ingredients C, mix untill well-combine. Add in ingredients D, mix until well incorporated.
5. Pour it into a greased and lined eound mould.
6. Bake at 180'C for 30minutes. Remove the cake immediately when baked.
7. After cooled, slice to 2 layer.

Dark Chocolate Mousse

Ingredients:
50g milk
1tsp instant coffee powder
20g sugar
1 egg yolk
60g dark couverture (melted)
2tsp gelatin
30g water
140g whipped topping cream

White Chocolate Mousse

Ingredients:
50g milk
20g sugar
1 egg yolk
60g white couverture (melted)
2tsp gelatin
30g water
140g whipped topping cream

Method:
1. Dark Chocolate Mousse: Cook milk until it boils Add into sugar & egg yolk, mix until well-blended. Continue cook for 1 minute. Add in dark couverture, mix until well-combined. Mix gelatin & water until well-blended & place it over double boiler, cook until gelatin has melted. Add it into the above mixture, mix until well-blended. Cool it over ice water to 30'C. Add in whipped cream, mix until well incorporated. 

2. Place 1 layer of cake onto the bottom of the round ring mould. Pour some dark chocolate mousse onto the cake. Top with second layer of cake. Keep in the fridge for 15minutes while preparing the white mousse.

3. White Chocolate Mousse: Refer step for dark chocolate mousse.

4. Remove the cake from fridge & pour the white chocolate mousse on top. Keep in the fridge to let it set.

5. Unmould & dust with some cocoa powder. 


Friday, April 4, 2014

Strawberry Cream Cheese Bread

0 comments

Lihatlah bekpes yg telah sy buat beberapa minggu yg lepas (hahahha, dah basi pun resipi ni..baru nk update). Seperti yg pernah sy bgtau dulu, kat cni mmg tak wujud fresh stoberi ye..so, bila dpt je fresh stoberi mula la jakun nk buat mcm2..kesian kan.huhuhuu. Stoberi ni kwn somi bawak dr KK. Memula nya sy nk buat stoberi shortcake, tp tak jadi sbb step nya yg agak renyah.

Akhirnya sy buat strawberry preserved & strawberry bread ni. Sebenarnya, nama je bread, tp dia lebih kepada kek. Ye la, omputih ni kan suka bekpes dgn kek yg seangkatan dgn kek paun ni. Sy tergoda sebab dlm resipi ni dia combine antara strawberry n cream cheese..dpt bygkan tak betapa indah nya kombinasi itu.huhuhu. & akhirnya, terbuatlah sy akan resipi ini. Nak membuat nya tersangat la mudah.

Lebih kurang kita buat kek, memang tidak perlu main uli2 pun. Pd sy rasanya lebih kurang mcm butter cake yg di lwtakkan strawberry. Cream cheese tu memberikan rasa lemak & begitu juga dgn buttermilk. Bila di makan bersama susu sejuk, subgguh enak rasanya. Next time sy akan lebihkan strawberry or maybe ay akan try dgn blueberry pula. Korang juga patut cuba..heee


Strawberry Cream Cheese Bread

Ingredients:
1/2 cup butter, softened
1 cup sugar
4 ounces cream cheese, softened
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
2 cups flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon Kosher salt
1/2 cup buttermilk
1 1/2 cups strawberries, rinse, dried and chopped

Directions:
1. Grease and flour a 9x5 inch loaf pan.

2. With electric mixer cream butter, sugar and cream cheese until fluffy. Add eggs one at a time. Mix in vanilla.

3. In separate bowl, mix flour, baking powder, baking soda and salt. Blend flour mixture with butter mixture just until blended. Add buttermilk and only stir until just combined; do not over mix.

4. Carefully fold in strawberries. Dough mixture will be thick.

5. Bake in a 350°F oven for 50 to 60 minutes.


Thursday, April 3, 2014

Pulut Mangga

0 comments


Masih resipi mangga lagi. Maaf la ye pada yg tidak menggemari buah ini ya. Ini pun salah satu resipi yg sy teringin. Dah lama sgt tak mkn pulut mangga ni..dulu selalu je mkn kat Thai Fair di Carrefour Ampang tu. Memang tak sempat nak teringin, usaha nak buat sendri lg la tidak diperlukan..dgn hanya RM5 bleh dpt sebekas pulut bersama sebiji mangga n kuah santan nya. Blk trus belasah je..huhuhu

Tp bila tiba masa mcm skang ni, bayang pulut mangga pun tak pernah nampak..so, terpaksa la buat sendri. Dan yg best nya, sy dah blajar cara masak pulut yg paling mudah & paling sedap. Terima kasih sifu Farah..sabar mengajar anak murid yg lampi ni..hehehe. Dan disebalik cite pulut ni, sy sgt malu bila sy telah mengukus beras yg sy sangkakan pulut..owhh my, pulut n beras pun tak kenal..hahahah

Hidangan ni lebih enak di makan apabila kuah santan & mangga tu kita sejukkan dulu dlm fridge. Bila nak mkn baru di keluarkan..tp pulut tu tak perlu tau, nanti keras pulak. Bila dah di campur semua & masuk ke mulut, perasaan ketika itu mmg rasa tak berhutang (walaupun hutang ptptn keliling pinggang)..bak kata papa joe, rasa meletup2 di dlm mulut. Siapa yg pernah mkn tu mesti tahu rasanya..& kepada yg belum pernah mencuba tu, silakan mencubanya dgn segera. Sangat mudah & sedap..miammmyyyy





Wednesday, April 2, 2014

Mango Float

0 comments

Owhhhh, inilah dia buat paberet sy. Tak kisah la buah ni di olah menjadi apa pun, sy tetap sukakannya. Tp kat cni agak susah utk jumpa org berjual mangga yg masak ranum ni. Kat umah ni mmg la ada pokok mangga..tp bila masak je busuk. Kena amik time muda baru ok. So, mangga ni sy kirim dr kwn somi sy yg pulang ke kampung halamannya di Ranau. Kat sana kan kawasan sejuk, so buah2an nya pelbagai & sangat sedap.

Bermacam2 resipi mangga sy teringin nk buat..tp mango float ni la yg top dlm senarai teringin..hahaha. Ditambah plak dgn cara membuatnya yg sgt mudah & pelbagai review yg menarik pasal mango float ni, lg bertambah semangat la sy nak membuatnya. Dpt je mangga tu, mlm tu gak terus sy kerjakan. Walaupun terpaksa bersengkang mata, sy sanggup demi mangga terchenta (cehhh, mula la nak melalut)..huhuhuu, sori2..

Keesokan subuhnya, sy terus menikmati mango float ni ( ofkos la gosok gigi dulu) hahaha. Shedappppp erghhhhh..xtau nk ckp camne. Dgn lemak, masam & manis semua nya cukup sempurna skali. Tanpa disedari, sy telah menghabiskan 1bekas dlm sekejapan. Kalau korang ada mangga yg dah masak ranum tu sila lah cuba resipi ni ya..dijamin tak menyesal..hehee






Monday, March 24, 2014

Coconut Jelly @ Kelapa Jelly

0 comments
Assalamualaikum semua..

Rindu sungguh rasa pd blog ni walaupun baru 2,3 hari tak update. Macam tak cukup masa je skang ni, ada 1 mlm tu sampai tak tido menyiapkan order customer..huhuu. Org amatur la katakan..masih terkial-kial lg nak buat keje. Konon aritu kata nak update tiap ari, itu semua poyo..hahaha. mohon ampun ye, sy cuma manusia biasa yg pelupa & tak lepas dr buat silap. K lah, jom kita tgk resipi arini.

Sebenarnya tak plan pun nak buat jelly kelapa ni. Tp petang tu tetiba je enche somi ambil kelapa muda..ambil 2 biji pertama agak tua, lps tu ambil lg 3 biji..gigih sungguh dia nak mkn jelly kelapa..hahahha. Sebenarnya nak membuat jelly kelapa ni tersangat lah mudah..as easy as 123. Sy kurang suka yg serbuk instant tu sebab dia ada bau yg agak pelik. nasib la jumpa resipi ni.

Resipi ni sy ambil dr blog Kak Nor..tergoda dgn jelly kelapa kak nor & resipi yg simple. Hasilnya sangat sedap, tak terlalu keras & tak terlalu lembik..sedang2 saja. Sekejap je licin. Nyaris2 je dpt amik pic ni, sebelum selamat masuk ke peyut kami..hehehe. Kashfe pun suka, bapak Kashfe lg la suka. Yg teringin sampai sentap tgk pic kat fb & instagram aritu boleh la salin resipi kat bwh ni n try buat ye..hikhik



Jelly Kelapa
Oleh: Kak Nor

Bahan-bahannya:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Cara-caranya:
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.






Monday, March 17, 2014

Chiffon Markisa @ Passion Fruit Chiffon

0 comments
Assalamualaikum 


Dah lama tak menyiffon ni kan..sebenarnya yg ni sy buat beberapa bulan lepas (baru sampai Q nak di publish..teruk sungguh tuan blog ni kan.huhuu). Impian utk buat chiffon markisa ni dah lama, sejak tahun lepas lg..tp markisa nya ndak ketemu. Jdnya, blk bln 12 aritu sy telah membawa sedozen markisa bersama..gigih kan. Memang teringin sgt, mengalahkan org mengidam ni..hahaha

Utk resipi ni, sy gantikan air tersebut dgn jus markisa utk meng'umphh' kan lg rasanya..dan ternyata ianya sgt berbaloi. Terasa masam2 manis dlm setiap gigitan. Tp apa yg sy paling suka bila tergigit biji2 markisa yg berselerak di dlm kek..tedappp nya. Terus rasa teringin nk buat lg. Apakan daya buah markisanya tiada. InsyaAllah tak lama lg dpt la mkn, sebab pokoknya dah berbunga. InsyaAllah nanti akan lebih banyak resipi markisa yg muncul..hehee. Tungguuuu...


Passion Fruit Chiffon Cake
By: Angel

Ingredients:
(A)
4 egg yolk
50g castor sugar (I used 20g)
(B)
50g vegetable oil 
55g passionfruit pulp (slightly more than one fruit)
20g water
¼ tsp salt
(C)
100g low protein flour (I used normal plain flour)
½ tsp baking powder
(D)
4 egg white
100g castor sugar (I used 90g)
1/8 tsp cream of tartar 

Method:
1) Whisk egg yolk and sugar in (A) till sugar dissolved. Add (B) and mix well. 
2) Sift in (C) and mix till a smooth and uniform batter is formed. Set aside.
3) Whisk egg white till frothy, Add 1/3 of sugar and cream of tartar in (D). Continue to beat and add remaining sugar in 2 sessions and beat till stiff peak (original recipe is to beat whites till soft peak then add sugar/cream of tartar at one go). 
4) Fold in 1/3 of the meringue to egg yolk mixture, fold till just incorporated. Repeat the same for the remaining meringue.
5) Pour batter into 20cm tube pan, bang it on tabletop twice to release air bubbles. Bake in preheated oven at 170C for about 40-45 mins. Invert the cake immediately once taken out from the oven. Cool completely before removing from mould. 

Note:
1) Use egg of net weight 60g each (without shell). 
2) Cream of tartar can be replaced by ½ tsp lemon juice or vinegar. 
3) I think 20g water in (B) can be replaced by passionfruit juice to boost the passionfruit flavour. 




Thursday, March 6, 2014

Swiss Roll Para Para Sakura

0 comments

Mahap la ye sebab sy baru nak update resipi2 yg telah di cuba sebelum ini. drpd blog bersawang, bagus juga la di update kan. Kek ni sebenarnya sy buat sbb enche somi teringin..dia mmg suka akan swiss roll. Setelah sekan lama tidak membuat swiss roll, inilah masanya utk sy membuat eksperimen & mencungkil bakat yg semenangnya tiada..hahaha😩

Yg sebenarnya sy tidak pernah menggulung swiss roll..tugas menggulung dibuat oleh enche somi. Sbb sebelum ni telah 2ketul swiss roll yg berderai apabila sy gulung. Jd tugas sy membuat & melukis saja..gulung swiss roll pun tak pass, apa la nak jd..huhuhu. Resipi yg selalu sy gunakan adalah resipi swiss roll zebra oleh Kak Azlita. Cuma corak lukisan je yg sy ubah sesuka hati.

Utk kali ni sy nk try corak bunga sakura yg menjalar. Ada nampak mcm bunga sakura tak? maybe ni rupanya bunga sakura yg dah termutasi..hahaha. Filling utk swiss roll sakura ni pula sy menggunakan fruit cocktail bersama fresh cream. 1st time sy cuba & ianya sgt sedap. Kalau ada yg tak suka fruit cocktail tu, boleh juga hantikan dgn blueberry filling atau nutella, atau apa2 filling kegemaran anda. 


Swiss Roll Bercorak 


Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Satukan gula dan telur
Pukul sehingga adunan berkrim
Tambahkan esen vanilla
Air dan 
Minyak
Pukul adunan hingga sebati
Tambahkan tepung
Kaup balik adunan hingga rata
Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Pukul putih telur hingga berbuih
Kemudian tambahkan cream of tartar dan
Gula kaster
Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
Tambahkan juga coklat emulco
Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi 

Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C

Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
* Sy guna fruit cocktail & whipping cream

Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template