Sunday, September 14, 2014

Serimuka Jagung

0 comments
Assalamualaikum teman-teman..


Kuih ni sebenarnya telah di buat beberapa hari yg lalu. Sejak lama bercuti ni rasa susah betul nak mula menulis kembali (ayat pun dah jd ayat skema..hahaha). Masa melawat dapur Kak Azlita haritu ternampak resipi 'Serimuka Jagung Yg Sangat Sedap' ni..tak senang duduk di buatnya. Sy mmg suka kuih serimuka, ditambah pula dgn jagung..mmg tertarik menarik la jwbnya. 

Resipi utk bahagian atas tu sy tambahkan sedikit jagung fresh yg di kikir (betul ke perkataan ni..harap korang faham). Begitu juga utk bahagian pulut..sebab nya sy teringin nak mkn lemang jagung masa raya haritu tp tak dapat, so sy buat la pulut jagung. Bertambah2 la kejagungan nya. Resipi ni mmg sgt sedap, kepala nya pun sedang2 elok je..lembut tp dpt dipotong dgn cantik. Mkn time sejuk2 lg la sedap..rasa mcm mkn kastard jagung..hehee. Teringin?? Cubalah resipi kat bwh ni ye.. ;)


Serimuka Jagung
Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah ~ Pulut

1 1/2 cawan beras pulut
~ beras pulut ni di rendam dahulu paling kurang 2 jam. Kalau suka pulut yang betul-betul lembut rendam semalaman ( 8 jam)
1 1/2 cawan santan ~ campurkan 100 ml santan KARA dengan air dan jadikan 1 1/2 cawan. Kalau guna santan kelapa , 1 biji kelapa parut jadikan 1 1/2 cawan santan.
secubit garam
1 sudu teh butter ~ yang ni ita tak letak (sy pun tak letak)
2 sudu besar kelapa parut putih ~ yang ni ita tambah (sy tak letak)
3 sudu besar kernel jagung yg diambil dr 2tongkol jagung ~ sy tambah


Kesemua bahan di kacau rata dan di kukus. Bila pulut masak, ratakan dan tekan dalam loyang bulat 8 inc dan kukus lagi. 


Lapisan atas ~ Kuning
1 biji telur ~ buang tali pusatnya
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan santan pekat
1/3 cawan susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jagung krim di dalam tin
sedikit pewarna kuning

Pukul telur bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan yang lain
Kacau sebentar di atas api hingga berwap
Tuang atas pulut dan terus kukus selama 20 minit



Saturday, August 23, 2014

Japanese Cotton Cheesecake

0 comments
Assalamualaikum & selamat bersua kembali.

Agak lama sy bercuti kali ni..memang rindu pd blog ni, tp hanya mampu teringat je la..huhuu. Baru je nak update blog, dtg la si tecik tu nak tgk 'lululu' (pd zaman dahulu), 'pinpin' (upin ipin)..haihhh
Berlambak resipi tgh q nak di share. Tp nk menulis n upload gambar tu yg wat semua tergendala. Nanti2 nak try buat silent post la plak..mcm best je.huhuu

So arini ramai plak yg berminat dgn resipi Japanese Cotton Cheesecake..tergoda dgn gambar kat ig la tu.hehee. Sebenarnya dulu sy pernah buat skali n jadi, tp bila sy buat baru2 ni dia x jd plak. Masa dlm oven ok, tp bila kuar je jd padat aka bantat..tensen sungguh la. Mula2 sy guna slice cheese, lps tu tukar saiz loyang, lps tu tukar masa bakar n last nya harini baru la terjadi dgn sempurna. 

Resipi nya sama je, cuma lps masak tu biarkan dia bersemadi dlm oven dgn pintu terbuka. Biar dlm 15minit baru la di keluarkan..kek ni akan turun sedikit ya. Tekstur nya sgt gebu & lembut, dgn rasa lemak cheese yg sedang elok je. Boleh mkn tanpa rasa risau & bersalah (ye ke??)huhuu. Tak sabar nak buat?? Meh sila salin resipi kat bwh ni..hehee


Japanese Cotton Cheesecake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahannya:
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon (sy letak esen vanilla)
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon (sy letak 1tsp cream of tartar)

Cara-caranya:
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. 
2. Campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. 
5. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
6. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).



Thursday, July 10, 2014

Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Pedas

2 comments
Assalamualaikum & Salam Ramadhan. 


Bersahur apa pg ni? Pd sy menu utk sahur la yg paling susah utk difikirkan..sebab time tu dah la mengantuk, tidak berselera & masih kekenyangan. Kalau time berbuka, buat apa pun semuanya sedap, sbb tengah lapar kan..hehehe. Cendawan kukur ni sy terjumpa masa pergi pasar sayur haritu..bkn selalu ada pun, maybe sy bernasib baik haritu. 

Pd mulanya, sy nak buat masak lemak pucuk manis bersama cendawan kukur.. Tp ada plak request nak masak pucuk manis bersama labu kuning. So  cendawan yg dah direndam ni terpaksa la sy pikirkn masakan yg seswai. Apa lg, menggugel la cari resipi..kebanyakkan nya semua resipi masak lemak, hingga lah terjumpa resipi dr CMG. Rupa masakan ni mmg kurang menarik, tp melihat kpd bahan yg digunakan sy tau bahawa resipi ni pasti da bommm.

Utk membuat lebih umphhhh, sy gandakan jumlah cili padi nya..huhuhu. Tak sangka ia mendapat sambutan hangat. Dgn sekejapan telah licin cendawan ni, diorg kata "pedasss, tp sedappp". Wahhhh, kembang plak montot yg mmg dah sedia kembang ni..hahahah. Terima kasih CMG, atas resipi yg mabeles ni. 


Cendawan Kukur Tumis Pedas
Oleh: CMG

Bahan-bahannya:
2 cawan cendawan terkukur @ kulat sisir yang kering, direndam hingga kembang
15 - 20 biji cili padi hijau, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan direndam
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk perasa
Cara membuatnya:
  1. Cendawan dicuci kemudian perah hingga kering. Tumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur, hanya dimemar2kan sahaja (atau tumbuk2 manja....errrr....tau tumbuk2 manja tu macam mana?..tumbuk selow2 leerrr....grrrrrr)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hijau yang dihiris hingga harum dan bawang layu. Masukkan ikan bilis kembong (toskan airnya), kacau dan tambah bancuhan belacan. Kacau rata dan masak sekejap. 
  3. Masukkan cendawan terkukur dan gaul rata. Tuang sedikit air dan masak hingga cendawan da ikan bilis kembong lembut. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan ikan goreng.....boleh pengsannn!!!...
CATATAN MAT GEBU :- Cili padi anda boleh ganti dengan cili hijau biasa atau boleh gabungkan cilu padi dengan cili hijau. Banyak mana cili yang anda guna bergantung pada tahap kepedasan, boleh dikurang atau dilebihkan. Kalau masukkan sebatang serai dalam masakan ini pun boleh, ketuk2 sedikit dan masukkan masa anda menumis bawang tadi.... Selamat mencuba..


Monday, July 7, 2014

Kashfe is 2

1 comments
Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua umat Islam..

Agak lama jugak sy cuti berblog ni..pd awalnya sebab sy pulang ke kampung halaman. Kalau dah blk ke Malaya tu, semestinya sibuk sentiasa..penuh dgn aktiviti ke sana ke mari. Ingatkan blk dr bercuti baru dah update..sekalinya, phone plak problem..sehinggalah ke hari ini. Belum ada rezeki lg nak beli phone baru, lgpun phone ni masih boleh digunakan..cuma ada sedikit masalah teknikal.

Harini sy gagahkan juga utk update sebab 06/07 adalah hari yg istimewa buat kami, iaitu hari ulangtahun Muhammad Kashfe yg ke-2. Cepat sungguh masa berlalu, rasa mcm baru lg melahirkan awk syg..fobianya pun tak hilang lg..hehee. Hadiah dr mak kita postponed dulu ya, sebab masih belum jumpa yg betul2 sesuai. Oleh sebab, awk terlalu taksub dgn ikan, so mak buatkan kek ikan utk awk..harapnya awk nampak yg ia adalah seekor ikan..hahahaa

Setiap masa mak mendoakan hanya yg terbaik utk diri awk..dikurniakan umur yg panjang, kesihatan yg baik, rezeki yg murah, kebahagiaan dunia & akhirat, menjadi anak yg soleh & segalanya yg baik2 belaka hanya utk awk, Muhammad Kashfe. Mak syg awk selamanya..😘

Saturday, May 24, 2014

Creampuff Coklat

0 comments
Di hari yg membosankan, maka terjadilah resipi2 yg agak pelik tp benar..hehee. Selalu buat creampuff pun masih lg nak bermain dgn creampuff. Tp kali ni nak try creampuff coklat pula..mcm menarik kan? Dah biasa kaler kuning, tetiba tgk kaler gelap kat blog Rahel sungguh menawan plak. Srbab utamanya teringin nak rasa & juga suka tgk rupanya..huhuhu

Kuar je dr oven trus sy terkam nak rasa akan creampuff coklat itu. Owhhh, sungguh tetejut bila kali pertama merasanya..tetejut nape kan, mesti ramai nak tahu. Sebenarnya creampuff ni agak pahit..tak tahu lah samada sy salah guna serbuk koko atau sebab lain. Tp sukatannya semua sy ikut sejibik sejibun. Rasanya creampuff ni hanya utk peminat tegar coklat, yg suka rasa2 pahit tu.

Bila di makan bersama cream custard, masih ada sedikit2 lg rasa pahit nya. Tp lebih baik dr di mkn saja la. Lps tu sy teringat plak nak mkn bersama aiskrim oreo..mcm menarik kan? Dan hasilnya, sgt memuaskan. Rasa pahit tu hilang, diganti bersama sejuk aiskrim & oreo bites di dlm creampuff itu. Bila dah mkn dgn aiskrim, berebut2 la pulak..td masa tak berfilling sape pun tak pandang..hehehe


Creampuff Coklat

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sb gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji telur (i guna 4 biji telur M/208g)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan air, gula, mentega sehingga cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
3. Paipkan atau sudukan ke atas dulang pembakar yang diminyakkan. Bakar 25 minit suhu 210'C. Sejukkan.
4. Untuk membuat kastad coklat, letakkan 4 biji telur kuning, 100g gula, 60g tepung, 600ml susu & 80-100g coklat ke dalam periuk & kacau sehingga pekat & menggelegak.
5. Kalau rajin,boleh buat topping coklat cair atau pun guna coklat fondue.


Friday, May 23, 2014

Lopat Gobu @ Apam Pisang

1 comments

Lg resipi dr kak Noorsaffone..semua resipinya menarik. Cuma rajin ke tidak je nak membuatnya. Dah lama sy mencari resipi lopat gobu ni. Dan selama lebih 20tahun juga sy dah tak rasa kuih ni. Dulu bila pergi umah makcik di Gopeng, pasti dia akan belikan kuih ni..sebab sy adik beradik memang suka kuih ni. Tekstur nya yg sangat gebu & bau nya yg wangi sebab dibungkus dgn daun pisang membuatkan sesiapa pun menyukainya. Tp selepas org yg membuat tu meninggal dunia, sy dah tak dapat mkn lg kuih ni. Tiada siapa yg tahu resipi nya. Sungguh syg sekali..huhuu

Masa sy menggodek2 ig kak Norsaffone, tetiba nampak kuih ni..dia bg nama apam pisang. Tak kira lah apa namanya, tp rupamu tetap menjadi pojaan hatiku. Dgn tak malunya, terus sy mintak resipi pd kak Nor..hahaha. Resipinya membuatnya sgt mudah, tak perlu diperap pun..cuma agak remeh sbb kena bungkus dgn daun pisang. Tp boleh juga di letak dlm loyang @ acuan kuih lompang. Jom kita tengok resipinya di bawah ni. Terima kasih kak Noorsaffone. Nanti nak mintak resipi lg..hehee


Lopat Gobu @ Apam Pisang
Oleh: Kak Norsaffone

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan pisang - lenyek
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak sayur/masak
1 sk baking powder
1 sk baking soda

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan hingga sebati.
2. Bungkus dgn daun pisang seperti nasi lemak.
3. Kukus selama 10-15minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template