Di hari yg membosankan, maka terjadilah resipi2 yg agak pelik tp benar..hehee. Selalu buat creampuff pun masih lg nak bermain dgn creampuff. Tp kali ni nak try creampuff coklat pula..mcm menarik kan? Dah biasa kaler kuning, tetiba tgk kaler gelap kat blog Rahel sungguh menawan plak. Srbab utamanya teringin nak rasa & juga suka tgk rupanya..huhuhu
Kuar je dr oven trus sy terkam nak rasa akan creampuff coklat itu. Owhhh, sungguh tetejut bila kali pertama merasanya..tetejut nape kan, mesti ramai nak tahu. Sebenarnya creampuff ni agak pahit..tak tahu lah samada sy salah guna serbuk koko atau sebab lain. Tp sukatannya semua sy ikut sejibik sejibun. Rasanya creampuff ni hanya utk peminat tegar coklat, yg suka rasa2 pahit tu.
Bila di makan bersama cream custard, masih ada sedikit2 lg rasa pahit nya. Tp lebih baik dr di mkn saja la. Lps tu sy teringat plak nak mkn bersama aiskrim oreo..mcm menarik kan? Dan hasilnya, sgt memuaskan. Rasa pahit tu hilang, diganti bersama sejuk aiskrim & oreo bites di dlm creampuff itu. Bila dah mkn dgn aiskrim, berebut2 la pulak..td masa tak berfilling sape pun tak pandang..hehehe
Creampuff Coklat
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sb gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji telur (i guna 4 biji telur M/208g)
Cara-caranya:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan air, gula, mentega sehingga cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
3. Paipkan atau sudukan ke atas dulang pembakar yang diminyakkan. Bakar 25 minit suhu 210'C. Sejukkan.
4. Untuk membuat kastad coklat, letakkan 4 biji telur kuning, 100g gula, 60g tepung, 600ml susu & 80-100g coklat ke dalam periuk & kacau sehingga pekat & menggelegak.