Wednesday, July 24, 2013

Luncheon Rolls

Assalamualaikum..

Lama jugak x update blog ni ye.. Di bln posa ni agak bz la sket dgn pelbagai urusan (ayat mcm org bisnes jota2 je)..poyos sungguh..huhuu

Semalam Kashfe cirit birit, tetiba je..lps tu xnk minum susu langsung. Bila badan kurang air, trus la demam..huhhh, paham2 je la bila dah demam..mula la penyakit 'merapss' dtg blk. Asik nk melekat je xbleh berenggang. Cian Kachpe.. 

Tetiba mood meroti bertiup, lgpun Kashfe suka roti & breadmaker juga dah lama berehat. Jd semalam sebelum ke hosp sempat la mencampak2 bahan dlm bm. Blk je, elok2 dah siap di uli dgn jayanya. Bentuk2 kan, pahtu perap dlm sejam lg n bleh la di bakar. Cantik je dia masak waktu nk berbuka, tepat pd waktunya.

Kashfe mkn xda la byk sgt pun, tp mak Kashfe yg lebih (konon nak kuruihh) huhuu..resepinya bleh tgk kat bwh ye, cara buat nya plak korang bleh tgk kat blog CMG, lebih detail di situ. Apa lg, selamat mencuba ya..bleh gak di buat mkn sahur ;)

   

Luncheon Rolls
by: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130 ml susu segar 
30 g mentega*
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (sy guna sosej ayam)*
Keju mozarella, diparut (sy guna keju cheddar)*
* bawang besar yg dimayang (sy tambah utk topping)*

CARA MEMBUATNYA 
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*). Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan2 kecuali yang bertanda (*), ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Bila dah terbentuk doh baru masukkan mentega. Kemudian tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MEMBUAT ROTI :-Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara, tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi, canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal. Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi rata. Kemudian gulung seperti membuat swissroll. Potong kepada 12 bagagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template