Pages

Friday, November 8, 2013

Lemak Pucuk Manis & Labu Kuning

Assalamualaikum..

Seperti yg sy dah bgtau, inilah dia sayur paberet Kashfe. Kalau ada sayur2 bersantan mcm ni, baru la dia nak mkn nasi banyak sikit..kalau tak memang 3,4 suap je la. Pening dah pikir nak bg dia mkn apa. Buat masa ni benda yg dia masih suka ialah roti & makanan yg panjang2, mcm meehoon, spaghetti, laksa, mee & sebagainya yg berupa tali..hahaha

Lauk ni sy buat utk matchingkan dgn asam pedas ikan pari aritu..memang matching sesangat, kuah lemak bergabung dgn kuah asam pedas, terbaekkkk. Dulu2 sy pikir lauk yg bersantan ni remeh nk masak, rupanya takda la susah mana pun. Campak2 je dah siap (ayat perasan hebat ni). I bertambah mudah kalau guna santan kotak, walaupun rasa ada lain sket, tp still terasa kesedapan nya.

Resipi yg mudah ini sy ambil dr umah Cik Mat..kalau nk cari resipi2 masakan kampung yg menarik, sila lah melawat ke sana ye. Sy ni memang baru belajar memasak, resipi sayur ni pun kena gugel..hahahah. Memalukan sungguh. Korang yg dah terer tu mesti tak payah refer mana2 resipi kan. Cara paling senang & cepat nk dpt kan resipi, kita call je bonda terchenta..memang semua resipi dlm kepala..kagum sungguh.


Lemak Pucuk Manis & Labu Kuning
Oleh: CMG

Bahan-bahannya:
1 cekak pucuk manis, asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan
1/2 biji labu saiz kecil, kupas dan dadu besar2
2 keping tempe, dadu besar2
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

Cara-caranya:

  1. Masukkan labu dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair. Bila mendidih, masukkan tempe. Pucuk manis diramas kemudian masukkan ke dalam periuk, kacau rata.
  2. Masak hingga pucuk manis lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidang bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan...

No comments:

Post a Comment