Friday, March 7, 2014

Hotdog Bread & Blackpepper Sauce

0 comments
Assalamualaikum semua..



Bila tiba musim hujan ni mula la peyut pun asik lapar je kan. Dah lapar, merayap la mencari menu2 menarik utk mengisi peyut yg berkeroncong. Badan pun dah mcm di pam2..enche somi kata sy dah mcm 'telur'. So paham2 la kan..huhuu. Dah musim tengkujuh, nak buat aktiviti luar pun terbantut..bila duk umah je, ni la yg jd. Mkn, tido, tgk tv..sangat horrorrrr ye. 

Masa tgh membelek-belek ebook dr Kak Ros JM, ternampak resipi roti john n blackpepper sos. Rupanya tersangat menarik, telan air liur dibuatnya..hahaha. Dgn pantasnya sy mencari resipi roti hotdog, & terjumpa resipi kat MyResipi. Ramai yg dah cuba roti ni & semuanya memberikan feedback yg positif. Bahan-bahannya pun sgt simple. Utk sos blackpepper plak sy amik resipi Kak Ros..pun sangat mudah nak membuatnya.

Tp, bila roti n sos blackpepper dah siap, tiba2 menu bertukar..dr roti john, jd roti bersama sosej plak..hahaha. Ni akubatnya bila perut dah berkeroncong & penyakit 'm' tiba2 menyerang. Utk lebih menarik, sy juga menambahkan telur rebus yg dihiris sebagai fillingnya..tak ketinggalan, mayonis, keju, salad, tomato & benda wajib..sosej yg sy rebus terlebih dahulu. Konon nk buat makanan sihat la kan..huhuhu. Ada yg teringin??? Sila lah mencuba ya. ;)


Hotdog Bread
By: Yani MyResipi

Bahan-bahannya ( 6 biji )

160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung

Cara-caranya:


1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap

2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.



Sos Blackpepper

Oleh: Ros JintanManis

Bahan-bahanya:
sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
3 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
2 sudu besar gula
beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)


Cara-caranya:


1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol.
3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.



Thursday, March 6, 2014

Swiss Roll Para Para Sakura

0 comments

Mahap la ye sebab sy baru nak update resipi2 yg telah di cuba sebelum ini. drpd blog bersawang, bagus juga la di update kan. Kek ni sebenarnya sy buat sbb enche somi teringin..dia mmg suka akan swiss roll. Setelah sekan lama tidak membuat swiss roll, inilah masanya utk sy membuat eksperimen & mencungkil bakat yg semenangnya tiada..hahaha😩

Yg sebenarnya sy tidak pernah menggulung swiss roll..tugas menggulung dibuat oleh enche somi. Sbb sebelum ni telah 2ketul swiss roll yg berderai apabila sy gulung. Jd tugas sy membuat & melukis saja..gulung swiss roll pun tak pass, apa la nak jd..huhuhu. Resipi yg selalu sy gunakan adalah resipi swiss roll zebra oleh Kak Azlita. Cuma corak lukisan je yg sy ubah sesuka hati.

Utk kali ni sy nk try corak bunga sakura yg menjalar. Ada nampak mcm bunga sakura tak? maybe ni rupanya bunga sakura yg dah termutasi..hahaha. Filling utk swiss roll sakura ni pula sy menggunakan fruit cocktail bersama fresh cream. 1st time sy cuba & ianya sgt sedap. Kalau ada yg tak suka fruit cocktail tu, boleh juga hantikan dgn blueberry filling atau nutella, atau apa2 filling kegemaran anda. 


Swiss Roll Bercorak 


Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Satukan gula dan telur
Pukul sehingga adunan berkrim
Tambahkan esen vanilla
Air dan 
Minyak
Pukul adunan hingga sebati
Tambahkan tepung
Kaup balik adunan hingga rata
Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Pukul putih telur hingga berbuih
Kemudian tambahkan cream of tartar dan
Gula kaster
Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
Tambahkan juga coklat emulco
Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi 

Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C

Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
* Sy guna fruit cocktail & whipping cream

Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.


Wednesday, March 5, 2014

Meehoon Singapore

0 comments
Setelah fenin memikirkan bekfas akhirnya sy membuat meehoon singapore. Sebab nya sy dan Kashfe sangat suka mamam meehoon, senang cite bila kegemaran sama. Tak perlu nak masak asing2. Meehoon yg sy buat selalunya yg kaler gelap tu, letak kicap. Tp harini rasa teringin nak mkn meehoon putih berlada hitam. Kalau makan bersama sambal kicap pastinya lebih enak.

Sy buat main campak je apa yg ada dlm fridge tu..yg takda kita abaikan je. Kita yg buat dia kan. Sy takda udang segar, jd sy gantikan dgn udang kering..pd sy bau nya lebih harum bila kita menggunakan udang kering. Utk yg suka pedas, boleh lebihkan lada hitam..tp mcm yg sy ckp td, utk rasa pedas boleh juga kita mkn bersama sambal kicap yg sudah pastinya enak & membuatkan kita tambah berpinggan-pinggan..huhuhu. 

Cite banyak pun tarak guna, so kalau korang teringin @ belum pernah mkn meehoon singapore ni, silalah mencubanya ya. Sangat ringkas & mudah..tp rasanya sgt ossemmm..


Meehoon Singapore
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:

400gm meehoon - direndam sebentar
150gm dada ayam - didadu.
15 ekor udang
1 btg carrot - dipotong halus memajang 3cm
2 pokok sawi - dipotong panjang 1"
Secawan kobis - dipotong sederhana halus
4 ulas bawang kecil*
2-3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1  kiub ayam.
Sedikit serbuk lada putih & lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Daun bwg/hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:

1. Tumbuk/kisar bahan bertanda (*) dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam & sedikit air, biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan pula udang dan biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
4. Masukkan carrot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi & kobis. Masak sehingga sayur2 tersebut lembut.
5. Perasakan dgn garam & gula. Dan bolehlah dihidangkan bersama taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah.



Tuesday, March 4, 2014

Mixed Herb Bun

0 comments
Apa khabar semua?? Semoga sihat & bahagia sentiasa..



Jom buat savoury bun pulak. Haihhh, sy ni kalau tengok je resipi yg mcm menarik mesti nak try. Resipi ni sy terjumpa masa cari resipi egg custard bun..masih tuan yg sama. Roti2 yg dia buat sgt menarik. Dah la comel2 semua nya..mana la tak eksaited nak mencuba. Tgk dr rupa pun dah tau memang sedap. Siap ada meatloaf, mayo & cheese lg.

Jenuh mencari chicken ham tak jumpa, so sy guna turkey slice je la..derhaka lg kan. Tp kali ni tak brani nak over derhaka dah..hahaha. Cuma mixed herb tu sy kurangkan sedikit sebab aromanya yg agak strong. Sy pun guna muffin cup, sebab nampak sgt comel kejadian bun tu nnt. Lgpun kecik2 senang nak ngap, kalau tak cukup boleh ambil lg. Dan saiznya muat2 je Kashfe pegang..tp pegang je la, mkn nya hanya sesuap.

Bun ni memang konfem lembut, sebab resipi ni menggunakan tangzhou. Walaupun agak malas nak membuat tangzhou ni, tp bila terbayang hasil roti yg gebuss sy gagahkan juga. Selepas 2 hari pun roti ni masih lembut gebu. Tak sia2 la usaha sy membuat tangzhou..hehehe. Kalau korang taknak guna tangzhou, boleh juga digantikan dgn 2tsp bread softener/improver. Kebebasan memilih di tangan anda. Selamat mencuba..


Mixed Herb Ham & Cheese Bread Cups/Buns
By: TheBakingBiatch
[yields about 16 50g buns]

370g bread flour 
65g fine sugar
12g milk powder 
6g instant dry yeast
150g tangzhong **
1 egg yolk
125g fresh milk
75g whipping cream (I used non-dairy)
5g salt
35g unsalted butter
OPTIONAL: 6-7g dried mixed herbs (If you prefer plain buns, omit this)

Method:
1. Used function 8 of Kenwood BM 250 to prepare the bread dough. The entire machine process together with Proofing Stage 1 will take 1 hour 30 minutes. 

2. 10 minutes into the timer at 01:20, when the mixer starts mixing again, add in the salt and butter as well as the dried mixed herbs. 

3. Allow the machine to do Proofing Stage 1. When it's ready, the beeper will sound. Then, lightly flour your hands and "punch" the middle of the bread dough to allow excess air to escape. 

4. Then, remove dough from container to remove the 'blade'. Then, divide the bread dough into 3 balls/rounds and place it back into the bread machine which is turned off. Allow Proofing Stage 2 to take place in bread machine for 15 minutes.

5. Weigh the dough for the bread and shape them into balls. Once the bread cups/buns have been moulded, set them aside in a warm & dry place for Proofing Stage 3. This will take 50 minutes. 

6. 15 minutes prior to the completion of Proofing Stage 3, preheat your oven to 170 degrees Celsius. Top the bread cups with 2 slices of honey baked ham. Top with some mayonnaise & sprinkle some cheese!

7. Bake the bread for 17 minutes or till' bread is golden brown. You can test if a bread is cooked by poking a toothpick into the middle of the bread. It should come out clean and dry. 
Allow bread to cool before storing into air-tight containers.




Monday, March 3, 2014

Dim Sum

0 comments
Hi hi hi..masak apa harini??

Sy teringin nk mkn dim sum..last buat rasanya tahun lepas. Bukan apa, sy malas nk mencanai kulit dim sum tu..masa buat haritu kulitnya mmg jd sangat cantik, tp utk bg dia nipis tersangat la menyeksakan..maybe sy tersalah caranya kot. Tp yg bestnya, kulit homemade sgt mudah dibentuk..kenyal2 gitu. Utk kali ni sy terjumpa kulit instant kat giant. Lega sungguh rasanya, tu yg eksaited nk buat lg.

Tp kulit instant ni ada yg tak best nya jugak. Kulit tu agak sukar dibentuk sebab mudah melekat2..dah rasanya juga kurang sesuai dgn selera sy ni. Semasa panas ok, tp bila dah sejuk dia jd liat & keras. Mungkin jugak kerana sy kukus, next time teringin jugak nak try masak dlm sup n goreng. Maaf la dim sum sy ni ada pelbagai bentuk ye..maklum la jarang2 buat, jd mcm2 bentuk sy nak try. Ada yg ok n ada yg horror rupanya..hahaha

Utk membentuk nya pula, sila lah belajar dr utube ya. Cara nya mungkin nampak sukar, tp bila korang dah faham step sebenarnya ia sgt mudah..sambil2 tgk tv pun boleh buat. Bila buat banyak bileh juga di frozenkan. Bila nak guna thaw kan dulu sampai lembut n suhu bilik, barulah korang kukus, goreng, atau rebus ye. Sos nya sy menggunakan sos thai. Kalau korang nak buat sos sendri pun boleh juga.



Dim Sum

Oleh: Lovefiezan
Olahan: Anim Ismail

Untuk kulitnye...

Tepung Tang Mien - 1 cawan (yang ni korang cari la kat kedai jual tepung2 kek & roti)
Tepung Ubi Kayu - 1 cawan
Air panas - Sesedap pandang (jgn sesekali gunakan air sejuk/biasa - alamatnye mmg x jadi la)
Minyak masak (sikit je ye)

Cara-caranya :

Gaulkan kedua-dua jenis tepung tersebut..

Masukkan Air panas sikit demi sikit sambil gaulkannye
Hati2 semasa menggaul kerana air panas
dah nampak macam nak jd doh tu masukkan sikit minyak masak..
Bila dah jadi doh tu..
jgn tunggu la..
teruskanlah melenyekkannya menggunakan mesin mee tu..


Untuk intinya..

Isi ayam (dada & peha) 
Cendawan
Carrot
Kucai
Daun bawang - dipotong halus
Garam, gula secukup rasa
Kicap
Sengkuang cina
Serbuk lada putih

Cara-caranya:


Kacau kesemua bahan-bahan di atas

Kalau boleh kukus la dulu semua bahan..
Risau nnt bila dah dibalut ngan kulitnye..isi nya kurang masak

Pastikan siap buat inti dulu..

Pastu baru wat kulitnye ye..
Siap bungkus semuanya
Sila lah kukus ye...




Sunday, March 2, 2014

Cheesy Cheesecake

2 comments
Assalamualaikum teman2..




Kek ni banyak sungguh namanya, ada yg panggil snow cheesecake, cheesecake meleleh, cheesy cheesecake & mcm2 nama lg la. Kat Labuan kek ni memang sgt popular. Boleh dikatakan setiap umah yg kenduri pasti ada kek ni. Pernah juga sy cuba membeli kek ni, tp rasanya agak kurang menepati citarasa sy. Mungkin sebab dia menggunakan tepung optima & hanya menggunakan susu pekat dlm topping nya..ini membuatkan rasa yg sangat manis pd kek tersebut.

Oleh yg demikian, sy mencari resipi yg sebenarnya utk di cuba. Cara pembuatan nya tidak lah sesukar mana..hanya perlu membuat kek, topping nya & tabur keju parut..dah siap. Tp mlm tu pulak Kashfe buat perangai taknak tido..hadoiii la, sy dah terlebih eksaited nak buat cheesy cheesecake ni. Setelah penat bermain, dlm pukul 11pm baru la dia tertido. Ini tidak mematahkan semangat sy.



Sy pun memulakan aktiviti sebaik lps dia tido..dan segalanya selesai dlm jam 1.30am. Enche somi pun sanggup tak tido sebab nak rasa kek ni..hahaha. Bersemangat sungguh kami. Dgn tanpa rasa bersalah, sy telah memakan sebaris panjang kek tersebut..memang tak terasa muak langsung, sekejap je hilang dlm mulut. Bahaya owh kek ini. Balanced nya kami buat mkn bekfas. Tertanya la lps disejukkan ianya lebih lazat n nyaman..dan tak perlulah di soalkan bape byk plak sy mkn kali ni..biarlah rahsia..hahaha. Terima kasih bebanyak kpd tuan punya resipi ni ya..sy sharekan di sini pula.



Cheesy Cheesecake
Oleh: CT Delima

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template