Selamat hari minggu semua..
Bila hari cuti, time ni la nk buat bekfes yg best2 sket..sebab arini enche somi ada kat umah. Kalau ari biasa bekfes berdua dgn Kashfe je. So arini sy buat roti jala utk dimakan dgn kari daging lebih kenduri semalam. Kashfe makan sambil tabur satu rumah..haiii la anakkk, asalkn awk mkn takpe la..jgn awk tabur dlm almari baju sudah..hahaha. Bila dah pandai nak mkn sendiri ni, tiap kali masa mkn, mesti berterabur..sabo je laaa.
Kalau kat cni, roti jalanya dia siap bungkus dgn inti kari ayam atau daging..kira inti tu agak pekat la, supaya tak mengalir bila dibungkus. Tp sy buat yg biasa je, takut terburai kalau bungkus intinya sekali nnt..org amatur belum habis menuntut ilmu..hehehe. Bahan2 utk buat roti jala ni sgt mudah didapati di dapur rumah anda. Cuma nak menjalanya agak remeh sikit.
Sy menggunakan botol muncung 3 utk membuat roti jala ni. Boleh juga gunakan acuan roti jala yg biasa tu..tp sy tak berapa suka sebab selalu tersumbat, tak tahu la apa masalahnya. Acuan tu memang tak serasi dgn sy (poyo sungguh ayatnya) hahaha. Jika teringin nk cuba, boleh la salin resipi di bawah ni. Selamat menjala sy ucupkan..hehehe
Roti Jala
Oleh: iResepi
Roti Jala
Oleh: iResepi
Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur.
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 sudu mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Membuatnya:
1.
Bancuh tepung dengan susu, garam,
mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan
menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
2.
Panaskan kuali leper, disarankan
menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
3.
Kiraikan di atas kuali leper. Apabila
roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di
dalam gambar
No comments:
Post a Comment