Sunday, October 12, 2014

Sotong Celup Tepung

3 comments
Sutun lg, dan lg, dan lg.. Mungkin kita boleh bg nama minggu ni sebagai minggu sutun..hahaha. Setiap kali pegi pasar, mesti surun ni mengoda2..lastnya terbeli. Lps tu bila blk umah mula la pening taktau nak masak apa. Nak buat sup sutun, enche somi plak tak suka..nak buat sutun masak serai santan takda. Yg senang nya sutun goreng tepung je la..mudah & sedap. 

Resipinya sy cari di group kesayangan, dr pg sampai ke ptg sy tunggu resipi dr masterji. Rupanya dia pun takdok resipi sutun tepung ni, bahan asas n caranya yg diterangkan. Kalau nak sedap pandai2 la olah sendri, jd resipi kat bawah tu sy telah hantam ikut citarasa sy. Kalau korang nak buat nanti, sukati la nak tambah apa bahan perisanya ya.hehehe

Yg pasti sutun celup tepung nya menjadi..rangup di luar & lembut di dlm. Tp sutun ni tak boleh di masak lama tau, dah kaler cantik tu boleh la di angkat. Kalau lama nanti, jd keras plak sutun tu. 


Sotong Celup Tepung
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
500g sotong - dibersihkan & potong bentuk cincin
1 1/2 cawan  tepung gandum
1/3 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya 
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya 
Paprika secukupnya
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Cara pertama
1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Cara kedua
1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Pecahkan telur di dalam mangkuk & pukul sedikit.
4. Celupkan sotong tadi ke dalam campuran tepung, kemudian salut dgn telur yg telah di pukul td.
5. Selepas itu gaul lg sekali ke dlm campuran tepung. Pastikan tepung melekat sekata.
6. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah di letak atas tisu dapur atau pinggan hidang.




Friday, October 10, 2014

Potato Bun @ Roti Kentang

1 comments

Bangun je pagi terus teringin nk mkn roti kentang..apekahhh?? Teringat roti kentang yg selalu jual panas2 kat tesco or c4 tu..tp kat cni yilekkk. Tak pernah lg jumpa roti kentang kat cni..nampak gayanya mmg kena wat sendri la. Buat roti sendri ni mmg sgt seronok, lebih2 lg bila roti tu menjadi..gebu, lembut & sedap..rasa nak lompat kegembiraan..hahaha. 

Utk buat roti kentang ni, ada resipi yg menggunakan tepung kentang, atau ada gak yg menggunakan kentang yg direbus & dilenyek. Kali ni, sy teringin nk try resipi yg guna kentang lenyek tu..sikit je dlm 70g, tp kesan nya sangat mabeles. Masih lembut gebu setelah disimpan pd hari ke-3. Masa baru kuar oven tak payah cite la, sampai terkemek time nak kuarkan dr loyang. Roti ni Kashfe suka, tp dia mkn bahagian atas je..yg ada kastard tu..hahaha. Yg selebihnya mak dia la yg telan. Sungguh enak di mkn begitu saja..hehee



Roti Kentang
Oleh: Kak Madiha

Bahan-bahannya:
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard 
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda.
 
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan



tangan cape ni???hehehe

Wednesday, October 8, 2014

Sotong Percik

1 comments
Assalamualaikum.. 

Sekarang ni kat sini tengah musim sotong..terlalu banyak & harga nya juga semakin murah. Sy memang suka akan surun ni. Tp bila dah selalu sgt mula la tak tau nak masak apa. Biasanya sy akan buat sotong sambal @ goreng kunyit. Tp kali ni nak buat kelainan pulak. Setelah menggeledah enche gugel, akhirnya terbekenan la dgn resipi sotong percik ni. Kalau ayam percik pun dah sedap, sotong percik sedap kuasa dua la kan??hehehe.

Bila kashfe tido je, terus sy terjun ke tanah cari serai, cili padi, lengkuas & daun kunyit. Best jugak duk kampung ni, semua bahan ada keliling umah..pegi petik je. Resipi sutun percik ni sgt mudah & juga sgt sedap. Kalau nak dia berkuah sikit, boleh ditambah air & jgn dikeringkan sgt. Tgk bahan2 nya mcm simple je kan? Tp korang sila la cuba..memang sedap. Tambah2 bila mkn bersama nasi panas..ptg plak sy cicah bersama roti..fuhhhh, tedapppp. Len kali mesti nak buat lg.



Sotong Percik
Oleh: MyResipi

Bahan-bahannya:
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya


Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template