Sunday, July 7, 2013

Yogurt & Oreo Bun

        

Setelah sekian lama tidak meroti, ditambah pula bekalan roti Kashfe pun dah habis, jd harini tibalah masanya 'bai electronic' utk kembali berjasa..hahaha. Selongkar2 barang, tgk bahan ciskek semalam byk lg balanced nya. So, tetiba teringat resepi kat jintanmanis.com. Koleksi roti K. Ros sumernya menarik & menggoda..bila tgk semua pun rasa nak buat. 

Tp kat cni sy sesuka hati menderhaka pd  resepinya. Sebab taknak membazir sy campurkan oreo crushed(balance ciskek semalam) dlm adunan n utk tabur kat atas. Konon nya bila mkn roti tu nnt dpt la geget2 oreo tu, tp semua itu tidak seperti yg diimpikan. Oreo dlm adunan tu tersebati dgn jayanya, sehingga adunan roti bertukar kaler..hukhukhuk. 

Kejadian roti ni memang sangat lembut & gebu walaupun tanpa menggunakan bread improver @ water roux. Harum semerbak plak tu dgn bau dr minyak sapi. Makan masa baru2 masak, fuhhhh!!! Korang cubalah sendiri ye.


Yogurt & Ghee Bun
Resepi oleh: Kak Ros @ Jintanmanis

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
150 gram tepung gandum
30 gram minyak sapi@ghee
1 biji telur- tinggalkan sedikit utk sapuan pada atas bun nanti.
50gram gula
3 sudu besar plain yogurt@natural yogurt
220 ml susu segar@air suam
6 gram yis( ros guna instant yis jenama mauripan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar minyak masak

1/2 cawan oreo crushed - sy tambah


(untuk topping atasnya ros hanya taburkan sedikit gula) - sy tabur oreo crushed

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.Selepas doh diperap, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 6 ke 8 minit. Kemudian bulat-bulatkan dan susun di dalam acuan petak, atau dulung pembakar, biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit atau 40 minit. Gliss permukaan buns dengan baki telur yang dicampur dengan satu sudu besar susu segar atau air, gliss permukaan buns dan taburkan dengan sedikit gula. Panaskan oven suhu 170 ke 180 darjah, bakar buns selama 18 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan buns menjadi perang.

5. Setelah masak, sejukkan buns di atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template