Tuesday, July 30, 2013

Kecewa™

0 comments
Perasaan yg tidak tenteram tika & saat ini. Nk marah ada, sedey ada, geram ada..semua pun ada la. Sebenarnya sy kecewa sgt dgn tailor yg buat baju sambil lewa ni. Buat asal siap je, x pikir pun pasal keselesaan & kepuasan hati pelanggan. 

Kalau tak nak terima, bgtau la terus terang. Ini tidak, kata boleh tp hasilnya mcm budak ERT tingkatan 1. Cian Kashfe. 1st baju melayu nya sungguh horror. Cuba la kalau baju raya dia yg jd mcm tu, baru dia tahu apa rasanya

Huarghhhh..geram sgt. So, moral of da story..sila lah hantar baju raya anda awal2 ye & yg paling penting, cari tailor yg berkualiti..bkn yg buat keje cincai asal siap je.. 😔 

   
Ciannn Kashfe..nnt mak cari baju melayu lain utk awk ye..jgn sedey2 tau.

Sunday, July 28, 2013

Rumpai Laut Murahhh™

0 comments
Hi semua..

Pernah dengar pasal rumpai laut x? Mesti pernah kan..benda ni ada banyak khasiat nya. Terlalu banyak, cuma ramai yg x tahu sebab kat Semenanjung agak susah nak dpt. Tp kat cni mudah utk didapati.

So, kalau ada sesiapa yg berminat utk order sy boleh tlg belikan. Sebab next week sy dah nak blk, luggage pun ada byk extra. Jd yg berminat, boleh la email sy di ismail_anim@yahoo.com .. Ataupun sms/whatsapp: 0102207404. Harga nya di jamin murah dr pasaran, sebab sy x ambil untung pun. 

   

Sy ada jual ketiga-tiga jenis rumpai laut. Rumpai laut hijau, rumpai laut ungu & rumpai laut kuning. Cuma rumpai laut hijau berharga mahal sedikit kerana rumpai laut ini mempunyai khasiat yg lebih daripada yg ungu & kuning. Utk info yg lebih lanjut, korang boleh la search di google ya. 

Kat sini sy sertakan cara penggunaan & penyediaannya.

Cara Memasak / Penyediaan
• Basuh rumpai laut beberapa kali sehingga hilang sisa-sisa garam laut.
• Rendam semalaman (lebih kurang 5-8jam). Tukar air rendaman beberapa kali.
• Basuh & gantikan air rendaman sebelum merebus rumpai laut.
• Rebus dgn air biasa, dgn nisbah 100gm = 2-2.5 liter air.
• Masak dgn api yg perlahan dan kacau sehingga hancur selama 20-30 minit.
• Biarkan sejuk & simpan dlm bekas plastik di dlm peti ais ( bukan di freezer ye)
• Utk mengurangkan bau hanyir, rebus bersama dengan daun pandan.

Cara Menggunakan
Campurkan 1-2 sudu ke dalam apa2 jenis minuman (Jangan diambil bersama minuman/makanan yg berkafein/berkarbonat kerana boleh mengurangkan kecekapan penyerapan)
• Cara yg terbaik, diambil bersama Vitamin C 500mg/1000mg utk kesan yg optima. ( Pengambilan bersama vitamin C membantu penyerapan nutrisi lebih cepat ke dlm badan)
• Boleh juga dicampur di dalam masakan harian utk meningkatkan serat dlm menu anda.
• Juga boleh digunakan sebagai masker. Gunakan 2-3 sudu rumpai laut yg telah dimasak & disejukkan, sapukan ke muka & leher. Biarkan selama 20minit, sehingga kering & basuh sehingga bersih dgn menggunakan air suam.
• Rumpai laut mentah yg telah direndam & dibasuh sehingga bersih boleh dimakan mentah atau dijadikan kerabu.

Saturday, July 27, 2013

Sagu Gula Melaka

0 comments
Sungguh pantas masa berlalu, tidak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..sedey rasanya. Entah masih dpt bertemu lagi di tahun hadapan atau tidak. Semoga Allah memanjangkan usia kita supaya dapat bersama pd Ramadhan yg akan dtg..Ameenn.

Dessert kali ni agak tradisional sikit. Bukan apa, masa balik kampung haritu, ada kawan mak di masjid yg bg juadah ni. Tiba2 pula rasa teringin nk mkn lg, so selongkar2 resepi jumpa la kat dapur Cik Mat. 

Rupanya senang je nak buatnya. Nak lg senang, sy mkn sagu tu dgn gula melaka & susu cair..lg debooommm kebabommmm rasanya. Xpayah nak susah2 masak santan (org 'rajen' memang begini)hehehee. 

Ok, skang sy dah lulus masak sagu..x terlembik atau terkeras, sedang elok je (puji diri sendri la plak)..huhuu. K, anda semua jgn lupa try ye..memang sgt seswai dibuat juadah berbuka puasa.


Sagu Gula Melaka
by: CMG

Bahan-bahannya
300 gram biji sagu, cuci & toskan
2 liter air
2 helai daun pandan
3/4 sudu teh pewarna merah

Untuk Gula Melaka
1 ketul gula melaka, dihancurkan kasar
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
*kesemua bahan utk gula melaka disatukan & dimasak hingga pekat. Kemudian tapis & sejukkan.

Untuk Santan (*sy guna susu cair sahaja)
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam
1/2sudu teh tepung jagung
*kesemua bahan utk santan disatukan & dimasak. Kemudian sejukkan.

Cara-caranya
1. Didihkan 2 liter air bersama daun pandan dan pewarna merah, kemudian masukkan biji sagu dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam periuk.
2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sagu tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi. 
3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk..yummyyyy

      

Thursday, July 25, 2013

Chicken Tortilla Wrap

0 comments
     

Wakey wakey.. Selamat bangun sahur semua. Sebenarnya resepi arini sy buat utk sahur tadi. Xtau dah nak masak apa utk sahur, tetiba teringat akan tortilla yg di bawa dr Malaya aritu. Kat cni xpenah nampak lg kewujudan tortilla ni.

Setelah menyelongkar peti ais, dan semua bahan yg diperlukan ada, niat utk mkn tortilla time sahur pun diteruskan. Sebenarnya, x susah mana pun nk wat benda alah ni..ikut pd kita sendri, kita yg buat dia. Apa yg wujud kat umah kita gunakan je.

Chicken fillet tu bleh gak digantikan dgn nugget, daging burger, atau apa saja yg korang suka la. Sy gunakan chicken fillet yg di marinate & di goreng dgn tepung tempura. Sayur & sos nya pun sesedap rasa la nak letak apa. Kat cni sy bg resepi yg sy buat. Sila lah cuba ;)


Chicken Tortilla Wrap
(2-3 hidangan)

Bahan-bahannya
3 keping Tortilla
2 keping fillet ayam
* barbeque sauce 
* bawang putih
* bawang merah
* mixed herbs
* madu
* black pepper
* garam
1 biji tomato
1 biji bawang besar
Daun salad sesedap rasa
Mayonaise
Thousand island sauce
Chilli sause

Cara-caranya

1. Perapkan chicken fillet bersama bahan2 yg bertanda (*). Kemudian goreng fillet tersebut bersama tepung tempura & ketepikan.
2. Panaskan tortilla dlm microwave dgn suhu medium selama seminit utk melembutkan nya. Selepas itu boleh la diletakkan bahan inti di atas tortilla tadi.
3. Mula2 sy sapukan mayonaise & susunkan salad. Kemudian taburkan dgn bawang besar & tomato.
4. Lepas tu letakkan ayam tadi & akhirnya sos2 kegemaran anda. Dah tu gulungkan saja. Siappp!!!
5. Boleh juga kalau nk bakar dlm oven skejap supaya lebih menarik. Sebelum hidang potong kepada 2 bahagian. Taraaa

       

Biskut Belasah @ Snow Crunchy

0 comments
Biskut raya??? Baru separuh puasa dah buat semekut raya??ish ish ish.. Sebenarnya ini bukanlah semekut raya pun, biskut ni sy buat utk kudap-kudapan & sebab nak membalas bekas kawan. 

Nape namanya biskut belasah, sebenarnya sis sy yg bg nama tu..dia ada byk stock putih telur, jd sbb xtau nk buat apa, so tercipta la biskut ni. Parents sy suka sgt, termasuklah enche asben juga. Jd sy pun terpaksa la membelasah gak semekut ni..huhuu

Rupanya kat Johor, ada wujud semekut ni..nama dia Snow Crunchy. X kisah la apa pun namanya, yg penting ianya sgt tedapppp. Mkn seketul pasti nak lg & lg. Nak membuat nya pun tersangat la mudah, budak darjah 3 pun bleh buat. Cakap banyak pun x guna kan, jom kita tengok resepi nya..selamat mencuba ya ;)


Biskut Belasah
by: AnimIsmail

Bahan-bahannya
4 biji putih telur
100g gula kastor (boleh kurangkan kalau x suka manis)
1-2tsp esen vanilla
10g tepung jagung*
130g cornflakes*
120g chocolate chips*
60g almond sliced*
60g sunflower seed*

Cara-caranya
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit2 hingga habis.
2. Pukul sehingga kental (bila terbalikkan mangkuk, putih telur tidak jatuh.
3. Masukkan esen vanilla & pukul sebentar hingga sebati.
4. Di dalam satu bekas, gaulkan bahan2 yg bertanda (*).
5. Kemudian masukkan ke dalam adunan meringue tadi, kaup balik kan sehingga sebati.
6. Sudukan ke dalam papercup @ terus di atas try yg telah di alas dgn baking paper.
7. Bakar pada suhu 140'C selama 30-35 minit (atau sehingga kekuningan).


Jalan-jalan naik sampan™

0 comments
Harini Kashfe dah x demam lg, cerry berry pun dah semakin ok. So, ptg tadi kami bawak dia ambil angin..cian dia dah lama x jalan2. Asik kena tinggal je.

Abah bawak Kashfe jalan2 amik angin tepi pantai, sementara nk tunggu berbuka..kebetulan air tgh surut, boleh la berjalan hingga ke tgh sikit. Kashfe memang suka kalau di bawak jalan2, sama mcm mak dia jugak..huhuu. Siap bertepuk2 tangan dgn girang nya. 

Xda idea nak mengarut dah.. So, let da pictures do da talking.....cekidaut 

  
     Buat pertama kalinya Kashfe naik 
                        sampan

            Air surut hingga ke tengah

          
                  Hepriuk nya dia

          
       Ni aktiviti paling diminati Kashfe

Wednesday, July 24, 2013

Luncheon Rolls

2 comments
Assalamualaikum..

Lama jugak x update blog ni ye.. Di bln posa ni agak bz la sket dgn pelbagai urusan (ayat mcm org bisnes jota2 je)..poyos sungguh..huhuu

Semalam Kashfe cirit birit, tetiba je..lps tu xnk minum susu langsung. Bila badan kurang air, trus la demam..huhhh, paham2 je la bila dah demam..mula la penyakit 'merapss' dtg blk. Asik nk melekat je xbleh berenggang. Cian Kachpe.. 

Tetiba mood meroti bertiup, lgpun Kashfe suka roti & breadmaker juga dah lama berehat. Jd semalam sebelum ke hosp sempat la mencampak2 bahan dlm bm. Blk je, elok2 dah siap di uli dgn jayanya. Bentuk2 kan, pahtu perap dlm sejam lg n bleh la di bakar. Cantik je dia masak waktu nk berbuka, tepat pd waktunya.

Kashfe mkn xda la byk sgt pun, tp mak Kashfe yg lebih (konon nak kuruihh) huhuu..resepinya bleh tgk kat bwh ye, cara buat nya plak korang bleh tgk kat blog CMG, lebih detail di situ. Apa lg, selamat mencuba ya..bleh gak di buat mkn sahur ;)

   

Luncheon Rolls
by: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130 ml susu segar 
30 g mentega*
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (sy guna sosej ayam)*
Keju mozarella, diparut (sy guna keju cheddar)*
* bawang besar yg dimayang (sy tambah utk topping)*

CARA MEMBUATNYA 
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*). Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan2 kecuali yang bertanda (*), ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Bila dah terbentuk doh baru masukkan mentega. Kemudian tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MEMBUAT ROTI :-Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara, tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi, canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal. Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi rata. Kemudian gulung seperti membuat swissroll. Potong kepada 12 bagagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Thursday, July 11, 2013

Wholemeal Loaf

0 comments
   

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua. Harini baru ada masa nak hupdate belog ni..agak busy di bulan Ramadhan ini. Semalam sy buat roti utk bekfas Kashfe..cian dia asik mkn makanan yg sama je. Tp x sempat la nak buat roti yg berbentuk or berfilling bagai..jd roti loaf yg siap bakar dlm breadmaker je..huhuhuu, rajin kan mak Kashfe.

Jarang nak jumpa roti wholemeal yg lembut gebu mcm kat pasaran kan..tp resepi ni bleh menjadikan roti anda hampir sama dgn yg jual di kedai. Maybe sebab resepi ni guna tangzhou @ water roux. Sy sgt suka roti yg menggunakan water roux sebab hasilnya roti yg gebu & lembut hingga 2,3 hari.

Mengikut resepi ni ia dibakar dlm pullman tin..tp seperti yg sy nyatakan di atas, sy biar je roti tu trus masak dlm breadmaker (org 'rajin' memang begini) huhuhuu. Setelah 3jam, keluar la sebiji roti yg menyerupai kepala iron man (kata enche hasben) hahahaa.

Ok la, nak siap mkn berbuka ni..semoga ketemu lg nnt. Selamat berpuasa, selamat berbuka & selamat bersahur..weee

      

Tangzhou Wholemeal Loaf
by: Christine
Yield: 1 loaf(one loaf tin sized 20.5cmx10.5cmx9.5cm)

Ingredients:
  • 110 gm milk
  • 45 gm whisked egg
  • 100 gm Tangzhong 
  • 40 gm sugar
  • 5 gm salt
  • 200 gm bread flour
  • 150 gm wholemeal / whole wheat flour
  • 6 gm instant dry yeast
  • 40 gm unsalted butter, softened at room temperature

Method: 
  1. Add all ingredients (except butter) into a breadmaker, first the wet ingredients (milk, egg, tangzhong), then followed by the dry ingredients (sugar, salt, bread flour, wholemeal flour, yeast). (Note: I used to make a small well in the flour, then add the yeast into it.)
  2. Select the “dough” mode (refer to the manual of your breadmaker to select the kneading dough programme). When all ingredients come together, add the butter (see picture 1). Knead until the dough becomes elastic.
  3. Let the dough complete the 1st round of proofing, until doubled in size, about 40 minutes.
  4. Transfer the dough to a clean floured surface. Deflate and divide into 3 equal portions. Knead into ball shapes (see picture 2). Cover with plastic wrap, let rest for 15 minutes at room temperature.
  5. Roll out each dough ball with a rolling pin into an oval shape. Roll up the dough and seal tightly (see picture 3 & 4). Seal faces downward. Roll out each portion to 30cm in length with your rolling pin (picture 5). Seal faces upward and roll into a cylinder shape (see picture 6 & 7). The seal faces down (see picture 8). Arrange the rolled-up dough in a greased or non-stick loaf tin. Repeat this step for the other two portions. Leave it for the 2nd round of proofing, about 40 minutes, or until the dough rises up to 4/5 of the height of the tin inside (see picture 9). Close the loaf lid. (Remark: If your tin doesn’t have a lid, just brush a bit of whisked egg on surface.)
  6. Bake in a pre-heated 170C / 335F oven for 30 to 35 minutes. Remove the loaf from the oven and tin. Transfer onto a wire rack and let cool completely. Slice to serve or place in an airtight plastic bag or container once it's thoroughly cooled.

Wednesday, July 10, 2013

Chicken Floss Roll Bun

0 comments
         

Setelah lama teringin nak cuba resepi ni, akhirnya harini sy berjaya menyiapkan nya. Resepi ni sy terjumpa masa bw haritu..terus save resepi nya. Tp bahan nya plak xda kat cni..bila blk Malaya aritu barulah dpt beli bahan utama nya, iaitu chicken floss. 

Memang berbaloi tunggu sekian lama..sebab roti ini sgt tedappp. Masa dlm oven lg dah semerbak harum bau nya. Bila di geget plak rasa mayonis+chicken floss tu memang masyukkk..nasib x habis sebatang mkn berdua. Yg lebih tu bleh la buat sahur nnt, tu pun kalau 'x selamat' mlm ni..hehee

Owh ya, resepinya dlm bahasa Indonesia..tp In Shaa Allah boleh faham sebab mudah je. Kalau ada yg x faham bleh tanya ye. Utk pic yg lebih menarik, bleh la ke tuan punya resepi..pasti korang terliur melihatnya. Selamat mencuba ya ;)


        

Chicken Floss Roll Bun
By: Ricke 

Bahan;
200 gram terigu protein tinggi/bread flour (Cakra Kembar, aku kemarin pakai tepung ala BT)
50 gram terigu protein sedang/all purpose flour (Segitiga Biru)
30 gram gula pasir halus (gula kastor) ~ bisa pake gula pasir biasa yg diblender
1 sdm susu bubuk full cream
6 gram ragi instant (1/2 bungkus)
1/4 sdt bread improver (aku pake Baker's Bonus) ~ bisa diskip klo ga ada
2 butir kuning telur
100 ml air es ~ penggunaan bisa jadi lebih sedikit tergantung kelembaban terigu yg digunakan, tambahkan sedikit demi sedikit sambil diuleni, hentikan jika sudah dirasa cukup
50 gram margarin
1/4 sdt garam

Topping:
1 butir kuning telur, kocok lepas
2 batang daun bawang, iris halus
Wijen sangrai secukupnya

Filling:
Mayonaise
Chicken floss (abon ayam) ~ Bisa diganti dengan meat floss (abon sapi)

Cara membuat:
1. Campur terigu, ragi instant dan bread improver. Aduk rata. Masukkan telur, aduk rata. Masukkan air es sedikit demi sedikit sambil diuleni, hentikan penambahan air jika dirasa sudah cukup. Uleni sampai 1/2 kalis.
2. Masukkan margarin dan garam. Uleni terus sampai kalis dan elastis. Permukaan adonan licin dan adonan tidak mudah sobek jika dibeberkan tipis. Tempatkan dalam wadah, tutup dengan plastik atau serbet lembab. Istirahatkan selama 40 menit atau sampai adonan mengembang 2x lipat.
3. Kempiskan adonan, gilas tipis menjadi bentuk kota ukuran 30x30 cm. Tempatkan dalam loyang ukuran 30x30x3 cm (seperti loyang bolu gulung) yang sudah diolesi margarin. Tusuk-tusuk di beberapa tempat dengan menggunakan garpu agar adonan tidak mengangkat saat dipanggang. Istirahatkan lagi selama 15 menit.
4. Olesi permukaannya dengan kuning telur, taburi wijen dan daun bawang. Panggang dalam oven suhu 180'C selama 15 menit. Jika ada api atas, 3 menit terakhir nyalakan api atas agar warna permukaannya kecoklatan. Jika menggunakan oven tangkring, taruh loyang di rak paling atas.
5. Keluarkan dari oven. Siapkan kertas roti dg ukuran lebih besar dari loyang, balik roti diatas kertas roti. Oles dengan mayonaise, beri abon. Gulung perlahan sambil dipadatkan (gunakan kertas roti sebagai alas tangan saat menggulung). Diamkan sebentar. Potong menjadi 5 bagian. Olesi masing-masing ujungnya dengan mayonaise dan beri abon.


           

Monday, July 8, 2013

Kashfe demam & Farewell party™

0 comments
          
                Berat hanya 7.46kg

Semalam Kashfe demam lg..badan dia x panas sgt, suam2 kuku je..tp kashfe ni kalau x sihat je mesti nak memerap, lebih2 lg dgn maknya. Sabooo je laaa.. Kalau tinggal kn dgn nenek ok je x buat perangai. Demam nk pandai apa plak lps ni syg oiii...

Semalam pun Kashfe kena checkup & amik injection setaun kat clinic..tp oleh sebab Kashfe demam, terpaksa la postpone ke minggu dpn injection nya. Pandai awk mengelak kan, belum kena injection awk dah demam dulu. Hopefuli injection minggu dpn awk x demam lg.

Konon2 nya semalam nk buat roti gulung, tp dgn keadaan Kashfe yg mcm tu nampaknya niat tu pun terpaksa di postpone gak. 

Owh ya, mlm tadi mak dgn abah pegi dinner sempena Majlis Perpisahan En. M. Azfar..sorry ye sebab x bawak awk, Kashfe. Azfar dpt berpindah ke Kota Kinabalu..dah xpyh la dia mkn nasi bungkus lg..hehee. Ucapan utk Azfar, semoga berjaya dlm hidup & bahagia bersama insan tersayang. Time kaceh sebab banyak tlg kami selama ni. Nanti kita jumpa di Perak pula ye..weeeee

       
                   Tata titi tutu

Sunday, July 7, 2013

Yogurt & Oreo Bun

0 comments
        

Setelah sekian lama tidak meroti, ditambah pula bekalan roti Kashfe pun dah habis, jd harini tibalah masanya 'bai electronic' utk kembali berjasa..hahaha. Selongkar2 barang, tgk bahan ciskek semalam byk lg balanced nya. So, tetiba teringat resepi kat jintanmanis.com. Koleksi roti K. Ros sumernya menarik & menggoda..bila tgk semua pun rasa nak buat. 

Tp kat cni sy sesuka hati menderhaka pd  resepinya. Sebab taknak membazir sy campurkan oreo crushed(balance ciskek semalam) dlm adunan n utk tabur kat atas. Konon nya bila mkn roti tu nnt dpt la geget2 oreo tu, tp semua itu tidak seperti yg diimpikan. Oreo dlm adunan tu tersebati dgn jayanya, sehingga adunan roti bertukar kaler..hukhukhuk. 

Kejadian roti ni memang sangat lembut & gebu walaupun tanpa menggunakan bread improver @ water roux. Harum semerbak plak tu dgn bau dr minyak sapi. Makan masa baru2 masak, fuhhhh!!! Korang cubalah sendiri ye.


Yogurt & Ghee Bun
Resepi oleh: Kak Ros @ Jintanmanis

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
150 gram tepung gandum
30 gram minyak sapi@ghee
1 biji telur- tinggalkan sedikit utk sapuan pada atas bun nanti.
50gram gula
3 sudu besar plain yogurt@natural yogurt
220 ml susu segar@air suam
6 gram yis( ros guna instant yis jenama mauripan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar minyak masak

1/2 cawan oreo crushed - sy tambah


(untuk topping atasnya ros hanya taburkan sedikit gula) - sy tabur oreo crushed

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.Selepas doh diperap, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 6 ke 8 minit. Kemudian bulat-bulatkan dan susun di dalam acuan petak, atau dulung pembakar, biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit atau 40 minit. Gliss permukaan buns dengan baki telur yang dicampur dengan satu sudu besar susu segar atau air, gliss permukaan buns dan taburkan dengan sedikit gula. Panaskan oven suhu 170 ke 180 darjah, bakar buns selama 18 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan buns menjadi perang.

5. Setelah masak, sejukkan buns di atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.


Blueberry-Oreo Chilled Cheesecake

0 comments


Ini dia resepi kek bufday Kashfe seperti yg dijanjikan semalam. Resepi ni diambil dr blog Pn. Hana. Tp sy telah menderhaka sikit pd resepinya..maaf ye tuan punya resepi. Sy x memarblekan kek tu, tp meletakkan blueberry filling tu setompok2 kat dlm kek. 

Sebab nya sy nak atas kek tersebut putih suci. Abah Kashfe nak suruh buat cap tangan Kashfe atas kek tu..tp faham2 la bila org yg x penah mendeco kek, tetiba nak melukis atas kek..memang horror la kejadian nya..huhuu. 

Pd mulanya tapak tangan tersebut agak cantik siap di pipe kalerpul piping jelly, tp rupanya dia bleh mengalir sendri..tapak tangan tu dah jd mcm sutun kurita la plak. So, langkah pencegahan nya, sy taburkan oreo crushed di atas kek utk menutup kecacatan yg terjadi.

Tp jangan pandang pd rupa ya..ciskek ini sangat sedap rasanya. Abah Kashfe yg susah nk puji pun kata ciskek ni sangat menarik. Pasti x menyesal kalau cuba. Selamat mencuba yeee ;)


Blueberry Marble Cheesecake

Bahan-bahan

Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc - sy guna oreo
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 90g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - sy guna blueberry filling
  • 25ml syrup blueberry - yg ni pun sy xletak
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.


Saturday, July 6, 2013

Kashfe is 1 today™

2 comments
   

Yayyy.. Happy Birthday Muhammad Kashfe, anak mak yg tersayang. Kaseh & sayang mak hanya untuk awk seorang sampai bila2. Semoga Kashfe membesar menjadi anak yg soleh, berakhlak mulia, sopan santun serta hormat & kaseh akan orang tuanya. Semoga selalu dilindungi & dilimpahkan rezeki yg halal oleh Allah SWT, Menjadi kebanggaan keluarga, 

Harini mak buat kek sempena bufday Kashfe, nak buat fruit cake tp xda buah yg menarik kat cni..so, kek yg agak seswai utk Kashfe ciskek je la. Resepi akan diupdate kemudian nya. 

Sorry ye Kashfe, mak awk ni x berseni dlm deco mendeco ni..tp mak tetap gak nak buat kek bufday awk yg pertama. Maaf jugak sebab xdpt nak buat party yg meriah utk awk. In syaa Allah tahun2 yg mendatang kita akan celebrate dgn lebih meriah lg.

          

Thanks Allah for the beautiful gift that u has given me

Thursday, July 4, 2013

4 July 2012™

0 comments

Tahun lepas pd tarikh yg sama, sy telah berada di spital. Persis mlm ni, taun lepas juga hujan, sama sejibik. Bila teringat sakit time tu, rasa mcm baru semalam sumer tu jd. N perasaan takut masih tebal lg dlm diri ni..(poyo sungguh ayat nya)huhuhu. So, xperlu la sape2 tanya bila nak menambah ye..sebab Kashfe pun blum bersedia nk kongsi kaseh sayang. 

Owh ya, Kashfe dah ok dr demam..tp penyakit merapsss nya sgt teruk pg td. Skang ni mak Kashfe plak yg demam..huhuhuu

Wednesday, July 3, 2013

Mulanya di sini....™

0 comments
          
            Love u more than ur father

Arini bermula lah profession baru bg mak Kashfe..bunyi nya mcm canggih je kan??hahaha. poyoss sungguh.
Ia dinamakan kais pagi mkn pg, kais ptg mkn petang.. Semoga semuanya berjalan lancar & dipermudahkan urusan.. Ameen

 Tp yg xbest nya, harini Kashfe demam..merengek je nk berdukung sepanjang hari. Org tua2 kata demam sbb nak pandai..maybe Kashfe nak pandai jln ye. Kashfe kena cpt sihat, x best la celebrate bufday masa demam. 


"Yesterday is history, tomorrow is still a mystery, and today is a gift.. That's why it's called present...."

Panggilan pulau™

0 comments
   

Hurmmmm... Sy sudah selamat kembali ke pulau yg 'menarik' ini. Kashfe biasa la, dia mana ada perasaan..mana2 trmpat pun sama je bg dia. 

Cian kat atukk & opah Kashfe kat perak, mesti diorg sunyi n rindukan Kashfe. Lg 31ari Kashfe blk ye..dah bleh start counting ni..huhuu. Nnt bleh la rasa masakan mak yg lazat2 lg..sy suka, sy suka..hehehe.

Blk aritu sempat gak masak utk mak&ayah..apa yg diorg teringin semua anim cuba buatkan. Alhamdulillah semua nya jd dgn sempurna walaupun tanpa oven yg canggih & breadmaker. Antara yg sempat anim buat haritu, pizza, hotpot potatoes, pineapple jelly (yg ni faveret ayah, buat sampai 2kali), taufufah, pau, roti, mac&cheese & butter cake. Diorg happy sgt, anim pun turut happy. Selalu masak utk parents in law je, blk sesiput turn parents anim la plak.huhuu

Ini adalah antara menu2 yg menarik semasa di sesiput.. Bila tgk blk pic2 ni, telan air liur..huhuu

           Mac&cheese kaseh sayang

   
              Taufufah kaseh sayang

   
  Pulut mangga ni mak yg masak..hikhik

       
                Pau kaseh sayang

   
       Tempoyak (mak jugak yg masak)

   
        Hotpot potatoes kaseh sayang

                 Roti kaseh sayang

   Ini laksa paling sedap di alam semesta

Ok, bila dah masuk sumer pic ni sy rasa lapar..n sy patut tido sebelum kaki sy melangkah ke dapur..hehee. Nunite😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template