Apa khabar semua?? Semoga sihat sejahtera hendaknya..
Haritu sy cuba buat cream puff utk pertama kalinya..tp malangnya tidak berjaya. Cream puff sy jd leper & tak naik pun. Maybe terlalu cair kot. So, lps tu terus bancuh lg sekali..kali ni tukar resipi pula. Dah hasilnya...tetap sama. Tak menjadi, lps paip je adunan tu dia terus flat..bila bakar tak naik pun. Hurmmm, sedey & kecewanya rasa hati ni. Time tu dah pukul 2 pagi pun..tido lg baik.
Sebelum tido tu mengadu nasib dulu kat kengkawan HS11..esok nasib ada yg bersimpati & sudi membantu. Dpt je resipi tu, dgn gigihnya terus sy cuba sbb tgk mcm senang sgt. Dan yg paling menakjubkan, resipi tu menjadi..terhasil la cream puff yg comel2 ni. Happy sesangat..ceria terus hariku..hehehe. Tp resepi nya sy olah lg, sy gabungkan dgn resipi yg kwn somi bg. Lg menarik hasilnya.
Dah lama sy teringin nk mkn cream puff dgn creamy corn filling. Sy penah rasa sekali masa sis sy beli dr kwn ofis dia. Rasanya mcm eskrem. Dah sy berjaya membuatnya dgn olahan sukati dr vanilla cream diplomat yg sy tambah dgn cream corn yg dlm tin..hahaha. Memang lazat sungguh rasanya. Dgn sekelip mata 5biji dah termasuk dlm peyut..huhuhu. Tak boleh buat selalu ni..membesar bagai johan nnt.
Cream Puff
Oleh: Ummie Salha & Taste.com.au (suggest by Idayu HS11)
Bahan-bahannya:
Cream Puff
Oleh: Ummie Salha & Taste.com.au (suggest by Idayu HS11)
Bahan-bahannya:
200ml air
90gm butter
120gm tepung gamdum
3 biji telur
Cara-caranya:
1. Masak air & butter hingga mendidih.
2. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau hingga jadi doh.
3. Pukul telur dengan garfu, masukkan dalam adunan doh tadi.
4. Gaul hingga jadi doh.
5. Masukkan dalam piping beg, paip atas loyang.
6. Bakar api bawah, 180/40 min.
Resepi Vanilla Creme Diplomat
Bahan-bahannya:
250g susu segar
1st esen vanila
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung
200g fresh cream, pukul kental
6sb cream corn dlm tin - sy tambah
Cara-caranya:
1. Didihkan susu segar + esen vanila dalam periuk kecil. Tutup api.
2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung kastad dan tepung jagung. Aduk rata.
3. Tuangkan 1/2 susu segar yang dididihkan tadi, kacau rata. Tuang ke dalam baki susu segar. Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil. Tambahkan cream corn & kacau hingga sebati.
4. Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk.
5. Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam puff yang dibelah dua.
0 comments:
Post a Comment