Sunday, November 3, 2013

Chocolate Eclairs

Assalamualaikum..


Harini sy cuba buat eclairs..bila dah berjaya buat cream puff baru la berani nak buat eclairs, sbb kaedah & bahan nya hampir sama. Cuma bentuk & filling je yg berbeza. Bahagian atasnya pula dicelup dlm coklat. Cuba bayangkan betapa enaknya eclairs ni, coklat di dlm & coklat di luar. Sgt sesuai utk penggemar coklat. Dan sudah semestinya kanak-kanak amat menggemarinya.

Resipi nya sy ambil dr blog Azlita disebabkan tergoda dgn filling coklatnya. Walaupun filling & atasnya coklat, tp bila makan tidak rasa muak pun..malah, bila mkn susah pula nak berhenti. Eclairs ni mcm memanggil2 je..huhuhu. Sembang banyak pun tak guna, baik korang cuba sendiri. Lebih enak disimpan dlm peti sejuk sebelum dinikmati. Kalau dah telan air liur tu, cpt2 la salin resipi di bawah ni ya..jgn malu2..hehee

* Jangan pengsan ye tgk eclair ku yg tak sehensem eclair Kak Azlita..hahahha


Chocolate Eclair
Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya:
130 gm tepung gandum - diayak
300 ml air - ita letak 150 ml air dan 150 ml susu segar
100 gm butter
4 biji telur - di kocok
secubit garam
secubit gula - ita tambah

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 200 C.
2. Satukan air dan butterr ke dalam periuk dan masak atas api yang kecil sehingga butter dan air larut. Biarkan hingga air hampir mendidih.
3. Kecilkan api dan masukkan tepung bersama garam dan gula. Kacau cepat-cepat sehingga ia bergentel-gentel. Teruskan mengacau sehingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di periuk.
4. Matikan api dan biarkan adunan sejuk.
5. Setelah sejuk, masukkan telur sebutir-demi sebutir dan terus memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi adunan yang lembut dan berkilat.
6. Masukkan adunan dalam piping bag. Paipkan atas tray yang dah di gris dengan butter.
7. Bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 25 minit. Setelah masak, susun atas redai dan biarkan eclair benar2 sejuk.

TOPING COKLAT
100 gm coklat masakan

Cairkan coklat masakan secara double boiler
Kemudia celupkan permukaan atas eclair  
Biarkan atas redai sehingga coklat mengeras.
CHOCOLATE FILLING

Bahan-bahannya:
100 ml whipping cream
1 sudu kecil gelatine
50 ml air
70 gm coklat masakan
1 biji putih telur
1 sudu besar gula castor

Cara-caranya:
1. Masukkan gelatin dalam air dan biarkan ia terendam dan larut dengan sendirinya.
2. Masak coklat masakan secara double boiler  sehingga coklat mencair. Setelah coklat cair masukkan gelatin kedalam coklat yang masih panas dan gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga kembang. Tambahkan gula dan pukul lagi hingga menjadi berkilat dan bertanduk
4. Pukul pula whipping cream hingga kembang dan bertanduk.
5. Kemudian satukan bahan telur dan coklat ke dalam whipping cream. Gaul rata dengan kaedah kaup balik secara perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat nanti adunan cair pulak.
6. Setelah siap masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel yang kecil.
7. Simpan sebentar dalam peti ais dalam 10-15 minit jangan lama nanti ia beku.
8. Kemudian buat lubang pada hujung ├ęclair. Cocokan nozel dalam lubang dan paipkan filling coklat tadi.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template