Pages

Sunday, December 15, 2013

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum..


Apa khabar anda semua? Semoga sihat & bahagia sentiasa hendaknya. Post kali ni pun bleh diketegorikan sebagai post yg dah basi..huhuhu. Sy buat bubur pulut hitam ni masa di labuan. Dah lama teringin nk mkn, tp pulut hitam nya tak jumpa2..penat mencari. Akhirnya jumpa jugak di kedai tepi pasar. Harganya pula boleh tahan la jugak..sekilo rm9.60. Rasanya kalau di semenanjung takda la semahal ni. Tp dah teringin punya pasal, beli la jugak.

Memang dr dulu lg sy memang suka bubur pulut hitam & bubur gandum. Bubur kacang sy kurang sikit. Tp kalau takda pressure cooker, makan masa la jugak nak masaknya..nak mereneh hingga pulut tu pecah bukan masa yg sekejap ye. Sebab tu digalakkan menggunakan pressure cooker, dlm 20min dah pecah dah pulut tu..mudah kan.

Selalunya sy buat bubur pulut hitam dgn mencampurkan sekali santannya. Tp kali ni nak cuba pula cara santan asing, nak mkn baru ditambah. Rupa nya pun lebih menarik..& yg penting rasa yg sungguh berlemak. Kalau makan semasa sejuk, lg bertambah lazat..tak cukup semangkuk. Resipi nya sy guna resipi dr Che Mat..mudah je nak membuatnya. Kepada sesiapa yg suka bubur pulut hitam ni boleh la cuba.


Bubur Pulut Hitam
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras pulut hitam, rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 liter santan
Air secukupnya
Sehelai daun pandan, disimpul
3/4 cawan pati santan*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh garam*(*satukan, kacau rata dan masak hingga kelihatan pekat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut hitam, kemudian rebus hingga betul2 kembang. Kemudian masukkan air gula, daun pandan dan santan. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka boleh juga letak secubit garam. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. (Manis tu ikut rasa masing2 ok, nak manis atau kurang manis).
  2. Senduk bubur pulut hitam secukupnya ke dalam mangkuk. Kemudian sudukan santan pekat tadi atas bubur. Gaul rata2 sebelum dimakan. Sedap dimakan suam atau pun sejuk. Nak makan dengan roti pun sesuai.

Tuesday, December 10, 2013

Apam Perlis

Assalamualaikum & selamat pg..



Apam perlis ni ialah menu breakfast sy..sy buat apam ni sebab ayah sy sgt suka kuih muih yg manis2. Tambah plak dlm nya ada kastard yg lemak manis berkrim..bukan kata ayah sy je, sy rasa penggemar kuih manis pasti sukakan nya. Enche somi pun boleh habiskan 4 ketul sekali mkn. Rasanya langsung tidak muak. Kalau ada yg tak suka kastard, sy rasa intinya boleh kita olah utk letak apa yg kita suka. Maybe inti kelapa manis pun sedap. 

Resipi ni sy terjumpa dah lama sgt kat dapur Wendy..mungkin kerana tergoda dgn rupa apam perlis Wendy yg membuatkan sy teringin utk mencuba. Di Terengganu namanya telinga lembik, manakala di Kelantan pula namanya apom.  Tak kisah la apa namanya, janji rasanya sedap. Utk membuatnya juga sangat mudah, pd sy lebih mudah dr membuat karipap srbab bahagian tepinya hanya perlu di picit2 kan saja. Tp perlu dibuat semasa panas ye, sebab bila dah sejuk ia agak susah utk melekat.

Sama seperti Wendy, sy pun buat 2 warna & 2 jenis kastard..cuma kastard tu sy olah sgn menukarkan santan kepada susu cair. Sebabnya, sy malas nak perah santan & sy tak suka bau santan kotak. So, susu cair adalah pengganti yg terbaik. Semasa membuat kulitnya pula, jgn dibuat terlalu besar ya, nanti agak susah utk menjadikan ia kembung & bulat..hehehe. Banyak sgt dah membebel ni, mcm mak nenek plak..resipinya sy lampirkan di bawah. Selamat mencuba.



Apam Perlis
Oleh: Wendy
Olahan: Anim Ismail

Batter:
150gm all purpose flour (9% protein)
250ml water (or pandan juice)
Small drop of yellow food colouring 
1 tsp Eno fruit salt

Step:
1. Mix flour, water and colouring together until a smooth batter forms. Add in Eno, stir it (it will fizzle) and leave it for 15 minutes.
2. Heat a frying pan on medium low heat, put in 2 drops of oil and wipe around with tissue. 
3. Put in 1 Chinese soup spoon of batter and fry until the surface is fully set.
4. Remove the pancake onto plate and fry another piece of pancake.
5. While waiting for each piece of pancake to cook, fill the pancakes with 1 heaped tsp of custard and fold into half. Gently press to seal the sides. (do this before it totally cools down)

Custard Filling (can be made in advance)
2 eggs
80gm sugar
Very small pinch of salt
20gm custard powder (use cornstarch if making pandan flavour)
100gm coconut milk 
100gm water or pandan juice
*2 pandan leaves, torn (for yellow custard only)

Step:
1. In a small mixing bowl, beat eggs, salt and sugar until combined, put in cornstarch and mix until even. Add in coconut milk and stir to combine. Add in water and combine.
2. Pour the mixture into a heavy based saucepan. Put in pandan leaf.
3. Cook on medium heat, stirring al the time until the custard cooks and turns very thick.
4. Let it cool down before filling the 



Saturday, December 7, 2013

Kuih Serimuka @ Puteri Salat @ Pulut Sekaya

Assalamualaikum teman-teman..



Kudapan apa utk minum petang? Sy teringin nak mkn kuih serimuka..kalau beli nanti takut rasanya tak memenuhi citarasa. Lgpun sy suka yg kepala nya lg tebal dr pulut..mengelat kan??hehehe. So, lebih baik kita buat sendri, sukati la nak tebal ke, nak nipis ke, nak manis or kurang manis, nak keras or lembik kita yg buat dia..sape tak suka, jgn makan..hahaha

Kalau dulu arwah opah sy memang terer sgt buat kuih ni..perfect kejadian nya. Tp syg ilmu tu takda sape tahu, sebab masa tu takda spe yg minat nak belajar, sy pun kecik lg..huhuhu. Nak buat guna resipi mak sy, masalahnya takda sukatan..semua main agak2. So, kita gugel je la resipinya ye. Sy terjumpa resipi ni yg menggunakan bunga telang utk bahagian pulutnya. Memang menarik la kan. Ditambah plak dgn pic tuan blog yg sangat santekk menarik.

Kat umah ni dah la mmg banyak bunga telang. Tp sy buat kaler dia tak berapa meriah. Maybe terlebih air masa merebus bunga tu. Tak kisah la, yg penting serimuka tu menjadi dgn sempurna. Cukup manis & lemak berkrim..kepalanya pun tak terlalu keras, sedang2 je. Kalau teringin nk cuba boleh la tengok resipi ni ye. Tp sy punya tak jadi secantik tuan punya resipi..huhuhu. Utk melihat cara membuatnya boleh tgk kat blog TravellingFoodies ya.



Kuih Serimuka @ Puteri Salat @ Pulut Sekaya
By: Alan (TravellingFoodies)

makes a 6″ square tin
Ingredients for the bottom, “pulot” glutinous rice layer
300g glutinous rice, rinsed
200ml thin coconut milk (I’d used 170ml Kara “Santan Kelapa Murni” Coconut Cream  diluted slightly with 30 ml water)
1 tsp salt
3-4 pieces of pandan leaves
25-30 bunga telang (blue butterfly pea flower), can be replaced with blue food coloring or omitted totally
100 ml water, omit if blue food coloring or no coloring is used
Ingredients for the top,kaya” custard layer
3 medium eggs (appro. 55 g each)
200 ml thick coconut milk (I’d used Kara “”Santan Kelapa Murni” Coconut Cream”)
150g fine granulated sugar
20-30 pieces of pandan leaves, rinsed and cut into small pieces (do not use pandan leaves which are too big as they are not as fragrant)
100 ml water
10g corn starch ( 4 tsp)
25g  plain flour (2 tbsp + 1 tsp) , for a slightly firmer custard texture which is more manageable for first-timers, flour can be increased to 40g.
Method:
(1) In a saucepan, place water and bunga telang in it and bring the water to a boil before turning down the flame to low. Allow to simmer slightly with lid on for 3-5 min before turning off flame and steep for 10-15 min. Leave to cool down slightly before use. It may help to sit the pot on a folded wet towel to cool it down more quickly.
(2) Rinse the glutinous rice to remove excess starch and impurities present, until water is reasonably clear.
(3) Divide the washed glutinous rice into 3 parts. Place 2 parts in a bowl and add water until rice grains are completely submerged. Place the remaining last part in a separate bowl and add bunga telang juice over it. Top up with some water if necessary, ensuring that all the rice grains are covered in the blue liquid.
(4) Leave both bowls of soaked glutinous rice to sit for at least 6 hours, preferably overnight.
(5) Drain the glutinous rice that had soaked overnight and spread out onto two separate plates for steaming. Crush or shred the pandan leaves slightly and stuff them between the rice grains.
(6) Add salt to thinned coconut milk and give it a good stir.
(7) Divide the coconut milk into 3 parts, and drizzle 2 parts into the plate with “white rice” and one part into the plate with “blue rice”. Stir thoroughly to combine coconut milk with rice grains.
(8) Place the plates into a steamer and steam at high heat for 20 min.
(9) While waiting for the pulot to steam, begin with the preparation of the “kaya” custard layer by first placing snipped pandan leaves and water in a food blender and blitz until a fine pulp is obtained (refer here for what the pandan pulp should look like)
(10) Drain the pandan juice over a fine wired sieve or better still muslin/cheese cloth and squeeze as much juice out of the pulp as possible. It should yield more than 100 ml of concentrated pandan juice.
(11) In a mixing bowl, add eggs and sugar. Whisk slightly to break the eggs and proceed to add coconut milk, 100 ml pandan juice, plain flour and corn flour. Stir well until smooth and free from lumps. Set aside (NOTE: do not be tempted to use more than 100ml of pandan juice as too high a liquid ratio would make it difficult for the custard to set)
(12) When the pulot is done steaming, combine the two parts into a slightly greased 6″ square tin and press down with a “penekan kek” (kek lapis legit press) or the back of a sturdy metal spoon. Ensure that the rice layer is very very compact, especially around the edges and corners.  Place the tin into the steamer and top up the water in it if necessary. Turn on the heat to get the steaming started over medium-low flame.
(12) Return to work on the custard layer, strain the mixture in (11) into a heat-proof or metal bowl and sit this bowl over a pan of gently simmering water. Stir continuously until custard just begins to thicken. Note that the custard batter should still be very fluid and not viscous.
(13) Pour the slightly thicken custard mixture carefully over the rice layer in the square tin and steam very very gently over barely simmering water until the custard layer sets. It should take appro. 25-30 min. Wrap the lid with a large towel to catch any condensation.
(14) Leave the kueh to cool completely (about 6 hours) before unmoulding and cutting.



Friday, December 6, 2013

Blueberry Chiffon


Chiffon lagi..mesti korang dah bosan kan..tak ada resipi lain ke, asik2 chiffon..kan kan?? Hahaha. Nak buat mcm mana.. Blueberry chiffon ni enche somi yg request. Sy pun ok je, sonok ni nak try flavor baru..tambah2 plak kaler purple kan. Lg la sy suka, kaler paberet tu. kat resipi tu tulis guna loyang 22cm, malangnya sy hanya ada loyang 20cm je..hantam sajalah labu..

Utk chiffon ni sy gunakan bluberry filling & juga blueberry paste..ingat nak letak fresh blueberry gak, tp tak ditemui..huhuhu. Sy terjumpa resipi ni kat dapur Che Mat, rupanya tersangat la menarik..paham2 la kalau Che Mat punya resipi kan, tengok gambar pun dah teruja..hahaha. Bg sy, chiffon ni agak moist n tak kering macam chiffon2 lain yg sy penah buat. Paling best bila tergigit serpihan-serpihan blueberry kat dlm tu..nyamannn. Ada yg dah telan air liur tak??hehehe. Resipi nya sy sertakan di bawah..selamat mencuba ;)



Blueberry Chiffon
Oleh: CMG

Bahan A:
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

Bahan B:
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar


Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
  3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
  4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan.

Monday, December 2, 2013

Mars Bar


Ini pulak dessert yg sy buat semasa di labuan dulu. Mahap la ye, sbb baru nak post cite yg dah basi ni. Lps2 ni rasanya banyak resipi yg dah lama terperam, tak sempat update..bila dah blk kampung baru rasa tenang nak update apa2 yg tertinggal. Oven kat kampung ni pun dah masuk workshop sbb lama sgt tak digunakan. Jd skang ni sy hanya boleh buat menu yg kukus n chilled je la..huhuhu.

Jauh sgt dah melalut ni..jom kita kembali ke jln yg benar..tentang dessert yg fofular masa kini. Haritu sy teringin nak buat Mars bar ni sebab tengok ramai sgt yg jual..teringin jugak nak merasa. Tp yg jual nya di Semenanjung, so terpaksa la buat sendiri. Lama jugak hasrat nk buat nya tertangguh sebab tak jumpa2 krispies nya. Masa jumpa kat 1 kedai tu pun tinggal sekotak je. Apa lg, cpt2 la sy hangkut..huhuu

Nak membuatnya tersangat la senang. Sy guna resipi dr KitchenMagPie..sebab resipi ni je tak menggunakan golden syrup. kat cni sy tak jumpa kewujudan golden syrup tu..huhuuu. Mars bar ni kalau buat utk bufday party budak2 mesti diorg suka. Tp pd org yg tak suka manis, dessert ni macam kurang sesuai sikit. Pd sy, ia agak manis..dengan coklat mars di bawah & coklat lg di bahagian atasnya. Kalau makan sedikit boleh je. Resipi ni ada mcm2 version, maybe jugak sy guna ni yg termanis..nanti kita cuba yg lain pula ya.


Mars Bars
By: KitchenMagPie

Ingredients:
4 Mars Bars
1/2 cup butter or margarine
3 cups Rice Krispies

Topping:
1 cup chocolate chips
1/4 cup butter or margarine

Method:
1. Melt chocolate bars with butter.
2. When that’s done, mix the Rice Krispies in with them, then transfer to a well greased 9×9 pan.
3. Melt the chocolate and butter for the topping, then pour it on top.
4. Cool in the fridge then cut into pieces and serve.



Sunday, December 1, 2013

Selamat Tinggal Teman2..™

Finally, hari yg ditunggu telah tiba. Perasaan gembira, sedey semua ada. Gembira sbb sy akan kembali ke kampung halaman yg terchenta. Tp sedey sebab terpaksa meninggalkan 'kwn2' baik sy. Walaupun diorg tak bernyawa, tp sy rasa diorg sedey nak berpisah dgn sy. Sy dah cuba utk bwk bmw sy, tp keadaan tak mengizinkan. Sy takut sesuatu yg buruk terjadi pd awk..jadi, awk tinggal dulu di sana bersama cik oven. InsyaAllah kita akan berjumpa lg pd masa akan dtg. Awk jaga diri baik2 tau. Luv u more than my husband :( (Upsss, terover feeling terlebih?)

Saturday, November 30, 2013

Beef Lasagna


Bila sebut je lasagna, mesti teringat kat kucen Garfield kan?? Ye la, lasagna ni kan faveret fud si Garfield. Tp bkn kata Garfield je, lasagna ni pun paberet sy gak..sbb tu la sy pun dah tembun mcm garfield (arghhh..tidakkkk). Garfield tu takpe la comel, tp sy ni horrorrr rupanya. Sy buat lasagna ni sebab tak nak membazir sebenarnya (kukuh kan alasan ni??). Membazirkan amalan syaitan.

Sy buat lasagna memang sangat mudah & simple..tp rasanya tetap mengancam tau (puji diri sendri la plak). Utk sos nya sy menggunakan sos spaghetti kimball. Lepas tu tambah la minced meat & sayur apa yg berkenan di hati. Sy tak letak mixed vege sebab enche somi tak brapa suka, jd sy gantikan dgn sayur lain seperti celery, carrot, capsicum & cendawan. Yg paling penting wajib ada mestilah white sauce..nyum nyummy. Tp jgn letak banyak sangat ye..nanti muak sebab dia sgt2 la berlemak. 

Owh ya lg 1, bila nak beli lasagna sheet tu, tlg la buka dulu kotaknya. sebab kat labuan ni kebanyakan lasagna sheet nya beranai2. Sbnrnya sy pun tak pasti tu anai2 ke apa..tp baik korang check dulu sebelum beli. Ok, kpd yg nk order & teringin nk mkn tu, boleh la cuba resipi di bwh ni ya. Order lasagna belum tentu lg bila akan dibuka..kalau letak kangkung dlm lasagna ok tak? Wahahaha.. ok, sudah terpesong, jom tgk resipi & cara penyediaannya.


Creamy Lasagna
Oleh: CMG
Olahan: Anim Ismail

Bahan utama:
Kepingan lasagna secukupnya (cara menggunakan ada di belakang kotak)
White sauce
Inti daging
Parutan mozarella & cheddar secukupnya

Bahan inti daging:
200 g daging kisar
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tbsp cili kisar
1/2 tsp serbuk lada hitam
2 tbsp tomato puree
2 tbsp sos cili
1 tin cendawan butang - dihiris
Sedikit oregano
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk white sauce
500 ml susu segar
2 tbsp butter
3 tbsp tepung gandum
4 keping cheddar cheese
1/2 tsp serbuk lada hitam - boleh tambah jika suka
Secubit garam

Cara-caranya:

Untuk inti: 
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar & bawang putih. 
2. Masukkan cili kisar, sos cili, tomato puree & daging cincang, masak hingga daging berubah warna. 
3. Masukkan sos spaghetti, lada hitam, oregano & cendawan. Masak hingga mendidih.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.

Untuk white sauce: 
1. Cairkan butter & masukkan tepung gandum. Kacau sentiasa sehingga tepung kelihatan masak & berwap.
2. Tambah susu bersama & kacau dengan whisk hingga sebati. Pastikan tidak berketul.
3. Masukkan keju yg dicarik-carik. Kacau sehingga keju larut sepenuhnya.
4. Tambah secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.

Penyediaan lasagna: 
1. Panaskan air hingga mendidih, campur 1 tsp minyak dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan ketepikan.
2. Sapukan loyang lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne.
3. Ratakan inti daging, letak white sauce & tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna.
4. Kemudian ratakan lagi inti daging, white sauce & keje cheddar. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging, white sauce dan tabur dengan keju mozarella.
5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, November 26, 2013

Selamat Ulangtahun Buat Bonda & Ayahanda

Selamat Hari Lahir yg ke-76 ayah & Selamat Hari Lahir yg ke-67 emak.. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik & bahagia sentiasa. Bufday mak & ayah sy bukan pd tarikh yg sama, cuma berkongsi bulan yg sama..bulan November. Sorry sebab anim tak sempat nak buat bufday cake utk ayah & mak..InsyaAllah nanti anim buatkan ye.

Setiap tahun umur mak & ayah semakin meningkat. Dahulu ayah sangat gagah perkasa, tp sekarang sudah tidak sama mcm dahulu. Doktor baru je sahkan yg injap jantung ayah ada kebocoran. Tp ayah sudah terlalu tua utk menjalani pembedahan. So, rawatan utk ayah sekarang hanyalah ubat-ubatan. Kesian ayah.. Dia sudah tidak boleh aktif ke kebun lagi, memandu kereta pun doktor tak galakkan. Mesti ayah bosan kan..tunggu anim blk bersama cucu ayah ni ya. Nanti biar anim jd driver ayah pulak. Dr darjah 1 hingga tingkatan 5 ayah antar n amik anim..sekarang biar anim pulak ambil alih ye. 

Emak pun boleh la rehat sikit nnt..biar anim yg masak. Walaupun tak brapa sedap, tp anim nak gak bg mak & ayah rasa masakan anim. Anak mak & ayah yg langsung tak reti masak dulu, sekarang dah ada kemajuan..huhuhu. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Macam baru je lg, sy menunggu ayah di hadapan pagar sekolah, setiap hari membawa bekal yg emak sediakan. InsyaAllah nanti anim akan buat yg sama utk Kashfe..supaya dia merasai kasih syg seorang mak, mcm yg anim rasa.

Friday, November 22, 2013

Donut Lembut Gebu

Assalamualaikum semua..


Dlm 2,3 arini ramai sgt yg mintak resipi donut..so bekfas kita mestilah donutttt. Sebelum nk bg resipi kat org, kena la kita pastikan dulu resipi tu jd ke tidak. Alhamdulillah, resipi donut ni menjadi. Nak membuatnya mudah, dan hasilnya juga sangat menarik. Sy ambil resipi ni dr blog Izah. Cuma sy tak salut donut sy dgn coklat, sebab enche somi tak suka yg over manis ni.

Oleh sebab bancuhan ni dapat agak banyak, jd separuh daripanya sy buat pau sambal. Alang2 sambal udang petai semalam ada lebih, nak buat sambal ikan bilis kurang kerajinan la pulak..huhuhu. Sambal udang pun boleh la..sedap juga. Hingga menjilat jari lg. Yg best nya donut ni, lembut nya sampai ke ptg..magik kan. Dah lama cari resipi donut yg mcm ni. Akhirnya jumpa pun, terima kasih tuan punya resipi. Sy share kat cni pula ye..


Donut Lembut Gebu
Oleh: Izah MuffinLover

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

Bahan B
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-caranya:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
2. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
3. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
4. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
5. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Pumpkin Cream Cheese Muffins


Episod labu masih belum habis lg..hahaha. Jenuh nak menghabiskan. Dr lauk, ke roti, skang kita try buat muffin plak. Ramai yg kata labu ni sedap kalau di buat muffin. Apa lg kan, teringin la nak try..dgn warna yg sangat menggoda plak tu. Resipi nya sy ambil di dapur JintanManis, Pumpkin Cream Cheese Muffin..dengar nama pun dah mengiurkan. Tak sabar sungguh nak muffin labu ni.

Warna kuning muffin ni memang original tau, takda tambahan pewarna. Cantikkk kan??? Dan paling best, rasanya seindah rupa. Sy ni kurang suka makan muffin sebab kebanyakkan muffin agak dry. Tp muffin labu ni sangat moist..lembut gebu plak tu. Di tambah rasa lemak dr labu dgn cream cheese. Tak sia-sia sy mencubanya. Kalau di simpan dlm peti sejuk semakin nyaman utk dinikmati. Tak caya?? Sendiri cuba..hehehe


Pumpkin Cream Cheese Muffins
Oleh: Ros JintanManis

Bahan-bahannya140gram tepung gandum
100gram cream cheese
3 biji telur
70gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
70ml susu segar@bancuhan susu tepung
110gram isi labu yang direbus dan dilenyek baru ditimbang
secubit garam
50gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
10gram tepung kastard@tepung jagung
( sedikit sugar powder utk di tabur atas muffins nanti)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum,tepung kastard dan baking powder, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).


2.  Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan, kemudian, putar putih telur hingga berbuih, masukkan separuh kuantiti gula, dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue) ketepikan. ( Untuk Mengetahui putih telur betul2 sudah kembang, bila terbalikkan bekas adunan, meringue tidak akan jatuh).

3. Kemudian dengan menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan baki kuantiti gula hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, pukul lagi, selepas itu masukkan pula cream cheese, pukul hingga semua sebati.

4. Kemudian masukkan isi labu dan esen vanila pukul sebati, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Akhir sekali bahagikan meringue putih telur tadi pada tiga bahagian, dan dengan menggunakan spatula ambil satu bahagian putih telur meringue  dan gaul sebati dengan adunan tepung, ulang langkah tadi sehingga semua bahagian meringue habis. Pastikan meringue betul-betul sebati dengan adunan tepung.


5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.


6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. 




Paru Goreng Berlada

Assalamualaikum semua..

Menu ini ialah lauk bersama nangka masak lemak, paru goreng sambal..memang paberet sy ni. Dah lama sgt tak makan rasanya..sebab enche somi tak brapa bg mkn organ dalaman ni. Tp itulah paberet sy..huhuhu. Jd yg ni tak beli ye, yg ni dpt masa diorg bg daging korban..selain daging sy dpt paru korban gak..hehehe. Kalau mkn sekali sekala takpa la kan, nak kata sebulan sekali pun jarang. 

Masak sambal paru ni paling sedap kalau kita guna cili hidup berbanding cili kering yg dikisar tu. Dan nak memasaknya pun tersangat la senang. Bahan-bahan pula memang senang didapati & selalu ada di dapur. Cuma step nya banyak sikit, nak kena rebus dulu, lps tu goreng & baru boleh di masak. Kalau mkn lauk ni dgn nasi panas memang terbaekkk. Jom kita tengok resipinya. Nyumm nyummm


Paru Goreng Berlada
Oleh: Rohah
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500 gm paru- cuci & rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk..potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit & goreng
10 tangkai cili besar merah - kisar
2 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih -kisar
2 cm halia -kisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara;
1.Cuci hingga bersih paru lembu. Rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk selama 30min dan toskan.
2. Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan, angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga garing & pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan kering sedikit & masukkan paru tadi, gaul rata dan matikan api.
5. Sedia utk dinikmati.



Masak Lemak Nangka Muda

Salam sejahtera..

Untuk pertama kalinya sy nak masak sayur nangka muda. Gigih siang nangka muda pukul 1pg..bukan apa, kalau siang si kenit tu dah bangun jgn harap dia nak duk sendiri..asik nak berkepit je. Mcm mana la nak siang nangka yg bergetah tu dgn dia kan. Dah siap rebus semua, nnt terus masak je. Ntah kenapa Kashfe taknak tinggal sendiri sekarang..menangis mcm kena pukul je. Sedangkan dia nampak je sy kat dapur, tp menjerit sbb tak dapat berkepit..haihhh

Rupanya siang nangka ni bukan perkara yg menarik..abis melekat2 getahnya, kat tgn, kat pisau, kat papan pemotong. Jenuh jugak la nak mencucinya. Sebab enche somi dah request, ku gagahkan jua..huhuu. Nk masak nya senang je pun. Sy tak buat pedas sangat sebab Kashfe suka sy lemak ni (citarasa org tua sungguh). Kalau teringin boleh la cuba resipi di bawah ni ya.


Masak Lemak Nangka Muda
Oleh: YatieMemories

Bahan-bahannya:
1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
2 btng serai-dititik
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa
sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya utk merebus nangka

Bahan Kisar

1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara-caranya:

1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. 
4. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
5. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
6. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
7. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
8. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.



Nasi Goreng Kerabu


Sebenarnya menu ni sy buat sebab ada yg request, kwn masa study dulu.. Dia kata asik dessert & lauk pauk je, buat la menu breakfast pula.. Ok id, dis is for u.. Nasi goreng kerabu wif sunny side up egg. Sy memang sgt suka dgn nasi goreng, tak kisah la nasi goreng apa pun..semua sy suka. Dah la sedap, lengkap & juga mudah utk disediakan..suka suka suka..hehehe

Sy buat nasi goreng kerabu ni sebab nak menghabiskan stok sayur yg bertimbun dlm fridge..takut rosak nanti, syg je. Lgpun, sy sgt suka nasi goreng yg banyak sayur ni..kalau tak ada haiwan2 pun takpa, janji ada banyak sayur. Nasi goreng ni tak boleh la nak buat pedas, sbb nak kena share dgn Kashfe..huhuu. Tp Kashfe mkn 2,3 suap je, mak Kashfe yg mkn bersuap2..hahahha. Kalau teringin, jemput la membuatnya ye..nak jemput mkn, sy punya dah licin..hehee


Nasi Goreng Kerabu
Oleh: UmmiZaihadi

Bahan A:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 100 gm udang
  • 100 gm sotong - sy tak letak
  • 3 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
Bahan B (Ulam-Ulaman) Dihiris:
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang kelisa (kacang botol)
  • 3 batang kacang panjang - sy tak letak
  • 2 batang celery dihiris - sy tambah
Bahan C (ditumbuk):
  • 12 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering (rendam sebentar)
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong dan nasi. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.
  4. Kacau rata dan hidangkan bersama timun dan keropok.


Friday, November 15, 2013

Sweet Corn Chiffon

Halluuuu semua..


Demam chiffon dah melanda di sini..hahaha. Semalam sy ada bgtau yg sy buat 3bijik chiffon dlm 1 malam sebab terlalu eksaited kan..inilah salah 1 nya..sweet corn chiffon. Dengar nama pun dah menarik kan. Sy suka mencuba chiffon yg jarang org buat..dlm erti kata lain agak pelik & lain dr yg lain. Sebab chiffon2 lain tu dah biasa kita rasa & dah boleh agak rasanya. Kalau yg jarang di buat ni, rasa mcm eksaited sgt nak cuba & rasanya.

Utk pengetahuan korang, chiffon jagung ni telah terjual lebih 10 bijik dlm masa seminggu. Tak tahu mcm mana nak cerita kesedapan nya..lebih baik korang cuba sendiri. Seperti biasa bahan2 nak buat chiffon ni tersangat la mudah utk didapati. Yg sy tak suka 1 je..nak tunggu dia sejuk sangat lama..sy dah tak sabar nak rasa, tp dpt hidu je. Geram nye la, rasa mcm nak keluarkan je dr loyang panas2 tu. korang jgn buat mcm tu ye. 

Utk buat kek chiffon ni, loyang nya tak perlu di gris (owhhh, sy memang sgt malas nk gris loyang..yucksss). Kalau kita griskan loyang, kek tu tak dapat nak panjat nanti..bak kata sifu la, sy pun mengikut je. Lg 1, sejukkan nya secara terlangkup, atau terbalik..supaya kek td tidak turun & jd padat. Itulah antara petua yg sy tahu tentang chiffon ni. Jd skang, korang boleh la mencubanya.


Sweet Corn Chiffon Cake
By: Sonia NasiLemakLover

Ingredients:
4 egg yolks
20g sugar
50g corn oil
85g self- raising flour
75g sweet corn cream

4 egg whites
70g sugar

Method:
1. Hand whisk egg yolks and sugar till sugar dissolved.
2. Add in corn oil and sweet corn cream, mix well.
3. Add in flour and combine well, set aside.
4. Beat egg whites over high speed till foamy ( 1min for KA mixer at speed 8).
5. Slowly add in sugar, beat till soft peak form (2-3mins for KA mixer at speed 6).
6. Take 1/3 portion of egg white mixture and use hand whisk to mix with egg yolk mixture till light.
7. Fold the balance of egg white mixture into egg yolk mixture, combine well.
8. Pour cake mixture into baking pan and bake at pre-heated oven at 160c for 40min or adjust to your oven as every oven is difference.