Sape pernah mkn ketupat sotong? Sy pun tak pernah mkn sebenarnya. Tetiba enche somi kata dia teringin nak mkn ketupat sutun ni. Hadoiii, dah la tak pernah buat, rasa pun tak pernah ni..mcm mane pulak la nak membuat nya. Rasanya ketupat sutun ni masakan kelantan kan? Nasib la mak mertua sy pernah buat ketupat sutun ni. So kami pun buat la bersama2.
Sy ingatkat ketupat sotong ni rasanya pedas..rupa-rupanya manis tu. Haiyooo, cannot go lorrr. Tp nasib mak mertua sy pun tak suka yg manis sgt..jd nya ia telah di olah supaya kemanisan nya dpt diterima oleh tekak. Resipi yg sy tgk punya la manis sampai berkilat sutun tu dek gula yg banyak..maklum lah, ni kan makanan org Kelantan. Sy suka rasa yg kenyal ketupat sotong ni..best sgt bila di gigit. Rasa pun sedap bila di mkn bersama sedikit kuah.
Cuma masa letak pulut dlm sotong tu jgn letak banyak sgt & jgn di padatkan..letak 3/4 penuh je. Sebab pulut tu akan mengembang bila masak, nanti pecah pulak badan sutun tu kalau letak penuh2..hehee. Siapa yg tak pernah mkn lg boleh la cuba ya. Tak susah mana pun nak membuatnya. Cuma sy tak tahu ia sesuai di mkn bersama apa, sebab sy mkn begitu saja..nanti kita tanya pd org Kelantan diorg mkn ketupat sutun ni dgn apa ya.
Ketupat Sotong
Oleh: Kak Wan & Mil
Ketupat Sotong
Oleh: Kak Wan & Mil
Bahan A:
10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
lidi untuk menyucuk
Bahan B:
1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam
Bahan C:
100 gram gula Melaka diracik
2 cawan santan - tidak terlalu pekat
1/2 sudu teh garam
1 hiris halia - dimayang halus
1 helai daun pandan
2 biji bawang merah kecil (ditumbuk) - mil sy tambah
Cara:
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.