Saturday, November 30, 2013

Beef Lasagna

0 comments

Bila sebut je lasagna, mesti teringat kat kucen Garfield kan?? Ye la, lasagna ni kan faveret fud si Garfield. Tp bkn kata Garfield je, lasagna ni pun paberet sy gak..sbb tu la sy pun dah tembun mcm garfield (arghhh..tidakkkk). Garfield tu takpe la comel, tp sy ni horrorrr rupanya. Sy buat lasagna ni sebab tak nak membazir sebenarnya (kukuh kan alasan ni??). Membazirkan amalan syaitan.

Sy buat lasagna memang sangat mudah & simple..tp rasanya tetap mengancam tau (puji diri sendri la plak). Utk sos nya sy menggunakan sos spaghetti kimball. Lepas tu tambah la minced meat & sayur apa yg berkenan di hati. Sy tak letak mixed vege sebab enche somi tak brapa suka, jd sy gantikan dgn sayur lain seperti celery, carrot, capsicum & cendawan. Yg paling penting wajib ada mestilah white sauce..nyum nyummy. Tp jgn letak banyak sangat ye..nanti muak sebab dia sgt2 la berlemak. 

Owh ya lg 1, bila nak beli lasagna sheet tu, tlg la buka dulu kotaknya. sebab kat labuan ni kebanyakan lasagna sheet nya beranai2. Sbnrnya sy pun tak pasti tu anai2 ke apa..tp baik korang check dulu sebelum beli. Ok, kpd yg nk order & teringin nk mkn tu, boleh la cuba resipi di bwh ni ya. Order lasagna belum tentu lg bila akan dibuka..kalau letak kangkung dlm lasagna ok tak? Wahahaha.. ok, sudah terpesong, jom tgk resipi & cara penyediaannya.


Creamy Lasagna
Oleh: CMG
Olahan: Anim Ismail

Bahan utama:
Kepingan lasagna secukupnya (cara menggunakan ada di belakang kotak)
White sauce
Inti daging
Parutan mozarella & cheddar secukupnya

Bahan inti daging:
200 g daging kisar
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tbsp cili kisar
1/2 tsp serbuk lada hitam
2 tbsp tomato puree
2 tbsp sos cili
1 tin cendawan butang - dihiris
Sedikit oregano
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk white sauce
500 ml susu segar
2 tbsp butter
3 tbsp tepung gandum
4 keping cheddar cheese
1/2 tsp serbuk lada hitam - boleh tambah jika suka
Secubit garam

Cara-caranya:

Untuk inti: 
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar & bawang putih. 
2. Masukkan cili kisar, sos cili, tomato puree & daging cincang, masak hingga daging berubah warna. 
3. Masukkan sos spaghetti, lada hitam, oregano & cendawan. Masak hingga mendidih.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.

Untuk white sauce: 
1. Cairkan butter & masukkan tepung gandum. Kacau sentiasa sehingga tepung kelihatan masak & berwap.
2. Tambah susu bersama & kacau dengan whisk hingga sebati. Pastikan tidak berketul.
3. Masukkan keju yg dicarik-carik. Kacau sehingga keju larut sepenuhnya.
4. Tambah secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.

Penyediaan lasagna: 
1. Panaskan air hingga mendidih, campur 1 tsp minyak dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan ketepikan.
2. Sapukan loyang lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne.
3. Ratakan inti daging, letak white sauce & tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna.
4. Kemudian ratakan lagi inti daging, white sauce & keje cheddar. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging, white sauce dan tabur dengan keju mozarella.
5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, November 26, 2013

Selamat Ulangtahun Buat Bonda & Ayahanda

0 comments
Selamat Hari Lahir yg ke-76 ayah & Selamat Hari Lahir yg ke-67 emak.. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik & bahagia sentiasa. Bufday mak & ayah sy bukan pd tarikh yg sama, cuma berkongsi bulan yg sama..bulan November. Sorry sebab anim tak sempat nak buat bufday cake utk ayah & mak..InsyaAllah nanti anim buatkan ye.

Setiap tahun umur mak & ayah semakin meningkat. Dahulu ayah sangat gagah perkasa, tp sekarang sudah tidak sama mcm dahulu. Doktor baru je sahkan yg injap jantung ayah ada kebocoran. Tp ayah sudah terlalu tua utk menjalani pembedahan. So, rawatan utk ayah sekarang hanyalah ubat-ubatan. Kesian ayah.. Dia sudah tidak boleh aktif ke kebun lagi, memandu kereta pun doktor tak galakkan. Mesti ayah bosan kan..tunggu anim blk bersama cucu ayah ni ya. Nanti biar anim jd driver ayah pulak. Dr darjah 1 hingga tingkatan 5 ayah antar n amik anim..sekarang biar anim pulak ambil alih ye. 

Emak pun boleh la rehat sikit nnt..biar anim yg masak. Walaupun tak brapa sedap, tp anim nak gak bg mak & ayah rasa masakan anim. Anak mak & ayah yg langsung tak reti masak dulu, sekarang dah ada kemajuan..huhuhu. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Macam baru je lg, sy menunggu ayah di hadapan pagar sekolah, setiap hari membawa bekal yg emak sediakan. InsyaAllah nanti anim akan buat yg sama utk Kashfe..supaya dia merasai kasih syg seorang mak, mcm yg anim rasa.

Friday, November 22, 2013

Donut Lembut Gebu

0 comments
Assalamualaikum semua..


Dlm 2,3 arini ramai sgt yg mintak resipi donut..so bekfas kita mestilah donutttt. Sebelum nk bg resipi kat org, kena la kita pastikan dulu resipi tu jd ke tidak. Alhamdulillah, resipi donut ni menjadi. Nak membuatnya mudah, dan hasilnya juga sangat menarik. Sy ambil resipi ni dr blog Izah. Cuma sy tak salut donut sy dgn coklat, sebab enche somi tak suka yg over manis ni.

Oleh sebab bancuhan ni dapat agak banyak, jd separuh daripanya sy buat pau sambal. Alang2 sambal udang petai semalam ada lebih, nak buat sambal ikan bilis kurang kerajinan la pulak..huhuhu. Sambal udang pun boleh la..sedap juga. Hingga menjilat jari lg. Yg best nya donut ni, lembut nya sampai ke ptg..magik kan. Dah lama cari resipi donut yg mcm ni. Akhirnya jumpa pun, terima kasih tuan punya resipi. Sy share kat cni pula ye..


Donut Lembut Gebu
Oleh: Izah MuffinLover

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

Bahan B
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-caranya:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
2. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
3. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
4. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
5. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Pumpkin Cream Cheese Muffins

2 comments

Episod labu masih belum habis lg..hahaha. Jenuh nak menghabiskan. Dr lauk, ke roti, skang kita try buat muffin plak. Ramai yg kata labu ni sedap kalau di buat muffin. Apa lg kan, teringin la nak try..dgn warna yg sangat menggoda plak tu. Resipi nya sy ambil di dapur JintanManis, Pumpkin Cream Cheese Muffin..dengar nama pun dah mengiurkan. Tak sabar sungguh nak muffin labu ni.

Warna kuning muffin ni memang original tau, takda tambahan pewarna. Cantikkk kan??? Dan paling best, rasanya seindah rupa. Sy ni kurang suka makan muffin sebab kebanyakkan muffin agak dry. Tp muffin labu ni sangat moist..lembut gebu plak tu. Di tambah rasa lemak dr labu dgn cream cheese. Tak sia-sia sy mencubanya. Kalau di simpan dlm peti sejuk semakin nyaman utk dinikmati. Tak caya?? Sendiri cuba..hehehe


Pumpkin Cream Cheese Muffins
Oleh: Ros JintanManis

Bahan-bahannya140gram tepung gandum
100gram cream cheese
3 biji telur
70gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
70ml susu segar@bancuhan susu tepung
110gram isi labu yang direbus dan dilenyek baru ditimbang
secubit garam
50gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
10gram tepung kastard@tepung jagung
( sedikit sugar powder utk di tabur atas muffins nanti)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum,tepung kastard dan baking powder, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).


2.  Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan, kemudian, putar putih telur hingga berbuih, masukkan separuh kuantiti gula, dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue) ketepikan. ( Untuk Mengetahui putih telur betul2 sudah kembang, bila terbalikkan bekas adunan, meringue tidak akan jatuh).

3. Kemudian dengan menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan baki kuantiti gula hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, pukul lagi, selepas itu masukkan pula cream cheese, pukul hingga semua sebati.

4. Kemudian masukkan isi labu dan esen vanila pukul sebati, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Akhir sekali bahagikan meringue putih telur tadi pada tiga bahagian, dan dengan menggunakan spatula ambil satu bahagian putih telur meringue  dan gaul sebati dengan adunan tepung, ulang langkah tadi sehingga semua bahagian meringue habis. Pastikan meringue betul-betul sebati dengan adunan tepung.


5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.


6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. 




Paru Goreng Berlada

0 comments
Assalamualaikum semua..

Menu ini ialah lauk bersama nangka masak lemak, paru goreng sambal..memang paberet sy ni. Dah lama sgt tak makan rasanya..sebab enche somi tak brapa bg mkn organ dalaman ni. Tp itulah paberet sy..huhuhu. Jd yg ni tak beli ye, yg ni dpt masa diorg bg daging korban..selain daging sy dpt paru korban gak..hehehe. Kalau mkn sekali sekala takpa la kan, nak kata sebulan sekali pun jarang. 

Masak sambal paru ni paling sedap kalau kita guna cili hidup berbanding cili kering yg dikisar tu. Dan nak memasaknya pun tersangat la senang. Bahan-bahan pula memang senang didapati & selalu ada di dapur. Cuma step nya banyak sikit, nak kena rebus dulu, lps tu goreng & baru boleh di masak. Kalau mkn lauk ni dgn nasi panas memang terbaekkk. Jom kita tengok resipinya. Nyumm nyummm


Paru Goreng Berlada
Oleh: Rohah
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500 gm paru- cuci & rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk..potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit & goreng
10 tangkai cili besar merah - kisar
2 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih -kisar
2 cm halia -kisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara;
1.Cuci hingga bersih paru lembu. Rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk selama 30min dan toskan.
2. Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan, angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga garing & pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan kering sedikit & masukkan paru tadi, gaul rata dan matikan api.
5. Sedia utk dinikmati.



Masak Lemak Nangka Muda

0 comments
Salam sejahtera..

Untuk pertama kalinya sy nak masak sayur nangka muda. Gigih siang nangka muda pukul 1pg..bukan apa, kalau siang si kenit tu dah bangun jgn harap dia nak duk sendiri..asik nak berkepit je. Mcm mana la nak siang nangka yg bergetah tu dgn dia kan. Dah siap rebus semua, nnt terus masak je. Ntah kenapa Kashfe taknak tinggal sendiri sekarang..menangis mcm kena pukul je. Sedangkan dia nampak je sy kat dapur, tp menjerit sbb tak dapat berkepit..haihhh

Rupanya siang nangka ni bukan perkara yg menarik..abis melekat2 getahnya, kat tgn, kat pisau, kat papan pemotong. Jenuh jugak la nak mencucinya. Sebab enche somi dah request, ku gagahkan jua..huhuu. Nk masak nya senang je pun. Sy tak buat pedas sangat sebab Kashfe suka sy lemak ni (citarasa org tua sungguh). Kalau teringin boleh la cuba resipi di bawah ni ya.


Masak Lemak Nangka Muda
Oleh: YatieMemories

Bahan-bahannya:
1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
2 btng serai-dititik
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa
sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya utk merebus nangka

Bahan Kisar

1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara-caranya:

1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. 
4. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
5. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
6. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
7. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
8. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.



Nasi Goreng Kerabu

0 comments

Sebenarnya menu ni sy buat sebab ada yg request, kwn masa study dulu.. Dia kata asik dessert & lauk pauk je, buat la menu breakfast pula.. Ok id, dis is for u.. Nasi goreng kerabu wif sunny side up egg. Sy memang sgt suka dgn nasi goreng, tak kisah la nasi goreng apa pun..semua sy suka. Dah la sedap, lengkap & juga mudah utk disediakan..suka suka suka..hehehe

Sy buat nasi goreng kerabu ni sebab nak menghabiskan stok sayur yg bertimbun dlm fridge..takut rosak nanti, syg je. Lgpun, sy sgt suka nasi goreng yg banyak sayur ni..kalau tak ada haiwan2 pun takpa, janji ada banyak sayur. Nasi goreng ni tak boleh la nak buat pedas, sbb nak kena share dgn Kashfe..huhuu. Tp Kashfe mkn 2,3 suap je, mak Kashfe yg mkn bersuap2..hahahha. Kalau teringin, jemput la membuatnya ye..nak jemput mkn, sy punya dah licin..hehee


Nasi Goreng Kerabu
Oleh: UmmiZaihadi

Bahan A:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 100 gm udang
  • 100 gm sotong - sy tak letak
  • 3 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
Bahan B (Ulam-Ulaman) Dihiris:
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang kelisa (kacang botol)
  • 3 batang kacang panjang - sy tak letak
  • 2 batang celery dihiris - sy tambah
Bahan C (ditumbuk):
  • 12 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering (rendam sebentar)
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong dan nasi. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.
  4. Kacau rata dan hidangkan bersama timun dan keropok.


Friday, November 15, 2013

Sweet Corn Chiffon

0 comments
Halluuuu semua..


Demam chiffon dah melanda di sini..hahaha. Semalam sy ada bgtau yg sy buat 3bijik chiffon dlm 1 malam sebab terlalu eksaited kan..inilah salah 1 nya..sweet corn chiffon. Dengar nama pun dah menarik kan. Sy suka mencuba chiffon yg jarang org buat..dlm erti kata lain agak pelik & lain dr yg lain. Sebab chiffon2 lain tu dah biasa kita rasa & dah boleh agak rasanya. Kalau yg jarang di buat ni, rasa mcm eksaited sgt nak cuba & rasanya.

Utk pengetahuan korang, chiffon jagung ni telah terjual lebih 10 bijik dlm masa seminggu. Tak tahu mcm mana nak cerita kesedapan nya..lebih baik korang cuba sendiri. Seperti biasa bahan2 nak buat chiffon ni tersangat la mudah utk didapati. Yg sy tak suka 1 je..nak tunggu dia sejuk sangat lama..sy dah tak sabar nak rasa, tp dpt hidu je. Geram nye la, rasa mcm nak keluarkan je dr loyang panas2 tu. korang jgn buat mcm tu ye. 

Utk buat kek chiffon ni, loyang nya tak perlu di gris (owhhh, sy memang sgt malas nk gris loyang..yucksss). Kalau kita griskan loyang, kek tu tak dapat nak panjat nanti..bak kata sifu la, sy pun mengikut je. Lg 1, sejukkan nya secara terlangkup, atau terbalik..supaya kek td tidak turun & jd padat. Itulah antara petua yg sy tahu tentang chiffon ni. Jd skang, korang boleh la mencubanya.


Sweet Corn Chiffon Cake
By: Sonia NasiLemakLover

Ingredients:
4 egg yolks
20g sugar
50g corn oil
85g self- raising flour
75g sweet corn cream

4 egg whites
70g sugar

Method:
1. Hand whisk egg yolks and sugar till sugar dissolved.
2. Add in corn oil and sweet corn cream, mix well.
3. Add in flour and combine well, set aside.
4. Beat egg whites over high speed till foamy ( 1min for KA mixer at speed 8).
5. Slowly add in sugar, beat till soft peak form (2-3mins for KA mixer at speed 6).
6. Take 1/3 portion of egg white mixture and use hand whisk to mix with egg yolk mixture till light.
7. Fold the balance of egg white mixture into egg yolk mixture, combine well.
8. Pour cake mixture into baking pan and bake at pre-heated oven at 160c for 40min or adjust to your oven as every oven is difference.


Tuesday, November 12, 2013

Kashfe Kurang Sihat, Mak Kurang Rehat..™

2 comments
Harini tak sempat nak buat apa. Paham2 je la kalau anak demam..mesti nak memerap je. Hilang sekejap pun tak boleh, asik nak melekat je. Tidur plak sekejap-sekejap..tak sempat nak buat apa dah jaga blk. Maybe demam nak tumbuh gigi kot, tak pun demam sebab nak boleh cakap..ntah boleh pakai ke tak teori tu pun taktau la. Yg pasti kita kena la pantau takut demamnya terlalu tinggi.

Demam kali ni beserta batuk & selsema..kecian Kashfe. Nak minum susu pun susah, tido pun asik terjaga. Kalau la mak boleh amik sakit tu dr awak.. Sementara nak tunggu enche somi blk, kita mkn ruti je la.. Nasib mlm td sempat buat hokkaido bread..resipinya korang bleh tgk kat sini. Kashfe tak nak makan apa2..minum susu pun tak nak..risau nya la. Tp ramai yg kata mmg biasa mcm tu..so kita tunggu la esok, harap2 nya Kashfe dah sembuh. Ok, penat nak bebel..simpan tenaga utk dokong Kashfe esok plak..hehehe. Doakan Kashfe cepat sembuh ye.


Menu cpt, mudah, lazat, berkhasiat..berkhasiat??? apa yg ada kita belasah je..asalkan kenyang. Roti tu bakar dulu, letak peanut butter n nutella, sliced banana & drizzled wif salted caramel..siapppp. miammmyyyy

Friday, November 8, 2013

Milktea Chiffon Cake

0 comments
Assalamualaikum semua..


Yg sebenarnya kek ni dah lama sgt sy teringin nk buat, tp loyang chiffon nya tak ada. Bila dpt je loyang chiffon, terus sy cuba resipi ni, pemecah dara loyang chiffon sy..hehehe. Sy terlalu suka minum ice milktea, jd pasti kek milktea ini juga berjaya menggoda peminat tegar milktea mcm sy. Tambah pula ianya kek chiffon, yg terkenal dgn kegebuan & kelembutan nya. Sungguh tak sabar rasanya.

Tak banyak sangat resipi milktea chiffon yg dijumpai..tp sy berminat utk cuba resipi dr Smallsmallbaker. Beliau adalah pembuat chiffon yg tegar..pelbagai jenis chiffon dah dicubanya. & utk pengetahuan korang, pd malam itu sy telah membuat 3 bijik chiffon oleh kerana terlalu eksaited (eksaited ke jakun tau la) hahaha. Memang betul la ramai yg kata chiffon ni berhantu..kalau dah buat skali, mmg asik nak buat je. Rasa mcm nak try semua flavour yg ada. 

Akhirnya, setelah tggu dia sejuk hampir 2jam, dpt la sy merasa chiffon yg telah lama menjadi idaman kelebu ni. Pada sy rasa milktea nya agak mild, maybe next time patut lebihkan lg milk tea tu. Tp yg best nya, bila kita geget n kunyah chiffon tu, akan ada rasa2 milktea..tu yg buat tak boleh berhenti nak kunyah tu. Tak tahu nak cerita mcm mana, tp kalau korang peminat tegar milktea, memang patut try chiffon ni. Rasa milktea yg boleh di kunyah2..best sgt.


Milktea Chiffon Cake
By: SmallSmallBaker

17cm chiffon tin:

1 tbsp tea leaves (I use 2 sachets 2g lipton tea)
30ml water
90ml milk

Heat up water till boiling, add in the tea leaves. Off the heat, cover and steep the tea for 3 minutes. 
Add in milk, bring the mixture to a boil again, cook for 2-3 minutes.
Filter the mixture and measure to get 60ml* of milktea. Set aside to cool.
* If more than 60ml, can boil again to reduce to liquid, if less than 60ml, add more milk to get 60ml

3 egg yolks
20g sugar
40ml vegetable oil
80g cake flour
1 tbsp tea leaves, chopped finely (I use 2 sachets 2g lipton tea) - sy tak letak

Whisk egg yolks and sugar till sugar dissolves. Add in vegetable oil, followed by 60ml milktea (from step above). Add tea leaves and then sifted flour.

4 egg whites
50 sugar

Beat egg whites till foamy, add in sugar gradually and whisk until stiff peak. Add egg white into the egg yolk batter in 3 additions. Pour into the cake tin. Knock the pan a few times to get rid of air bubbles.
Bake 170 deg C, 35 minutes


* soo sorry sebab terus copy n paste je. Agak kemalasan nak translate..huhuu


Ayam Percik Mudah & Sedap

0 comments
Assalammualaikum & camat pg semua..


Pabila penyakit M menyerang...paham2 je la kan. Sekali sekala pasti angin M bertiup. Sebenarnya, tersangat la malas nak memasak..ditambah plak tak ada idea nak masak apa. Owhh, sgt susah ok..jwb exam lg senang sbb jawapan ada dlm buku (hahhh, dah mula la mengarut tu). Okok, kembali ke pangkal jln.. Akhirnya, sy masak ayam percik yg tersangat mudah & simple.

Resipi ni adalah resipi my sis, BV4050.. Memang senang sesangat, dah la senang, sedap plak tu. Korang memang patut cuba. Mula2 dulu sy ingat nk masak ayam percik ni punya la susah & remeh, tp ternyata sangkaan ku meleset. Lps tau resipi ni, memang bila taktau nak masak apa, resipi ni la yg sy buat. Sebab enche somi pun suka benda percik2 ni. 

Sy masukkan ayam tu dlm kuali pemanggang ajaib, sekejap je garing & masak dgn sempurna. Kalau nak masukkn dlm oven pun boleh juga. Boleh pilih mana yg korang suka. Sy selalu buat kuahnya agak lebih, kira ayam percik banjir la..hahaha. Ayam percik ni sy mon dgn ulam jantung pisang rebus & sambal belacan...urghhhh, lazat tak terkata.. Jika berminat nk cuba, resipi nya sy sertakan di bawah ni ya.

Ayam Percik Mudah & Sedap 
Oleh: Norlida Ismail

Bahan-bahannya
2 bahagian paha ayam - dibersihkan
2 biji bawang besar*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai - diketuk
2 cm halia*
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
2 sb cili kisar - boleh tambah mengikut citarasa
1 cawan santan pekat - agak2 sehingga ayam terendam (sy guna santan kotak)
Sekeping asam keping
Sedikit kerisik
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk halus @ blender bahan2 yg bertanda (*).
2. Masukkan ayam, bahan yg ditumbuk, serai, cili kisar & santan. Dan buka api sederhana.
3. Kalau supaya ayam tersebut sebati bersama bahan2 lain.masak hingga ayam separuh masak.
4. Kemudian masukkan asam keping, kerisik, garam & gula secukup rasa. (Kalau takut terlebih masam, masukkan asam keping sebentar sahaja)
5. Masak hingga kuah menjadi agak pekat & matikan api.
6. Letakkan ayam di atas loyang pembakar & sapukan sedikit kuah percik kepada ayam tersebut.
7. Bakar ayam di dalam oven selama 30min @ hingga garing dgn suhu 190'C.
8. Setelah siap boleh dihidangkan bersama baki kuah percik tadi. 


Sambal Belacan
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
5 biji cili merah
7 biji cili padi - jika suka pedas boleh tambah
1 inci belacan - dibakar sedikit
4-5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk cili merah, cili padi & belacan yg telah dibakar sehingga lumat.
2. Perahkan limau kasturi & perasakan dgn garam & gula


Golden Pumpkin Bread @ Roti Labu

1 comments
Salam sejahtera semua..semoga sihat sentiasa..



Setelah sekian lama tidak meroti, terasa rindu pulak nak mkn roti yg panas2 baru masak ni. Kali ni sy try resipi dr Ros Jintanmanis. Disebabkan enche somi beli sebijik besar labu, jd muncul la idea nak cuba roti labu. Nampak kejadiannya di blog Jintanmanis mcm menarik je, dgn warna yg kekuningan. Ramai juga yg telah cuna & memberikan feedback positif tentang roti tu. So apa lg, jom la kita cuba.

Masa masak roti ni, baunya tersangat la harum. Mungkin baunya dtg dr labu yg digunakan. Tekstur dia pun jd lembut & gebu. Mula2 nya sy risau juga jika roti tersebut menjadi agak padan sebab terdapat labu di dalam nya. Tp rupanya, ia jd dgn sempurna. Rasa roti ni manis2 buah..kalau korang nk jdkan ia roti manis, boleh la tambah sedikit sukatan gula. Utk sy, sy lebih gemar mkn bersama jem atau nutella. Terpulang pd citarasa individu. Berminat?? Selamat mencuba..hehehe


Golden Pumpkin Bread
By: Ros JintanManis

Bahan-bahanya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.



Lemak Pucuk Manis & Labu Kuning

0 comments
Assalamualaikum..

Seperti yg sy dah bgtau, inilah dia sayur paberet Kashfe. Kalau ada sayur2 bersantan mcm ni, baru la dia nak mkn nasi banyak sikit..kalau tak memang 3,4 suap je la. Pening dah pikir nak bg dia mkn apa. Buat masa ni benda yg dia masih suka ialah roti & makanan yg panjang2, mcm meehoon, spaghetti, laksa, mee & sebagainya yg berupa tali..hahaha

Lauk ni sy buat utk matchingkan dgn asam pedas ikan pari aritu..memang matching sesangat, kuah lemak bergabung dgn kuah asam pedas, terbaekkkk. Dulu2 sy pikir lauk yg bersantan ni remeh nk masak, rupanya takda la susah mana pun. Campak2 je dah siap (ayat perasan hebat ni). I bertambah mudah kalau guna santan kotak, walaupun rasa ada lain sket, tp still terasa kesedapan nya.

Resipi yg mudah ini sy ambil dr umah Cik Mat..kalau nk cari resipi2 masakan kampung yg menarik, sila lah melawat ke sana ye. Sy ni memang baru belajar memasak, resipi sayur ni pun kena gugel..hahahah. Memalukan sungguh. Korang yg dah terer tu mesti tak payah refer mana2 resipi kan. Cara paling senang & cepat nk dpt kan resipi, kita call je bonda terchenta..memang semua resipi dlm kepala..kagum sungguh.


Lemak Pucuk Manis & Labu Kuning
Oleh: CMG

Bahan-bahannya:
1 cekak pucuk manis, asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan
1/2 biji labu saiz kecil, kupas dan dadu besar2
2 keping tempe, dadu besar2
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

Cara-caranya:

  1. Masukkan labu dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair. Bila mendidih, masukkan tempe. Pucuk manis diramas kemudian masukkan ke dalam periuk, kacau rata.
  2. Masak hingga pucuk manis lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidang bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan...

Roti Jala

0 comments
Selamat hari minggu semua..

Bila hari cuti, time ni la nk buat bekfes yg best2 sket..sebab arini enche somi ada kat umah. Kalau ari biasa bekfes berdua dgn Kashfe je. So arini sy buat roti jala utk dimakan dgn kari daging lebih kenduri semalam. Kashfe makan sambil tabur satu rumah..haiii la anakkk, asalkn awk mkn takpe la..jgn awk tabur dlm almari baju sudah..hahaha. Bila dah pandai nak mkn sendiri ni, tiap kali masa mkn, mesti berterabur..sabo je laaa.

Kalau kat cni, roti jalanya dia siap bungkus dgn inti kari ayam atau daging..kira inti tu agak pekat la, supaya tak mengalir bila dibungkus. Tp sy buat yg biasa je, takut terburai kalau bungkus intinya sekali nnt..org amatur belum habis menuntut ilmu..hehehe. Bahan2 utk buat roti jala ni sgt mudah didapati di dapur rumah anda. Cuma nak menjalanya agak remeh sikit. 

Sy menggunakan botol muncung 3 utk membuat roti jala ni. Boleh juga gunakan acuan roti jala yg biasa tu..tp sy tak berapa suka sebab selalu tersumbat, tak tahu la apa masalahnya. Acuan tu memang tak serasi dgn sy (poyo sungguh ayatnya) hahaha. Jika teringin nk cuba, boleh la salin resipi di bawah ni. Selamat menjala sy ucupkan..hehehe


Roti Jala
Oleh: iResepi
Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur.
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 sudu mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya:
1.    Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
2.    Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
3.    Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar





Monday, November 4, 2013

Cinnamon Pull Apart Bread

0 comments

Jeng jeng jeng.. Semalam, sewaktu semua org tgh kusyuk tgk final bola, sy sendirian di dapur bermain dgn tepung. Dan hasilnya, tersangat menarik. Belum sempat sejuk telah ku ngap 2 keping..korang paham2 la kalau ternampak lubang2 pd roti tu ye..hahaha. Bau nya terlalu menggoda, sampai sy lupa nk bg dia posing dulu. Dah tgh kunyah baru teringat..adoyaiii. Nasib baru 2 keping yg terkorban..heuheuheu

Sebenarnya sy teringin nk buat roti ni sebab ramai sgt blogger2 ternama yg memujinya. Tergoda nafsu dibuatnya..lgpun sy nak balas bekas kawan, boleh la di isi skali. Sy try buat dlm loyang chiffon, saje suka2 hati nak try..dan Alhamdulillah ia menjadi, malah sgt cantik sekali. Roti nya tersangat la lembut, maybe sebab guna 2biji telur kot. Memang nak kena buat lg nanti. Patut la roti ni mendapat pujian yg sgt hebat, rupa2nya terlalu sedap. 

Utk filling dia sy hanya letak 1/2 cup gula kasar yg dicampur bersama 2sk cinnamon powder. Kalau korang suka lebih manis, boleh la tambah lg gulanya. Boleh juga dikurangkan kerana agak manis pd sy. Tgk rupanya pun dah sgt tempting kan?? So, cpt2 la cuba ya. Resipinya korang bleh tgk kat bwh ni..tp caranya sila tgk di blog JoyTheBaker ya..sy tak sempat nak snap pic step by step.


Cinnamon Pull Apart Bread

Ingredients:
3 cups all-purpose flour
1/4 cup granulated sugar
2 1/4 teaspoons (1 envelope) active dry yeast
1/2 teaspoon salt
2 ounces unsalted butter
1/3 cup whole milk
1/4 cup water
2 large eggs, at room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract

For the Filling:

1 cup granulated sugar - sy guna 1/2cup
2 teaspoons ground cinnamon
1/2 teaspoon fresh ground nutmeg - sy skip
2 ounces unsalted butter, melted until browned

Method:
1. In a large mixing bowl (I used just the bowl of my stand mixer) whisk together 2 cups flour, sugar, yeast, and salt.  Set aside.
2. Whisk together eggs and set aside.
3. In a small saucepan, melt together milk and butter until butter has just melted.  Remove from the heat and add water and vanilla extract.  Let mixture stand for a minute or two, or until the mixture registers 115 to 125 degrees F.
4. Pour the milk mixture into the dry ingredients and mix with a spatula.  Add the eggs and stir the mixture until the eggs are incorporated into the batter.  The eggs will feel soupy and it’ll seem like the dough and the eggs are never going to come together.  Keep stirring.  Add the remaining 3/4 cup of flour and stir with the spatula for about 2 minutes.  The mixture will be sticky.  That’s just right.
5. Place the dough is a large,  greased bowl.  Cover with plastic wrap and a clean kitchen towel.  Place in a warm space and allow to rest until doubled in size, about 1 hour.  *The dough can be risen until doubled in size, then refrigerated overnight for use in the morning.  If you’re using this method, just let the dough rest on the counter for 30 minutes before following the roll-out directions below.
6. While the dough rises, whisk together the sugar, cinnamon and nutmeg for the filling.  Set aside.  Melt 2 ounces of butter until browned.  Set aside.  Grease and flour a 9x5x3-inch  loaf pan.  Set that aside too.
7. Deflate the risen dough and knead about 2 tablespoons of flour into the dough.  Cover with a clean kitchen towel and let rest for 5 minutes.  On a lightly floured work surface, use a rolling pin to roll the dough out.  The dough should be 12-inches tall and about 20-inches long.  If you can’t get the dough to 20-inches long… that’s okay.  Just roll it as large as the dough will go.  Use a pastry brush to spread melted butter across all of the dough.  Sprinkle with all of the sugar and cinnamon mixture. 
8. Slice the dough vertically, into six equal-sized strips.  Stack the strips on top of one another and slice the stack into six equal slices once again.  You’ll have six stacks of six squares.  Layer the dough squares in the loaf pan like a flip-book.  Place a kitchen towel over the loaf pan and allow in a warm place for 30 to 45 minutes or until almost doubled in size.
9. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F.  Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown.  The top may be lightly browned, but the center may still be raw.  A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
10. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board.  Place a cake stand or cake plate on top of the  upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up.  Serve warm with coffee or tea.

~ Sy menggunakan breadmaker utk resipi ni. Cara nya bergantung pd breadmaker masing2 ya. Yg ni cara sy:
1. Masukkan bahan cecair (susu, air, telur, vanilla & butter).
2. Masukkan pula bahan kering (tepung, gula, garam, yis).
3. On kan breadmaker utk bekerja selama 1jam setengah.
4. Kemudian boleh la dibuang angin nya, dicanai & dibentuk.
5. Biarkan ia naik sekali lg dlm 30-40min.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30min. 


* Sorry sebab tak translate..main copy paste je.. Sy kan rejennnn

Sunday, November 3, 2013

Asam Pedas Ikan Pari

2 comments
Salam ceria semua..

Korang masak apa arini?? Sy teringin mkn asam pedas ikan pari. Enche somi pun beli la ikan parinya, tp ikan itu tidak dipotong & masih berlendir. Adoiii laa, mencabar sungguh nk potong & bersihkan nya. Mcm2 yg sy guna nk hilangkan lendir tu. Mula2 basuh dgn asam jawa, lps tu basuh dgn tepung pulak & last skali dgn basuh dgn limau. Puas hati bila dah bersih.

Nak masaknya sekejap je, aktiviti membersih yg lama..hahaha. Kashfe tak boleh mkn lauk ni sbb pedas, jd sy buat masak lemak pucuk manis campur labu. Itu memang paberet dia..dia suka sgt sayur2 yg bersantan ni. Taste org veteran sungguh Kashfe ni..hehehe. Resepi nya sy bg nanti ya. Harini meh kita tengok resipi asam pedas ikan pari ni dulu.

Apa yg penting buat asam pedas ni senang je, mesti ada rasa masam dr asam keping & juga pedas daripada cili. Kadar kepedasan nya ikut citarasa sendiri. Sy sangat suka asam pedas yg ditambah lobak masin, tp kat sini macam susah je nak jumpa..so kita abaikan la. Korang try nanti ya..memang sangat menarik. K la, jom cekidaut resipinya..selamat mencuba & happy cooking.


Asam Pedas Ikan Pari
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan pari secukupnya (mat guna 4 ekor ikan pari tuka bersaiz 8 inci setiap satu)
Sawi jeruk secukupnya (boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato)
3/4 cawan jus asam jawa (kalau guna pes asam jawa, kurang lebih 3/4 camca besar)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 setiap seekor, bersihkan, dan buang bahagian insangnya. Perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dibasuh, potong dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masuk bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan bila mendidih, masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan daun kesom. Boleh masukkan ikan dan tuang jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan tambah serbuk lada hitam (jika suka). Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.


Chocolate Eclairs

0 comments
Assalamualaikum..


Harini sy cuba buat eclairs..bila dah berjaya buat cream puff baru la berani nak buat eclairs, sbb kaedah & bahan nya hampir sama. Cuma bentuk & filling je yg berbeza. Bahagian atasnya pula dicelup dlm coklat. Cuba bayangkan betapa enaknya eclairs ni, coklat di dlm & coklat di luar. Sgt sesuai utk penggemar coklat. Dan sudah semestinya kanak-kanak amat menggemarinya.

Resipi nya sy ambil dr blog Azlita disebabkan tergoda dgn filling coklatnya. Walaupun filling & atasnya coklat, tp bila makan tidak rasa muak pun..malah, bila mkn susah pula nak berhenti. Eclairs ni mcm memanggil2 je..huhuhu. Sembang banyak pun tak guna, baik korang cuba sendiri. Lebih enak disimpan dlm peti sejuk sebelum dinikmati. Kalau dah telan air liur tu, cpt2 la salin resipi di bawah ni ya..jgn malu2..hehee

* Jangan pengsan ye tgk eclair ku yg tak sehensem eclair Kak Azlita..hahahha


Chocolate Eclair
Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya:
130 gm tepung gandum - diayak
300 ml air - ita letak 150 ml air dan 150 ml susu segar
100 gm butter
4 biji telur - di kocok
secubit garam
secubit gula - ita tambah

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 200 C.
2. Satukan air dan butterr ke dalam periuk dan masak atas api yang kecil sehingga butter dan air larut. Biarkan hingga air hampir mendidih.
3. Kecilkan api dan masukkan tepung bersama garam dan gula. Kacau cepat-cepat sehingga ia bergentel-gentel. Teruskan mengacau sehingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di periuk.
4. Matikan api dan biarkan adunan sejuk.
5. Setelah sejuk, masukkan telur sebutir-demi sebutir dan terus memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi adunan yang lembut dan berkilat.
6. Masukkan adunan dalam piping bag. Paipkan atas tray yang dah di gris dengan butter.
7. Bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 25 minit. Setelah masak, susun atas redai dan biarkan eclair benar2 sejuk.

TOPING COKLAT
100 gm coklat masakan

Cairkan coklat masakan secara double boiler
Kemudia celupkan permukaan atas eclair  
Biarkan atas redai sehingga coklat mengeras.
CHOCOLATE FILLING

Bahan-bahannya:
100 ml whipping cream
1 sudu kecil gelatine
50 ml air
70 gm coklat masakan
1 biji putih telur
1 sudu besar gula castor

Cara-caranya:
1. Masukkan gelatin dalam air dan biarkan ia terendam dan larut dengan sendirinya.
2. Masak coklat masakan secara double boiler  sehingga coklat mencair. Setelah coklat cair masukkan gelatin kedalam coklat yang masih panas dan gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga kembang. Tambahkan gula dan pukul lagi hingga menjadi berkilat dan bertanduk
4. Pukul pula whipping cream hingga kembang dan bertanduk.
5. Kemudian satukan bahan telur dan coklat ke dalam whipping cream. Gaul rata dengan kaedah kaup balik secara perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat nanti adunan cair pulak.
6. Setelah siap masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel yang kecil.
7. Simpan sebentar dalam peti ais dalam 10-15 minit jangan lama nanti ia beku.
8. Kemudian buat lubang pada hujung ├ęclair. Cocokan nozel dalam lubang dan paipkan filling coklat tadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template