Pages

Friday, November 8, 2013

Golden Pumpkin Bread @ Roti Labu

Salam sejahtera semua..semoga sihat sentiasa..



Setelah sekian lama tidak meroti, terasa rindu pulak nak mkn roti yg panas2 baru masak ni. Kali ni sy try resipi dr Ros Jintanmanis. Disebabkan enche somi beli sebijik besar labu, jd muncul la idea nak cuba roti labu. Nampak kejadiannya di blog Jintanmanis mcm menarik je, dgn warna yg kekuningan. Ramai juga yg telah cuna & memberikan feedback positif tentang roti tu. So apa lg, jom la kita cuba.

Masa masak roti ni, baunya tersangat la harum. Mungkin baunya dtg dr labu yg digunakan. Tekstur dia pun jd lembut & gebu. Mula2 nya sy risau juga jika roti tersebut menjadi agak padan sebab terdapat labu di dalam nya. Tp rupanya, ia jd dgn sempurna. Rasa roti ni manis2 buah..kalau korang nk jdkan ia roti manis, boleh la tambah sedikit sukatan gula. Utk sy, sy lebih gemar mkn bersama jem atau nutella. Terpulang pd citarasa individu. Berminat?? Selamat mencuba..hehehe


Golden Pumpkin Bread
By: Ros JintanManis

Bahan-bahanya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.



1 comment: