Saturday, September 14, 2013

Tepung Pelita

0 comments
Jeng jeng jeng.. Harini kita mamam tepung pelita, tp kat perak diorg panggil kuih limas. Ayah sy suka sangat kuih ni..dan dia akan bising bila kuih tu kurang gula & santan nya. Sy buat ni konon nya nk bgtau ayah yg anak nya dah terer buat kuih paberet dia ni..nanti blk bleh la anim buatkan utk ayah ye.

Dengan gigih nya lps breakfast trus amik daun pisang. Jenuh jugak la nk buat bekas tu bg org yg amatur mcm sy ni, nk mengukur & menggunting bagai..hahaha. Tambah plak dgn 'pembantu' yg serba boleh tu..tersangat la mencabar nye. Tp demi mu tepung pelita, sy gagahkan jua..hehehe. Tp sarung yg sy buat tu agak terbesar sedikit, mkn sebijik trus muak rasanya..next time kena kecik kan sikit. 

Malam td lepas si tecik tu tido baru la sempat nak sambung buat kuih ni. Dr pg dah amik daun pisang nya, tp mlm baru siap..adoiii la. Masa nak bancuh tepung tu baru perasan yg daun pandan lupa amik..xkn la nk amik memalam ni kan, so sy letak esen pandan & pewarna hijau je. Agak sedey sbb tepung pelita tu dah x original..huhuu. Lain kali buat kita guna yg ori semuanya..hehehe. K, meh tgk resipi nya pula..


Tepung Pelita
sumber: MyResipi.     

Bahan-bahannya ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
Lapisan bawah
1 cawan tepung beras 
1 cawan gula 
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


Hokkaido Milky Loaf

0 comments
Assalamualaikum..


Mood meroti masih meluap-luap ni. Maap la kalau asik resepi roti je ye..huhuu. Tp roti ni lain dr yg lain..percayalahhhhh.. Sebenarnya sy buat roti ni sbb nk abiskan whipping cream yg dah dibuka, nnt kalau rosak syg plak. Ditambah plak dgn lauk kari kepala ikan yg ada balanced lg. Maka, muncul la idea utk try roti hokkaido ni.

Menurut pakar (iaitu beberapa blogger), namanya roti ni hokkaido sbb menggunakan hokkaido milk .yg agak mahal..sy xtau la plak apa rupanya hokkaido milk tu. Sy guna susu dutch lady je, maybe sy patut bg nama dutch lady milk loaf..hahaha (k la, behenti merepek dah). 

Rasa roti ni hampir sama dgn loaf kat Sun Moulin, tp sy lupa apa nama loaf tu. Lepas ni dah xpayah da nk beli roti mahal tu..huhuhu. Resepi ni sy amik dr Kak Nor & yg asalnya dr Angie's Recipes & Wendy. Korang jgn pelik tgk resepi nya ya, sebab memang xda butter @ shortening @ marjerin..sy pun mcm x pecaya mula2 tu. Tp Alhamdulillah, jd dgn sangat sempurna. Sy share resepi kat cni utk korang try ye.. Selamat meroti


Hokkaido Milky Loaf
by: Angie's Recipes

Ingredients
  • 540 g Bread flour
  • 60 g Cake flour
  • 10 g Dry active yeast
  • 30 g Milk powder
  • 80 g Sugar
  • 9 g Salt
  • 1 pc Egg
  • 250 g Fresh milk
  • 150 g Whipping cream (heavy cream)


Method

  1. Mix all the ingredients in the bowl of an electric stand-mixer. Remember separate the yeast from salt and sugar to avoid the dehydration.
  2. Knead until gluten is fully developed and the dough is elastic, smooth, non-sticky and leave from sides of mixing bowl. Cover with a damp towel and allow the dough to ferment until double in size, about 60 minutes.
  3. Take out the dough and press out the gas produced during the proof. Divide it into 4 portions. Round up and let rest for about 20 minutes.
  4. Roll each dough out and roll up and place in a 13x33x12cm loaf pan. After shaping, let the dough rise up to 2/3 full. Brush with egg wash or milk. Bake in a preheated 170C/340F oven for about 40 minutes.



Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken

4 comments
Assalamualaikum semua..

Sy kembali dgn resipi dr dapur anim..wahhh, sejak bila la plak wujudnya kan..hehehe. Maklumla ekaited nk share resipi sendiri..sebelum ni asyik refer resipi org lain je. Nampak sgt la xtau memasaknya..malusss i tau (plural lg, nk tunjuk betapa malunya).hahaha. Seperti biasa la kan, kalau dah namanya resepi dr dapur anim, semestinya resepi tu mudah dah sedap..org 'rajen' memang begitu..kuikuikui

Sebenarnya, resipi ni wujud sebab teringin nk mkn ketam buttermilk kat Anjung Ketam (tempat mkn seafood paling femea kat labuan), tp xdpt la nk mkn lg sbb ada org dlm pantang. So, kita tukar la menunya jd ayam buttermilk plak. Mula2 enche somi dengar dia kata pelik, tp bila dah masak dia jugak la yg mkn paling banyak..hurmmm, cakap x serupa bikin..hahaha

Bila korang dah buat kuah dia tu, bleh juga kalau nak tukar kepada haiwan lain, seperti udang or ketam..paling best sy pernah try, letak udang then gaul dgn spaghetti. Trus jd spaghetti buttermilk..yummy yummyyy sangat. Kalau suka pedas, boleh la lebihkan cili padi nya. Nk kuah banjir lebihkan susu cair, tp lps tu seimbangkan rasa garam gula ya. Resipi nya sy bg kat bwh ni..cekidauttt


Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken
oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
Bahan perapan
250g ayam (potong kecil2) 
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil gula 
1 sudu kecil serbuk kari ayam 
1 sudu besar tepung jagung 
1 biji telur 

Bahan menumis 
2 sudu besar mentega 
2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan 
1-2 tangkai daun kari segar 
1/2 cawan susu cair 
1 sudu besar gula (nak letak pati ayam pun boleh) 
secubit garam & lada sulah secukup rasa 

Cara-caranya 
1. Perap ayam minima 1 jam. Kemudian goreng ayam hingga masak & ketepikan. 
2. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau.
3. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain.Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
4. Masukkan ayam & gaul hingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah di atas ayam. Dah siap..


Friday, September 13, 2013

Japanese Style Chocolate Multi-Layer Marble Bread

0 comments
Hi semua,

Sebenarnya dah lama sgt teringin nk buat roti marble jenis ni..selalu buat marble yg biasa2 je. Bila terpandang rupa roti ni di blog Anh's, terus tergoda & melompat2 hati nk try buat.hahaha..(ayat x menahan). Kalau x pecaya, korang tengok la sendiri..sy punya ni memang bagai langit & bumi la kalau nk dibandingkan..huhu

Roti ni jugak sangat unik..sebab resipi nya menggunakan whipping cream. Itu lah yg membuatkan rasanya sangat milky & menjadi sangat gebu. Cara nak buat layer coklat tu sebenarnya sama mcm kita nk buat puff pastry..kaedah yg sama. Tp x perlu la kuar masuk peti sejuk..canai & lipat, buat beberapa kali. Cara yg lengkap ada di blog Anh's ya..korang boleh tengok kat sana.

Bila makan roti ni masa suam2, fuhhhh..dengan rasa coklat nya yg agak meriah, kegebuan yg menggoda lg..kalau mkn sekeping memang x cukup la. Terima kasih pada penyumbang resipi yg sangat bijak ni. Sy kongsikan resipi nya di sini ya..


Japanese Style Chocolate Multi-Layer Marble Bread
by: Anh's

For the chocolate sheet
30g dark chocolate
55g milk
1 tablespoon cocoa powder
15g plain flour
1.5 tbp corn starch
15g sugar
2 tbps condensed milk

For the bread dough 
Ingredients
220g bread flour
30g cake flour
1tsp salt
1 tsp dry yeast
70g sugar
1 egg
100ml milk
45ml whipping cream
15g melted butter
 Method:
Prepare the bread dough first!
1. Put all ingredients into the bread machine as per instructions for your machine in the dough cycle. (If you do not have a bread machine, simply knead the dough with an electric stand-mixer. Remember separate the yeast from salt and sugar to avoid the dehydration. 

Knead until gluten is fully developed and the dough is elastic, smooth, non-sticky and leave from sides of mixing bowl. Cover with a damp towel and allow the dough to ferment until double in size, about 60 minutes).

2. When the dough cycle is completed, punch down the bread dough to release the air and let it rest for 10 minutes before proceeding with the recipe.

Prepare the chocolate sheet
Put the chocolate in a bowl, and microwave on High for 40s. Take out, stir. If the chocolate is not melted, continue to microwave at 5-10 seconds increment. When the chocolate is melted, mix in the other ingredients. Mix well to combine and avoid any lump.

Put the bowl onto the microwave again. This time for 50 seconds. Take out, give it a good stir. It should be sticky and forming a dough by now. Keep stirring until everything combined.

Spread the chocolate sheet onto the cling wrap. Roll out thinly, store in the fridge while waiting for the bread dough to be ready.

Forming the bread layer
After the dough has rested, roll the dough onto a floured surface to a rectangular around 30x40cm. Place the chocolate sheet on top. The chocolate sheet should be well inside the bread dough. Wrap the bread dough onto the chocolate sheet. Use your hand to pat down and flatten the dough.

Using a rolling pin, roll the dough into a thin rectangular shape, 20x40cm. Fold the dough in three lengthwise.

Turn 90 degree. Repeat the above step. Roll the dough thinly, then fold in three lengthwise. The more `turn´ you make, the more marbling effects you will have. I turn the dough around 4 times.

Finally, roll the dough into 20x40cm rectangular. Cut the dough into three long strips. Braid them together, put into a greased loaf pan. Cover with cling wrap, and let them ferment in a warm place until doubled (around 40-60 mins depending on your room temperature).

Baking
Preheat the oven to 170C. Sprinkle the bread with some extra sugar if desired. Bake for 35-40 mins or until the bread is done. (The bottom of the bread sounds hollow when knocked). Cool on a rack. Enjoy!



Thursday, September 12, 2013

Spaghetti Bolognese Mudah (bukan mudah.my ye)

0 comments
Harini sy nak bg resipi spaghetti bolognese yg mudah nk buat & paling penting, ia sangat sedap. Resipi ni memang sy dah guna sejak mula2 blajar masak spaghetti dulu. Bunyi nya mcm susah je kan, tp yg sebenarnya tersangat la senang. Kenapa senang??sebab kita guna sos spaghetti yg readymade. Aci ke bg resipi mcm tu? X kisah la kan, asal resipi..hehehe

Bila tiap ari dah mkn nasi, rasa bosan la pulak. So kita tukar menu nasi kepada spaghetti plak..nasib la enche somi pun suka dgn benda alah ni. Kashfe x payah cite, semua makanan panjang2 mcm tali dia suka..hehehe. Hari ini kita jd org Italy lahh. 

Selalunya sy akan guna sos spaghetti kimball perasa cendawan..soa dia sedap, murah plak tu. Sebotol tu memang cukup utk dimakan dgn sebungkus spaghetti. Sebab kita dah tambah dgn daging kisar & sayur semua, dia akan bertambah banyak. Sos ni juga boleh digunakan utk buat macaroni bakar mcm yg sy pernah post dulu. Tanpa membuang masa, jom kita tgk resipinya.


Spaghetti Bolognese
oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti (San Remo)
1 botol sos spaghetti cendawan Kimball
1 tin kecil tomato puree (Kimball)
1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
1 labu bawang besar - potong dadu
4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
2-3 batang saderi - potong dadu kecil2
Cendawan butang - hiris nipis2
1 biji tomato - potong dadu
Sedikit lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit mixed herbs
Sedikit minyak masak & air

Cara-caranya
1. Panaskan air & campur sedikit garam & minyak. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih hingga lembut.
2. Lepas tu tos kan air nya. Bilas sekali lalu dengan air sejuk.
3. Kemudian panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan daging cincang & masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan batang saderi..biar kan sekejap.
5. Masukkan sos spaghetti Kimbal, tomato puree & air secukupnya.. (air lebih kurang 1/2 cawan je ye)
6. Bila sudah mendidih, masukkan cendawang butang & tomato.
7. Masukkan garam & gula secukup rasa..masukkan juga lada hitam sesedap rasa & mixed herbs.
8. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian boleh la dihidangkan bersama spaghetti. Dan selamat menjamu selera.


Wednesday, September 11, 2013

Kuih Koci Pulut Hitam

2 comments
Assalammualaikum sahabat..

Apa menu minum ptg ni? Menu ni sy buat masa ada kawan nk dtg melawat enche somi aritu..kira menu basi jugak la ni..huhuu. Sebenarnya masa Kashfe dlm peyut lg dah teringin nk mkn kuih koci pulut hitam ni..terbayang kaler dia yg cantik tu, siap bersalut santan lg. Bila masuk mulut tu, fuhhhh..rasa x berhutang (ayat ayah bila mkn benda sedap)..tp anaknya ni masih ada hutang ptptn..jgn wat2 lupa plak..hehehe

Dah melalut jauh ni, jom balik ke pangkal jalan..hehee. Kuih ni sy 1st time nk buat, risau gak apa akan jd..diorg kata nk balut nya susah, tp dgn tidak di sangka ada yg puji balutan kuih koci sy cantik mcm kat La Cucur uolsss..kembang semangkuk rasanya..hahaha. Dlm gambar memang la nampak sempurna, tp realiti nya hanya tuan buat saja yg tahu..huhuu

Resepi ni sy ambil dr blog Mamasya..tertarik nk try resepi sbb nampak santan nya yg sangat menggoda..cara nak bungkus nya pula korang boleh tengok kat sini Seperti kita sedia maklum, kuih ni sangat best bila kita geget..sebab bila geget yg liat tu lps tu dlm nya plak ada inti kelapa yg manis..ish ish ishh, xtau nk cite mcm mana tedappp nya. Owh ya, tepung pulut hitam tu ada jual di pasaraya, tp kalau rajin nk buat sendiri pun boleh juga. Resepi nya boleh tengok kat bawah ni ye..selamat mengoci..hikhik


Kuih Koci Bersantan
oleh: Mamasya

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri 
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering 
1 sudu besar tepung gandum - tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada tepung)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template