Assalamualaikum semua..
Rindu sungguh rasa pd blog ni walaupun baru 2,3 hari tak update. Macam tak cukup masa je skang ni, ada 1 mlm tu sampai tak tido menyiapkan order customer..huhuu. Org amatur la katakan..masih terkial-kial lg nak buat keje. Konon aritu kata nak update tiap ari, itu semua poyo..hahaha. mohon ampun ye, sy cuma manusia biasa yg pelupa & tak lepas dr buat silap. K lah, jom kita tgk resipi arini.
Sebenarnya tak plan pun nak buat jelly kelapa ni. Tp petang tu tetiba je enche somi ambil kelapa muda..ambil 2 biji pertama agak tua, lps tu ambil lg 3 biji..gigih sungguh dia nak mkn jelly kelapa..hahahha. Sebenarnya nak membuat jelly kelapa ni tersangat lah mudah..as easy as 123. Sy kurang suka yg serbuk instant tu sebab dia ada bau yg agak pelik. nasib la jumpa resipi ni.
Resipi ni sy ambil dr blog Kak Nor..tergoda dgn jelly kelapa kak nor & resipi yg simple. Hasilnya sangat sedap, tak terlalu keras & tak terlalu lembik..sedang2 saja. Sekejap je licin. Nyaris2 je dpt amik pic ni, sebelum selamat masuk ke peyut kami..hehehe. Kashfe pun suka, bapak Kashfe lg la suka. Yg teringin sampai sentap tgk pic kat fb & instagram aritu boleh la salin resipi kat bwh ni n try buat ye..hikhik
Jelly Kelapa
Oleh: Kak Nor
Bahan-bahannya:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-caranya:
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

No comments:
Post a Comment