Friday, August 23, 2013

Kek Kastard Pandan



Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama menyepi, kini sy kembali..dapur juga telah kembali berasap. Al maklum la, sudah kembali ke pulau Borneo..hurmmmm. Dapur je la pengubat segalanya. Bila di kampung rindu dapur, bila di dapur rindu kampung plak..ishhh ishh ishhh

Sebenarnya, masa dlm flight blk lg dah selak blk notes lama..yg mana patut di try test dulu. Bila suruh enche asben pilih antara carrot kek dgn kek pandan, pilihannya adalah kek pandan..nasib ada resipi yg dah terperam sejak 3bln lepas.hahaha. 

Dr resepi nampak mcm susah je nak buat kek ni..tp sebenarnya sgt la mudah..kalau org amature mcm sy pun bleh buat, pasti semua org pun bleh la..huhuhuu *terlebih semangat la plak*. Tp sy gantikan santan kelapa dgn susu cair *org rajen mmg begini*huhuu

Kek ni sgt tedappp tau, lebih nyaman bila kita mkn time sejuk..sampai xprasan dah abis sepotong, Kashfe baru mkn sesudu, maknya dah 4,5 sudu *gawat gawat*hohoho. K la, jom kita tengok resipi nya kat bawah n bleh la korang cuba. 


Kek Kastard Pandan
resipi: Sweet4ever
by: Kak Nor SecubitGaram

Bahan-bahannya ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan  ~ resipi di bawah

Bahan (A)
180 gm gula kastor ~ k.nor letak 155gm
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan 
1 cawan kelapa kering

Cara-caranya
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

KEK SPAN PANDAN

Bahan-bahannya
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.



2 comments:

  1. telan air liur jela tgk gmbr kek.. nmpk sdap

    ReplyDelete
  2. hehehe..jom la cuba buat Puan Ezy...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template