Saturday, March 29, 2014

Cucur Udang Geragau

Kat sini dlm setahun mesti ada musim udang geragau ni. Tp org cni panggil udang ni bubuk..bukan bubuk yg dlm beras tu tau.hehee. Bila tiba musim getagau ni, org2 kampung pun mula la sibuk membuat belacan, cencalok & juga dikeringkan utk disimpan & dijual. Harga nya pun tersangat murah. Paling best nya udang ni sgt segar..naik je dr laut trus boleh beli. Jeles tak?? Hahaha

Kebiasaannya sy akan guna udang geragau ni utk membuat jemput2 @ cucur. Tp dgn menggunakan tepung yg sedikit, hanya utk bg lekat je. Sy campurkan macam2 dlm cucur tu..jagung, carrot, tomato, cili potong, bwg yg didadu & daun sup. Kalau tambah tomato & taugeh pun sedap jugak..terpulang citarasa masing2. 

Sedap nya bukan kepalang..bayangkan udang segar yg sgt manis rasanya, ditambah dgn pelbagai bahan lain..ermmm. Tak tau nak cite camne. Apa yg best bila tergigit sayur2 yg terdapat dlm tu..mcm2 rasa ada. Geragau yg segar ni 10x ganda lebih sedap dr yg kering.. Teringin tak? Teringin tak?? Hahaha. Sila jgn mengidam ye..



Cucur @ Jemput-jemput Geragau
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum.
2 cawan udang geragau segar - dibersihkan
1/2 sk baking powder
1/4 sk serbuk kunyit
5 sb jagung krim
1 biji telur
1 biji bawang besar - didadu
1 biji tomato - didadu
1/2 batang lobak merah - didadu
1 biji cili merah - dihiris
Daun sup - dihiris 
Taugeh - sy tiada stok
Kuchai - sy tiada stok
Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Air mengikut keperluan

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Gaul sebati tepung, baking powder & serbuk kunyit.
3. Masukkan udang, telur & kesemua sayur-sayuran tersebut. 
4. Gaul sebati & tambah air sedikit2 mengikut kesesuaian. Pastikan adunan tidak terlalu cair ya.
5. Masukkan garam & serbuk lada putih. Gaul sebati.
6. Goreng hingga warna keemasan & garing. Angkat & toskan minyak yg berlebihan.
7. Boleh dihidangkan bersama sos cili @ kuah kacang. Selamat mencuba ;)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template