Tuesday, October 8, 2013

Banana Walnut Cake

0 comments
Assalamualaikum semua..

Tadi enche somi beli pisang utk Kashfe. Mamat tu memang suka sgt mkn pisang. Kalau pisang emas yg kecik2 tu, dia boleh mkn 3bijik..sekejap je licin. Bila mak Kashfe nampak je pisang tu, terus terbayangkan kek pisang yg di makan panas2. Ish ish ishhh, sedapnya. Nampak gayanya kena la ambil pisang Kashfe sikit..huhuhuu. Mak nak buat eksperimen ni, nnt kita bleh mamam sama2..heheehe

Kek pisang yg selalu sy buat guna blender je..mcm kek pisang yg byk jual kat pasaraya tu (tp kat cni tak ada pun). Kali ni nk tau kek pisang dr Kitchenguardian plak..ramai yg kata kek tu sgt sedap. Tambahan pula, walnut yg sy bawak blk masa cuti raya haritu masih ada. Sungguh excited rasanya..cuma salted caremal & cream cheese frosting nya tak ada..keciwa la jugakk. Tak apa, next time boleh repeat lg.

Sy cuba gantikan sultanas (kismis, raisin) dgn chop dark chocolate. Walllahhhh, rasanya tersangat sedap. Bila geget kat choc tu, tambah plak dgn walnut..rasa nya mcm di awang-awangan. Kek nya sangat lembap, setelah simpan 2 hari pun masih lembap lg. memang sy berpuas hati sgt dgn resipi ni. Cuma yg c best nya, sy hanya dpt buat 1/2 bancuhan..sebab pisang nya Kashfe & abah Kashfe dah mkn, tunggal sikit je yg sempat diselamatkan..huhuhu


Banana Walnut Cake
By: KG

Ingredients
175g all purpose flour

2 tsp baking powder
1/2 tsp bicarbonate soda
1/2 tsp salt
125g butter-melted
120g sugar
2 large eggs
300g bananas-I used 450g pisang emas and reduced the sugar to 100g
80g walnuts-I added!
100g sultanas- I omitted this
1 tsp vanilla extract


Method

1.Preheat oven at 160C, Prepare baking tins...I used muffin cups this time.
2.Sift flour, bicarbonate soda, baking powder and salt, set aside.
3.Melt butter, let cool, add in sugar and eggs, whisk lightly. Add in vanilla.
4.Add in flour mixture. Mix bananas, walnut, dark chocolate.
5.Bake for about 40 minutes.


Daging Dendeng

0 comments
Assalamualaikum..

Bersua kita di hari yg ceria meria ini..ceria kah hari anda?hehehe. Sebenarnya mlm td sy mimpi sedang menikmati daging dendeng Aunty Ana. Aunty Ana ni maid kakak sy dr Indonesia. Kalau dah dr Indonesia tu, konpem2 la masakan daging dendeng nya original kan. Daging dendeng yg dia masak memang sedapppp bangetttt. Rasa sekali mesti tak boleh lupa..dulu masa duk serumah xnak suruh masak, skang dah duk jauh baru teringin.

Apa boleh buat, bila dah jauh mcm ni terpaksa la berdikari buat sendiri..harap2nya jadi la dgn sedap nya..hahaha. Pencarian resipi pun bermula..nak tanya kat tuan punya resipi, dia tgh bercoti plak..so cari kat encik gugel je la. Cari punya cari, jumpa la 1 resipi ni yg agak sama cara buatnya, iaitu kat blog Cik Mat Gebu. Cara buatnya agak remeh la jugak, kena rebus la dulu, lps tu goreng, tumbuk..aihhh, memang mencabor nak buatnya. Tp sbb teringin punya pasal, ku gagahkan jua..huhuu

Setelah berhempas pulas di dapur, akhirnya siap la daging dendeng ku. Tp kenapa x sama dgn Aunty Ana punya? Aunty ana punya kaler hitam berkilat, menarik sgt. Yg sy buat ni kaler nya agak cerah. Rasanya pun lain sikit, tp ok la..sedap jugak. Mungkin sy memang xda bakat masak masakan Indonesia kot..hahaha. Takpe, blk Malaya nnt nak minta resipi dr Aunty Ana sendiri. Nanti sy share resipi yg kebabommm tu ye. Skang korang try dulu resipi ni.


Daging Dendeng
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA 

  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...

Popiah Ayam

0 comments
Assalamualaikum..

Malam tadi Kashfe tido awal..jd inilah masanya utk mengemas & buat apa2 yg patut. Dah lama teringin nk buat popiah ni, last skali sy buat tahun lepas rasanya. Masa nak puasa haritu kawan somi ada bg homemade popiah..sangat sedap sampai teringat2 (dah mcm kena mandrem plak). Dgn tak malunya, sy pun tanya resipi kat dia. Alhamdulillah, dia bg resipi tu.

Jd boleh la kita memopiah kan diri..hahaha. Kalau dah alang2 buat, baik terus buat sekali banyak. Boleh frozenkan..nanti bila teringin or xda idea nk mkn apa bleh terus goreng je. Popiah ni memang sesuai utk kanak2 sebab x pedas pun. Utk kita2 ni, boleh la dimakan bersama sos atau pencicah buatan sendiri. Sy tak sempat nak buat pencicah nya sebab penyakit 'm' dtg tetiba..hehehe

Kat sini sy guna kulit popiah segera..belum sampai seru lg utk buat kulit popiah sendri..huhuhu. Kulit readymade ni pun ok, bila di goreng jd sangat garing & rangup. Ada bunyi krupp kruppp lg bila di gigit. Tp kalau dah sejuk tu, xda la rapuh sangat dah. Itu maknanya, kita kena mkn masa popiah ni panas2. Tedap tedapp tedappp. Mari kita tengok resipinya pula..


Popiah Ayam
Oleh: Ummie Salha
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 keping isi ayam bahagian dada - potong dadu kecik-kecil
3 ulas bawang putih - sy tumbuk halus
1 labu bawang besar
2 cawan mix vege (carrot, peas, jagung)
1 cawan kobis potong halus - sy tambah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam - sy tambah
Sedikit kiub ayam - sy tambah
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar & isi ayam.
2. Bila isi ayam dah separuh masak, masukkan mix vege & kobis..gaul hingga rata.
3. Letakkan perasa, lada sulah, lada hitam, kiub ayam & garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan seketika hingga inti tadi agak kering. Tp jgn terlalu lama sebab kalau terlalu layu juga kurang enak.
5. Kemudian angkat @ sejukkan. Apabila telah sejuk bolehlah di bungkus dalam kulit popiah kita. Gamkan bahagian hujungnya dgn campuran tepung & sedikit air.
6. Setelah siap, boleh terus di goreng & disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam freezer. Bila hendak digunakan, keluarkan 10min sebelum menggoreng.
7. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng. Goreng sgn api sederhana & alih-alihkan utk mendapat warna yg sekata. 
8. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran anda. Selamat menjamu selera.




Sambal Udang Petai

0 comments
Uuuhuiii.. Masih mood menyambal..bukan sambal org ye..hehehe. Harini kita buat sambal udang petai pula. Tiba-tiba terjumpa petai dlm fridge. Mula2 nak buat masak lemak udang & petai, tp malas pula nk pegi beli kelapa parut (bila la Kashfe bleh diharap beli kelapa parut ni)..hehee. Dah lama gak tak mkn sambal udang petai. Teringat mak selalu masak..tedappp nya.

Sambal ni senang je nak masaknya. Seperti biasa, mudah & sedappp. Enche somi pun suka mkn sambal, memang terbaiklah..senang keje. Rupanya Kashfe pun suka sambal udang la..tp Kashfe memang suka udang, paling dia suka udang masak lemak (selera org tua sungguh Kashfe ni). Kali ni try bg dia udang sambal yg telah dibasuh..siap mkn bertambah lg. 

Resipi ni mengikut cara sy, sy rasa tiap org ada cara tersendiri utk masak sambal kan, sebab citarasa setiap org tak sama. Ada yg suka sambal pekat, yg agak cair, yg sedikit manis & macam2 lg. Jd, utk resipi ni, korang tambah atau lebihkan la apa yg patut mengikut citarasa sendiri ya. Selamat memasak..


Sambal Udang Petai
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500g udang - dibersihkan & buang kulit separuh
1 cawan petai (atau sesuka hati)
1 biji bawang besar - dimayang kasar
20 tangkai cili kering - direbus*
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Sedikit belacan - dibakar*
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & kisar bahan yg bertanda (*) sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Setelah hampir mendidih, masukkan udang & petai. Perasakan dgn garam & gula.
4. Biarkan seketika sehingga udang masak & tutup api. Sedia utk dihidangkan.






Victoria Sandwich Cake

0 comments
Assalamualaikum..

Dah lama sgt tak makan pemanis mulut rasanya. Asyik tengok dlm instagram mcm2 dessert yg menyelerakan..haihhhh. Tergoda sungguh bila tgk IG Kitchenguardian ni. Kalau tak caya, korang tengok la sendiri. Tiap ari ada je yg menggoda jiwa. So, arini dgn penuh keazaman sy nak try buat Victoria Sandwich Cake. Tak tahan tengok cream & strawberry jam yg meleleh2 tu.

Bila tido je si tecik tu, dgn segera sy memulakan percubaan utk but VSC. Sy guna loyang 8" sebab tak ada loyang 7". Tak dapat la nak jd kek 3 lapis, jd 2 lapis je. Ok juga 2 lapis pun, tetap sama rasanya..hehehe. Tengah tak sabar tunggu kek masak, tetiba blackout la plak. Haihhhh, apa la yg terjadi pd kek tu kan..hampir 15min gak la. Lps tu sy pun sambung la masak blk. Tp tak pasti samada nak tambah masa bape lama.

Dan akhirnya bila dah siap, rupanya kek tu agak terlebih masak..tergaring sedikit n a bit dry. Agak kecewa gak la, dah lama mengidam ni, tetiba jd mcm ni. Tp nasib rasanya tetap sedap. Bila digeget dgn cream+raspberry jam tu tersangat la asyik rasanya. Ada lemak2, tiba2 dtg pula rasa masam2 manis dr jam, geget plak kek yg gebuss. Aishhh, susah nak cite..kena rasa sendri la nampak gayanya..hehehe. 

Owh ya, yg tengah tu dy layer dgn raspberry jam & swiss meringue buttercrem. In Sya Allah nanti sy akan bg resipi swiss meringue buttercream tu ya. Skang meh kita tgk resipi kek nya dulu.


Victoria Sandwich Cake
By: Kitchen Guardian (KG)

Ingredients
250g butter, leave soft, I used tatura
250g caster sugar, I used 220g because I added golden syrup
5 large eggs
1 tsp vanilla extract
1 tbsp golden syrup, I used Lyons, can get it from Cold Storage
2-3 tbsp milk
280g self-raising flourg this recipe best!
Raspberry jam (sy guna St. Dalfour)

Method
Preheat oven at 170C.

Cream butter and sugar and vanilla until light and fluffy. I used my wooden ladle! Add eggs in three additions! What I did was to break 5 eggs and beat slightly and measured 250g. Lastly add srf in 3 additions, fold in milk until incorporated.

I used 3, 7 inches round cake tins...and I liked them! Bake for about 30 minutes until golden in colour.

Let cool and sandwich with Raspberry jem, and sprinkle sugar on top!


* Sorry ye malas nak translate.. tp InsyaAllah semua org faham.. Selamat mencuba


Tuesday, October 1, 2013

Laksa Penang

1 comments
Haaa, telah terjawab persoalan kenapa sy sgt gigih menyiang ikan aritu kan. Sebab nak buat laksa ni la, kalau saja2 maybe belum sampai seru utk siang ikan tu..huhuu. Minggu lepas kami pegi makan laksa kat Old Town, sebab situ je laksa paling tersedap kat pulau ni..tp sgt mengecewakan bila laksa tersebut sudah tidak menawan hati lg, rasanya agak hambar & kuah nya juga cair berbanding sebelum ini.

Walaupun rasanya agak kurang memuaskan, tp Kashfe sangat suka. Lebih 10urat laksa di mkn ( kira banyak la tu, selalunya 2,3 suap nasi je). Jd enche somi memberikan cadangan supaya sy buat sendiri laksa..rasanya tentu lebih lazat, boleh mkn sepuas hati & paling penting sebab Kashfe sukakan Laksa. Biasanya laksa dibuat menggunakan ikan sardin, tetapi di pasar haritu tiada stok ikan sardin & terpaksa la sy guna ikan kembung.

Ini 1st sy nak buat laksa sebenarnya. Selalunya tahu mkn je. Resipi ni pula sy mintak dr my sis..dia tu mcm gugel bergerak, tanya resipi apa pun, semua dia boleh bg on da spot..kagum sungguh. Enche somi yg paling tak sabar nk rasa..& keputusan yg diberikan, laksa tersebut adalah sgt sedap..cuma kurang pedas sebab Kashfe nk join sama. Gembiranya rasa hati bila telah berjaya memasak laksa dgn jayanya. Resipinya boleh tengok di bawah ya..daaaa


Laksa Penang
Oleh: Marina Ismail

Bahan-bahannya
(3 org makan)
1 paket laksa - direndam & direbus
700g ikan kembung - rebus & ambik isi
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
1 inci belacan* - dibakar sekejap
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah jika suka pedas
4-5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan - dibelah 2
Beberapa batang daun kesum
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Cili padi - dihiris (jika suka pedas)
Otak udang - jika suka

Cara-caranya
1. Rebus ikan sehingga masak dan simpan air rebusan untuk dibuat kuah. 
2. Asingkan isi ikan daripada tulang. Isi ikan tersebut sy hanya ramas2 utk menghancurkan nya, boleh juga dikisar.
3. Tulang ikan pula dikisar dan ditapis airnya. Campurkan bersama air rebusan tadi.
4. Kisarkan bahan yg bertanda (*) & masukkan ke dalam air rebusan ikan. Masukkan juga cili kisar, asam keping serta bunga kantan.
5. Kemudian, tambahkan isi ikan tadi. Masak dgn api perlahan hingga merenih.
6. Sesuaikan rasa dgn garam & gula.
7. Boleh lah dihidangkan bersama laksa & bahan-bahan hiasan tadi. Selamat menjamu selera ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template