Thursday, April 17, 2014

Oreo Lasagna

Berbagai nama yg diberi pd resipi ni..ada yg panggil oreo lasagna, chocolate lasagna la. Tak kisah la apa pun namanya, yg penting sy dah dpt rasa. Sebelum ni memang teringat sgt..tp org yg jualnya di Kedah. Nasib la kwn sy kat cni bg resipi ni n dia teringin nak mkn. Nak buat sendri, mixer plak tak ada..maklumla org bujang. Jd, inilah peluang nya..sama dpt keuntungan.hebehe

Resipi ni sebenarnya telah terperam selama hampir sebulan. Mana taknya, jenuh pusing seluruh pulau utk cari dadih coklat & oreo crushed. Bila dah jumpa dadih coklat, oreo crushed plak takda..malas dah nak tunggu, sy blend kering je oreo biasa tu..hahaha. Sama je rasanya. Nak membuat nya sgt mudah..korang yg tak suka baking memang seswai buat resepi ni. 

Part yg 'paling susah' dlm proses ni hanyalah masak dadih..hahaha. Mencabar x? Walaupun nk membuat nya simple, tp rasanya.. Auummmm..sedap ya ampun. Lemak calori sumer tak perlu disebut la kan..kita buat2 lupa skejap. Apa yg sedapnya ialah, dlm 1 suapan akan ada pelbagai teksture..rasa cream yg halus gebu, lps tu rasa puding yg sedikit kenyal & yg plg best ialah crushed oreo yg meletup2 dlm mulut.. Dappp erghhh. Ada yg dah telan ayaq lioq?? Jom try buat ;)


Oreo Lasagna
Oleh: Moonirah

Bahan2:
1 pek Crushed Oreo (leh jumpa kat kedai jual bahan-bahan baking)
6 sudu besar butter, dicairkan
1 pek cream cheese (500gm)
250 ml air
850 ml susu + 4 sudu besar susu segar
3 1/4 cawan whipping cream
1 pek dadih perisa coklat
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
Serbuk koko/ cip coklat untuk hiasan

Cara2:
1. Dalam mangkuk, gaulkan oreo bersama butter yang dah dicairkan. Sebatikan dengan menggunakan garfu. Ratakan lapisan pertama dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese sampai kembang. Tambah 4 sudu besar susu dan gula, pukul rata. Masukkan whipping cream.
3. Dalam periuk,didihkan air dan 850ml susu segar. Kemudian masukkan serbuk dadih dan tepung jagung. Kacau rata sehingga larut dan sedikit likat.
4. Tuang larutan dadih atas lapisan oreo, bagi sejuk seketika supaya lapisan dadih kental. Kemudian ratakan lapisan cream cheese. Ulang dengan lapisan oreo, dadih coklat dan akhir sekali dengan cream cheese. (in case dadih dah pejal, leh heat balik bagi dia cair).
5. Tabur serbuk koko atau cip coklat atas lapisan cheese. Sejukkan dalam fridge semalaman sebelum dihidang.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template