Monday, March 3, 2014

Dim Sum

0 comments
Hi hi hi..masak apa harini??

Sy teringin nk mkn dim sum..last buat rasanya tahun lepas. Bukan apa, sy malas nk mencanai kulit dim sum tu..masa buat haritu kulitnya mmg jd sangat cantik, tp utk bg dia nipis tersangat la menyeksakan..maybe sy tersalah caranya kot. Tp yg bestnya, kulit homemade sgt mudah dibentuk..kenyal2 gitu. Utk kali ni sy terjumpa kulit instant kat giant. Lega sungguh rasanya, tu yg eksaited nk buat lg.

Tp kulit instant ni ada yg tak best nya jugak. Kulit tu agak sukar dibentuk sebab mudah melekat2..dah rasanya juga kurang sesuai dgn selera sy ni. Semasa panas ok, tp bila dah sejuk dia jd liat & keras. Mungkin jugak kerana sy kukus, next time teringin jugak nak try masak dlm sup n goreng. Maaf la dim sum sy ni ada pelbagai bentuk ye..maklum la jarang2 buat, jd mcm2 bentuk sy nak try. Ada yg ok n ada yg horror rupanya..hahaha

Utk membentuk nya pula, sila lah belajar dr utube ya. Cara nya mungkin nampak sukar, tp bila korang dah faham step sebenarnya ia sgt mudah..sambil2 tgk tv pun boleh buat. Bila buat banyak bileh juga di frozenkan. Bila nak guna thaw kan dulu sampai lembut n suhu bilik, barulah korang kukus, goreng, atau rebus ye. Sos nya sy menggunakan sos thai. Kalau korang nak buat sos sendri pun boleh juga.



Dim Sum

Oleh: Lovefiezan
Olahan: Anim Ismail

Untuk kulitnye...

Tepung Tang Mien - 1 cawan (yang ni korang cari la kat kedai jual tepung2 kek & roti)
Tepung Ubi Kayu - 1 cawan
Air panas - Sesedap pandang (jgn sesekali gunakan air sejuk/biasa - alamatnye mmg x jadi la)
Minyak masak (sikit je ye)

Cara-caranya :

Gaulkan kedua-dua jenis tepung tersebut..

Masukkan Air panas sikit demi sikit sambil gaulkannye
Hati2 semasa menggaul kerana air panas
dah nampak macam nak jd doh tu masukkan sikit minyak masak..
Bila dah jadi doh tu..
jgn tunggu la..
teruskanlah melenyekkannya menggunakan mesin mee tu..


Untuk intinya..

Isi ayam (dada & peha) 
Cendawan
Carrot
Kucai
Daun bawang - dipotong halus
Garam, gula secukup rasa
Kicap
Sengkuang cina
Serbuk lada putih

Cara-caranya:


Kacau kesemua bahan-bahan di atas

Kalau boleh kukus la dulu semua bahan..
Risau nnt bila dah dibalut ngan kulitnye..isi nya kurang masak

Pastikan siap buat inti dulu..

Pastu baru wat kulitnye ye..
Siap bungkus semuanya
Sila lah kukus ye...




Sunday, March 2, 2014

Cheesy Cheesecake

2 comments
Assalamualaikum teman2..




Kek ni banyak sungguh namanya, ada yg panggil snow cheesecake, cheesecake meleleh, cheesy cheesecake & mcm2 nama lg la. Kat Labuan kek ni memang sgt popular. Boleh dikatakan setiap umah yg kenduri pasti ada kek ni. Pernah juga sy cuba membeli kek ni, tp rasanya agak kurang menepati citarasa sy. Mungkin sebab dia menggunakan tepung optima & hanya menggunakan susu pekat dlm topping nya..ini membuatkan rasa yg sangat manis pd kek tersebut.

Oleh yg demikian, sy mencari resipi yg sebenarnya utk di cuba. Cara pembuatan nya tidak lah sesukar mana..hanya perlu membuat kek, topping nya & tabur keju parut..dah siap. Tp mlm tu pulak Kashfe buat perangai taknak tido..hadoiii la, sy dah terlebih eksaited nak buat cheesy cheesecake ni. Setelah penat bermain, dlm pukul 11pm baru la dia tertido. Ini tidak mematahkan semangat sy.



Sy pun memulakan aktiviti sebaik lps dia tido..dan segalanya selesai dlm jam 1.30am. Enche somi pun sanggup tak tido sebab nak rasa kek ni..hahaha. Bersemangat sungguh kami. Dgn tanpa rasa bersalah, sy telah memakan sebaris panjang kek tersebut..memang tak terasa muak langsung, sekejap je hilang dlm mulut. Bahaya owh kek ini. Balanced nya kami buat mkn bekfas. Tertanya la lps disejukkan ianya lebih lazat n nyaman..dan tak perlulah di soalkan bape byk plak sy mkn kali ni..biarlah rahsia..hahaha. Terima kasih bebanyak kpd tuan punya resipi ni ya..sy sharekan di sini pula.



Cheesy Cheesecake
Oleh: CT Delima

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.




Thursday, February 27, 2014

Nasi Ayam Mudah & Sedap

0 comments
Selamat sejahtera semua..



Terasa bosan pula bila setiap hari mkn sy sama kan..nasi putih, lauk & sayur. Jd apa salah nya sekali sekala kita nasi berperisa seperti nasi ayam ni. Nak menyediakan juga agak mudah..paling menarik tak perlu fikir nak masak lauk n sayur apa. Semua nya lengkap dlm set nasi ayam. Dan ianya juga sgt lazat..Kashfe memang suka nasi berperisa ni. Kalau nasi putih jgn harap la dia nak pandang, mkn sesuap je lps tu tak hingin dah..haihhhh la anak..

Mungkin ada yg fikir membuat nasi ayam ni agak sukar & remeh, tp sebenarnya ia terlalu mudah. Semudah masak nasi, goreng ayam & buat sup..simple kan. Rasa pun sedap. Sy suka resipi nasi ni sebab ia menggunakan kiub ayam & boleh dikatakan nasi yg agak sihat kerana is tidak terlalu berminyak. Ayam nya pula sy perap semalaman, supaya rasa perapan masuk ke dlm isi..kemudian goreng sekejap dlm minyak yg banyak utk mencantikkan kulit nya. Sungguh mudah..resipinya sy lampirkan di bawah ini. Selamat mencuba ;)



Nasi Ayam Mudah & Sedap

Bahan untuk Nasi 
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
Serbuk perasa (saya guna kiub ayam)
Air paras sukatan beras
Minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos 
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Air untuk rebus secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Nota: Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos 
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Saya guna 2 plastik minyak masak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. 

Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut di dalam dan mendapat kulit yang garing.

SUP (untuk Nasi Ayam)
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


Sos Kicap

Masakkan sos yang diguna untuk memerap ayam sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. 



Tuesday, February 25, 2014

Egg Custard Bun

0 comments
Assalamualaikum..



Setelah sekian lama tidak meroti (lama sgt la, baru je minggu lps meroti..hahaha). Sy ternampak ada fren kat Instagram yg masukkan roti ni. Tersangat menarik rupa parasnya..xda la mcm sy punya ni. Kebiasaan nya kita mkn egg tart dlm pastry kan, tp kali ni pastry tersebuh ditumar kepada bun yg lembut. Sila bayangkan kelazatan nya ye. Nak membuatnya pun tak susah mana. Olahan yg sgt menarik oleh .....

Sy telah menderhaka ketika membuat bun ini..hahahah. Konon nak lebih banyak egg custard nya, sy telah membuat 1 setengah adunan utk custard & membuat telaga yg sgt dlm pd bun tersebut. Tetapi org tamak selalunya rugi kan..bun sy telah mengembang dgn jayanya ketika di masak. Habis custard tu melimpah keluar..owhhh, sgt sedey okayy. 

Walaubagaimanapun masih ada lg custard yg tertinggal dlm lopak pd bun tersebut (dr telaga dah jd lopak la kann..hahaha). Mesti tertanya-tanya rasa bun ni kan. Bun ni sgt lembut, sgt sedap..lebih2 lg bila kita geget bahagian custard tu. Syg sgt ia dah melimpah..kalau tak mesti bertambah2 menarik. Korang cuba la ya, tp jgn menderhaka tak bertempat mcm sy..hahaha



Egg Custard Bun Recipe
This recipe yields 11 buns 

1 egg yolk
210g fresh milk
230g bread flour

70g cake flour
4g yeast
30g sugar

18g unsalted butter
4g salt

80g eggs (about 1.5 55g eggs)
33g castor sugar
105g water
25g evaporated milk

1 tbsp milk (for milk wash)
some bread flour for dusting hamds

Method

*For Kenwood BM 250
Have the wet ingredients placed into the bread machine.
Top with flour (2 types).
Add sugar on one side.
Add yeast in the middle of the flour 'bed'.
Let cycle run. (Function 8)
When second mixing starts, add salt and butter.
Remove dough when cycle is over. (Total of 1 h 30 minutes)

Else, mix accordingly in a mixer and proof for 1 h 15 minutes in a warm dry place. 

Dust hands/fingers and shape accordingly. Each bun is 50g. Line baking tin with baking sheet or silpat.

*DO NOT BE STINGY WITH THE WELL. Make it as big as you can without breaking the wall as the well will 'swell up' when you bake. 


Monday, February 24, 2014

Mee Kering Goreng Sukahati

0 comments
Hebat kan bunyi nama masakan ni.. Haaa, kalau korang tengok apa saja resipi yg dibelakangnya ada perkataan 'sukahati', maknanya sy telah merekacipta resipi tersebut dgn sesukahati sy..hahaha. Ini biasanya terjadi bila ketandusan idea nk masak apa, dgn barang2 yg agak limited. So, kita campak je apa yg ada hingga menjadi sebuah resipi yg lazat. (Bunyi mcm pro je, padahal hampehhh) hahahah

Yg sebenarnya, mak sy selalu masak mee kering ni. Mee ni mcm maggi tu, cuma dia tiada perasa..hanya mee sahaja dlm paket tersebut. Sukahati kita la nak goreng, buat sup or apa saja. Utk sy, kalau nk buat maggi goreng ni yg paling penting mestilah banyak sayur mayur di dlm nya. Utk kali ni tak brapa pelbagai sayur yg sy gunakan, sbb itu je yg wujud dlm peti sejuk..huhuu. Kalau ada yg teringin, boleh la cuba resipi sukati ni ya.. ;)


Mee Kering Goreng Sukahati
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
5 ulas bawang merah*
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
2 sudu besar udang kering* - direndam
100gm udang basah
4 sudu besar kicap 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam & gula secukup rasa
4 keping mee kering - direndam hingga lembut
100gm sayur sawi
100gm sayur kobis
2 biji telur

Cara-caranya
1. Tumbuk/kisar bahan-bahan yg bertanda (*).
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumbuk serta cili kisar.
3. Setelah pecah minyak, sos tiram, sos cili & kicap. Gaul sebati.
4. Masukkan udang, sayur sawi & kobis. Masak hingga sayur sedikit layu.
5. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Perasakan dgn garam & gula.
6. Masukkan mee & gaul rata.
7. Ketepikan mee, pecahkan telur & tanam telur, timbus dgn mee.
8. Biarkan 30saat sehingga telur masak & gaul sebati.
9. Sedia utk dihidangkan bersama limau atau sos kegemaran anda.





Sunday, February 23, 2014

Bandung Cincau Jelly

1 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengunjung setia (prasan la plak) hikhik..


Di hari yg panas2 mcm ni memang enak rasanya kalau dpt menikmati benda yg sejuk & nyaman. Inilah dia benda yg paling best itu.. Agar-agar bandung cincau. Ini adalah menu wajib ada bila menjelangnya bulan Ramadhan. Mesti mak sy akan buat utk sy..dan tugas memotong cincau semestinya sy yg uruskan. Sy boleh habiskan separuh loyang sekali mkn. Tedap tangattt.

Tp dulu mak sy guna agar-agar tali tu je..resipi nya pun tak ada sukatan, main agak2 je. Sy ni dah la tak brapa nak pass buat agar2. Try gugel rupanya ada jugak org yg suka dgn bandung cincau jelly ni..ingatkan tak fofular pun. Sy jumpa resipi ni kat blog Rima Bisousatoi. Dia guna agar2 serbuk, tp sy tukar guna serbuk konnyaku. Sebab sy suka texture yg agak2 kenyal. 

Kashfe pun sangat suka dgn jelly ni..banyak jugak la dia makan. Rasanya lebih kurang mcm mkn ais batu campur, tp boleh di geget kenyal2..bestkan?? Cuba dulu baru tahu. 


Bandung Cincau Jelly
By: Rima Bisousatoi

Ingredients:
10g of konnyaku jelly powder (i used jelly powder)
200g sugar
250ml evaporated milk
800ml water
3/4tsp of rose syrup (i used 2tbsp)
1 cup of cincau (dice it)
1tsp of pink colouring (i add it to adhance the colour)

Method:
1. Bring to boil water, sugar, jelly powder, milk, rose syrup.
2. Add cincau and pink colouring
3. Pour into desire mould
4. Refrigerate for 2hrs


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template