Pages

Friday, November 22, 2013

Pumpkin Cream Cheese Muffins


Episod labu masih belum habis lg..hahaha. Jenuh nak menghabiskan. Dr lauk, ke roti, skang kita try buat muffin plak. Ramai yg kata labu ni sedap kalau di buat muffin. Apa lg kan, teringin la nak try..dgn warna yg sangat menggoda plak tu. Resipi nya sy ambil di dapur JintanManis, Pumpkin Cream Cheese Muffin..dengar nama pun dah mengiurkan. Tak sabar sungguh nak muffin labu ni.

Warna kuning muffin ni memang original tau, takda tambahan pewarna. Cantikkk kan??? Dan paling best, rasanya seindah rupa. Sy ni kurang suka makan muffin sebab kebanyakkan muffin agak dry. Tp muffin labu ni sangat moist..lembut gebu plak tu. Di tambah rasa lemak dr labu dgn cream cheese. Tak sia-sia sy mencubanya. Kalau di simpan dlm peti sejuk semakin nyaman utk dinikmati. Tak caya?? Sendiri cuba..hehehe


Pumpkin Cream Cheese Muffins
Oleh: Ros JintanManis

Bahan-bahannya140gram tepung gandum
100gram cream cheese
3 biji telur
70gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
70ml susu segar@bancuhan susu tepung
110gram isi labu yang direbus dan dilenyek baru ditimbang
secubit garam
50gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
10gram tepung kastard@tepung jagung
( sedikit sugar powder utk di tabur atas muffins nanti)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum,tepung kastard dan baking powder, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).


2.  Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan, kemudian, putar putih telur hingga berbuih, masukkan separuh kuantiti gula, dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue) ketepikan. ( Untuk Mengetahui putih telur betul2 sudah kembang, bila terbalikkan bekas adunan, meringue tidak akan jatuh).

3. Kemudian dengan menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan baki kuantiti gula hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, pukul lagi, selepas itu masukkan pula cream cheese, pukul hingga semua sebati.

4. Kemudian masukkan isi labu dan esen vanila pukul sebati, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Akhir sekali bahagikan meringue putih telur tadi pada tiga bahagian, dan dengan menggunakan spatula ambil satu bahagian putih telur meringue  dan gaul sebati dengan adunan tepung, ulang langkah tadi sehingga semua bahagian meringue habis. Pastikan meringue betul-betul sebati dengan adunan tepung.


5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.


6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. 




2 comments:

  1. Replies
    1. Iya Siti Hajar..muffin ni mmg sgt sedap. Tak mcm muffin biasa yg kering tu..ditambah pula dengan lemak dr buah labu.. Miammm

      Delete