Selamat sejahtera semua..
Terasa bosan pula bila setiap hari mkn sy sama kan..nasi putih, lauk & sayur. Jd apa salah nya sekali sekala kita nasi berperisa seperti nasi ayam ni. Nak menyediakan juga agak mudah..paling menarik tak perlu fikir nak masak lauk n sayur apa. Semua nya lengkap dlm set nasi ayam. Dan ianya juga sgt lazat..Kashfe memang suka nasi berperisa ni. Kalau nasi putih jgn harap la dia nak pandang, mkn sesuap je lps tu tak hingin dah..haihhhh la anak..
Mungkin ada yg fikir membuat nasi ayam ni agak sukar & remeh, tp sebenarnya ia terlalu mudah. Semudah masak nasi, goreng ayam & buat sup..simple kan. Rasa pun sedap. Sy suka resipi nasi ni sebab ia menggunakan kiub ayam & boleh dikatakan nasi yg agak sihat kerana is tidak terlalu berminyak. Ayam nya pula sy perap semalaman, supaya rasa perapan masuk ke dlm isi..kemudian goreng sekejap dlm minyak yg banyak utk mencantikkan kulit nya. Sungguh mudah..resipinya sy lampirkan di bawah ini. Selamat mencuba ;)
Nasi Ayam Mudah & Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
Serbuk perasa (saya guna kiub ayam)
Air paras sukatan beras
Minyak untuk menumis
Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Air untuk rebus secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Nota: Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.
Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Saya guna 2 plastik minyak masak. Goreng ayam hingga kulitnya garing.
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut di dalam dan mendapat kulit yang garing.
SUP (untuk Nasi Ayam)
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Sos Kicap
Masakkan sos yang diguna untuk memerap ayam sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment