Thursday, October 24, 2013

Tetamu Jam 2 Pagi..

Lg sekali tajuk yg agak horror..tp kali ni cite nya memang sangat horror. Meremang bulu roma bila ingat blk. Kejadian ni berlaku mlm td. Dlm pukul 1.30am sy baru nak masuk tido (sibuk berdating kat dapur). Baru je terlelap, sy dengar bunyi ayam berterbangan sambil menjerit2 (bunyi ayam menjerit tu hanya org yg bela ayam sahaja yg tahu ya). Sy tgk enche somi..lena je tidonya.

Dlm 10min lepas tu, enche somi bangun n keluar blk..sy tanya nak kemana, dia kata nak tgk apa yg bunyi td tu & dia ajak sy teman (ingatkan dia tido mati, rupanya dia pun dengar bunyi ayam menjerit tu). Kami pun amik torchlight n suluh keliling rumah, tp dr tingkap je la..tak berani nak keluar. Tiba2 enche somi nampak ada seekor ayam dah tergolek mati kat bawah pokok rambutan. Suluh punya suluh, rupanya kat atas pokok rambutan tu ada ular sawa yg besar nya sebesar betis sy (korang agak2 la besarnya ya..yg pasti ia memang besar).

Dgn segera sy menelefon 999 buat pertama kalinya dlm hidup ini. Cakap pun dah terketar2 time tu. & dia sambungkan ke Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). 15min lepas tu JPAM pun sampai..ular tu masih ada lg di atas pokok & tgh memburu ayam2 yg tido di atas pokok rambutan tersebut. Bila diorg nak tangkap dia, terus dia bergerak naik lebih tinggi. Agak lama jugak nak tunggu dia turun. Sampai kena ambil tangga.

Lebih kurang 20-30min, diorg berjaya menurunkan ular tersebut. Menurut katanya, berat ular tersebut hampir 50kg & panjangnya lebih kurang 8 kaki.  Akhirnya mereka membawa ular tu blk utk diserahkan kepada PERHILITAN. Dan kesudahan, 2 ekor ayam yg gemuk terkorban, serta enche somi tak larat nk pergi kerja & terpaksa amik CRK..dan sy, masih lg trauma. Perasaan takut, geli, semua bercampur baur. Lps ni maybe dah tak pergi ambil serai kat belakang umah dah..nak kuar umah pun pandang kiri kanan drpan belakang dulu.

 Korang nampak yg kat atas pokok tu???

 Inilah dia hero pada mlm itu

 Rupa sebenar pelawat itu

Mangsa yg terkorban

2 comments:

  1. Urghhhh seram!!! Tapi kat rumah kawan kat Bukit Kalam, ada ular rattles kat blkg umh dia. Huhuhu. Panjang pulak tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template