Friday, February 21, 2014

Macaroni & Cheese

2 comments
Inilah dia menu org pemalas. Niat di hati nk mkn sedap, tp nk membuatnya malas..so, jd lah macaroni & cheese segera. Kali ni mmg sy guna mac & cheese instant brand san remo..sejak dr dulu lg kalau nak mkn mac & cheese sy akan beli yg ni. Nak sediakan nya terlalu mudah. Korang juga boleh tambah apa yg korang suka mengikut citarasa sendri. Mengikut resipi di paket, korang hanya perlu tambahkn fresh milk je.

Tp sy kan suka menderhaka, so sy tambahkan mixed vege, minced meat & juga extra cheese. Dan hasilnya.. Wallahhhh. Tp yg instant ni tak sama la macam kenny rogers punya..maybe next time sy nak try buat sendri tanpa guna yg instant ni..barulah mencabar sket nak letak resipi kan..hehehe. Resipi ni boleh juga digunakan bila nak cpt, contoh nya kalau ada tetamu tiba2 dtg ke..mesti tetamu yg dtg pun kagum..hehehe


Macaroni & Cheese
By: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1 paket San Remo Macaroni Cheese
500ml susu segar
2 tbsp mentega
1/2 biji bawang besar - didadu
100g daging kisar
1 batang celery - dihiris
100g mixed vege
Sedikit lada hitam
Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Cairkan butter & masukkan bawang serta daging kisar.
2. Apabila daging sudah agak masak, masukkan susu serta macaroni. Kacau sebati.
3. Masukkan pula celery, mixed vege, lada hitam & perasakan dgn garam & gula.
4. Masak hingga macaroni lembut & kuahnya agak pekat.
5. Sedia utk dihidangkan.



Thursday, February 20, 2014

Devilishly Moist Chocolate Cake

0 comments
Wah wahhh wahhhh, nama tak hengat kau..hahaha. Sebenarnya sy pun pelik gak dgn nama kek ni..menakutkan pun ada, sampai ber'devil bagai. Mesti ada sebab nape org tu letak nama tu kan, biarlah rahsia..hahahaa. Yg penting kita dpt menikmati kek yg lezatttt ini. Sebenarnya, sy takde la suka sgt dgn kek coklat ni..tp tetiba je rasa teringin nak mkn. Sebijik kecik ni pun payah sy nak abiskan. Nasib la sy buat separuh adunan je. 

Ini gara2 tergoda dgn picture kat instegram la. Bahaya betul buka ig skang ni..hahaha. Salah sy sendri jugak pegi add baker2 yg maha hebat, dah tu terliuq dgn pic yg diorg post. Pengsan mcm ni..tgk apa semua teringin..lama2 badan ku berkembang dgn jayanya..huhuhu. Kek ni kak yani buat simple je, hanya curah choc ganache n tabur toblerons & maltesers. Tp sy pepandai pegi layer dgn cream cheese. Sebab nak habiskan cream cheese yg dah lama dibuka..syg kalau rosak nnt. Maka, jadilah kek yg semakin bahaya ini. Selamat membahayakan diri..hehehe



Devilishly Moist Chocolate Cake

Ingredients:
1 1/2 cups all purpose flour
3/4 cups cocoa powder
1 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 2/3 granulated sugar
1/3 cup (80 ml) corn oil
2 large eggs
1/3 cup (80 ml) milk
2 tsp vanilla extract
1 cup(240 ml) boiling water

Method:

1. Preheat your oven at 165C, prepare 3 9 inches round cake tins.
2. Sift flour, cocoa powder, baking powder, baking soda , salt into a mixing bowl. 
3. Mix them on  low speed till well mixed. Add sugar. Add oil and mix on low speed till the mixture become crumbly. i
4. In a separate bowl mix eggs, milk and vanilla...add this mixture into the dry mixture until well blended. 
5. Still on low speed slowly pour boiling water, and scraping down the mixture. Pour the batter into the prepared pans.
6. Bake for about 40 minutes, let cool. and garnish with chocolate ganache.




Tuesday, February 18, 2014

Ikan Pari Bakar Sambal Bunga Kantan

0 comments
Menu makanan sihat kita harini adalah, ikan pari bakar bunga kantan. Bila sebut je bunga kantan, mesti ramai yg telan air liur kan..terbayangkan bau nya yg menusuk rongga hidung..fuhhhh, mmg paberet sy tu. Kalau boleh, masak apa pun sumer sy nak letak bunga kantan..melampau sungguh la kan. Takkan buat kek pun nak letak bunga kantan..hahaha

Resipi ni sy amik dr dapur CMG. Kalau nak cari resipi lauk2 yg menarik, sila lah ke sana ye. Pelbagai resipi lauk tradisional n moden ada kat sana. Boleh rambang mata di buatnya. Resipi yg sy pilih ni sgt simple, tp juga sgt sedap..di tambah pula dgn air asam kerisik & mkn bersama nasi panas, silap2 2,3 pinggan nasi pun terkorban ni. Lepas tu, mula la rasa bersalah meruntun jiwa kan..dah biasa sgt..hahaha. So, utk korang2 yg berani, sila lah cuba resipi di bawah ni ya ;)



Ikan Pari Bakar Sambal Bunga Kantan
Oleh: CMG

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan pari "tuka" jenis pari daun (ikan pari kecil, bersaiz  9 inci)
Hirisan halus bunga dari 1/2 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1/3 cawan pati santan
Daun pisang secukupnya

Bahan kisar halus:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus



Cara-caranya:
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali, toskan. Sementara itu kita buat bahan sambal pulak.
  2. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK IKAN PARI BAKAR BUNGA KANTAN :- Ambil sehelai daun pisang, jika guna daun pisang yang agak tua, layur dulu atas api untuk mengelakkan ia pecah semasa membungkus nanti. Bentang daun pisang. Ceduk 1 camca besar sambal. Ratakan atas daun pisang, ambil 2 keping ikan pari, lap kering dengan paper towel, dan letak atas sambal tadi (seperti dalam gambar).
  4. Sapu atasnya dengan 1 camca besar penuh sambal hingga rata. Tabur dengan 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 8 -10 minit untuk setiap bahagian. Mat bakar dalam kuali ajaib seperti anda nampak dalam gambar diatas. Bila masak hidangkan dengan belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Sedap dimakan panas2.

Air Asam Kerisik
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1 sudu makan asam jawa
3 biji cili merah - diracik halus
2 biji cili hijau - diracik halus
7 biji cili api - diracik halus
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 inc belacan - dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar kerisik
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan air suam


 Cara-caranya:
1. Gaulkan asam jawa dan air suam kemudian tapiskan.
2. Masukkan semua bahan yg telah dipotong ke dlm mangkuk & gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, jus limau, belacan & kerisik.
4. Gaulkan serta perasakan dgn garam & gula.
5. Hidangkan bersama ikan bakar.




Monday, February 17, 2014

TastyBox by Anim™

2 comments
Assalamualaikum semua..

Rindu sungguh rasa nak update blog ni, tp apakan daya..semenjak 2 menjak ni sy tersangat sibuk, mungkin belum mahir membahagikan masa lg..huhuu. Memang sy akui skang ni rasa mcm kurang terurus, lebih2 lg time weekend. Order masuk agak banyak, Alhamdulillah syukur pd mu Ya Allah..cuma salah sy tak reti nk manage time. Almaklum la, sy budak baru belajar. Minggu ni pula ditambah dgn keadaan Kashfe yg kurang sihat, naib la mlm ni sempat curi2 masa utk update.

Penah dengar 'TastyBox by Anim'?? Mesti la tak pernahkan..ia tidak la sehebat Kitchen Guardian, CantikSekali atau Le Chouette Macaron. Tp insyaAllah  suatu hari 'TastyBox by Anim' akan diterima ramai. Terima kasih bebanyak kpd rakan2 HS11 atas nasihat, sokongan &a tunjuk ajar anda semua. Korang memang terbaekk. Owh lupa plak, nama ni sebenarnya adalah idea dr Nurul Idayu Mohd Johari (nama penuh lg, nasib tak bg ic no skali..hehee). Bkn senang nak pilih nama yg seswai rupanya. Idea2 korang yg lain pun sangat menarik, terima kasih semua.

InsyaAllah sy akan cuba update resipi2 yg telah dicuba utk tatapan semua. Sebenarnya banyak juga resipi yg telah sy buat, cuma masa utk update tu belum sampai..huhuu. Tunggu ya.. Maaf sesangat sebab lama blog ni bersawang..akan cuba sebaik mungkin lps ni. Ok, penat merepek, skang nak beradu dulu biar mata panda ku kembali normal..hehhe. Gud nite semua.


Thursday, January 16, 2014

3 Series.. Happy Bornday Anim™

0 comments
16 January.. Hari yg ditunggu saban tahun. Poyo je kan..dah tua2 pun eksaited tunggu bufday, kalau kecik2 dulu bleh gak dimaapkan. Kalau dulu bleh la mintak2 adiah, tp skang takda sape nak layan dah..hahahah. Sepatutnya makin meningkat usia, semakin mahal la hadiah nya kan?? 

Alhamdulillah, syukur dgn apa yg ada. Cuma saiz je semakin bertambah sejajar dgn usia..nnt la kita usahakan utk mengecil ya. Azam tahun 2014 tu. Semoga akan sentiasa di beri kesihatan yg baik, murah rezeki & bahagia serta membahagiakan org yg tersayang. Terima kasih atas ucapan & doa2 dr anda semua..sy sangat menghargainya.
Happy Birthday Anim!!!

Tuesday, January 7, 2014

Pavlova

0 comments
Assalamualaikum semua..


Kini sy kembali setelah lama balik bercuti di kampung halaman terchenta..cewahhh. Kembali kpd realiti, back to 'nature'. Mcm tak caya sy dah blk cni semula..hurmmm. Jadinya, utk mengubati hati yg nestapa & duka lara, ialah dgn mencuba resipi2 yg terkumpul semasa di kempung heleman ku. InsyaAllah kalau ada masa nanti akan sy ceritakan xtvt2 yg menarik sepanjang cuti2 hujung tahun itu.

Haritu sy siap bawak blk buah2 yg tidak wujud di cni, seperti markisa, stoberi & blueberi..puas cari raspberi tp tak jumpa. Dgn adanya buah2an yg menarik ni, mcm2 menu yg muncul di kepala. Yg paling senang & menarik, tentunya cik pavvy aka pavlova. Ni 1st time sy nak buat pavlova (ketinggalan zaman sungguh kan)..takpe, better late than never bak kata omputih..hehehee. Nak membuatnya pun sgt mudah, cuma masa membakarnya agak lama. 

Sy guna resipi dr dapur CMG. Rasanya, resipi pavlova ni semua pun hampir sama, cuma mungkin ada sedikit perbezaan antara resipi. Pd sy, sy hanya akan menggunakan resipi yg paling mudah..hehehe. Bila cik pavvy kita dah masak & sejuk, boleh la di hias mengikut citarasa masing2. Akhirnya sy berjaya membuat pavlova bertatahkan stoberi, bluberi & markisa..dah lama sgt teringin, tp kat cni tak wujud beri2 ni. Rasanya....sgt sedap, dgn kombinasi buah yg masam2 manis..bila digigit buah yg masam, cream yg lemak & base cik pavvy yg manis, ia bagaikan meletup-letup di dlm mulut..huhuuhu. Resipinya korang boleh gugel & sy juga ada lampirkan di bwh.


Pavlova
By: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template