Pages

Sunday, November 3, 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Salam ceria semua..

Korang masak apa arini?? Sy teringin mkn asam pedas ikan pari. Enche somi pun beli la ikan parinya, tp ikan itu tidak dipotong & masih berlendir. Adoiii laa, mencabar sungguh nk potong & bersihkan nya. Mcm2 yg sy guna nk hilangkan lendir tu. Mula2 basuh dgn asam jawa, lps tu basuh dgn tepung pulak & last skali dgn basuh dgn limau. Puas hati bila dah bersih.

Nak masaknya sekejap je, aktiviti membersih yg lama..hahaha. Kashfe tak boleh mkn lauk ni sbb pedas, jd sy buat masak lemak pucuk manis campur labu. Itu memang paberet dia..dia suka sgt sayur2 yg bersantan ni. Taste org veteran sungguh Kashfe ni..hehehe. Resepi nya sy bg nanti ya. Harini meh kita tengok resipi asam pedas ikan pari ni dulu.

Apa yg penting buat asam pedas ni senang je, mesti ada rasa masam dr asam keping & juga pedas daripada cili. Kadar kepedasan nya ikut citarasa sendiri. Sy sangat suka asam pedas yg ditambah lobak masin, tp kat sini macam susah je nak jumpa..so kita abaikan la. Korang try nanti ya..memang sangat menarik. K la, jom cekidaut resipinya..selamat mencuba & happy cooking.


Asam Pedas Ikan Pari
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan pari secukupnya (mat guna 4 ekor ikan pari tuka bersaiz 8 inci setiap satu)
Sawi jeruk secukupnya (boleh ganti dengan bendi, terung atau tomato)
3/4 cawan jus asam jawa (kalau guna pes asam jawa, kurang lebih 3/4 camca besar)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 setiap seekor, bersihkan, dan buang bahagian insangnya. Perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dibasuh, potong dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masuk bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan bila mendidih, masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan daun kesom. Boleh masukkan ikan dan tuang jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan tambah serbuk lada hitam (jika suka). Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.


2 comments:

  1. mcm best je. saya xpenah masak lg asam pedas. boleh try la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Sangat best asam pedas ni..jom la try, nk buat pun mudah je..

    ReplyDelete