Tadi sy try masak nasi dlm claypot, sebab ramai yg kata nasi dlm claypot ni sedap. So, teringin jugak nak mencubanya. Kebetulan pula sy baru je membeli sebijik claypot yg sangat comel. Sesuai utk mkn seorang, tp payah nak share2..hahaha (gelak jahat). Tp sebenarnya sy buat ni utk Kashfe, tak tahu nak bg dia mkn apa lg. Nak masaknya pun senang, sekali masak je nasi & lauk..tak payah susah2 nk pikir.
Jenuh jugak mencari resipi utk nasi claypot ni..tak tahu mana yg sesuai dgn citarasa. Akhirnya sy tertarik utk menggunakan resipi dr dapur Cheq Sue. Nampak sangat menyelerakan. Cara nak prepare pun sangat mudah. Tak sabar sungguh nak rasa nasi claypot ni. Dulu kalau pegi food court Sogo, mmg ramai sgt yg mkn nasi ni..tp time tu tak terbuka pula hati utk mencubanya. Skang baru la teringin..huhuhu
Sy olah sedikit caranya mengikut cara sy. Ayam & cendawan tersebut sy perap semalam supaya rasanya mesra & masuk ke dlm. Sy tak letak minyak bijan ye, sebab sy memang tak berapa suka bau nya. Bila dah hampir masak tu, baunya tersangat la harum semerbak. Tutup je api, lps posing sikit2 trus sy ngappp..sebab nasi ni sedap bila kita mkn semasa masih panas. Memang sgt sedap..nasi tu jd sangat berperisa serta ayam & cendawan nya juga telah menyerap bahan perapan. Kalau makan nasi sahaja pun sudah enak. Sila lah cuba masakan yg simple ni ya..
NASI AYAM CENDAWAN CLAYPOT
Resepi : Chequ Sue
Bahan-bahannya:
1 cawan beras
1 1/2 air rebusan ayam (cheq sue ganti dengan 1/4 kiub ayam)
500gm ayam (potong kecik jer)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1 sudu besar kicap pekat
5 atau lebih kuntum cendawan hitam (rendam hingga kembang dgn air panas)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan
Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan. (Cheq sue tumis dalam claypot dan ketepikan.)
4. Panaskan claypot, masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan semua daun (xde daun, malas nak keluar ambil) , bawang goreng dan percikkan minyak bijan.
Terbaaaik la Cheq sue. Dah cuba. Mmg menyelerakan.
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.