Assalamualaikum semua
Bila musim sotong tgh banyak ni..asik masak sotong je la kan. Sambal sotong, sup sotong, sotong kunyit & kali ni sotong paprik pulak. Dulu2 selalu gak buat paprik sotong ni..lebih2 lg time bln puasa. Sebab senang lauk sekali dgn sayur..huhuhu. Masak paprik ni sebenarnya semua asasnya sama, cuma kita tukar haiwan yg nak digunakan. Yg fofular paprik ayam & sotong je. Tp kalau nk try guna haiwan lain pun bleh je, kita yg buat dia kan.
Lauk paprik ni juga bleh diketegorikan sbg lauk paberet. Cuma tak selalu buat sebab susah nk cari bahan yg lengkap. Masa pegi pasar sayur haritu nasib jumpa semua benda yg nak digunakan..apa lg, hangkut la semua. Dah lama sgt rasanya tak mkn paprik sotong ni. Cara nak membuatnya sgt senang. Kita campak je semua bahan yg ada..huhuhu. Tak abis2 lg main campak2.
Tp sotong nya jgn dimasukkan terlalu awal ye..sebab sotong kalau terlebih masak dia akan jd keras..rasa mcm mkn tiub basikal nnt..hahahha. Masukkan sayur2 yg keras dulu. Dah lembut sayur2 tu baru masukkan sotong. Owhhh sedapnya mkn dgn nasi panas..kalau ada telur dadar lg bertambah menarik. Terus lapar rasa..hahaha
Paprik Sotong
Oleh: Dapur Ummi
Paprik Sotong
Oleh: Dapur Ummi
Bahan-bahannya:
5 ekor sotong - hiris bulat
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci
1/2 batang karot - hiris memanjang
bunga kobis - potong kecil
3 susu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 susu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Air (jika perlu)
Cara-caranya:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
- Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
- Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air.
- Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
- Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Padamkan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment