Assalamualaikum..
Menu harini adalah kegemaran enche somi. Kalau mkn kat luar je, mesti nak hoder sup tulang ni. Tp masalahnya kat cni hanya di Pancur Hitam je ada jual sup tulang..dulu rasanya sgt sedap, tp sekarang tidak lg. Jd lebih baik kalau kita buat sendiri di rumah..lebih sedap, lebih berkualiti & paling penting boleh mkn sampai puas. 1 hari kami memusing cari tulang segar, tp tidak keterjumpaan..so terpaksa la beli yg frozen.
Tulang frozen ni tak berapa nak best sbb dah tak fresh..kalau korang nak buat, beli yg fresh ye. Kat semenanjung byk jual tulang yg fresh, kat pasar Chow Kit memang terbaekk tulang dia. Lg 1 kalau kita nak buat sup tulang ni, sebaiknya kita menggunakan pressure cooker..dpt menjimatkan masa memasak & menikmati daging yg lembut (kalau terlebih lama, tulang pun lembut tau..hehehe). Ntah bila la agaknya enche somi ni nk belikan pressure cooker utk sy..ahaksss

Owh ya, resipi sup tulang kali ni sy mencuba resipi yg paling mudah..iaitu resipi dr sup tulang Adabi..hahaha. Sy rebus dulu tulang itu dgn api perlahan hampir 1jam, itu pun masih tak berapa lembut. Lps tu, sy ikut je resipi dr belakang paket sup tulang tu. & sy tambah sedikit daun celery utk lebih wangi. Rasanya juga lebih sedap..enche somi tambah nasi 2kali hokkay. Kashfe?? Owh, dia tidak diambil kira..hahaha. Kalau teringin resipi nya ada di bawah ya.
Resipi asal: Sup Tulang Adabi
Olahan: Anim Ismail
Bahan-bahannya
Bahan-bahannya
1 kg tulang bersama sedikit daging
1 paket rempah sup tulang Adabi
1/2 inch halia*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 biji kentang - dipotong baji
Air secukupnya utk merebus
Sedikit rempah soto
Garam & gula secukup rasa
Daun celery - dipotong nipis
Daun sup - dihiris
* bila nak mkn sy tambah cili padi potong, sedikit perasan limau & bawang goreng
Cara-caranya
Cara-caranya
1. Rebus tulang bersama air sehingga tenggelam selama lebih kurang 1jam.
2. Tumbuk halus bahan yg bertanda (*) & tumis bersama rempah ratus di dalam paket sup tulang Adabi hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yg ditumis td ke dalam tulang yg direbus.
4. Masukkan kentang & bunjut sup bunjut Adabi. Biarkan mereneh dgn api sederhana selama 1/2 jam @sehingga kentang empuk.
5. Tutup api & masukkan daun sup serta celery. Kemudian boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment