Monday, March 17, 2014

Chiffon Markisa @ Passion Fruit Chiffon

0 comments
Assalamualaikum 


Dah lama tak menyiffon ni kan..sebenarnya yg ni sy buat beberapa bulan lepas (baru sampai Q nak di publish..teruk sungguh tuan blog ni kan.huhuu). Impian utk buat chiffon markisa ni dah lama, sejak tahun lepas lg..tp markisa nya ndak ketemu. Jdnya, blk bln 12 aritu sy telah membawa sedozen markisa bersama..gigih kan. Memang teringin sgt, mengalahkan org mengidam ni..hahaha

Utk resipi ni, sy gantikan air tersebut dgn jus markisa utk meng'umphh' kan lg rasanya..dan ternyata ianya sgt berbaloi. Terasa masam2 manis dlm setiap gigitan. Tp apa yg sy paling suka bila tergigit biji2 markisa yg berselerak di dlm kek..tedappp nya. Terus rasa teringin nk buat lg. Apakan daya buah markisanya tiada. InsyaAllah tak lama lg dpt la mkn, sebab pokoknya dah berbunga. InsyaAllah nanti akan lebih banyak resipi markisa yg muncul..hehee. Tungguuuu...


Passion Fruit Chiffon Cake
By: Angel

Ingredients:
(A)
4 egg yolk
50g castor sugar (I used 20g)
(B)
50g vegetable oil 
55g passionfruit pulp (slightly more than one fruit)
20g water
¼ tsp salt
(C)
100g low protein flour (I used normal plain flour)
½ tsp baking powder
(D)
4 egg white
100g castor sugar (I used 90g)
1/8 tsp cream of tartar 

Method:
1) Whisk egg yolk and sugar in (A) till sugar dissolved. Add (B) and mix well. 
2) Sift in (C) and mix till a smooth and uniform batter is formed. Set aside.
3) Whisk egg white till frothy, Add 1/3 of sugar and cream of tartar in (D). Continue to beat and add remaining sugar in 2 sessions and beat till stiff peak (original recipe is to beat whites till soft peak then add sugar/cream of tartar at one go). 
4) Fold in 1/3 of the meringue to egg yolk mixture, fold till just incorporated. Repeat the same for the remaining meringue.
5) Pour batter into 20cm tube pan, bang it on tabletop twice to release air bubbles. Bake in preheated oven at 170C for about 40-45 mins. Invert the cake immediately once taken out from the oven. Cool completely before removing from mould. 

Note:
1) Use egg of net weight 60g each (without shell). 
2) Cream of tartar can be replaced by ½ tsp lemon juice or vinegar. 
3) I think 20g water in (B) can be replaced by passionfruit juice to boost the passionfruit flavour. 




RIP William Ak Siong

1 comments

"Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati" (Surah Al-Ankabut : 57)

Sedeyyy.. RIP William Ak Siong

Saturday, March 15, 2014

Kacang Phool II

0 comments
Assalamualaikum semua..


Sebenarnya dah lama sy teringin nk mkn kacang phool bersama roti yg tedappp. Maklumlah skang kan dah terer buat roti (prasan sungguh la) huhuhu. Dulu sis sy selalu buat kacang phool ni. Kami sefamily sgt suka, walaupun kami bukan org johor..hehee. Ingatkan kacang foul ni tak wujud di Labuan, tp sy terjumpa kat 1 kedai runcit ni..punya la eksaited, terus amik 3 tin (tamak kan). Padahal sy masak guna setin je utk mkn bertiga.

Resipi kacang phool ni ada macam2 version. Yg sy buat ni resipi yg sis sy selalu guna..dia amik dr ex-ofismate dia. Sy sendri pun kurang pasti resipi yg originalnya bagaimana. Pd tekak sy, resipi ni sudah sgt lazat. Nak membuatnya pun tak susah mana. & yg pasti ia sangat mengenyangkan. Biasanya kacang phool ni kita mkn bersama telur mata, bawang & cili hijau yg di dadu, serta perahan limau kasturi.. & tak lupa roti yg disapu butter n di bakar sedikit. 

Bila digaul sebati semuanya  & di cicah bersama roti, rasanya seperti meletup2 di dlm mulut..huhuhu(terguna ayat papa joe la plak). Kepada yg tak pernah cuba tu, sila lah cuba ya..pasti tak menyesal. Owh ya, kalau tak jumpa foul beans tu, bleh juga digantikan dgn chic peas. Cuma mungkin rasanya agak lain sedikit.  Owh ya, utk kali ni sy hidangkan bersama hokkaido milky toast. Tp kalau guna roti biasa pun boleh..apa yg ada kita belasah je..hahaha



Kacang Phool

By: Kak Yani KG

Ingredients:
1 medium onion
5 cloves garlic
2 inches ginger, pound all this ingredients.
2 tbsp rempah Khurma Adabi
2 tbsp rempah Beryani
About 4 cans of beans in salted water, I used kidney bean, chic peas, green peas and baked beans. - sy guna foul bean & chic peas
1 tbsp oil
2 tbsp ghee
300g minced meat

Method:
1. Heat oil, sautee onion, ginger, garlic paste till fragrant.
2.Add the beryani and khurma spices that you have mixed into a paste, fry until fragrant.
3. Add the minced beef, fry until all the juices dried up.
4.Add all the beans together with water.
5.Add salt to taste, let simmer, and remove from fire.

Best served with bread, sunny side up, fresh lemon juice, sliced green chillies and melted ghee





Friday, March 14, 2014

Ayam Kung Pao / Kungpao Chicken

0 comments
Assalamualaikum semua..

Apa khabar harini? Semoga sihat sentiasa. Maklumla, hari skang tersangat panas..tak kira siang ke mlm. Jd, minum la banyak air masak ye..utk kekal sihat & kuat..hehehe. Harini sy masak lauk simpe je..sebab agak sibuk menyiapkan tempahan. Alhamdulillah la Kashfe tak cerewet..cuma dia hanya akan mkn bila betul2 lapar, kalau tidak hanya sesuap dua je dijamah nya. 

Lauk simple tersebut adalah, ayam kungpao..pernah dgr tak? Lauk ni rasanya lebih kepada chinese dish. Tetapi sgt sesuai dgn selera kami. Nak membuatnya juga sgt mudah & cepat. Resipi ni sy belajar dr my sis. Masa sebelum kawen dulu, selalu jugak kami buat lauk ni. Kalau ikut sis sy, apa yg ada kat dapur, semua main campak2 je. Ada skali dia buat menu pelik, udang air terjun kot namanya. Tp tak disangka rasanya sedap..hahaha. Lawak sungguh bila dikenang kembali.

Bagi sy, kalau buat lauk ni tak perlu di masak sayur lain lg..sebab semua pun telah bercampur skali. Utk kuahnya pula, bergantung pd citarasa individu samada nak kuah banjir @ pekat2 bersalut. Sedappp, rasanya pedas, manis, masam sgt membuka selera. Tambah pula bila dimkn bersama nasi panas..memang ke laut la diet..huhuu. Selamat menjamu mata.. ;)



Ayam Kung Pao
Oleh: Anim Ismail

Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
tepung gandum
garam
lada sulah

Bahan B

100 gm kacang gajus - goreng dan toskan 
30 gm lada kering - dipotong dlm 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar holland - potong baji
1 biji lada bangala hijau- potong lebar
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
3 sb sos tiram
2 sb cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara-caranya:


1. Utk bahan A - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan

2. Utk bahan B - Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering & kacang gajus hingga garing, ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering sedikit & masukkan isi ayam yg telah digoreng tadi.
7. Masukkan kacang gajus & cili kering tadi, kacau sebati dan matikan api.
8. jgn lupa perasakan dgn garam & gula. 



Tuesday, March 11, 2014

Tau Sa Piah

0 comments
Assalamualaikum.. 


Minum petang apa harini? Kalau ptg2 ni, perut penghuni rumah ni pun asyik lapar je. Jadinya, sy berada di dapur dr terbit matahari, sehinggalah timbul nya bulan..hebat kan? Nasib juga Kashfe sgt behave arini, pandai main sendiri..bg je sebiji loyang & 1 senduk kusyuk la dia main. Tambah plak abah Kashfe blk awal, mmg mak tidak dihiraukan la.

Biskut ni kegemaran enche somi..nak tak nak kena la jugak belajar buat. Asyik dia sebut suruh belajar je. Memula tu risau jugak tak jadi..ye la kan, mcm susah je nak buat pastry yg berlapis2 tu. Keje menggugel pun dimulakan. Cari punya cari sy tertarik utk cuba resipi dr Skyblue..sebabnya sy suka inti yg dia gunakan. Teringat dulu selalu beli kuih ni dlm bungkusan kertas warna putih..tp time tu tak tahu lg apa namanya. Ada yg panggil kuih bawang, kuih kacang n mcm2 nama lg la.

Jd harini, dgn bangga nya sy telah berjaya membuat tau sa piah sy sendiri. Tp sy tak jumpa kacang hijau tanpa kulit kat cni..so sy gantikan dgn inti kacang hitam. InsyaAllah nanti kalau jumpa kacang hijau tanpa kulit, sy nk repeat blk resipi ni. Terimalah version kali ni, tau sa piah berinti kacang hitam..huhuhu


Tau Sa Piah
Bahan-bahan ( 15 biji )

Doh A:
120g tepung gandum, diayak
60g shortening
Doh B:
120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air


Inti:
3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
3 sb minyak masak
1 sb bawang kecil yg telah dicincang
1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
1/2 sk garam
1 sk kulit oren yg telah dicincang


Lain:
1 biji telur (untuk sapu)
Biji bijan secukupnya (optional)
Cara-caranya:
  1. Untuk Inti:
    Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
  3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.
  4. Untuk Doh:
    Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
  5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
  6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
  7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
  8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
  9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Monday, March 10, 2014

Nasi Ayam Cendawan Claypot

2 comments
Assalamualaikum semua..


Tadi sy try masak nasi dlm claypot, sebab ramai yg kata nasi dlm claypot ni sedap. So, teringin jugak nak mencubanya. Kebetulan pula sy baru je membeli sebijik claypot yg sangat comel. Sesuai utk mkn seorang, tp payah nak share2..hahaha (gelak jahat). Tp sebenarnya sy buat ni utk Kashfe, tak tahu nak bg dia mkn apa lg. Nak masaknya pun senang, sekali masak je nasi & lauk..tak payah susah2 nk pikir.

Jenuh jugak mencari resipi utk nasi claypot ni..tak tahu mana yg sesuai dgn citarasa. Akhirnya sy tertarik utk menggunakan resipi dr dapur Cheq Sue. Nampak sangat menyelerakan. Cara nak prepare pun sangat mudah. Tak sabar sungguh nak rasa nasi claypot ni. Dulu kalau pegi food court Sogo, mmg ramai sgt yg mkn nasi ni..tp time tu tak terbuka pula hati utk mencubanya. Skang baru la teringin..huhuhu

Sy olah sedikit caranya mengikut cara sy. Ayam & cendawan tersebut sy perap semalam supaya rasanya mesra & masuk ke dlm. Sy tak letak minyak bijan ye, sebab sy memang tak berapa suka bau nya. Bila dah hampir masak tu, baunya tersangat la harum semerbak. Tutup je api, lps posing sikit2 trus sy ngappp..sebab nasi ni sedap bila kita mkn semasa masih panas. Memang sgt sedap..nasi tu jd sangat berperisa serta ayam & cendawan nya juga telah menyerap bahan perapan. Kalau makan nasi sahaja pun sudah enak. Sila lah cuba masakan yg simple ni ya..


NASI AYAM CENDAWAN  CLAYPOT
Resepi : Chequ Sue

Bahan-bahannya:
1 cawan beras
1 1/2 air rebusan ayam (cheq sue ganti dengan 1/4 kiub ayam)
500gm ayam (potong kecik jer) 
1 sudu besar lada hitam (tumbuk) 
1 sudu besar kicap pekat 
5 atau lebih kuntum cendawan hitam (rendam hingga kembang dgn air panas) 
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap pekat manis 
Minyak untuk menumis 
2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk) 
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan. 
2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung. 
3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan. (Cheq sue tumis dalam claypot dan ketepikan.)
4. Panaskan claypot, masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan semua daun (xde daun, malas nak keluar ambil) , bawang goreng dan percikkan minyak bijan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template