Pages

Sunday, December 15, 2013

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum..


Apa khabar anda semua? Semoga sihat & bahagia sentiasa hendaknya. Post kali ni pun bleh diketegorikan sebagai post yg dah basi..huhuhu. Sy buat bubur pulut hitam ni masa di labuan. Dah lama teringin nk mkn, tp pulut hitam nya tak jumpa2..penat mencari. Akhirnya jumpa jugak di kedai tepi pasar. Harganya pula boleh tahan la jugak..sekilo rm9.60. Rasanya kalau di semenanjung takda la semahal ni. Tp dah teringin punya pasal, beli la jugak.

Memang dr dulu lg sy memang suka bubur pulut hitam & bubur gandum. Bubur kacang sy kurang sikit. Tp kalau takda pressure cooker, makan masa la jugak nak masaknya..nak mereneh hingga pulut tu pecah bukan masa yg sekejap ye. Sebab tu digalakkan menggunakan pressure cooker, dlm 20min dah pecah dah pulut tu..mudah kan.

Selalunya sy buat bubur pulut hitam dgn mencampurkan sekali santannya. Tp kali ni nak cuba pula cara santan asing, nak mkn baru ditambah. Rupa nya pun lebih menarik..& yg penting rasa yg sungguh berlemak. Kalau makan semasa sejuk, lg bertambah lazat..tak cukup semangkuk. Resipi nya sy guna resipi dr Che Mat..mudah je nak membuatnya. Kepada sesiapa yg suka bubur pulut hitam ni boleh la cuba.


Bubur Pulut Hitam
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras pulut hitam, rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 liter santan
Air secukupnya
Sehelai daun pandan, disimpul
3/4 cawan pati santan*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh garam*(*satukan, kacau rata dan masak hingga kelihatan pekat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut hitam, kemudian rebus hingga betul2 kembang. Kemudian masukkan air gula, daun pandan dan santan. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka boleh juga letak secubit garam. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. (Manis tu ikut rasa masing2 ok, nak manis atau kurang manis).
  2. Senduk bubur pulut hitam secukupnya ke dalam mangkuk. Kemudian sudukan santan pekat tadi atas bubur. Gaul rata2 sebelum dimakan. Sedap dimakan suam atau pun sejuk. Nak makan dengan roti pun sesuai.

2 comments:

  1. kedai mana nak beli pulut hitam ni?kat bataras ka?

    ReplyDelete