Saturday, October 19, 2013

Milo Cupcakes & Milo Buttercream

Salam sejahtera..semoga semua sihat2 belaka

Masa blogwalking aritu terjumpa resipi ni kat umah Noorsha. Terus jd teringin sebab dia kata milo buttercream tu rasa mcm meratah milo..sy jd tak sabar sgt nak cuba (tak sabar nk cuba, tp berbulan gak resipi ni tersimpan) huhuhu. Tak sampai seru nk membuatnya, lgpun kami ber3 mane la nak habis nnt. Sudahnya sy buat separuh adunan je. Sebab enche somi kurang suka yg berkrim & manis2 ni.

Ada 1 je cupcake yg dia suka, iaitu Hokkaido Chiffon Cupcakes. InsyaAllah nanti sy akan masukkan resipinya ya. Seperti yg Noorsha kata, cupcake ni sangat sedap bila dimakan bersama creamnya..memang tepat sekali. Kalau mkn kek nya saja, rasanya agak plain..tp bila ditambah tgn milo buttercream, ia menjadi sgt lazat. Nak membuat nya pun tidak terlalu susah. 

Utk creamnya sy sengaja mencampurkan dgn vanilla buttercream..pertamanya utk memberikan rupa yg menarik, selain itu juga utk memberikan rasa yg lemak2 manis. Ini terpulang pd citarasa masing2 ye. Kalau nak letak buttercream milo sahaja pun boleh.


Milo Cupcakes & Milo Buttercream
Oleh: Noorsha

Bahan² Untuk Milo Cupcakes
120 gm tepung gandum
60 gm milo
2 sudu kecil serbuk koko
1 biji telur -Gred A
50 gm gula halus
100 ml susu UHT (boleh ganti ngan susu coklat kalau suka)
40 gm minyak sayuran
1 st baking powder
secubit soda bikarbonat

Bahan² Untuk Milo Buttercream
150 gm mentega
120 gm milo
20 gm icing sugar
2 sb susu UHT

Cara² Untuk Milo Cupcakes
1. pukul gula bersama telur hingga kembang, kemudian masukkan minyak sayuran. kacau rata.
2. didalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, milo, koko, soda bikarbonat dan baking powder. gaul rata.
3. masukkan adunan no (2) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (1) berselang seli dengan susu UHT. kacau hingga sebati.
4. masukkan kedalam bekas cupcakes 3/4 penuh, Bakar pada suhu 150 C selama 20 - 30 minit atau hingga masak. Setelah siap dibakar, sejukkan seketika.

Cara² Untuk Milo Buutercream
1. pukul mentega bersama gula icing hingga putih.
2. Masukkan milo sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. jangan risau jika terdapat ketulan kecil milo tak hancur tu, tu yg buat buttercream ni sedap n lain dr yg lain, bila makan tu terasa macam sedang meratah milo :)
3. masukkan susu UHT dan kacau rata. Bolehla dimasukkan kedalam piping bag.
4. Deco atas cuppies yg dah sejuk tadi. Hias ikut kretiviti :)
Selamat Mencuba :)





1 comments:

  1. Sangat cantik topping dia! Pernah cuba untuk buat topping macam tu sekali, tapi tak jadi secantik tu ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template