Thursday, October 31, 2013

Owhhh Telinga™

1 comments
'Owhhh telinga' bukan sejenis masakan ye..huhuhu. Tukang masak picisan bercuti harini. Sy hanya masak air je utk buat susu Kashfe. Yg sebenarnya sy saket telinga. Dah 2,3 hari sakitnya. Tp makin lama makin teruk pula. Sebelah telinga ni tak berapa nak dengar, mcm tersumbat & berdengung je. Yg lg best sakit dia berdenyut2 sampai sebelah muka. Lebih kurang mcm saket gigi la jugak. Huwaaaa, taketttt.

Lps doctor check td, dia kata dlm telinga dah merah & bengkak. Patut la takett kan..ada ear infection rupanya. Doctor tu bg antibiotik utk seminggu..1 utk mkn, & 1 lg ear drop. Kalau dcktor tu bg 10 jenis ubat pun memang sy telan..apa saja utk hilangkan saket ni. Pesanan sy, hargailah telinga korang yg sihat tu ye. 

Paling penting, jgn korek telinga selalu sangat mcm sy.huhuhu..itulah penyebabnya. Konon korek telinga tiap ari sbb nak bersihkan telinga, tp bila dah terlalu bersih pun tak bagus jugak..inilah kesannya. Ok lah, mau pito dulu..hopefuli besok dah ok la telinga ni. Tata semua..
Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa..

  

  
Otw ke hosp sempat hantar congo bars dulu..sambil menyelam minum air..huhuu

Thursday, October 24, 2013

Tetamu Jam 2 Pagi..

2 comments
Lg sekali tajuk yg agak horror..tp kali ni cite nya memang sangat horror. Meremang bulu roma bila ingat blk. Kejadian ni berlaku mlm td. Dlm pukul 1.30am sy baru nak masuk tido (sibuk berdating kat dapur). Baru je terlelap, sy dengar bunyi ayam berterbangan sambil menjerit2 (bunyi ayam menjerit tu hanya org yg bela ayam sahaja yg tahu ya). Sy tgk enche somi..lena je tidonya.

Dlm 10min lepas tu, enche somi bangun n keluar blk..sy tanya nak kemana, dia kata nak tgk apa yg bunyi td tu & dia ajak sy teman (ingatkan dia tido mati, rupanya dia pun dengar bunyi ayam menjerit tu). Kami pun amik torchlight n suluh keliling rumah, tp dr tingkap je la..tak berani nak keluar. Tiba2 enche somi nampak ada seekor ayam dah tergolek mati kat bawah pokok rambutan. Suluh punya suluh, rupanya kat atas pokok rambutan tu ada ular sawa yg besar nya sebesar betis sy (korang agak2 la besarnya ya..yg pasti ia memang besar).

Dgn segera sy menelefon 999 buat pertama kalinya dlm hidup ini. Cakap pun dah terketar2 time tu. & dia sambungkan ke Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). 15min lepas tu JPAM pun sampai..ular tu masih ada lg di atas pokok & tgh memburu ayam2 yg tido di atas pokok rambutan tersebut. Bila diorg nak tangkap dia, terus dia bergerak naik lebih tinggi. Agak lama jugak nak tunggu dia turun. Sampai kena ambil tangga.

Lebih kurang 20-30min, diorg berjaya menurunkan ular tersebut. Menurut katanya, berat ular tersebut hampir 50kg & panjangnya lebih kurang 8 kaki.  Akhirnya mereka membawa ular tu blk utk diserahkan kepada PERHILITAN. Dan kesudahan, 2 ekor ayam yg gemuk terkorban, serta enche somi tak larat nk pergi kerja & terpaksa amik CRK..dan sy, masih lg trauma. Perasaan takut, geli, semua bercampur baur. Lps ni maybe dah tak pergi ambil serai kat belakang umah dah..nak kuar umah pun pandang kiri kanan drpan belakang dulu.

 Korang nampak yg kat atas pokok tu???

 Inilah dia hero pada mlm itu

 Rupa sebenar pelawat itu

Mangsa yg terkorban

Saturday, October 19, 2013

Ikan Singgang Daun Selasih

0 comments

Ikan singgang..lauk paling senang nak masak & juga paling sedap (pd citarasa sy la). Rasanya ini makanan fofular kat negeri pantai timur. Kalau di perak kami panggil, asam rebus atau gulai masam. Tak kisah apa pun namanya, tp rasanya tetap sama. Selalunya enche somi mkn ikan singgang bersama budu. Pd mulanya sy pun tak makan budu, tp lps rasa sekali, memang nak lg..kalau ditambah dgn tempoyak lg la..fuhhhh. Tedapppp nya..rasa menyesal tak mkn dr dulu..hahahah

Sy try letak daun selasih dlm ikan singgang tu. Mulanya sy pun tak tahu, makcik di pasar tu kata daun ni utk masak ikan singgang & boleh juga dibuat ulam..baunya sangat wangi. teringin juga nak cuba apa rasanya.. dan hasilnya sangat2 tidak menghampakan. enche somi yg cerewet pun kata sedap bila ditambah daun ni. Kemudian sy cuba utk buat ulam pula, tp baunya terlalu kuat..kalau dimasak lebih sedap rasanya. Nanti kita cuba resipi lain menggunakan daun selasih lg ye. 

Kalau teringin nak rasa lauk yg senang & tedappp ni, sila lah cuba resipi di bawah ni ya. Resipi ni sy mintak dr kwn sy..sominya org kelantan. Dan dia kata ini resipi ikan singgang original kelantan. Yg daun selasih tu sy pandai2 tambah sendiri ya..hehehe. Owh, mesti korang pelik dgn kalernya kan. Warna dia mcm tu sbb sy letak nise (gula melaka)..dah sy tak tambah serbuk kunyit utk kaler kuning. Korang boleh olah sesedap rasa korang. Selamat mencuba..


Ikan Singgang
Oleh: Farah Jasni
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
4 ekor ikan kembung - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dihiris
6 ulas bawang merah - dihiris
2 inci lengkuas - dihiris
Sedikit belacan
Sedikit budu
Sedikit nise (gula melaka)
Sedikit gula putih
Air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
Sedikit daun selasih
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya

1. Masukkan ikan ke periuk bersama air.
2. Kemudian masukkan semua bahan2 untuk kuah tadi ke dalam periuk, kecuali daun selasih.
3. Masakkan bahan tadi sehingga mendidih.
4. Masukkan daun selasih,dibiarkan sekejap & tutup api. Siap utk dihidangkan.



Purple Sweet Potato Rose Pau @ Pau Keledek Bunga Ros

0 comments
Assalamualaikum..


Yg ni menu breakfast kami. Tergoda & menggoda kan rupanya. Dulu sy pernah buat resipi ni, & kini terasa mcm teringin nak makan lg. Membuatnya memang tak mudah, tp hasil nya sgt menawan..lupa segala susah payah nak membuatnya. Sebenarnya takda la susah mana, cuma agak remeh & makan masa sedikit jika nak dibandingkan dgn pau biasa.

Rasanya tak perlu dipertikaikan, memang sedap..lembut & gebu. Buat pagi, sampai ke petang masih lembut. Apabila makan pun sangat mengasyikkan, sebab kelembutan & warna nya yg menarik. Utk kali ni sy letak inti kacang & juga plain tidak berinti. Bila plain tu rasa mcm mkn mantou pula..boleh di makan bersama nutella or jem. Nak cicah kari or sardin pun menarik juga.

Resipinya sy ambil dr blog Kak Azlita..Kak Azlita pula ambil dr blog Wendy. Hebat sungguh idea pencipta pau ni. Org mcm sy takkan pernah terpikir utk buat pau yg sebegini comel & unik. Terima kasih kepada pencipta nya. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki anda, tidak kisah la siapa pun anda. Sy share resipi nya di sini supaua lebih ramai dpt berkongsi ilmu yg menarik ni.


Purple Sweet Potato Rose Pau

Bahan-bahannya
250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Cara-caranya
1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
2. Sy masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut. 

*Kalau guna tangan.
Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis).
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

3. Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
5. Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step nya di blog Kak Azlita ye1. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
2. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe.
3. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih.

4. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Sy letak inti kacang merah.
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
5. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah.
6. Gulungkan doh. Untuk mengelakkan inti dari terkeluar, gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulaan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.
7. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick. Sy potong  menggunakan pemotong doh.
8. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
9. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
10. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Doh yang telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
11. Kukus pau selama 10-12 minit


Quiche Bayam @ Spinach Quiche

0 comments

Lalala..arini kita rasa quiche. Sy buat quiche ni sebab nak rasmikan pie pan yg telah lama bersawang dlm almari tu. Akhirnya, sy berjaya memecahkan kedaraan nya. Mulanya sy nak buat sweet pie, tp cari punya cari tak jumpa dgn resepi yg berkenan di hati. Terus teringat akan quiche..sebelum ni tak pernah buat pun, tp selalu juga nampak kwn sy buat.

Utk pertama kalinya, sy nak buat original quiche..iaitu spinach quiche. Sesuai utk Kashfe ni, sebab bayam sgt2 bagus utk Kashfe..dan dia pun memang suka mkn bayam. Yg paling best skali, pokok bayam kat luar tu dah sampai tua tak diambil. Jd inilah masa yg paling sesuai utk kita membuat eksperimen..hehehe. Sebab takut terlalu plain sy tambahkan sosej & juga crabstik. Rasanya memang tidak menghampakan. Rasa mcm omelette di dlm pastry yg rangup. 

Sy tertarik dgn resipi ni sbb bahan2 nya mudah didapati & cara membuatnya juga agak ringkas..semestinya sy nak yg, mudah, cepat & sedap sahaja..hehehe. Tetapi maaf jika gambarnya kurang menarik..faham2 je la bila org dah kelaparan ni, kurang kesabaran jdnya. Masa sy ambil gambar ni pun, ntah bape kali soalan 'bila boleh mkn' sy dengar. Sabarrr je la..tak sempat quiche ni nak memosing dgn seksey nya..hahaha. Harap korang faham dgn bahasa yg digunakan ya..sebab tuan blog malas nak translate..huhuhu


Quiche Bayam
By: MasakMasak

KULIT :
▪ 200 gr tepung terigu
▪ 90 gr margarine (lebih bagus butter): dalam keadaan beku lalu potong2
▪ 1 btr telur
▪ 1 sdm air
▪ 1 sdt garam

CARA MEMBUAT KULIT :
■ kocok telur dan air hingga menyatu
■ campur tepung - mentega - garam, campur hingga terbentuk butiran2 kasar
■ lalu buat lubang ditengah masukkan kocokan telur tadi
■ aduk lagi hingga kalis
■ tutup dengan plastik lalu masukkan lemari es 30 menit
■ giling tipis lalu letakkan dicetakan quiche diameter 24 cm
■ masukkan lagi kelemari es 10 menit, sementara itu oven sudah di nyalakan.

BAYAM :
▪ 200 gr bayam (daunnya saja) matangkan dan cincang
▪ 200 gr susu whipped cream
▪ 4 btr telur, kocok
▪ 3 siung bawang putih, iris
▪ 1/2 siung bawang bombay, iris
▪ 3 sdm butter untuk menumis
▪ 1 bks / 200 gr keju kraft
▪ garam dan merica secukupnya

CARA MEMBUAT BAYAM :
■ tumis bawang putih dan bawang bombay dengan butter
■ masukkan bayam, tambahkan garam dan merica, 
■ masukkan juga 1/2 ukuran keju, aduk hingga menyatu sisihkan
■ campur susu dan telur, kocok hingga tercampur tambahkan sisa keju

CARA MEMBUAT SPINACH QUICHE :
■ panggang dough diloyang kurang lebih 15 menit sampai agak garing
■ lalu olesi dengan butter dough yang sudah dipanggang
■ kemudian tuangkan bayam ke dough diloyang yang sudah dipanggang 15 menit, ratakan
■ tuang susu dan telur, ratakan
■ panggang dioven hingga matang (semuanya mengeras) diamkan dulu 10 menit sampai semua mengeras.. baru disajikan.



Sup Tulang

0 comments
Assalamualaikum..


Menu harini adalah kegemaran enche somi. Kalau mkn kat luar je, mesti nak hoder sup tulang ni. Tp masalahnya kat cni hanya di Pancur Hitam je ada jual sup tulang..dulu rasanya sgt sedap, tp sekarang tidak lg. Jd lebih baik kalau kita buat sendiri di rumah..lebih sedap, lebih berkualiti & paling penting boleh mkn sampai puas. 1 hari kami memusing cari tulang segar, tp tidak keterjumpaan..so terpaksa la beli yg frozen.

Tulang frozen ni tak berapa nak best sbb dah tak fresh..kalau korang nak buat, beli yg fresh ye. Kat semenanjung byk jual tulang yg fresh, kat pasar Chow Kit memang terbaekk tulang dia. Lg 1 kalau kita nak buat sup tulang ni, sebaiknya kita menggunakan pressure cooker..dpt menjimatkan masa memasak & menikmati daging yg lembut (kalau terlebih lama, tulang pun lembut tau..hehehe). Ntah bila la agaknya enche somi ni nk belikan pressure cooker  utk sy..ahaksss

Owh ya, resipi sup tulang kali ni sy mencuba resipi yg paling mudah..iaitu resipi dr sup tulang Adabi..hahaha. Sy rebus dulu tulang itu dgn api perlahan hampir 1jam, itu pun masih tak berapa lembut. Lps tu, sy ikut je resipi dr belakang paket sup tulang tu. & sy tambah sedikit daun celery utk lebih wangi. Rasanya juga lebih sedap..enche somi tambah nasi 2kali hokkay. Kashfe?? Owh, dia tidak diambil kira..hahaha. Kalau teringin resipi nya ada di bawah ya.


Sup Tulang
Resipi asal: Sup Tulang Adabi
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
1 kg tulang bersama sedikit daging
1 paket rempah sup tulang Adabi
1/2 inch halia*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 biji kentang - dipotong baji
Air secukupnya utk merebus
Sedikit rempah soto
Garam & gula secukup rasa
Daun celery - dipotong nipis 
Daun sup - dihiris

* bila nak mkn sy tambah cili padi potong, sedikit perasan limau & bawang goreng

Cara-caranya
1. Rebus tulang bersama air sehingga tenggelam selama lebih kurang 1jam.
2. Tumbuk halus bahan yg bertanda (*) & tumis bersama rempah ratus di dalam paket sup tulang Adabi hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yg ditumis td ke dalam tulang yg direbus. 
4. Masukkan kentang & bunjut sup bunjut Adabi. Biarkan mereneh dgn api sederhana selama 1/2 jam @sehingga kentang empuk.
5. Tutup api & masukkan daun sup serta celery. Kemudian boleh dihidangkan. 


Bread Bowl @ Roti World

0 comments

Masa membelek picture lama, tetiba ternampak sup dlm periuk (istilah HS11) ni. First time sy rasa mangkuk roti ni ialah masa pegi piknik kat Bukit Belacan dulu..dlm 3,4 taun lepas rasanya. Sebelum ni sy penah buat mangkuk roti ni sekali dulu. Tp tak brapa nak jd..time tu pun takda bm lg, uli tangan je. Maybe gak uli tak cukup lama. Tp sy gigihkan jugak utk try kali ni. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan..cewahhhhh

Alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan..malah sangat sempurna (pd sy la). Bahagian dlm nya yg lembusss (lembut+gebusss) tu kita keluarkan utk diisi dgn mushroom sup, atau apa2 sahaja sup kegemaran anda. Sebab penyakit 'm' melanda, sy guna mushroom soup dlm tin je (rajen kan sy..haha). 

Resipi ni utk buat 2biji mangkuk roti je..tp korang jgn risau, kalau nk habiskan sorang sebijik mangkuk tu memang tak boleh rasanya. Sy buat utk breakfast..dan sy hanya mampu mkn supnya & roti2 di bahagian dlm je..yg dah dikeluarkan tu langsung tak diusik. Kenyang terlampau, sampai mlm tak payah mkn. Jimat kan??hehehe. Kalau korang rajen, cara buat sup nya pun sy sertakan sekali..jd apa lg, jom la kita menguli & meroti..heheeh


Bread Bowl
By: Zalina MyResipi

Bahan-bahan ( 2 biji roti )

Untuk roti.
170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera
*semua sukatan di paras

Untuk sup krim ayam.
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara-caranya
Cara buat roti.
1. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh. (Boleh juga diuli dengan tangan)
2. Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2. Setiap bahagian lebih kurang 200 gm.Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin.Biar doh naik selama 40 minit.
3. Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.
4. Potong bahagian atas roti dengan pisau. Korek bahagian dalam roti.Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup.

Cara menyediakan sup krim ayam.
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.
2. Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.Masak hingga mendidih.Tutup api.
3. Blend dalam blender.
4. Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas. Hidangkan segera.


Milo Cupcakes & Milo Buttercream

1 comments
Salam sejahtera..semoga semua sihat2 belaka

Masa blogwalking aritu terjumpa resipi ni kat umah Noorsha. Terus jd teringin sebab dia kata milo buttercream tu rasa mcm meratah milo..sy jd tak sabar sgt nak cuba (tak sabar nk cuba, tp berbulan gak resipi ni tersimpan) huhuhu. Tak sampai seru nk membuatnya, lgpun kami ber3 mane la nak habis nnt. Sudahnya sy buat separuh adunan je. Sebab enche somi kurang suka yg berkrim & manis2 ni.

Ada 1 je cupcake yg dia suka, iaitu Hokkaido Chiffon Cupcakes. InsyaAllah nanti sy akan masukkan resipinya ya. Seperti yg Noorsha kata, cupcake ni sangat sedap bila dimakan bersama creamnya..memang tepat sekali. Kalau mkn kek nya saja, rasanya agak plain..tp bila ditambah tgn milo buttercream, ia menjadi sgt lazat. Nak membuat nya pun tidak terlalu susah. 

Utk creamnya sy sengaja mencampurkan dgn vanilla buttercream..pertamanya utk memberikan rupa yg menarik, selain itu juga utk memberikan rasa yg lemak2 manis. Ini terpulang pd citarasa masing2 ye. Kalau nak letak buttercream milo sahaja pun boleh.


Milo Cupcakes & Milo Buttercream
Oleh: Noorsha

Bahan² Untuk Milo Cupcakes
120 gm tepung gandum
60 gm milo
2 sudu kecil serbuk koko
1 biji telur -Gred A
50 gm gula halus
100 ml susu UHT (boleh ganti ngan susu coklat kalau suka)
40 gm minyak sayuran
1 st baking powder
secubit soda bikarbonat

Bahan² Untuk Milo Buttercream
150 gm mentega
120 gm milo
20 gm icing sugar
2 sb susu UHT

Cara² Untuk Milo Cupcakes
1. pukul gula bersama telur hingga kembang, kemudian masukkan minyak sayuran. kacau rata.
2. didalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, milo, koko, soda bikarbonat dan baking powder. gaul rata.
3. masukkan adunan no (2) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (1) berselang seli dengan susu UHT. kacau hingga sebati.
4. masukkan kedalam bekas cupcakes 3/4 penuh, Bakar pada suhu 150 C selama 20 - 30 minit atau hingga masak. Setelah siap dibakar, sejukkan seketika.

Cara² Untuk Milo Buutercream
1. pukul mentega bersama gula icing hingga putih.
2. Masukkan milo sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. jangan risau jika terdapat ketulan kecil milo tak hancur tu, tu yg buat buttercream ni sedap n lain dr yg lain, bila makan tu terasa macam sedang meratah milo :)
3. masukkan susu UHT dan kacau rata. Bolehla dimasukkan kedalam piping bag.
4. Deco atas cuppies yg dah sejuk tadi. Hias ikut kretiviti :)
Selamat Mencuba :)





Murtabak Cream Cracker

0 comments

Tiba-tiba je terbayang nak makan murtabak cracker. Tp kalau buat banyak takut tak habis pulak nanti, sebab kami ber3 je..lgpun yg sorang tu ntah mkn ke tidak. Kalau buat seloyang, memang sah jd makanan ayam akhirnya. So, sy buat keputusan utk buat dlm ramekin je..tak pernah lg dibuat org kan? Xpe, biar kita yg buat..lg comel & lg senang nk mkn, xperlu potong2.

Sy buat menggunakan apa bahan yg ada di rumah je. Inti tu kalau lebih boleh disimpan di freezer. Nanti kalau nak guna, tak perlu buat lg. Resipinya sy ambil dr dapur Che Mat. Oleh sebab sy buat dlm ramekin, jd sy menggunakan biskut weetameal yg bulat tu. & inti tu pula sy campur dgn sedikit rempah sup & kurma.

Pd tekak sy, rasa murtabak ni lg sedap dr murtabak biasa tu. Murtabak ni ada rasa manis2 bila kita gigit bahagian biskut tu. Tp langsung takda rasa itu adalah biskut. Kalau dicecah dgn cuka bawang lg sedap rasanya. Tp sebab buat sikit je, jd agak malas utk buat cuka bawang tu..huhuhu. Korang2 yg teringin tu, sila tengok resipi di bawah ya. Cuba jgn tak cuba..


Murtabak Cream Cracker
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
22 keping + 1/2 keping biskut cream cracker
200 g daging cincang
1 1/2 camca besar rempah kari daging
150 g bawang besar yang telah didadu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*dikisar halus)
150 ml susu cair + 200 ml santan
1/2 cawan air
1 1/2 camca besar minyak masak
3 biji cili merah, dihiris (boleh kurangkan)
3 tangkai daun sup, dihiris
3 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar mentega
Garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula


CARA MEMBUATNYA 

  1. UNTUK INTINYA :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan rempah hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan tuang air, kacau rata. Bila kering, masukkan bawang besar, garam, lada sulah dan sedikit gula, kacau hingga bawang layu. Rasa dan jika ok matikan api dan alihkan dalam bekas lain. (Mat campur sekali cili hiris dan daun sup, kacau rata)..
  2. UNTUK MURTABAK CRACKER :- Alas dasar tin dengan aluminum foil, sapu dengan mentega, sapu juga bahagian tepi tin. Ambil 7 keping biskut dan kerat dua (biar sama besar) + dengan 1/2 keping = 15 bahagian. Rendam sekejap 3 keping biskut + 3 keping biskut yg 1/2 bahagian tadi dalam bancuhan susu + santan dan susun pada dasar tin. Masukkan 1/5 bahan no. 1, ratakan dan curah sedikit telur tadi (anggaran 1/5 juga). Buat kaedah yang sama untuk baki biskut dan bahan no.1 juga telur.
  3. Untuk lapisan terakhir, jika ada lebihan telur, bancuh dengan bahan susu + santan, kacau rata dan tuang atas biskut tadi hingga rata. Sudukan mentega atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

Sambal Ikan Bilis Petai

0 comments
Assalamualaikum..semoga sihat2 belaka..

Bila sebut je sambal ikan bilis, pasti terbayangkan nasi lemak yg berbalut dgn daun pisang tu kan. Tambah pula kalau sambal ikan bilis tu ditambah petai..owhhh, sedappp nya. Tak perlu makan dgn nasi lemak pun dah cukup sedap. Mau la bertambah 2,3 pinggan nasi dibuatnya. 

Sy suka sambal ikan bilis yg agak kering & ikan bilisnya masih garing..sangat marah rasanya bila ikan bilis di dalam sambal tersebut menjadi lembik. Tp lain org, lain citarasanya kan. Utk sambal yg sedap, pd sy perlu lebih bawang..sebab manis dr air bawang tu akan menyedapkan lg sambal kita. Dan utk ikan bilis yg garing, sy goreng dulu ikan bilis tersebut. Apabila sambalnya telah masak, sejukkan dulu baru dimasukkan ikan bilis & digaul rata. InsyaAllah ikan bilisnya akan kekal garing & tidak lemau.

Harini kita mkn sambal ikan bilis dgn telur dadar je. Sangat simple lauknya, tp rasanya sgt mabeles (utk org kampung mcm sy la) huhuhu. Kalau ada ulam timun pun menarik juga. Tp yg paling menarik tentunya si petai yg anggun menawan. Rasa mcm nak tanam je pokok petai, sbb kat cni petai 2papan berharga rm6..kecil2 pula tu. Tp korang pernah rasa tak petai dlm tin??kalau tak salah brand Ayam Brand. Petai tu rasa mcm original & besar2. Agak berbaloi juga. Utk yg teringin mencuba, sila lah salin resipi di bawah ya.. ;)


Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
Segenggam ikan bilis yg telah di kopek
2 senduk nasi cili kisar
2biji bawang besar* - saiz sederhana
6biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2" belacan* - dibakar dahulu
2 sudu teh pes asam jawa
1 biji bawang besar - dihiris
Garam & gula secukup rasa
1-2 papan petai - kupas, ambil isinya
Minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Biarkan minyak menggoreng ikan bilis tadi & masukkan cili kisar.
3. Sementara tu, kisar bahan-bahan yg bertanda (*) & masukkan ke dlm kuali bersama cili tadi.
4. Biarkan ia sehingga betul2 garing. Kemudian masukkan pes asam jawa.
5. Tambahkan garam & gula secukup rasa & masukkan petai bersama bawang yg dihiris. 
6. Masak sebentar sehingga bawang agak layu & tutup api. Biarkan sejuk baru dimasukkan ikan bilis yg telah digoreng.
7. Sedia utk dinikmati.. Selamat mencuba ;)




Pabila Bulan Purnama...™

0 comments

Jeng jeng jenggg... Bunyi tajuk nya macam horror je kan? Sebenarnya tiada unsur2 kengerian pun..jgn risau. Korang tengok tak bulan malam ni?? Kalau belum tengok, cepat pegi tengok sekarang!!! Bulan malam ni sangat cerah & sangat bulat. Sungguh cantik ciptaan Allah yg maha berkuasa ini. Tak puas rasanya melihat ciptaan yg maha hebat ini.

Siang tadi kami pergi mkn kenduri..seronok rasanya sekali sekala tak payah masak. Tp bila mlm, pening pula pikir nak mkn apa..so, bila angin 'M' bertiup dgn kencangnya maka sy pun membuat keputusan utk mkn di luar. Agak lama juga kami tak pergi makan seafood di Anjung Ketam. On da way ke sana baru sy nampak yg mlm ni bulan mengambang penuh..org kata kalau bulan penuh, ketam pun isinya penuh..wahhh, memang keputusan yg bijak diambil..hehehe


Mula2 ingat nak mkn di sana, tp Kashfe terlalu eksaited tgk laut..asik nak pergi ke tepi je. Tempat tu dah la atas laut. Rasa nak copot jantung bila dia suakan kaki sebelah ke luar..owh, tak dapat nak bayangkan. Jd kami amik keputusan utk tapau je & mkn di rumah dgn tenangnya..maybe kena tunggu Kashfe besar sikit lg..maybeee... Bila dah blk, ingat nak posing dgn ketam tu..huhhhh, terlalu banyak gangguan & dugaan. Hanya sekeping pic yg dpt di ambil..itu pun sambil berperang..hahaha. Redha je laaa.. K la, peyut pun dah tenyang ni..nak teman Kashfe bumbum dulu.. Daaaa


Friday, October 18, 2013

Rainbow Cake @ Kek Pelangi

1 comments
Apa khabar? Harapnya sihat2 belaka..


Haaa, inilah dia kek AidilAdha haritu..konon nk buat seperais la sangat..huhuu. Kek ni jugak dah ambik waktu tido sy sampai 4am..ish ish ish. Sbb tu la rosette yg terhasil tu agak pelik ye..dgn comot momot nya. Tp sy tak kira, nak bangga gak..bkn selalu org tgn kayu & tak berseni ni nak deco kek. Walaupun rupanya kurang menarik, tp rasanya sgt tertarik-tarik..hahahha

Sy buat kek ni ikut resipi dr Kak Nor..cantik sungguh la kejadian kek dia kalau nk dibandingkan dgn sy punya ni. Dan utk kali ni sy guna cream cheese frosting..sangat berani kan, tp xpe skali skala je..huhuu. Konon nya nk buat rosette ombre lime kaler..last nya taktau la jd apa. Sungguh tak smooth cream itu..dgn rosette yg cedera & cacat..hahaha. Next time kita try guna cream lain plak ye. 

Kejadian kek ini agak senget sedikit sebab sy menyumbat 2bijik loyang skali dlm oven..oven nya dah la tecik, jd salah 1 loyang akan senget & kek yg terhasil jd sebelah tinggi & sebelah rendah. Tak pe la, keknya dah licin pun..dah selamat masuk perut. Utk yg tak suka manis, sila kurangkan gulanya ya. Owh lg 1, kek ni tak boleh duduk luar lama, sebab nanti frosting nya akan mencair. Pastikan nak mkn baru kuar dr fridge ya..baru mengancam rasanya. Selamat menambahkan lemak tepu..hehehe


RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
sumber : Madiha@Ratna & K.Nor

Bahan-bahannya:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje


Cara-caranya:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)



Resepi Krim Cheese: (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.



Thursday, October 17, 2013

Kerabu Kacang Botol

0 comments
Assalamualaikum semua...

Owh..maap la ye, entri cake AidilAdha masih belum boleh di publish..gambar nya belum sempat di edit. InsyaAllah dlm sehari dua lg ya..nak berehat santai2 dulu..penat sungguh rasanya, maybe gak sbb badan dah tua kot..upssss.. heehehe. Ok, kerabu ni sebenarnya sy dah buat minggu lepas, tp sempat2 nk publish sebab tuan nya sangat rajennn,,huhuu.

Haritu enche somi mengutip semua kacang botol kat tepi umah ni. Ingatkan dia nak bg kat jiran, rupanya dia nak suruh buat kerabu kacang botol. Ikutkan je la, lgpun senang je nak buatnya. Kira bagus juga dia tlg bg idea nak masak sayur apa..asik bayam & sawi hari2 pun jemu jugak. Tp sayur utk Kashfe la pula kena masak lain. Kashfe masih di bawah umur lg utk mkn kerabu..hahaha

Eksaited sangat nak buat kerabu, tp bahan2 nya tak berapa lengkap. Bunga kantan takda, kerisik takda..so, guna je la apa yg wujud dlm peti ais tu. Asalkan jd kerabu..kan kita yg buat dia..hehehe. Dgn sesuka hatinya sy mencampurkan serumding ikan di dalam kerabu tersebut.  Tp hasilnya agak sedap juga rupanya bila serunding di campur ke dlm kerabu. 1 ciptaan yg menarik..hahaha

Cite panjang2 pun tak guna, jom kita tengok resipi kerabu kacang botol ciptaan sy..hahaha. Selamat mencuba semua.


Kerabu Kacang Botol
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
20 tangkai kacang botol - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
5 biji limau kasturi - diambil jusnya

1/2 cawan serunding ikan
1 cawan kelapa parut*
10 biji cili padi* - kalau tak suka pedas, kurangkan
3 ulas bawang merah*
1 s/b udang kering*

Cara-caranya
1. Tumbukkan semua bahan yg bertanda (*).
2. Campurkan kacang botol yg telah dihiris & bawang besar hiris. 
3. Masukkan pula bahan yg telh ditumbuk & jus limau kasturi.
4. Gaul hingga rata & perasakan dgn gula & garam.
5. Hidangkan.






Tuesday, October 15, 2013

Aidil Adha 2013

0 comments
Assalamualaikum semua.. Apa khabar?

Maaf sebab takda update 2,3 hari ni. Sy agak sibuk di dapur dating bersama mixer & oven. Sehari sebelum raya siapkan order customer sebanyak 11 bijik kek..tido 2jam je, lepas tu sambung ke pg pulak. Dah siap sumer kuar beli barang masak utk pg raya pula. Dah nampak mcm mata panda je. Kepala pun dah weng2 sket. Mlm raya pun berdating lg dgn mixer & oven, tp kali ni utk diri sendiri.

Memang setiap kali raya mesti kena ada sebijik kek, tak kisah la kek apa pun..kami panggil nya sebagai kepala meja, kalau takda kek tu kira mcm tak lengkap pula. Walaupun kami beraya hanya bertiga, tp kepala meja wajib ada..hehehe. Korang nak tau kek apa?? Tunggu yeee.. Tp yg kat fb & ig mesti dah tau kek apa kan..hehehe. Kek ni pula menyebabkan sy tido pukul 4pg..hurmmm, raya bermata panda la jawabnya.

Hebat kan raya sy.. Tak pergi beraya ke mana pun..merehatkan diri di rumah & terima tetamu je. Dah tak boleh nk kuar umah, takut pengsan di tengah jalan..hahahha, poyo je. Owh ya, menu utk tetamu yg dtg adalah laksa. Enche somi yg request, rasanya baru lg mkn laksa..turutkan je la. Okay, utk mlm ni pun masih ada lg order yg perlu disiapkan. Makcik saudara sy nak buat kenduri arwah mak dia esok. Jd dia nak tempah kuih tepung pelita, sbb arwah mak dia suka mkn tepung pelita..sedey kan?? So, hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada.

Gambar-gambar kat bawah ni sy ambil dr ig je.. Dah x mampu rasanya nk buka laptop n edit..maap la dgn kualiti gambonya ye. Ok, sy mau sambung dating..kali ni dgn daun pisang & pengukus pula..hehehe. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua..semoga sentiasa bahagian disamping yg tersayang.


Tuesday, October 8, 2013

Banana Walnut Cake

0 comments
Assalamualaikum semua..

Tadi enche somi beli pisang utk Kashfe. Mamat tu memang suka sgt mkn pisang. Kalau pisang emas yg kecik2 tu, dia boleh mkn 3bijik..sekejap je licin. Bila mak Kashfe nampak je pisang tu, terus terbayangkan kek pisang yg di makan panas2. Ish ish ishhh, sedapnya. Nampak gayanya kena la ambil pisang Kashfe sikit..huhuhuu. Mak nak buat eksperimen ni, nnt kita bleh mamam sama2..heheehe

Kek pisang yg selalu sy buat guna blender je..mcm kek pisang yg byk jual kat pasaraya tu (tp kat cni tak ada pun). Kali ni nk tau kek pisang dr Kitchenguardian plak..ramai yg kata kek tu sgt sedap. Tambahan pula, walnut yg sy bawak blk masa cuti raya haritu masih ada. Sungguh excited rasanya..cuma salted caremal & cream cheese frosting nya tak ada..keciwa la jugakk. Tak apa, next time boleh repeat lg.

Sy cuba gantikan sultanas (kismis, raisin) dgn chop dark chocolate. Walllahhhh, rasanya tersangat sedap. Bila geget kat choc tu, tambah plak dgn walnut..rasa nya mcm di awang-awangan. Kek nya sangat lembap, setelah simpan 2 hari pun masih lembap lg. memang sy berpuas hati sgt dgn resipi ni. Cuma yg c best nya, sy hanya dpt buat 1/2 bancuhan..sebab pisang nya Kashfe & abah Kashfe dah mkn, tunggal sikit je yg sempat diselamatkan..huhuhu


Banana Walnut Cake
By: KG

Ingredients
175g all purpose flour

2 tsp baking powder
1/2 tsp bicarbonate soda
1/2 tsp salt
125g butter-melted
120g sugar
2 large eggs
300g bananas-I used 450g pisang emas and reduced the sugar to 100g
80g walnuts-I added!
100g sultanas- I omitted this
1 tsp vanilla extract


Method

1.Preheat oven at 160C, Prepare baking tins...I used muffin cups this time.
2.Sift flour, bicarbonate soda, baking powder and salt, set aside.
3.Melt butter, let cool, add in sugar and eggs, whisk lightly. Add in vanilla.
4.Add in flour mixture. Mix bananas, walnut, dark chocolate.
5.Bake for about 40 minutes.


Daging Dendeng

0 comments
Assalamualaikum..

Bersua kita di hari yg ceria meria ini..ceria kah hari anda?hehehe. Sebenarnya mlm td sy mimpi sedang menikmati daging dendeng Aunty Ana. Aunty Ana ni maid kakak sy dr Indonesia. Kalau dah dr Indonesia tu, konpem2 la masakan daging dendeng nya original kan. Daging dendeng yg dia masak memang sedapppp bangetttt. Rasa sekali mesti tak boleh lupa..dulu masa duk serumah xnak suruh masak, skang dah duk jauh baru teringin.

Apa boleh buat, bila dah jauh mcm ni terpaksa la berdikari buat sendiri..harap2nya jadi la dgn sedap nya..hahaha. Pencarian resipi pun bermula..nak tanya kat tuan punya resipi, dia tgh bercoti plak..so cari kat encik gugel je la. Cari punya cari, jumpa la 1 resipi ni yg agak sama cara buatnya, iaitu kat blog Cik Mat Gebu. Cara buatnya agak remeh la jugak, kena rebus la dulu, lps tu goreng, tumbuk..aihhh, memang mencabor nak buatnya. Tp sbb teringin punya pasal, ku gagahkan jua..huhuu

Setelah berhempas pulas di dapur, akhirnya siap la daging dendeng ku. Tp kenapa x sama dgn Aunty Ana punya? Aunty ana punya kaler hitam berkilat, menarik sgt. Yg sy buat ni kaler nya agak cerah. Rasanya pun lain sikit, tp ok la..sedap jugak. Mungkin sy memang xda bakat masak masakan Indonesia kot..hahaha. Takpe, blk Malaya nnt nak minta resipi dr Aunty Ana sendiri. Nanti sy share resipi yg kebabommm tu ye. Skang korang try dulu resipi ni.


Daging Dendeng
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA 

  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Popiah Ayam

0 comments
Assalamualaikum..

Malam tadi Kashfe tido awal..jd inilah masanya utk mengemas & buat apa2 yg patut. Dah lama teringin nk buat popiah ni, last skali sy buat tahun lepas rasanya. Masa nak puasa haritu kawan somi ada bg homemade popiah..sangat sedap sampai teringat2 (dah mcm kena mandrem plak). Dgn tak malunya, sy pun tanya resipi kat dia. Alhamdulillah, dia bg resipi tu.

Jd boleh la kita memopiah kan diri..hahaha. Kalau dah alang2 buat, baik terus buat sekali banyak. Boleh frozenkan..nanti bila teringin or xda idea nk mkn apa bleh terus goreng je. Popiah ni memang sesuai utk kanak2 sebab x pedas pun. Utk kita2 ni, boleh la dimakan bersama sos atau pencicah buatan sendiri. Sy tak sempat nak buat pencicah nya sebab penyakit 'm' dtg tetiba..hehehe

Kat sini sy guna kulit popiah segera..belum sampai seru lg utk buat kulit popiah sendri..huhuhu. Kulit readymade ni pun ok, bila di goreng jd sangat garing & rangup. Ada bunyi krupp kruppp lg bila di gigit. Tp kalau dah sejuk tu, xda la rapuh sangat dah. Itu maknanya, kita kena mkn masa popiah ni panas2. Tedap tedapp tedappp. Mari kita tengok resipinya pula..


Popiah Ayam
Oleh: Ummie Salha
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 keping isi ayam bahagian dada - potong dadu kecik-kecil
3 ulas bawang putih - sy tumbuk halus
1 labu bawang besar
2 cawan mix vege (carrot, peas, jagung)
1 cawan kobis potong halus - sy tambah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam - sy tambah
Sedikit kiub ayam - sy tambah
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar & isi ayam.
2. Bila isi ayam dah separuh masak, masukkan mix vege & kobis..gaul hingga rata.
3. Letakkan perasa, lada sulah, lada hitam, kiub ayam & garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan seketika hingga inti tadi agak kering. Tp jgn terlalu lama sebab kalau terlalu layu juga kurang enak.
5. Kemudian angkat @ sejukkan. Apabila telah sejuk bolehlah di bungkus dalam kulit popiah kita. Gamkan bahagian hujungnya dgn campuran tepung & sedikit air.
6. Setelah siap, boleh terus di goreng & disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam freezer. Bila hendak digunakan, keluarkan 10min sebelum menggoreng.
7. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng. Goreng sgn api sederhana & alih-alihkan utk mendapat warna yg sekata. 
8. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran anda. Selamat menjamu selera.




Sambal Udang Petai

0 comments
Uuuhuiii.. Masih mood menyambal..bukan sambal org ye..hehehe. Harini kita buat sambal udang petai pula. Tiba-tiba terjumpa petai dlm fridge. Mula2 nak buat masak lemak udang & petai, tp malas pula nk pegi beli kelapa parut (bila la Kashfe bleh diharap beli kelapa parut ni)..hehee. Dah lama gak tak mkn sambal udang petai. Teringat mak selalu masak..tedappp nya.

Sambal ni senang je nak masaknya. Seperti biasa, mudah & sedappp. Enche somi pun suka mkn sambal, memang terbaiklah..senang keje. Rupanya Kashfe pun suka sambal udang la..tp Kashfe memang suka udang, paling dia suka udang masak lemak (selera org tua sungguh Kashfe ni). Kali ni try bg dia udang sambal yg telah dibasuh..siap mkn bertambah lg. 

Resipi ni mengikut cara sy, sy rasa tiap org ada cara tersendiri utk masak sambal kan, sebab citarasa setiap org tak sama. Ada yg suka sambal pekat, yg agak cair, yg sedikit manis & macam2 lg. Jd, utk resipi ni, korang tambah atau lebihkan la apa yg patut mengikut citarasa sendiri ya. Selamat memasak..


Sambal Udang Petai
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500g udang - dibersihkan & buang kulit separuh
1 cawan petai (atau sesuka hati)
1 biji bawang besar - dimayang kasar
20 tangkai cili kering - direbus*
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Sedikit belacan - dibakar*
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & kisar bahan yg bertanda (*) sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Setelah hampir mendidih, masukkan udang & petai. Perasakan dgn garam & gula.
4. Biarkan seketika sehingga udang masak & tutup api. Sedia utk dihidangkan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template