Pages

Friday, February 21, 2014

Macaroni & Cheese

Inilah dia menu org pemalas. Niat di hati nk mkn sedap, tp nk membuatnya malas..so, jd lah macaroni & cheese segera. Kali ni mmg sy guna mac & cheese instant brand san remo..sejak dr dulu lg kalau nak mkn mac & cheese sy akan beli yg ni. Nak sediakan nya terlalu mudah. Korang juga boleh tambah apa yg korang suka mengikut citarasa sendri. Mengikut resipi di paket, korang hanya perlu tambahkn fresh milk je.

Tp sy kan suka menderhaka, so sy tambahkan mixed vege, minced meat & juga extra cheese. Dan hasilnya.. Wallahhhh. Tp yg instant ni tak sama la macam kenny rogers punya..maybe next time sy nak try buat sendri tanpa guna yg instant ni..barulah mencabar sket nak letak resipi kan..hehehe. Resipi ni boleh juga digunakan bila nak cpt, contoh nya kalau ada tetamu tiba2 dtg ke..mesti tetamu yg dtg pun kagum..hehehe


Macaroni & Cheese
By: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1 paket San Remo Macaroni Cheese
500ml susu segar
2 tbsp mentega
1/2 biji bawang besar - didadu
100g daging kisar
1 batang celery - dihiris
100g mixed vege
Sedikit lada hitam
Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Cairkan butter & masukkan bawang serta daging kisar.
2. Apabila daging sudah agak masak, masukkan susu serta macaroni. Kacau sebati.
3. Masukkan pula celery, mixed vege, lada hitam & perasakan dgn garam & gula.
4. Masak hingga macaroni lembut & kuahnya agak pekat.
5. Sedia utk dihidangkan.



2 comments:

  1. Heee kak.. Yg kenny rogers punya pun instant ja ka.. Mcm serbuk cheese jual kat luar tu cmpur ayak jadi lah sos cheese dia yg marveles tuu.

    ReplyDelete
  2. Krr punya pun instant je kak.. Cuma resipi serbuk dia lain la dri yg kat luar tuu.. Heeee

    ReplyDelete