Tuesday, April 29, 2014

Ketupat Sotong.. Dessert @ Lauk??

0 comments

Sape pernah mkn ketupat sotong? Sy pun tak pernah mkn sebenarnya. Tetiba enche somi kata dia teringin nak mkn ketupat sutun ni. Hadoiii, dah la tak pernah buat, rasa pun tak pernah ni..mcm mane pulak la nak membuat nya. Rasanya ketupat sutun ni masakan kelantan kan? Nasib la mak mertua sy pernah buat ketupat sutun ni. So kami pun buat la bersama2. 

Sy ingatkat ketupat sotong ni rasanya pedas..rupa-rupanya manis tu. Haiyooo, cannot go lorrr. Tp nasib mak mertua sy pun tak suka yg manis sgt..jd nya ia telah di olah supaya kemanisan nya dpt diterima oleh tekak. Resipi yg sy tgk punya la manis sampai berkilat sutun tu dek gula yg banyak..maklum lah, ni kan makanan org Kelantan. Sy suka rasa yg kenyal ketupat sotong ni..best sgt bila di gigit. Rasa pun sedap bila di mkn bersama sedikit kuah. 

Cuma masa letak pulut dlm sotong tu jgn letak banyak sgt & jgn di padatkan..letak 3/4 penuh je. Sebab pulut tu akan mengembang bila masak, nanti pecah pulak badan sutun tu kalau letak penuh2..hehee. Siapa yg tak pernah mkn lg boleh la cuba ya. Tak susah mana pun nak membuatnya. Cuma sy tak tahu ia sesuai di mkn bersama apa, sebab sy mkn begitu saja..nanti kita tanya pd org Kelantan diorg mkn ketupat sutun ni dgn apa ya.


Ketupat Sotong
Oleh: Kak Wan & Mil


Bahan A:
10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
lidi untuk menyucuk

Bahan B:
1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam

Bahan C:
100 gram gula Melaka diracik
2 cawan santan - tidak terlalu pekat
1/2 sudu teh garam
1 hiris halia - dimayang halus
1 helai daun pandan
2 biji bawang merah kecil (ditumbuk) - mil sy tambah

Cara:
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil)  pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.


Monday, April 28, 2014

Cream Cheese Bars

0 comments
Resipi kali ni masih menggunakan puff pastry..hahaha. Yg ni plak sebab eksited jumpa puff pastry yg saiz besar, selalunya yg kecik2 je. Bila dah beli, tak tahu plak nak buat apa..bising plak enche somi kalau beli buat pekasam je. Kalau nak buat savoury guna puff pastry ni mcm baru je lg..so teringin nk mkn yg manis pulak. Biasa la tekak ni, mengada2..kejap nak savoury, kejap nak manis. Nasib buat sendri, kalau cerewet pun xpe..huhuu

Ni adalah antara dessert yg paling mudah utk disediakan & sedap juga. Cuma tidak seswai utk org yg sedang berdiet..sy pun dgn rasa bersalah mkn benda ni. Tp bars ni sgt sedappp..sgt sukar utk menolak godaan nya. Pastry yg rangup ditambah dgn creamcheese yg lemak2 manis tu..sedapppp nya. Makin tebal la lemak2 tepu kat badan ni *haihhh*. Tp kan, kalau ada tetamu tetiba nak dtg boleh la buat ni, sbb sangat mudah & cepat utk membuatnya. 


Cream Cheese Bars

Ingredients:
2 sheets (8") instant puff pastry  
2 (8 ounce) packages cream cheese  
1 cup white sugar  
1 teaspoon vanilla extract  
1/2 cup margarine, melted  
1/4 cup white sugar  
1 teaspoon ground cinnamon 

Step:
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease pan.
2. Press one sheet of the puff pastry into the bottom of the prepared pan. 
3. In a medium bowl, mix together the cream cheese, sugar, and vanilla until smooth and creamy. 
4. Spread over the puff pastry.Place the second sheet of puff pastry and lay them on top of the cream cheese layer. Do not press down. 
5. Pour the melted margarine over the entire pan. 
6. Combine the remaining 1/4 cup of sugar and cinnamon; sprinkle over the top.
7. Bake for 25 to 30 minutes in the preheated oven, or until the top is crisp and golden.




Thursday, April 24, 2014

Kek Karamel

0 comments

Resipi kek karamel ni dah 2 taun terperap dlm simpanan. Dr start takde anak, sampai anak dah berjalan..melampau sungguh la kan, hahaha. Dulu mmg teringin nk buat tp sebab pernah pukul putih telur utk buat meringue tak jadi, terus rasa takut nak buat apa yg menggunakan meringue. So skang ni bila dah terer sket, baru la berani nak cuba buat kek karamel ni.

Dengar kata kek ni banyak pantang larangnya. Memang betul la kot..cuba korang tgk kek sy yg ramping berpinggang tu. mesti ada something wrong somewhere. Dgn belang yg agak caca-marba. Rupanya nak belangkan tu ada cara..lepas study barulah sy berjaya menghasilkan belang yg menarik (pd sy la) huhuu. Tp kek ni mmg sangat sedap bila dimkn semasa sejuk..dgn lembut gebu nya, lemak2 manis ditambah dgn karamel di atasnya.. Taktau nak describe camne sedapnya lg. Teringin?? sila la mencuba, kalau kurang kerajinan nak buat boleh hoder je dr sy..hikhik


Kek Karamel
Oleh: Kak Nor SecubitGaram

(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard 
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.

sedikit tip tambahan :
1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) 





Wednesday, April 23, 2014

Garlic Chives & Cheese Bread

0 comments
Assalamualaikum semua..

Yg sebenarnya tangan sy gatal nak meroti..tp xtau nk buat roti apa. Nak buat roti manis, mcm kurang berkenan buat masa ni..niat di hati nak buat savoury bread. Cari punya cari terjumpa roti yg menggoda kat ig kak ZarinBahrin. Rupanya roti ni berasal dr ig kak Mynn..hahaha. Bersangkut paut. Bila di godek2 rupanya kat bwh pic tu kakzarin ada bgtau mcm mana nk buat. Wahhh.sy suka sy suka..hehee

Roti ni menggunakan doh roti manis biasa..sukahati korang nk guna resipi yg mana. Sy guna resipi roti manis yg biasa sy gunakan kalau nak buat apa2 jenis bun. Biarkan bm menguli hingga selesai lps tu barulah kita boleh kerjakan dia..hahaha. Roti berlayer2, sy hanya buat 2 layer je (org rajin mmg begini) huhuhu. Combination antara kucai & garlic sgt ossem rupanya, sama mcm tuna & leek..kira pasangan serasi la ni.hahaha

Bila roti ni dlm oven lg, baunya dah semerbak seluruh rumah..wangi dr garlic, chives & cheese tersangat lah menggoda. Sy suka mkn masa dia masih panas2, sebab time tu cheese dia masih cair n meleleh2 lg. Tak payah nak potong2 dah, main cubit2 je. Dia ni lebih kurang jugak mcm cinnamon pull apart bread..nak mkn main tarik2, tp yg ni version savoury. Wajib cuba ni, sebab bila buat skali mesti akan jd berkali2..hehehe


Sweet Dough Bread

Bahan-bahan:

375 g tepung roti
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih) 
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker. Pilih setting untuk "Dough" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
3. Potong doh kepada saiz yg kecil & susun 1 lapisan dlm bread pan. Kemudian letakkan melted butter, bawang putih cincang, kucai, sosej & juga cheese. Susun doh yg telah dipotong td, ulangi proses di atas & di akhiri dgn cheese pd bahagian atas. 
4. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. 




Tuesday, April 22, 2014

Paprik Sotong

0 comments
Assalamualaikum semua

Bila musim sotong tgh banyak ni..asik masak sotong je la kan. Sambal sotong, sup sotong, sotong kunyit & kali ni sotong paprik pulak. Dulu2 selalu gak buat paprik sotong ni..lebih2 lg time bln puasa. Sebab senang lauk sekali dgn sayur..huhuhu. Masak paprik ni sebenarnya semua asasnya sama, cuma kita tukar haiwan yg nak digunakan. Yg fofular paprik ayam & sotong je. Tp kalau nk try guna haiwan lain pun bleh je, kita yg buat dia kan. 

Lauk paprik ni juga bleh diketegorikan sbg lauk paberet. Cuma tak selalu buat sebab susah nk cari bahan yg lengkap. Masa pegi pasar sayur haritu nasib jumpa semua benda yg nak digunakan..apa lg, hangkut la semua. Dah lama sgt rasanya tak mkn paprik sotong ni. Cara nak membuatnya sgt senang. Kita campak je semua bahan yg ada..huhuhu. Tak abis2 lg main campak2. 

Tp sotong nya jgn dimasukkan terlalu awal ye..sebab sotong kalau terlebih masak dia akan jd keras..rasa mcm mkn tiub basikal nnt..hahahha. Masukkan sayur2 yg keras dulu. Dah lembut sayur2 tu baru masukkan sotong. Owhhh sedapnya mkn dgn nasi panas..kalau ada telur dadar lg bertambah menarik. Terus lapar rasa..hahaha



Paprik Sotong
Oleh: Dapur Ummi


Bahan-bahannya:
5 ekor sotong - hiris bulat
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci
1/2 batang karot - hiris memanjang
bunga kobis - potong kecil
3 susu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 susu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Air (jika perlu)

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
  3. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, April 21, 2014

Vadai / Vadey / Magelek & 3 Layer Tea

0 comments

Indian kuih in da houz..sekali sekala teringin plak nk mkn kuih ni. Rupanya benda ni ada banyak nama, yg sy selalu panggil vadey je. Paling pelik nama magelek tu..adakah min kuih ni sambil bergelek?hahahah. Dulu sy penah buat kuih ni sekali, tp yg spoil nya lupa nak letak garam..aiyooo. Sebenarnya bkn salah sy, dlm resipi tu yg tak tulis kena letak garam.

So, kali ni kita buat lg skali utk puaskan hati..dgn penambahan garam ye. Sebenarnya kuih ni sgt mudah utk di sediakan, cuma perlu rendam kacang nya 4jam sebelum disediakan. Version sy, sy suka lebih bawang & pedas. So, sy potong2 cili padi dlm kuih tu. Fuhhh, bila mkn berasap telinga..baru lah umphhh. Minum plak bersama 3 layer tea sejuk. Taktau nak ckp betapa nikmatnya..rasa tak berhutang (upsss, hutang ptptn masih ada ye).

3 layer tea tu senang gak nak buatnya, cuma teknik nya kena betul. Sy suka sgt teh ni sebab bau gula melaka tu sgt la wangi..ditambah dgn lemak dr susu cair. Gabungan yg sgt sempurna..ntah genius mana la yg merekacipta resipi 3 layer tea ni kan. So lps ni tak payah la nak order kat kedai dah..buat sendri je kat umah. Lps tu minum la bape banyak pun..hehehe. Sila salin resipi di bawah ya.



Vadey
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA:
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, gunting kecil2
1 tangkai daun kari, dilurut
2 biji cili hijau, dihiris - sy tambah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang.

3 Layer Tea 
Oleh: Noorsha

Bahan-bahannya:
Teh Pekat
Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal)
Gula melaka pekat ( ros letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni)
ketulan ais

Cara-caranya:
1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. 
2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2...

Pandan Chiffon

0 comments

Nampak gayanya demam chiffon masih belum reda. Kan dah ckp chiffon ni memang berhantu..bila dah buat sekali, mesti ketagih nak buat lg. Kali ni sy buat chiffon pandan, biasa sgt kan. Sebenarnya ada org hoder chiffon pandan ni, jd sebelum jual kena la kita test dulu yg mana resipi terbaik utk digunakan ye dak?? Tp tuan nya pun memang teringin nak rasa yg sebenarnya..pandai bg alasan kan..hahaha

Chiffon pandan ni akan lebih sedap kalau kita gunakan daun pandan original & juga santan. Santan yg digunakan jangan terlalu pekat, sedang2 saja. Walaupun menggunakan daun pandan, tp sy masih menambah beberapa titik pewarna hijau..sebab daun pandan tersebut hanya utk memberikan aroma. Kalau tak ada daun pandan, boleh juga digantikan dgn paste or esen pandan.

Kat umah ni kalau buat kek chiffon, tak sampai 1 hari boleh habis..paberet enche somi ni. Kalau kek lain sampai kena bagi pd jiran2. Jd, bertambah seronok la sy utk mencuba pelbagai resipi chiffon lg. Yg best nya kek ni tersangat lembut, gebu, lemak2 dgn harum daun pandan & yg paling penting ia tak muak..makan separuh biji pun boleh. Haaa, mcm mana?? Ada rasa teringin nak mkn tak??


Chiffon Pandan
Oleh: LemakManis

Bahan-bahannya:

Bahan A(di ayak 3 kali)
150 gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70 gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil
115ml jus pandan

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-caranya:

1.Bland 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak(jika guna daun pandan la)
2. Dapatkan 115ml jus pandan.(Iza guna pandan paste 1 sudu teh +air masak jadikan 115ml Jus pandan)
3. Gunakan hand mixer utk memukul bahan B
4. Masukkan corn oil dan teruskan memukul.
5. Putar hingga kembang.
6. Masukkan jus pandan.Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambah sedikit pewarna hijau,jika suka
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung.Dengan menggunakan sepatula kacau setakat tepung hilang dari    pandangan.Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi,putar putih telur hingga kembang.Masukkan cream of tartar dan terus memutar.Masukkan gula castor  dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar.Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi kedalam bancuhan kuning telur yg dah jadi hijau tadi...
12. Kaupbalikkan hingga rata.Jangan di putar.Jangan risau kalau adunan kelihatan berketul-ketul kerana memang itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yg gebu dan berongga.
13. Tuang bancuhan di atas,dalam mangkuk yg berisi separuh lagi,putih telur yg telah di pukul kental tadi.
14. Kaupbalikan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuang kedalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dulu 175 darjah cel.Lebih kurang 20 minit awal.Bakar selama 40 minit-45 minit.Atau hingga masak


Friday, April 18, 2014

Potato Au Gratin

0 comments
Menu ni adalah utk menghabiskan bahan2 yg terperok dlm fridge tu. Runsing dah tgk nya..utk mengelakkan pembaziran, kita gunakan lah sebaik mungkin..yg penting perut kenyang, baru lah hati akan senang kan..hehee. Menu ni mungkin boleh di gunakan utk org yg nak diet (mungkin ye). Sebab nya ia hanya menggunakan kentang & bawang sebagai bahan asas. 

Tp jgn lupa, ia juga mengandungi cheese & white sauce yg agak heavy..huhuu. Nak menyediakan terlalu mudah. Kita hanya perlu rebus sekejap kentang, tak rebus pun tak apa. Layerkan kentang & bawang besar, tabur tomato & curah white sauce. Upsss, jgn lupa tabur cheese ye. Selepas itu boleh la di bakar. Potato au gratin ni bleh di mkn sahaja @ bleh gak dijadikan side dish utk apa saja. Sy mkn bersama roti celup telur je..sedappp


Potato Au Gratin
By: Allrecipes

Ingredients:
4 russet potatoes, sliced into 1/4 inch slices
1 onion, sliced into rings
salt and pepper to taste
3 tablespoons butter
3 tablespoons all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
2 cups milk
1 1/2 cups shredded Cheddar cheese

Directions:
1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Butter a casserole dish.

2. Layer 1/2 of the potatoes into bottom of the prepared casserole dish. Top with the onion slices, and add the remaining potatoes. Season with salt and pepper to taste.

3. In a medium-size saucepan, melt butter over medium heat. Mix in the flour and salt, and stir constantly with a whisk for one minute. Stir in milk. Cook until mixture has thickened.

4. Stir in cheese all at once, and continue stirring until melted, about 30 to 60 seconds. Pour cheese over the potatoes, and cover the dish with aluminum foil.

5. Bake 45-60 minutes in the preheated oven.


Thursday, April 17, 2014

Oreo Lasagna

0 comments
Berbagai nama yg diberi pd resipi ni..ada yg panggil oreo lasagna, chocolate lasagna la. Tak kisah la apa pun namanya, yg penting sy dah dpt rasa. Sebelum ni memang teringat sgt..tp org yg jualnya di Kedah. Nasib la kwn sy kat cni bg resipi ni n dia teringin nak mkn. Nak buat sendri, mixer plak tak ada..maklumla org bujang. Jd, inilah peluang nya..sama dpt keuntungan.hebehe

Resipi ni sebenarnya telah terperam selama hampir sebulan. Mana taknya, jenuh pusing seluruh pulau utk cari dadih coklat & oreo crushed. Bila dah jumpa dadih coklat, oreo crushed plak takda..malas dah nak tunggu, sy blend kering je oreo biasa tu..hahaha. Sama je rasanya. Nak membuat nya sgt mudah..korang yg tak suka baking memang seswai buat resepi ni. 

Part yg 'paling susah' dlm proses ni hanyalah masak dadih..hahaha. Mencabar x? Walaupun nk membuat nya simple, tp rasanya.. Auummmm..sedap ya ampun. Lemak calori sumer tak perlu disebut la kan..kita buat2 lupa skejap. Apa yg sedapnya ialah, dlm 1 suapan akan ada pelbagai teksture..rasa cream yg halus gebu, lps tu rasa puding yg sedikit kenyal & yg plg best ialah crushed oreo yg meletup2 dlm mulut.. Dappp erghhh. Ada yg dah telan ayaq lioq?? Jom try buat ;)


Oreo Lasagna
Oleh: Moonirah

Bahan2:
1 pek Crushed Oreo (leh jumpa kat kedai jual bahan-bahan baking)
6 sudu besar butter, dicairkan
1 pek cream cheese (500gm)
250 ml air
850 ml susu + 4 sudu besar susu segar
3 1/4 cawan whipping cream
1 pek dadih perisa coklat
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
Serbuk koko/ cip coklat untuk hiasan

Cara2:
1. Dalam mangkuk, gaulkan oreo bersama butter yang dah dicairkan. Sebatikan dengan menggunakan garfu. Ratakan lapisan pertama dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese sampai kembang. Tambah 4 sudu besar susu dan gula, pukul rata. Masukkan whipping cream.
3. Dalam periuk,didihkan air dan 850ml susu segar. Kemudian masukkan serbuk dadih dan tepung jagung. Kacau rata sehingga larut dan sedikit likat.
4. Tuang larutan dadih atas lapisan oreo, bagi sejuk seketika supaya lapisan dadih kental. Kemudian ratakan lapisan cream cheese. Ulang dengan lapisan oreo, dadih coklat dan akhir sekali dengan cream cheese. (in case dadih dah pejal, leh heat balik bagi dia cair).
5. Tabur serbuk koko atau cip coklat atas lapisan cheese. Sejukkan dalam fridge semalaman sebelum dihidang.



Wednesday, April 16, 2014

Black & White Mousse Cake

0 comments
Jeng jeng jeng.. Kek ke pudding ni kan. Sebebarnya ini ialah kek yg dilapisi dgn mousse. Sy memang kurang suka mkn kek, tp dah enche somi request..sy buatkan la. Lgpun sy teringin gak nak try resipi baru dr buku Baking Code ni. Kalau boleh semua resipi kek dlm tu sy try, tp masalahnya siapa nk mkn n habiskan??huhuu. So, bila enche somi request tu, sy jd tersangat la eksaitednya.

Nampak kek ni mcm susah nak disediakan kan? Sebenarnya mudah saja..tp sy yg menggedik nak buat saiz mini (nak try pan baru lorrr, huhuu). Remeh la sket bila dibuat saiz mini ni..nk kena potong dulu kek tu kecik2. Nak melapis 1-1 lg..hadoiii, sakit pinggang. Sy suka resipi mousse ni sebab senang nak sediakan, berbanding resipi mousse utk chocolate indulgence dulu. 

Seperti biasa kek yg ada mousse ni ambil masa sedikit, sebab kita perlu biar mousse nya set dulu. Utk resipi kek sponge tu plak, boleh dibuat sesuka hati samada vanilla, coklat @ apa2 saja yg korang suka. Kek ni rasanya lebih kpd aiskrim..tidak muak kalau mkn byk pun. Tp hanya utk yg berani je la..hehehe



Black & White Chocolate Mousse Cake
By: Alex Goh

Ingredients:
For sponge cake

A
4 egg yolk
16g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B
4 egg white
100g sugar

C
84g plain flour
16g cocoa powder

D
50g corn oil

Step:
1. Whip ingredients A until light & fluffy.
2. Whip ingredients B until soft peak.
3. Mix the egg white mixture with ingredient A until well-blended.
4. Fold in ingredients C, mix untill well-combine. Add in ingredients D, mix until well incorporated.
5. Pour it into a greased and lined eound mould.
6. Bake at 180'C for 30minutes. Remove the cake immediately when baked.
7. After cooled, slice to 2 layer.

Dark Chocolate Mousse

Ingredients:
50g milk
1tsp instant coffee powder
20g sugar
1 egg yolk
60g dark couverture (melted)
2tsp gelatin
30g water
140g whipped topping cream

White Chocolate Mousse

Ingredients:
50g milk
20g sugar
1 egg yolk
60g white couverture (melted)
2tsp gelatin
30g water
140g whipped topping cream

Method:
1. Dark Chocolate Mousse: Cook milk until it boils Add into sugar & egg yolk, mix until well-blended. Continue cook for 1 minute. Add in dark couverture, mix until well-combined. Mix gelatin & water until well-blended & place it over double boiler, cook until gelatin has melted. Add it into the above mixture, mix until well-blended. Cool it over ice water to 30'C. Add in whipped cream, mix until well incorporated. 

2. Place 1 layer of cake onto the bottom of the round ring mould. Pour some dark chocolate mousse onto the cake. Top with second layer of cake. Keep in the fridge for 15minutes while preparing the white mousse.

3. White Chocolate Mousse: Refer step for dark chocolate mousse.

4. Remove the cake from fridge & pour the white chocolate mousse on top. Keep in the fridge to let it set.

5. Unmould & dust with some cocoa powder. 


Tuesday, April 15, 2014

Korean Mochi Bun

0 comments
Suatu masa dulu sy pernah terbaca tentang korean bun ni. Bun nya rangup di luar & chewy di dlm..mcm menarik je kan. Tp menurut beberapa sumber, tepung nya agak sukar utk dijumpai. Sedikit kiciwa sy mendengarnya. Masa blk bln Dec aritu, sy terjumpa korean bun ni..dia jual kat Bread Story, Times Square. Sy pun try la beli 2 biji sebab teringin nk rasa..tp Kashfe pula yg habiskan. Sy sempat rasa segigit je. Tak sangka pulak Kashfe pun suka korean bun ni. 

Kira puas la hati sebab dpt merasa korean bun ni (mcm org mengidam la plak..hehee). Yg lg best nya, masa cari barang kek kat bakery, sy ternampak pre-mix utk korean bun..tanpa berlengah terus sy capai sepeket. Harga nya agak mahal, 500g berharga rm10..tp sebab Kashfe dah suka apa salahnya (padahal, diri sendri yg eksaited nak beli tepung tu..huhuu). 

Nak membuatnya sgt mudah, berbanding roti biasa yg lebih cerewet & memerlukan masa yg lama. Sy cuma masukkan semua bahan dlm bm & cuma perap 15min je. Terus boleh bakar..senang kan?? Kalau mkn masa panas2 lg sedap. Celup dgn susu pun sedap jugak. Rasanya lemak2 manis..maybe dlm premix tu dah siap ada gula kot. Korang patut cuba roti ni, lain dr yg lain..sgt unik rasanya.


Korean Mochi Bun
By: Anim Ismail

Bahan-bahannya:

550g korean bread premix 
150g telur
10g susu tepung
10g soya sauce
95g mentega
175g air sejuk
60g bijan hitam (sy lebihkan 10g)

Cara-caranya:

Kaedah sy (menggunakan breadmaker) :-
1. Masukkan bahan cecair (telur, soya sauce & air sejuk) ke dalam bm.
2. Masukkan pula bahan kering (korean premix, susu tepung & bijan hitam).
3. On kan bm & biarkan ia menguli hingga selesai. 
4. Selepas itu, biarkan selama 15minit & boleh lah dibentukkan bulat-bulat seberat 40g.
5. Spray doh dengan air & bakar pd suhu 180degC selama 30~35mins atau sehingga perang.



Monday, April 14, 2014

Chicken Pie @ Pai Ayam

0 comments
Assalamualaikum semua..

Adakah semua nya sihat2 belaka??harap begitulah hendaknya. Haritu sy try buat chicken pie. Sebab nya, ada org mengidam nak mkn pie ni..so sy tlg buatkan. Resipinya sy dpt dr kawan wasap & sy olah bersama resipi dr Che Mat. Cuma, disebabkan 'kerajinan' yg melampau, sy menggunakan ready made puff pastry. Belum sampai seru lg nak buat puff pastry sendri.hehee

Filling nya simple je..sy menggunakan apa yg ada di fridge je. Sebenarnya nak buat pie ni mudah je, lebih2 lg bila menggunakan readymade puff pastry..simple, cuma step nya agak banyak. Tak kisah la kan, yg penting rasanya memikat hati. Cuma kali ni terpedas sebab terlebih letak cili padi..berasap telinga dibuatnya..hahaha. 

Bentuk asalnya yg sebelah belakang tu ya, yg depan ni korang anggap la sbg hiasan. Memang ia cantik, tp filling nya jd agak kering sebab lembapan nya telah tersejat. Tp sukati korang la nak buat bentuk yg mcm mana..kalau nk buat mcm bentuk karipap besar tu pun boleh. Kita yg buat dia kan..dia penting masuk perut, kenyang. Resipi nya boleh tgk kat bwh ya.. ;)



Pai Ayam
Oleh: CMG


BAHAN-BAHAN PASTRI:
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais

BAHAN - BAHAN INTI:
150 gram dada ayam, didadu kecil
3 kuntum cendawa butang (saiz besar, kalau kecil, guna 4 - 5 kuntum), didadu kecil
3/4 camca teh lada hitam serbuk
1/2 kiub pati ayam
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 tangaki kucai, hiris halus
1 helai bay leaf
1 camca besar penuh tepung gandum
Sedikit serbuk buah pala (optinal)
Garam secukup rasa
1 camca besar penuh mentega

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK PASTRI :Satuka tepung gandum, garam halus (jika guna) dan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambl digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI :Panaskan mentega, biar cair. Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam, kacau dan bila ayam berubah warna, tambah cendawan. Goreng sekejap. Tuang susu dan masukkan kiub ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan biar pekat. Tambah garam secukup rasa, lada hitam kisar, serbuk buah pala dan hirisan daun kucai. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matika api. Biar sejuk.
  4. UNTUK PAI AYAM DAN CENDAWAN :- Keluarkan doh, kemudian bagi kepada 2 bahagian, ambil 1 bahagian dan canai antara 2 helai plastik hingga mendapat doh nipis kurang lebih 3 - 4mm, terap dengan acuan yang sesuai (kalau guna pie maker, memang disertakan sekali dengan pemotong) seperti dalam gambar. 
  5. Panaskan pie maker, ambil bahagian pastri untuk lapisan bawah pai dan masukkan ke dalam pi e maker seperti dalam gambar, kemaskan dan letak inti. Tutup dengan pastri untuk bahagian atas pie pula. Turunkan penutup pie maker dan berhati2 rapatkan. Biar hingga lampu merah beralih kepada hijau. Buka pie maker dan pie akan jadi kuning keemasan seperti dalam gambar.
  6. Keluarkan dan lap pie maker dengan paper towel bersih. Ulang proses yang sama untuk baki doh dan bahan2 tadi. Kalau nak pie lebih perang, boleh biarkan lama sikit dalam pie maker. Hidangkan untuk minum petang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template